Kejatuhan Mata Wang Ringgit - REALITI

Thursday, August 27, 2015 Rahim Aim21 10 Comments

KEJATUHAN MATA WANG RINGGIT - Realiti


Kesannya terhadap rakyat biasa,


Bismillah...
Alkisah...

KEHIDUPAN SUASANA PERMAI DESA


Assalamualaikum dan selamat pagi. Sedang Along duduk-duduk depan LAPPY kesayangan sambil memikirkan suatu ENTRY yang bakal menarik minat korang semua untuk membaca, Along mengambil inisiatif dengan mendengar beberapa muzik terlebih dahulu sebelum Along menulis. Bukan apa, RAKYAT SEKARANG PERLUKAN HIBURAN (Mengikut kata-kata salah seorang daripada kawan Along). Ayat dia tu agak SARKASTIK sebenarnya, tapi mempunya MAKNA yang sangat MENDALAM. Jadi, Along juga perlukan suatu hiburan untuk diri sendiri di pagi hari. Tetapi, bukannya hiburan yang di maksudkan oleh kawan Along tu. Kalau korang tahu, HIBURAN apa yang di maksudkan, Baguslah.

RINGGIT DINIAGAKAN SECARA POA


Ringgit diniagakan secara POA



Apakah itu POA? Kenapa Ringgit diniagakan secara POA? POA atau ayat panjangnya, PRICE ON APPLICATION atau makna kasarnya dalam BAHASA MELAYU adalah HARGA YANG DI PINTA. Dalam konteks ini, peranan POA adalah menunjukkan nilai mata wang ringgit seolah-olah tiada harga untuk diniagakan. Dek kerana kejatuhan nilai ringgit saban hari dikatakan menjadi punca dan asbab, kenapa RINGGIT diniagakan secara POA di sesetengah negara. Along tidaklah berapa pandai dalam bab mengulas turun naik harga RINGGIT dan proses ianya di niagakan, cumanya, selama ini, Along belum pernah dengar lagi RINGGIT DINIAGAKAN SECARA POA. Persoalannya, apakah ini zaman kejatuhan EKONOMI MALAYSIA? Along sendiri tidak tahu. Di sini, ada sedikit info tentang POA yang sedang do alami oleh mata wang kita.


Sebahagian dari kita tidak merasai kesannya


ORANG TUA JALAN BERTONGKAT



Inilah realiti kita sebagai RAKYAT MALAYSIA. Ringgit di niagakan TINGGI ke, RENDAH ke, apa kesannya bagi kita? Bagi sebahagian besar daripada kita? Ekonomi dan cara hidup kita tetap sama. Belian barang tetap dengan harga yang sama. NILAI WANG juga kekal sama. Sebab apa? Sebab kita guna di dalam NEGARA KITA sahaja. Kita tidak buat pertukaran WANG ASING untuk di guna pakai di negara luar. Takkan kita secara tiba-tiba, jumpa pengurup wang, tukar nilai ringgit ke mata wang YEN mahupun USD untuk diguna pakai dalam negara sendiri? Semestinya peniaga tidak akan menerima wang anda semua. Kerana, perniagaan dalam MALAYSIA sendiri, menggunakan Mata wang RINGGIT hampir keseluruhannya. Mungkin, wujud, perniagaan dalam MALAYSIA sahaja yang menggunakan MATA WANG ASING, Namun, hanya sebahagian kecil sahaja penggunaannya.

Perasan tak satu perkara? NILAI RINGGIT ini sedikit sebanyak ada kena mengena dengan ekonomi negara. Bayangkanlah kan, kalau NILAI RINGGIT diniagakan TINGGI daripada biasa, SEMESTINYA EKONOMI Negara akan KUKUH. Bagaimana pula dengan Rakyat? Kemungkinan kenaikan harga barang berlaku itu ada, sedangkan RINGGIT di niagakan seperti biasa pun, barangan keperluan asas sentiasa naik harga. Tetapi, perasan tak? Bila ekonomi kurang STABIL? Apakah harga barangan di turunkan mengikut keTIDAK STABILAN ekonomi tersebut? Eh, kejap, Along cakap RINGGIT, kenapa tiba-tiba cakap pasal keTIDAK STABILAN ekonomi Malaysia ni? Ekonomi, bukan ke guna mata wang? Jadi, Along rasa, semuanya berkaitan. Jika salah penilaian Along terhadap perkara ini, tolong betulkan.

