Buka Mata Hati

Saturday, August 08, 2015 Rahim Aim21 0 Comments

BUKA MATA HATI


Penilaian yang belum selesai...


Bismillah...
Alkisah...

Ihsan GOOGLE :


ASSALAMUALAIKUM dan salam larut / lewat malam. ENTRY ini di tulis khas untuk semua. Umum juga untuk semua, senang cerita untuk semualah. Along yang tulis, kau yang panas kenapa? Haha. Ok, yang tu tiba-tiba. Hambar bukan? Sila tepuk tangan sikit? Huhu. Sebenarnya, along tak ada permulaan perenggan yang MENARIK seperti biasa pada malam ini. Cukuplah Along merapu sorang-sorang untuk perenggan yang pertama ini.

UNntuk perenggan yang kedua ni, macam biasalah. Permulaan cerita bagi ENTRY yang Along tulis ketika ini. BUKA MATA HATI. Nampak ringkas, tapi sukar untuk di lakukan. Kebanyakan dari kita, sekadar menilai orang lain secara ZAHIR dan apa yang kita nampak dari segi luaran sahaja. Itulah dia PENILAIAN YANG BELUM SELESAI. Percaya atau tidak, KITA KATA KITA PANDAI dalam MENILAI orang lain, hakikat sebenar, kita juga kadang-kadang. KADANG-KADANG ya? salah dalam menilai orang. Kerana apa? Kerana kita menilai ikut EMOSI. EMOSI yang tak stabil, belum tentu betul kan dalam membuat keputusan? Begitu juga dalam menilai sesama manusia. Belum tentu EMOSI yang tak stabil betul kan dalam menilai manusia?

Perasan tak satu perkara, bila kita jalan-jalan di tempat awam Mata kita meliar tengok ke sekeliling atau ke segenap kawasan tempat kita berada tu. Pasti macam, wajah yang kita nampak. Ada yang MACHO, CANTIK, COMEL, KACAK, MUKA PECAH, MUKA GANAS, MUKA KOYAK dan sebagainya. Ada juga yang kita nampak bentuk tubuhnya KURUS KEDING, KURUNG, BERISI, GEMUK, GEMPAL, BOYOT dan lain-lain. Persepsi minda kita akan ligat berfikir dan menilai mereka mengikut rupa paras LUARAN MEREKA. Itu penilaian pertama. Dan kebanyakan dari kita, mulalah timbul rasa SYAK WASANGKA dalam hati terhadap mereka yang agak kelihatan kurang senang di mata kasar kita. Ada di antara kita yang sekadar pendam dan lihat sahaja, Ada pula yang berkongsi apa yang di rasa kepada rakan-rakan atau erti kata lain, GOSIP yang belum tentu betul, belum tentu salah.

BUKA MATA HATI. Apa salahnya kan, kita buang perspektif NEGATIF dalam diri kita terhadap sesetengah orang yang baru kita kenal ataupun yang langsung kita tidak kenal? Bayangkan, mungkin! Orang yang kita tengok GEMUK dan bermuka PECAH itu, merupakan anak yang soleh, taat kepada ibu bapa dan tidak pernah melanggar undang-undang pun. Tapi, sebabkan luaran dia macam tu, kita dah menilai dia secara bukan-bukan. Tak elok tu, kita dapat DOSA percuma. dia dapat PAHALA percuma. Siapa rugi siapa untung?

Kadang-kadang, penilaian kita memang dah betul walaupun kita tidak tahu. Cuamanya, seeloknya, apa salahnya kita berdoa agar apa yang kita rasa sekadar mainan perasaan. Doalah agar dia tidak seperti yang kita sangkakan. Andai dia seperti yang kita sangkakan, doakanlah agar dia berubah ke arah kebaikan. Susah ke nak doakan orang lain? Tahu tak, Kita mendoakan orang berubah jadi baik kita akan dapat PAHALA. Semua orang tahu fakta tu kan?

Berhenti MENILAI manusia lain mengikut EMOSI, Mulalah menilai manusia lain dengan menggunakan MATA HATI.


Salam Ukhwah...
Adios...
MAASSALAMAH...

0 orang telah tinggal komen: