Hitam Putih

Thursday, August 13, 2015 Rahim Aim21 14 Comments

HITAM PUTIH


Menoktah Sebuah Perjanjian


Bismillah...
Alkisah...



Assalamualaikum dan selamat malam. Selamat beristirehat sambil menonton rancangan tv kegemaran masing-masing di siaran television pilihan hati masing-masing. Bagi yang sedang tidur pula, teruskanlah tidur anda. Semoga anda-anda semua dibuai mimpi indah lagi mengasyikkan jiwa.

Pasti korang semua pernah dengar tentang perjanjian berbentuk HITAM PUTIH kan? Atau erti kata lain, perjanjian BERTULIS. Along berani mengatakan, kita tahu akan kepentingan perjanjian berbentuk tulisan ni, tetapi kita jarang sekali praktikkannya dalam kehidupan seharian. Kenapa? Kerana, kadang-kadang, perjanjian tu, berlaku antara kita dengan sahabat baik kita. Maka, kerana kita percaya akan dirinya, perjanjian lisan sudah memadai antara kita dan dia.

TETAPI! Apakah yang àkan berlaku andai berlaku pengkhianatan dalam perjanjian tersebut? Hati manusia, siapa tahu kan? Kerana KAWAN BOLEH MAKAN KAWAN. HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI.

Sebagai contoh, perjanjian dalam bab HUTANG yang melibatkan nilai RM50 dan ke atas. Sungguhpun nilai RM50-RM90 nampak sedikit kerana masih bernilai dua angka, namun bagi sesetengah pihak, ianya adalah nilai yang besar. 

Katakanlah, Ali meminjamkan RM150 kepada Ahmad(kawan sekampung) kerana Ahmad terdesak dan amat memerlukan duit untuk membayar yuran persekolahan anaknya yang tertunggak. Dan ini merupakan kali pertama dalam sejarah mereka kenal, Ahmad meminjam duit darinya. Pejanjian lisan yang termeterai adalah, Ahmad berjanji akan memulangkannya pada bulan hadapan. Namun, setelah beberapa bulan berlalu, Ahmad masih lagi tidak membayar kembali duit tersebut kepadanya. Ingin meminta serta bertanya soal hutang tersebut, Ali segan, memandangkan dia takut menyinggung perasaan sahabatnya itu. Untuk bulan berikutnya, Ali pula berada dalam keadaan sedikit terdesak. Tanpa berfikir panjang, Ali meminta Ahmad memulangkan semula duit tersebut, namun, Ahmad memberi jawapan yang amat menghampakan. "AKU ADA HUTANG KAU KE?","BILA MASA?".

Cerita d atas, REALITI YANG NYATA bagi SESETENGAH masyarakat kita, yang pandai berjanji, pandai juga khianati. Itulah masalahnya pada masyarakat kita, SEKADAR PERJANJIAN LISAN, bukannya PERJANJIAN berbentuk PENULISAN. Salah siapa?

Sungguhpun nampak JANGGAL untuk membuat perjanjian HITAM PUTIH ke atas hutang antara kawan dengan kawan/ sahabat dengan sahabat/ adik beradik, namun REALITInya, tanpa perjanjian ini, apa-apa sahaja boleh berlaku. Sedangkan dengan adanya perjanjian ini pun, masih ada yang akan pertikai, inikan pula tanpa perjanjian ini. Namun, sekurangnya, perjanjian kedua-dua belah pihak berbentuk penulisan, adalah bukti perjanjian yang nyata.

NOKTAHLAH SEBUAH PERJANJIAN, sebelum, PERJANJIAN ITU DINOKTAHKAN DENGAN SEBUAH PENGKHIANATAN. Beringat sebelum terkena, bersedia sebelum menjadi mangsa. Jangan kedekut sangat kertas dan dakwat pen untuk menulisnya.

Salam Ukhuwah..
Adios...
MAASSALAMAH....

14 comments:

  1. saya tak ade hutang dgn along kan...?.. i mean.. along rahim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak de pun abe nize,..cuma kita bnyk hutang ENTRY dengan EFG..ahha

      Delete
  2. Batul..sukar kita nak ramal sikap orang ni,.kerana saban hari kejujuran dihati kian menipis..

    ReplyDelete
  3. alahai akak dah banyak tertinggal..sempat buat sampai tajuk 9 je...x dan dah...nak kejar uv lagi..group divadivas lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rileks kak..kool kak...minum air teh dlu..hehe

      Delete
  4. takut nak janji dengan org.takut tak tertunai..nak pinjam org duit pon kalau terdesak pon x berani and make sure nk bayar balik sebelum org tu mintak.hish..tah pape lah..kak yoorin pon hadap org macam tu..ni pinjam dekat 2k..buat bodoh ke..geram betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib badan... biasa la kak yoorin... pinjam pndai..pulang balik tak pandai.... sbb tu orang kata..brblnja ikut kprluan, bukan ikut kmahuan...

      Delete
  5. sukar untuk fahami seseorang kan..kadang2 perwatakannya nampak baik, tetapi hakikatnya Allah saja yg tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rambut sama hitam..hati lain2..ppth mlayu sndri dah katakan begitu

      Delete
  6. Along mmg kene buat perjanjian cenggini...nanti bisnes along boleh terkubur. Hehehe saya x berani pinjam along...takut oooo!! ALONG MA!! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haish... Kenapalah depa gna nama ALONG..busuk panggilan anak pertama sedunia..ahha

      Delete