Cubit paha kanan, paha kiri terasa.

Friday, August 07, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRITERASA


Cubit paha mana-mana pun sama sahaja..


Bismillah..
Alkisah..


Ihsan Google : 


Assalamualaikum dan selama petang. Perasan tak, bila IKLAN produk kecantikan sahaja, mesti artis-artis yang sedia putih, cantik jelita menjadi dutanya. Walau bukan artis sekalipun, pelakon iklan tersebut memang sudah sedia cantik dan putih. Bukan nak kata, PENGASAS PRODUK tersebut, cuba menipu pelanggan. Cumanya, mereka MEMANIPULASI MINDA penonton dan pelanggan mereka dengan menggambarkan sebuah janji, bahawa PRODUK mereka, PRODUK yang boleh dipercayai. Ada PRODUK yang benar-benar membantu pelanggan dari sudut kecantikan, ada sahaja produk yang langsung tidak membantu. Ada juga, produk yang bersesuaian dengan kulit, dan ada juga yang tidak bersesuaian dengan kulit pelanggan. Semuanya bergantung pada kejujuran PENGASAS PRODUK tersebut.

Kita tolak dan campak ke laut apa yang Along bebelkan pada perenggan di atas kerana segala yang Along tulis di atas, tiada kena mengena dengan ENTRY Along pada hari ini. Dari dahulu, sehinggalah sekarang, orang duk kata, CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TERASA. Sejauh mana kebenarannya? Apakah ianya skadar termaktub dalam komuniti yang kecil seperti SEBUAH KELUARGA atau RAKAN KARIB? Atau sebenarnya. ianya lebih meluas kepada komuniti yang besar seperti MASYAKAT dan juga NEGARA?

Sebenarnya, kedua-dua konteks masyarakat, komuniti kecil dan juga besar, perlu di ambil kira. Mana tidaknya, apabila ada sahaja perkara yang tidak kena terhadap seseorang yang kita kenal, pasti sahaja kita akan turut merasai apa yang di rasai oleh orang tersebut. Itu, dalam konteks komuniti kecil. Bagaimana pula dalam konteks komuniti besar? Konteks yang lebih meluas? Contohnya, apa jua perkara yang berkaitan dengan agama islam, seperti ancaman dari orang bukan islam atau sebagainya, semestinya semua orang islam termasuk kita, akan terasa bukan? Ada yang bertindak melulu, ada juga yang bersabar dan merangka strategi yang baru untuk menangani masalah tersebut.

CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TERASA adalah simbolik kepada perasaan kita sebagai manusia. Bukan tidak boleh, guna pakai CUBIT TANGAN ke, CUBIT KAKI ke, PIAT TELINGA ke apa ke, cumanya, CUBITAN di PAHA itu, jika anda perasan, kesakitannya akan lebih lama berbanding cubitan di bahagian TUBUH BADAN yang lain. Tidak percaya? Anda semua boleh cuba buat. Kalau tak nak TUBUH SENDIRI rasa sakit, CUBITLAH PAHA kawan-kawan atau adik-beradik anda yang lain. Kita kan manusia yang suka lihat orang lain sakit berbanding kita. Hehehe...

Tapi, MASYARAKAT KITA zaman sekaarng ni, PERIBAHASA sekadar ucapan, bukan di iringi dengan PERLAKUAN. Kita hidup di zaman, di mana manusia MELAHIRKAN KEKECEWAAN menggunakan kata-kata, BUKAN TINDAKAN mengikut CARA ISLAM yang sebenar. Ada sahaja di antara kita, bila ISLAM di pandang enteng sahaja oleh orang bukan ISLAM, melenting! marah! Tapi, apa tindakan kita? Hina semula agama mereka? Tulis STATUS di FACEBOOK akan apa yang kita rasa? MENGEJI dan MENGHINA mereka yang bukan islam? Atau, kita usaha untuk ubah persepsi mereka TERHADAP ISLAM dengan menunjukkan, SIFAT-SIFAT serta AKHLAK yang MULIA. MENINGKATKAN semula IMEJ ISLAM dengan pelbagai cara yang disarankan oleh agama kita? Membantu mereka, memahami dan menghayati keindahan ISLAM, siapa tahu, kita menjadi antara manusia yang berjaya menarik mereka untuk masuk islam? Maka, usaha kita itu boleh dikategorikan sebagai usaha DAKWAH dan bukannya menjadi seoarng yang MENJAUHKAN mereka daripada ISLAM?

CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TERASA. Cubitlah Anggota tubuh badan mana-mana sekalipun, tetap anggota lain akan terasa kesakitannya....


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...

2 comments:

  1. Replies
    1. ye ke kak PC? hehe..tq... Alhamdulillah..akak rajin dtg blog Along..nanti along ada masa..along akan boom blog akak dgn komen..hehe

      Delete