KEPENTINGAN POWERBANK

Tuesday, August 11, 2015 Rahim Aim21 6 Comments

KEPENTINGAN POWERBANK


Sediakan Payung Sebelum Hujan


Bismillah...
Alkisah...

Sediakan Payung Sebelum Hujan


Assalamualaikum dan selamat malam Secara tiba-tiba, IDEA yang MENARIK menyapa minda Along. Sebelum tu, korang pernah makan DURIAN CREEP tak? SEDAP SANGAT-SANGAT tahu. Dia macam aiskrim, tapi bukan aiskrim. Lapisan luar dia tak pasti diperbuat daripada apa, tapi inti dalam, PERGH! Semestinya DURIAN. Ia di makan dalam keadaan sejuk. Apa lagi ya ciri-cirinya? Harga DURIAP CREEP ni, RM10.00 untuk 5 biji. Nak tahu rupa DURIAN CREEP ni? Boleh Cek dekat link ini : (http://www.nazlee.com/2015/05/durian-crepe-gerai-depan-giant-nilai.html)

POWERBANK. Along pasti korang tahu kan benda apa tu? Sejenis pengecas TELEFON PINTAR atau dalam bahasa inggerisnya SMARTPHONE. Ada juga sebenarnya TELEFON yang bukan jenis SMARTPHONE boleh di cas menggunakan POWERBANK ni. sebagai contoh TELEFON NINETOLOGY. Ada setengah TELEFON keluaran NINETOLOGY yang bukan kategori SMARTPHONE boleh di cas menggunakan POWERBANK. (#FAKTA)

Kalau tak silap Along (Betulkan andai Along silap) POWERBANK ni, boleh di guna pakai untuk MENGECAS gadget-gadget yang lain selain SMARTPHONE. Sebagai contoh, KAMERA, DSLR, HUDDLE YES dan pelbagai lagi jenis GADGET yang boleh di CAS menggunakan beberapa jenis CABANG WAYAR. Contohnya wayar PENGECAS IPHONE, SMARTPHONE JENIS BIASA, SMARTPHONE JENIS TAB, dan juga wayar sambungan KAMERA ke LAPTOP. Asalkan PERMULAAN wayar-wayar tersebut adalah WAYAR berbentuk USB, INSYAALLAH, semestinya boleh di guna pakai sebagai pengecas sesuatu GADGET tu.

KEPENTINGAN POWERBANK. Bagi penggemar dan pengguna tegar GADGET seperti Along, lagi-lagi di guna pakai secara berkala gadget-gadget tersebut, semestinya amat MEMERLUKAN khidmat POWERBANK ini agar GADGET-GADGET tidak kehabisan BATERI begitu sahaja. Pengalaman Along kan, Along selalu kehabisan BATERI di saat KHIDMAT SMARTPHONE Along diperlukan untuk Along mencari MAKLUMAT. TENSION ada, GERAM pun ada kadang-kadang. Tapi, apa boleh buat, itu semua sebab kesalahan diri dek kerana TIDAK MEMPUNYAI POWERBANK.

Sebenarnya, dulu Along pernah beli POWERBANK jenama YOOBAO. Boleh cek gambar di sini: (http://www.yoobao.com/shoppic/201271219202929477.jpg), Tetapi, sayang 1000 kali sayang, tak sampai dua bulan rasanya, POWERBANK tu rosak. Entahlah, tak tahu kenapa. Awal-awal tu, guna ok sahaja, tetapi, lama kelamaan, POWERBANK tu semakin bermasalah. Dahla nak cas lama! Tetapi, bila di guna pakai untuk mengecas SMARTPHONE Along, hanya mampu mengecas sehingga 50% sahaja. Apa semua tu?! Along agak kecewa masa tu. Kerana itu jugalah Along tidak beli apa-apa jenis POWERBANK sehingga sekarang. Sekian.

Sekarang baru rasa menyesal. HAHAHA! Padan muka Along kan? Sebab itu jugalah wujudnya ENTRY ini. Along ingin sebarkan KEPENTINGAN POWERBANK kepada semua. Bagi yang MASIH RAGU-RAGU akan kepentingan POWERBANK dalam kehidupan korang, yakinlah satu perkara, TEKNOLOGI bukanlah sekadar suatu KEHENDAK pada ZAMAN SEKARANG, kerana TEKNOLOGI sudah menjadi suatu KEPERLUAN yang hampir WAJIB di miliki oleh semua ORANG. Jika tanya Along, semestinya Along akan membeli semula POWERBANK pada semester 5 nanti. Semestinya jenama PINENG menjadi pilihan hati. Along pasti, semua orang pernah dengar kan POWERBANK jenama PINENG ni? PINENG ok, bukan PENING. Jangan salah sebut sudah. :)

Ayuh, SEBARKAN KEPENTINGAN POWERBANK kepada semua. Sebarkan kepada Adik-beradik dan keluarga, kawan-kawan, jiran tetangga, penjual air tebu juga penjual soya, jaga sekolah juga tukang bersih sekolah. Senang cerita, sebarkanlah kepada semua. Tidak kisahlah, jenis yang 10000mAh ke, 15000mAh ke, yang penting beli. Beli banyak-banyak. Pastikan, setiap seorang daripada korang, SEDEKAH dekat Along satu. Kalau 2.6b orang yang SEDEKAH, kaya Along. Dah boleh buka KEDAI dah. KEDAI yang menjual POWERBANK. Kuikui.

Itu sahaja rasanya,


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH....



6 comments:

  1. Kalau tak dek powerbank haruu hidup :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. its true kak nani...its true..seksa tau jiwa raga.

      Delete
  2. penting sangat la hai powerbeng.. lbh2 lagi time kena guna waze cari jalan... kalau bateri habis.. haruuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. abe nize... fna waze time bawak mtr ke? law bwk kreta..cocok jela kt tmpt chrger yg dsdiakan dlm kreta tu..ahha

      Delete
  3. Abam pun belum ada bank kuat. Sekarang cuma ada bank islam dan maybank

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanyakan..jauh sgt translation maknanya tu..ahha

      Delete