KENAPA PERLU MALU?

Wednesday, August 19, 2015 Rahim Aim21 4 Comments

KENAPA PERLU MALU?


Apa salah ibumu?


Bismillah...
Alkisah...


Assalamualaikum dan selamat malam. Korang tengah buat apa tu? Tengok bola ke? Jabgab lupa sokong JDT ya? kita sama-sama berdoa agar JDT menang pada malam ini seterusnya menjuarai liga super buat kali yang kedua pada musim ini. Amiiin..

Malam ini, Along rasa terpanggil untuk menulis artikel ini. Artikel atau Entry yang Along rasa, cukup penting untuk dikongsikan buat semua. Tengok gambar sahaja, mesti korang dah dapat gambaran kan apa yang Along cuba sampaikan?

Begitulah lumrahnya, hidup yang di lalui oleh sebahagian daripada kita yabg hidup di atas muka bumi ini sebagai manusia. MALU! Malu untuk memegang tangan yang halal pada kita, tetapi KURANG malu untuk memegang tangan mereka yang belum halal pada kita. Kenapa begitu? Kerana fitrah manusia, manusia yang lemah imah seperti Along, korang dan mereka, mudah tergoda dan ternoda dengan bisikan-bisika halus syaitan yang tidak pernah letih dan berhenti dalam menyesatkan anak cucu adam.

Walaupun gambaran yang tertera dalam gambar di atas, gambaran di antaran si dara dengan si emak, namun penceritaannya tidak habis di situ. Kerana maksud yang tersirat gambaran tersebut, di tujukan juga buat si teruna dengan si emak.

Orang kita, orang kita. Bila cakap soal agama, tentang batasan pergaulan lelaki dan perempuan yang bukan mahram, semestinya lebih suka ambil jalan mudah dengan tidak mengambil serius akan permasalahan ini. Ya! Mungkin, penyelesaian mereka adalah menjadikan anak-anak mereka, tunangan kepada pasangan masing-masing agar dapat menutup mulut-mulut manusia yang menegur mereka berkaitan dengan agama, namun, dalam ISLAM, pertunangan bukanlah penyelesaian yang mampu atau membolehkan si dara mahupun si teruna menyentuh tangan mahupun tubuh yang masih lagi haram buat diri sendiri.

Realitinya, kebanyakan ibu bapa, tidak tahu akan aktiviti luar anak-anak  mereka. Terutama sekali anak-anak REMAJA mereka. Pergaulan anak-anak mereka pula, jarang di ambil peduli. Dengan siapa mereka berkawan, dengan siapa mereka keluar, dengan siapa mereka bercinta ( andai ada), jarang sekali di ambil peduli. Ya! Mungkin, sebagai ibu bapa, anda semua ada bertanya mereka dengan soalan, " NAK KE MANA?", "DENGAN SIAPA?", namun, jawapan anak-anak anda yang MEYAKINKAN anda membuatkan anda percaya tanpa ada ragu-ragu bertapa di hati. Walau hakikat sebenar, ianya suatu kenyataan jawapan yang palsu.

Along bukan nak kata, semua REMAJA / ANAK-ANAK serta IBU BAPA di Malaysia ni, bersikap begitu. Kerana Along juga ada emak, ada ayah. Along juga seorang anak, seorang remaja purba yang baru berusia 21 tahun. Yang suka meneroka serta mempelajari benda-benda baru dalam hidup. kadang-kadang alpa, kadang-kadang leka dengan nikmat dunia, yang hakikatnya nikmat itu sementara, nikmat yang memungkinkan kita ke neraka.

Kita belajar dan terus belajar agama. Jangan berhenti. Belajar bukan sekadar belajar, kerana ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah. Jika kita adaptasi SYARIAT dalam kehidupan, nescaya, Keredaan Allah menjadi milik kita. Memang KEREDAAN ALLAH, TERLETAK PADA KEREDAAN IBU BAPA. Namun apakah Kita perolehi keredaan Allah andai ibu bapa kita reda kita melakukan sesuatu perkara yang Allah murka? Kerana Hukum Allah, adalah milik Allah.

Muhasabah diri...
Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...

4 comments:

  1. betul tu... kenapa perlu malu..sedangkan itu lah yang membawa kberkatan dunia akhirat kan..

    ReplyDelete