KUMPUL DAN MENANG

Monday, August 10, 2015 Rahim Aim21 0 Comments

KUMPUL DAN MENANG


Andai Pahala Di Depan Mata...


Bismillah...
Alkisah...

Ihsan GOOGLE(sekadar HIASAN)


Assalamualaikum dan selamat malam buat semua pengunjung blog ORANG BIASA, BERKONGSI CERITA ini yang menyajikan pelbagai jenis cerita tentang kehidupan. Lebih-lebih lagi, nasihat ikhlas daripada hati sang penulis, buat diri sendir jua buat semua yang sudi menjejakkan kaki ke sini. Dahulu kala sehingga kini, kita selalu dengar, suatu jenis jual beli iaitu GORES DAN MENANG. Takpun, KUMPUL dan MENANG. CONTOHNYA, macam atok Along ada cakap, kalau dekat PETRON, guna kad PETRON untuk beli minyak, akan dapat MATA atau POINT. Bila dah KUMPUL dan dah capai POINT tertentu, kita akan menang TELEVISION besar. DAHSYAT tu hadiahnya.

KUMPUL DAN MENANG, andai sahaja pahala di depan mata. PASTI kita akan kumpul pahala tu banyak-banyak kan? Kemungkinan besar, kita akan mengumpul terlalu banyak pahala sehinggakan kita terpaksa BANK-IN ke BANK yang diwujudkan untuk menyimpan pahala-pahala kita tu. Sehingalah satu masa nanti, bila kita di akhirat kelak, kita boleh keluarkan semula PAHALA-PAHALA kita tu untuk menuntut SYURGA sebagai ganjaran.(Andai saja. Jangan pula korang kata, along cuba sampaikan ajaran sesat, sudah la ya).

Apa Along cuba sampaikan dalam perenggan di atas, sekadar PERLIAN yang nyata buat sesiapa yang TERASA termasuklah diri Along sendiri. Sebab Along sendiri terasa dengan hasil tlisan Along sendiri memandangkan Along sekadar manusia biasa, yang tak terlepas daripada kekhilafan sebagai pendosa.

Perasan tak, perkara yang kita tak nampak sama ada perkara baik atau tak, dua2 kita percaya. Bagi perkara yang tak baik, contohnya takut hantu, takut masuk hutan sebab takut dengan haiwan buas dan sebagainya, kita akan usaha membuat sesuatu untuk mengatasi ketakutan tersebut. Bagaimana pula perkara yang baik? Contohnya, buat baik dapat pahala. PAHALA tu kan tak dapat di lihat. Tetapi, kenapa kita jarang usaha membuat sesuatu untuk dapatkan pahala tu? 

KUMPUL PAHALA, DAN MENANGILAH SYURGA di akhir perjalanan hidup kita. Jangan pula KUMPUL DOSA, DAN MENANGI NERAKA di akhirat yang entah bila bakal tiba. Orang boleh kata, Along sekadar menulis, tetapi buatnya tak. Along pula boleh cakap, perjalanan perubahan hidup adalah atas kemahuan diri sendiri. Dan Along dalam perjalanan menuju perubahan itu. Untuk menjadi insan yang lebih baik.

Mari berubah bersama, ke arah kehidupan yang lebih bermakna.


Salam Ukhuwah...
Adios..
Maassalamah...

0 orang telah tinggal komen: