Liril Lagu CARTA HATI - NAJWA LATIF

Saturday, August 08, 2015 Rahim Aim21 4 Comments

CARTA HATI - NAJWA LATIF


Turutan Carta Di dalam Hati


Bismillah..
Alkisah...




Assalamualaikum dan selamat petang. Tiada ribut, tiada hujan. Secara tiba-tiba, Along sedang menyaksikan sebuah cerita HINDUSTAN di TV3 ketika ini, yang bertajuk "PHATA POSTER NIKLA HERO". Jalan cerita nampak menarik, komedi pun ada. Tetang seseorang yang nak jadi PELAKON, akhirnya terjebak dengan dunia POLIS dan PENJENAYAH. Nak tahu lebih lanjut, TONTONLAH sendiri. Muahaha..

Siapa tahu lagu CARTA HATI? Siapa kenal NAJWA LATIF? Siapa kenal Along yang comel versi LELAKI( tiba-tiba)? Along, pasti semua kenal NAJWA LATIF dan semua pernah dengar lagu CARTA HATI ni kan? Kenapa Along kongsikan lirik lagu carta hati pada hari ini? Apakah hati Along sedang berbunga-bunga? Apakah Along sedang dilamun CINTA? Apakah Along sedang ANGAU? atau apa?

Entah la ek. Along sendiri tak tahu. Mungkin Along sengaja cari KONTROVERSI kot? Atau Along sengaja tinggalkan TANDA TANYA dalam minda korang semua, akan apa yang Along rasa ketika ini. Korang boleh pertimbangkan apa sahaja yang Along rasa ketika ini, mengikut akal cerdik korang semua. Yang penting, Bila Along kata Along comel versi LELAKI. Tolonglah terima apa Along kata. Kan itu hakikat, kuikuikui.

Apa yang Along nak sampaikan sebenar-benarnya, akan datang suatu hari, di mana kebanyakan manusia yang BUJANG atau DARA atau DUDA mahupun JANDA menemui jodoh masing-masing dan jatuh cinta pada pasangan masing-masing. CARTA HATI merupakan simbolik rasa cinta MANUSIA terhadap sesuatu. Cinta ALLAH, RASUL dan AGAMA di tempat PERTAMA. Cinta kepada IBU,AYAH dan juga KELUARGA di tempat yang keDUA. Mungkin cintakan ILMU di tempat keTIGA. Bagaimana dengan CINTA terhadap PASANGAN kita tu? MUNGKIN, boleh di letak di tempat kedua bersama KELUARGA. Atau terpulanglah pada korang, nak letak di nombor berapa pun, asalkan berada di dalam carta hati kita.

Ada orang, utamakan CINTA terhadap KERJA. Ada yang utamakan CINTA terhadap HARTA, PANGKAT, mahupun DARJAT. Manakala, CINTA terhadap MANUSIA di tolak ke tepi entah ke mana. Terpulanglah. Yang penting, CINTA kepada ALLAH, RASUL dan AGAMA diletakkan tempat yang UTAMA.


NAJWA LATIF - CARTA HATI LYRIC




Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah
Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati

*Lalu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia
Sehidup semati kita
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya

Hoo...lalala...haaa...hmm...

Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggalku sendiri
Jangan tinggalkan carta hati
Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita

Ulang (Repeat) *

Hoo...lalalalala...mmm...



Itu sahaja untuk entry kali ini...
Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...

4 comments: