Kerana Ianya BUKAN Arahan Manusia

Friday, August 21, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

Kerana Ianya BUKAN Arahan Manusia


Yang Wajib Tetap Wajib, Yang Haram Kekal Haram...


Bismillah...
Alkisah...



Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Alhamdulillah, selesai sudah solat JUMAAT untuk hari ini sebentar tadi. Khutbah yang disampaikan oleh KHATIB pada hari ini adalah berkaiatn dengan KEWAJIPAN MENUNAIKAN ZAKAT. Along tidaklah bercadang, untuk mengulas penyampaian KHATIB tersebut. Cukuplah Along katakan, terdapat suatu FRASA yang menarik perhatian Along sehingga membuatkan Along mendapat IDEA untuk menaip ENTRY ini, pada ketika ini.

KERANA IANYA BUKAN ARAHAN MANUSIA. Iniah Frasa yang masih terngiang-ngiang di telinga Along sehingga kini. Andai sahaja, setiap manusia FAHAM akan kata-kata yang Along dengar dan cuba sampaikan semula kepada korang. Jika bukan ARAHAN MANUSIA, jadi Arahan Siapa? :). 

Dalam ISLAM, Arahan @ Perintah teragung, datangnya daripada Allah yang Maha Esa satu-satunya. Perintah untuk melakukan perkara yang WAJIB, begitu juga perintah untuk meninggalkan perkara yang HARAM. Semua perintah itu, datangnya daripada ALLAH, bukannya manusia biasa seperti Along, korang dan semua. Manusia sekadar PENGANTARA @ kita boleh katakan sebagai PENDAKWAH dalam menyampaikan PERINTAH ALLAH. Manusia juga PELAKSANA HUKUM ALLAH di dunia. Sungguh, benar kata orang. JANGAN MENGHUKUM SESAMA MANUSIA. Coktohnya, bila seseorang perempuan berpakaian KETAT, sebahagian dari kita menghukum mereka dengan mengatakan merekalah AHLI NERAKA. Benar, kita tidak boleh mengHUKUM manusia yang lain, TETAPI, kita boleh bukan BERDAKWAH kepada mereka?

Orang kita, orang kita. BILA ada manusia yang menegur mereka dalam soal AGAMA, kebanyakannya CEPAT MELENTING, CEPAT juga NAIK BERANG kepada insan tersebut. Semuanya atas alasan "KAU TAK TAHU APA YANG AKU LALUI". Begitu juga, "ITU ANTARA AKU DENGAN ALLAH". Ada juga yang mengatakan, "KUBUR LAIN-LAIN" / "JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG LAIN, DIRI SENDIRI PUN BELUM TENTU KUAT AGAMA" dan bermacam-macam lagi jawapan yang diberi kepada MANUSIA yang menegur mereka. Tetapi, jawapan paling KLISE dalam masyarakat kita adalah "BELUM SAMPAI SERU" atau "SAYA BELUM BERSEDIA". Itulah realiti ORANG KITA, MASYARAKAT KITA.

Kerana HATI telah lama MATI dari menjadi MUSLIM / MUSLIMAH yang sejati. TEGURAN dari Manusia lain berkaitan dengan agama di anggapnya MERIMASKAN. Di anggapnya juga seperti SUATU PERINTAH ataupun ARAHAN. Seolah-olah, ianya datang dari MANUSIA itu sendiri, bukannya datang dari satu-satunya TUHAN yang kita sembah, yang kita abdikan diri sebagai HAMBA dari di Alam ROH lagi, sehinngalah kita di panggil semula olehnya.

