MATLAMAT AKU MENJADI BLOGGER

Monday, August 17, 2015 Rahim Aim21 10 Comments

MATLAMAT AKU MENJADI BLOGGER


Orang Biasa, Berkongsi Cerita


Bismillah...
Alkisah...

Sekadar HIASAN

Assalamualaikum dan selamat petang. Tidak lama lagi, asar bakal tiba. Sudahkah kita bersedia? Di manakah kita sekarang ini? Atas jalan raya, atas katil, atas padang atau atas sejadah? Eh, kejap, Along ada terbaca tadi, tentang i-Sajadah dekat website amanz.my. Di katakan, ianya sejenis SEJADAH elektronik yang mampu mengingatkan si pengguna tatkala si pengguna terlupa akan jumlah rakaat ketika solat. Nak tahu lebih lanjut? Check Out This Website :

SEJADAH Elektronik : i-Sajadah



MATLAMAT AKU MENJADI BLOGGER. Sebelum aku memulakan perkongsian ini, biar aku terangkan, sebab musabab mengapa aku menaip ENTRY ini. Entry ini adalah suatu DENDA. Ya! DENDA kerana tidak cukup bilangan ENTRY pada bukan yang lepas. MEANING? Begini, Setiap bulan, ada 28/29/30/31 hari. Bergantunglah kan pada bulan tersebut. Memandangkan bulan lepas ada 31 hari, dan ENTRY pada bulan lepas along taip sekitar 20 lebih sahaja (malas nak ingat, haha). Makanya, Along diDENDA. Tetapi, TETAPI YA! Bukan Along seorang sahaja yang kena denda. Ramai juga yang kena sebenarnya.

Siapa yang denda kami? Semestinya pengetua EFG. EFG tu apa?! Haip! Korang jangan buat-buat tak tahu hokey? Beginilah, nak tahu lebih lanjut, korang boleh klik sahaja BANNER EFG yang ada di SIDEBAR tu. Takpun, korang boleh baca sini :


Setiap perkara dalam hidup kita, semestinya ada tujuannya, ada juga matlamatnya. Begitu juga bagi blogger. SEMESTINYA, ada tujuan dan matlamat masing-masing dalam dunia penulisan maya ni. Herm, TUJUAN, BLOGGER, PENULISAN.

ORANG BIASA, BERKONGSI CERITA. Along pasti, sesiapa yang pernah berkunjung ke BLOG Along ni, pasti akan terbaca ayat ni di HEADER BLOG. Kata-kata di atas, merupakan suatu kata-kata rasmi yang Along guna pakai untuk menjadikannya sebagai suatu cerminan atau gambaran tentang MATLAMAT Along dalam dunia penulisan blogging ini.

Sejujurnya, Along masih lagi dalam proses membangun dalam dunia blogging ini. Masih banyak kekurangan, masih banyak yang Along perlu perbaiki. Sungguhpun ramai yang kaki CONDEMN, Kaki KRITIK dan juga kaki yang suka menjatuhkan semangat orang lain, namun, ia bukanlah suatu penghalang yang mampu mematahkan semangat Along. Kerana itu, wujudnya perkataan ORANG BIASA. Kerana, Along adalah manusia biasa. Manusia biasa yang ingin cuba merubah dunia melalui penulisan. Sama ada, penulisan Along mampu merubah dunia atau tidak, Along serahkan semuanya pada Allah. Dari sini jugalah datangnya perkataan BERKONGSI CERITA. Along akan cuba dan terus mencuba, berkongsi apa jua cerita yang MUNGKIN akan merubah dunia, suatu hari nanti.

Paling penting, LILLAHI TA'ALA  menjadi tujuan yang utama. Kebanyakan orang, tujuan utamaa kita adalah sama. Namun, yang membezakannya, USAHA kita dan keikhlasan hati kita dalam mencapai MALTLAMAT tersebut. Orang kata, untuk menjadi ORANG YANG HEBAT, KITA PERLU BERKAWAN DENGAN MEREKA YANG HEBAT. Alhamdulillah, semenjak Along sertai EFG, Ramai orang hebat yang Along kenal dikalangan ahli EFG sendiri. Sedikit sebanyak, tempiasan KEHEBATAN mereka, terkena juga pada Along. Hehehe.

Along sangat meminati BIDANG PENULISAN. Teringin sangat untuk menjadi seorang NOVELIS. BLOG menjadi suatu Laman Sosial, yang membantu Along memantapkan teknik penulisan Along. Dan sebagai salah satu cara untuk Along di kenali oleh dunia luar. hehehe..

salan Ukhuwah...
Adios...
MASSALAMAH...

10 comments:

  1. Replies
    1. Jangan suka sangat.... Kau lupa ke kau pun kena denda jugak syira?ahahahaha...

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah kak PC.. Menang sangat bermanfaat... ☺

      Delete
  3. denda yang memberi idea dalam menulis sebuah entri kan along, tak pe bak kata arzmoha,kakak akan payung adik selalu kan hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak na....Alhamdulillah...ada juga penambahan entry untuk bulan ni..hehe

      Delete
  4. hihi.. sian dia kena denda. kipidap along... You can do it!

    ReplyDelete
  5. yeay along kena denda... semoga along terus maju jaya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ske along kna dnda ya kak mas? sabar jela...

      Delete