HAJI ATAS PAPAN

Tuesday, August 04, 2015 Rahim Aim21 9 Comments

HAJI ATAS PAPAN


Realiti dan Perlian..


Bismillah...
Alkisah...


Ihsan Google


Assalamualaikum dan selamat petang. Haji atas papan. Itulah tajuk yang Along cuba ketengahkan pada petang ini. Bila tengok gambar sahaja, sudah pasti anda semua faham maksud Along kan? Permainan tradisinal yang di panggil DAM HAJI/DAM AJI ini amatlah POPULAR sehingga kini. Dan kebiasaannya, dimainkan di warung-warung di kampung-kampung oleh mereka yang boleh dikategorikan sebagai yang suka MELEPAK di warung dengan sahabat handai yang sekampung, sambil-sambil beradu minda untuk memenangi permainan ini. 

Siapa dapat atau naik HAJI terlebih dahulu, dia di kira sedikit berkuasa atau seseorang yang mengusai permainan berbanding lawannya. Mana tidaknya, pergerakan BUAH DAM yang telah NAIK HAJI boleh digerakkan secara songsang dan mempunyai ruangan pergerakan yang agak luas berbading BUAH DAM biasa. 

Along nak bawakan sebuah kisah ringkas, atau boleh di katakan CEBISAN MEMORI yang masih bertapak di minda Along. Suatu cerita, yang Along pernah dengar suatu ketika dahulu, namun tidak kesemua cerita tersebut Along masih ingat. Maka, Along akan tokok tambah sedikit sebagai penyedap cerita. Hehehe.

Situasi yang berlaku, di antara anak dan bapak sewaktu mereka sedang bermain dam haji :

Bapak : Bapak tengok kau, setiap tahun pergi haji, bawa anak isteri. Banyaknya duit kau?
Anak : Biasa-biasalah pak. Alhamdulillah, setiap tahun ada rezeki lebih.
Bapak : Simpan-simpanlah duit kau tu, Simpan untuk hari tua nanti.
Anak : Herm. pak, saya tanya sesuatu boleh?
Bapak : Apa dia?
Anak : Saya tengok bapak, selalu naik haji atas papan dam ni. Haji betul bila lagi?
Bapak : Erk.....(berpeluh nak jawab)


Memang benar, HAJI ditunaikan apabila kita berkemampuan. Tapi, bila dah mampu, tapi kita tangguh. Kan tak elok dan tak bagus tu. Sebabnya, kita tidak tahu saat bila AJAL menjemput kita kembali kepada SANG PENCIPTA. Daripada buang masa dengan NAIK HAJI ATAS PAPAN, kan lebih baik cari duit untuk NAIK HAJI DI KOTA MEKAH. Kan?

Sekadar pandangan dan coretan dari Along, insan yang kerdil dalam dunia BLOGGING...

Salam Ukhwah..
Adios...
MAASSALAMAH...

9 comments:

  1. Betul tu.. Rukun islam ke lima menunaikan haji bagi yang mampu. Kadang kala manusia bagi alasan tak mampu lagi tu sebagai alasan utk tidak menunaikannya. Padahal dalam reality, rumah, kereta, kerja, harta semua dah ade. Cuma ahti saja yg x nak pegi. Manusia kan. Hati mereka hanya tuhan sahaja yang tah. Nice entri along.. kipidap.

    Pasti anda ingin tahu - Khasiat tersembunyi Daun Sup dalam masakan Mampu Mencuci Buah Pinggang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tq fpr the comment papaG...harapnya kita tidak trglg dklgn mreka yang rugi.. kipidap, dongibap..ahha.. InsyaAllah,nanti Along singgah dan baca..

      Delete
  2. bukan tgok gambar je long... tengok tajuk sebelum klik pun dah tahu... heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahha..sbgai cikgu cikgi..mestilah minda abe nize ligat berfikir kn?hehe...

      Delete
  3. hehehehee... Haji Atas Papan ye.. kalau macam tu masa kechik2 dulu kak ain dah banyak kali Hajjah laaaa... :)

    psstt..pssttt... (dalam nada berbisik)
    Along.. jangan la tulis "Along, insan yang kerdil dalam dunia blogging" tu... tak semangat lah...!! menurunkan motivasi Along sendiri tu.. takmo la rendah diri sangat... hehehehehee.. Kak Ain pun kerdil juga dalam dunia blogging tapi di dunia nyata sebenarnya "besar" hahahahahaa... kemon Along....!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ain ni..dalam dunia blogging je la along kerdil..hakikatnya, di luar Along memvesar dengan sihat! bahahaha... bukan rwndah diri apa pun...hehe, saja je nak kak ain bsik n fgur along bab tu..agagaga

      Delete
  4. Tak pernah dapat haji masa main tu dulu dulu. Hahahah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius lah? Hehehe... Cuba main waktu sekarang..mesti dapat nanti..hehe

      Delete