SEDANGKAN PERINTAH ALLAH PUN KITA LANGGAR, INIKAN PULA PERINTAH MANUSIA. Betul tak? PERINTAH Allah adalah demi kesejahteraan serta kemudahan manusia juga di dunia ini, dalam menuju akhirat yang pasti kan tiba. Ada satu UJIAN di lakukan di suatu tempat, 2 JENIS UJIAN di lakukan. Ujian PERTAMA, seorang perempuan berjalan-jalan di bandar, dalam keadaan tidak menutup aurat dengan sempurna ( Berbaju ketat / Kain tak cukup / Sebagainya). Ujian KEDUA pula, seorang perempuan berjalan-jalan di bandar, dalam keadaan menutup aurat secara SEMPURNA ( Berpakaian Longgar / Bertudung sehingga menutupi bawah dada / Sebagainya). Untuk UJIAN yang PERTAMA, di dapati, RAMAI LELAKI mengerumuninya dan CUBA untuk menyentuhnya. Atau lebih tepat, cuba untuk MENGGODANYA. Untuk UJIAN yang KEDUA pula, diDAPATI perempuan tersebut dapat berjalan dengan bebas di bandar tanpa ada sebarang GANGGUAN dari lelaki. Nampak tak perbezaannya di situ?

Kenapa jadi begitu? Apa kesinambungannya dengan PERINTAH ALLAH ini dengan kehidupan manusia? Kerana, setiap PERINTAH ALLAH, terdapat BERJUTA-JUTA kebaikan yang tersembunyi buat kita sebagai UMAT ISLAM. Itulah orang kata, ADA HIKMAH di sebalik setiap sesuatu. Begitu juga dengan PERINTAH ALLAH. Ada HIKMAH yang tersembunyi dan tertanam di sebaliknya. Kita sebagai manusia, perlu cari dan gali hikmah tersebut dengan cara menghayati dan melaksanakan segala HUKUM serta PERINTAH ALLAH sesempurna mampu kita. Antara HIKMAH UTAMA adalah Allah ingin MENJAGA MANUSIA daripada segala macam perkara BURUK. Seperti mana dalam contoh UJIAN yang Along kongsikan di atas. PEREMPUAN @ WANITA yang menutupi AURAT DENGAN SEMPURNA, lebih sejahtera dan selamat kehidupanya berbanding mereka yang menutupi aurat secara endah tidak endah sahaja.

TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA. Itu realiti yang kita perlu sedar. Tetapi, Kenapa kita tidak beruasaha menuju ke arah KESEMPURNAAN? Kebanyakan MANUSIA, berhenti berusaha di saat KEJAYAAN itu betul-betul SETAPAK sahaja lagi di hadapan mereka. Kenapa perlu putus asa? Kenapa lemah dengan KUTUKAN serta HERDIKAN dari manusia LAIN? Sedangkan, jalan yang kita pilih adalah JALAN YANG BENAR-BENAR menuju kepada keredaan Sang pencipta? Kerana terlau fikirkan apa orang kata! Kita lupa, tanggungjawab kita sebagai HAMBA! Kerana Allah tiada di hadapan kita, untuk menegur kita secara berhadapan! Kita langgar segala perintah serta arahannya, tanpa kita sedar bahawa kita telah diperbodohkan oleh IBLIS dan SYAITAN!

BUKA HATI, BUKA MINDA. AGAMA jangan jadikan sekadar PEGANGAN, tetapi, jadikanlah AGAMA sebagai PEGANGAN yang DILAKSANAKAN secara SEMPURNA. Secara SEMPURNA! INGAT! ARAHAN serta PERINTAH AGAMA, bukannya datangnya dari MANUSIA. Tetapi, ianya datang dari Allah, TUHAN yang kita sembah. Kita MARAH, bila orang bukan ISLAM cuba menggunakan KALIMAH ALLAH dalam KITAB agama mereka. Kita MARAH bila orang bukan ISLAM menghina agama kita, menghina Allah. Tetapi, tanpa kita sedar, kita sendiri MENJATUHKAN MARTABAT AGAMA kita. Kita sendiri meremehkan PERINTAH Allah Yang Maha Esa. Maka, apa beza kita dengan mereka? Sekadar perbezaan pada AGAMA? Begitu? Mari kita berfikir bersama. Along juga manusia biasa. Yang tidak pernah terlepas dari melakukan sebarang kesalahan du dunia. Namun, Along sedang berusaha dan akan terus berusaha menuju kehidupan yang diredainya. Korang bagaimana?



Muhasabah Diri...
Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...

2 comments: