Dari USIM ke UM

Sunday, August 30, 2015 Rahim Aim21 8 Comments

Dari USIM ke UM


Walau berbeza UNIVERSITI, Kau tetap ADIK Along


Bismillah..
Alkisah...



Assalamualaikum dan selamat malam. Dari USIM ke UM adalah ENTRY pertama untuk Along hari ini. Sebelum tu, ENTRY ni bukan tentang Along pindah U, sebab Along SETIA dekat USIM ok? Tetapi, ENTRY ni berkisar tentang Perjalanan Along dari USIM (NILAI) yang di ambil oleh keluarga Along, untuk turut serta menghantar Adik Along aka ANGAH ke UNIVERSITI MALAYA untuk mendaftar dirinya sebagai pelajar TAHUN 1 "BAHASA ARAB DAN LINGUISTIK" bagi sesi 2015/2016. Buat pengetahuan semua, ANGAH tu PEREMPUAN! Kolej kediaman dia? Dia duduk KOLEJ KEDIAMAN TUN SYED ZAHIRUDDIN. Kenapa Along cerita? Sebab korang bukannya kenal pun adik Along tu. Hahaha...

Sebenarnya, Angah dapat 2 tawaran kemasukan ke IPTA. Satu ke USIM menerusi permohonan UPU, dan satu lagi ke UM menerusi permohonan TEMUDUGA. Along sebenarnya, agak berharap juga, Angah turut ikut jejak langkah Along,menjadi seorang pelajar USIM, namun, PILIHAN di tangan DIA, bukannya Along kan? Mula-mula tu, rasa geram lah jugak. Rasa tak puas hati sebab dia pilih UM. Tapi, Along akhirnya terima hakikat. Kerana, kalau seseorang itu di paksa dalam membuat keputusan, dan keputusan tu hati sendiri tak rela, tiada guna juga. Angah! Walau kita berbeza UNIVERSITI, kau tetap adik Along! Along akan terus SUPPORT kau dalam apa jua yang kau pilih!

Berikut adalah beberapa POTRET aka GAMBAR:


Di hadapan PINTU MASUK KOLEJ KEDIAMAN 9

BANNER UCAPAN SELAMAT DATANG


Sebahagian daripada Ibu bapa dan pelajar yang mendaftar


Tudung Oren, NENEK sebelah emak, Sebelah tu semestinay emak. Yang depan tu? Adik Along yang darjah 2






Along ambil gambar dia, mata boleh pula pandang ke lain.


Cenderamata yang di jual



Kaunter Pendaftaran Kolej Kediaman 9

Flawless kan? Hehe, Ambil gambar di bawah terik mentari. Itu sebablah adik Along tutup bahagian PIPI sebelah kanan


Nila Adik Along yang masuk UM tu, hati-hati. Dia ni GARANG! Yang mana? Yang tudung kekuningan tu.



Beratur dengan penuh Semangat.

Cenderamata...

Dua jenis cenderamta yang Along beli dari KOLEJ KEDIAMAN 9. TOPI yang bernombor 9 Along beli dengan harga RM10.00. Pen tu Along beli dia sebenarnya. Satu warna UNGU, satu warna KUNING. Setiap batang PEN berharwa RM1.00. Warna-warna PEN berdasar gambar dalam kotang di ATAS.


Along rasa itu sahaja, YANG BAIK jadikan TAULADAN, YANG BURUK jadikan SEMPADAN.
Buat ANGAH! Belajar dan terus BELAJAR! Jangan berhenti! Capai cita-cita KAU! Banggakan EMAK,AYAH,ADIK_BERADIK terutama sekali ALONG kau ni hah! Along tetap SUPPORT kau! 


Salam Ukhuwah..
Adios...
MAASSLAMAH...

8 comments:

  1. Teringat masa daftar dulu.....rindu plak

    Saya dapatkan air bersih tapi bil elektrik jimat. Jemput baca sharing saya AIR BERSIH , BIL ELEKTRIK JIMAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kan? Hehehe.. Ok, nanti Along sggh baca..

      Delete
  2. tahniah buat adik along....semoga terus berjaya

    ReplyDelete
  3. Belajar rajin2 ye angah. Tetiba rindu pulak kat utm...

    ReplyDelete
  4. teringat pulak zaman daftar masuk U..eh kita sama U la along...Akak dari USIM jgk...grade 2009..:)

    ReplyDelete