Percayalah, ada di antara kita. Langsung tidak ambil tahu pun tentang nilai ringgit untuk pertukaran WANG ASING. Kerana, mereka sekadar hidup di Malaysia, Melancung sekadar dalam Malaysia dan tidak keLUAR NEGARA. Kerana itulah, NILAI RINGGIT tetap di kira sama, tiada kenaikan, tiada pula penyusutan secara kasarnya. Tidak perlu pening-pening kepala, kerana mereka sekadar rakyat biasa.

JEMAAH HAJI, TERASA SEDIKIT KESANNYA


JEMAAH HAJI 2015



Ini, Realiti. Mengikut Sumber dari WEBSITE : (http://www.currency.me.uk/convert/myr/sar), anda boleh lihat sendiri, kadar kejatuhan nilai RINGGIT apabila di tukar kepada mata wang RIYAL. Setipa hari, walaupun nilainya jatuh sedikit demi sedikit, namun jika ASYIK JATUH sahaja, makin lama NILAI itu menjadi BESAR dan semakin MEMBESAR. Jemaah Haji, semestinya terasa sedikit kesan hasil daripada nilai RINGGIT yang semakin jatuh, hari demi hari. Kan realiti JEMAAH HAJI kita, pasti akan MEMBELI pelbagai jenis KEKACANG, KURMA, KISMIS, JUBAH, SEJADAH dan pelbagai lagi barang untuk di bawa pulang sebagai hadiah buat sanak saudara atau kawan-kawan yang apabila mereka pulang ke MALAYSIA nanti. Jadi, tidak salah lah Along katakan, Jemaah Haji kita akan merasa kesan kejatuhan nilai ringgit di sana. Bila buat tukaran WANG ASING sahaja, dari Ringgit ke Riyal, Dari situlah bermulanya kesan tersebut dapat di rasai. Kalau dari Malaysia, seseorang Jemaah itu bukanlah seorang yang berjimat cermat. Harapnya, apabila sampai di sana nanti, berubahla insan tersebut menjadi seorang yang sangat berjimat-cermat. Hadiah untuk sanak saudara dan kawan-kawan itu tidak penting, yang penting adalah AMAL IBADAH KORANG diterima Allah. Buat bersungguh-sungguh IBADAH tu.


Sekian...
Adios...
Salam Ukhuwah...
MAASSALAMAH...

10 comments:

  1. Setuju selalu siapa yang nak travel suka beli belah memang terasa sangat.
    Tapi harga emas nak lagi murah kena beli kat Singapore walaupun exchange rate mahal. serius.>>> macam offtopic lak hehe

    3 Sebab Anak kuat Mengamuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de la off topic mana... Hehe.. Itu memang realiti pun... Kat MALAYSIA ni, satu-satu barang jadi mahal kebanyakannya disebabkan CUKAI yang TINGGI... Itu.. realiti..

      Delete
  2. mmmm.....kena cari duit lebih sekarang ni...mm....yaya dah follow sini tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu btol... insyaAllah..Along fllw smula scpt mgkin...

      Delete
  3. Jatuhnya mata wang negara maka maka masa depan anak- anak kita turut terjejas..apa la nasib kita akan dtg..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari dahulu lagi.. amalan JIMAT CERMAT, amalan MENBAUNG telah lama di sarankan kepada SEMUA dari orang-rang tua kita. Kini, giliran kita, semaikan dalam dada anak-anak kita aatupun adik2 kcil kita berkaitan dengan amalan ini

      Delete
  4. pelajar kita yang ke luar negara memang terasa sangat..tukar wang pun dapat berapa je. hmmm..ape yg orang atasan sorok drpd kita tak tau la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah lah Kak Mai. Along pun tak tahu. Yang berkuasa terus berkuasa, yang tiada apa-apa tidak mampu berbuat apa-apa..huhu

      Delete
  5. Semoga keadaan ini kembali pulih....

    ReplyDelete