OST EKSPERIMEN CINTA | TASHA MANSHAHAR FEAT. RJ - Terima Kasih Cinta

Friday, August 28, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

OST EKSPERIMEN CINTA | TASHA MANSHAHAR FEAT RJ - TERIMA KASIH CINTA


Dari lagu Cinta kepada seorang AYAH, Di adaptasi kepada Cinta SUAMI ISTERI


Bismillah...
Alkisah...




Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Cinta, suatu kata, suatu frasa UNIVERSAL. Apakah cinta dan sayang itu sama? Apakah sayang dan suka itu sama? Setipa TINGKATAN PERASAAN adalah berbeza, mengikut pengADAPTASIAN perasaan-perasaan tersebut dalam diri setiap INDIVIDU. Sebagai CONTOH, CINTA Along, terhadap KELUARGA Along dengan CINTA Along terhadap yang teristimewa di HATI Along, amatlah berbeza TINGKATANNYA. Kerana, Sejauh mana Along CINTAkan yang teristimewa di hati Along itu, Along akan lebih MENCINTAI keluarga Along, lebih-lebih lagi EMAK Along sendiri kerana Syurga Anak lelaki kan terletak di bawak telapak kaki ibu. Tapi, janganlah LURUS SANGAT ok? Karang, tak memasal ramai di kalangan KAUM ADAM, pergi ke kaki IBU mereka, angkat kaki ibu itu, semata-mata nak tengok SYURGA.

Lagu TERIMA KASIH CINTA ni asalnya adalah ucapan TERIMA KASIH buang SI BAPA dari ANAKNYA ( MENGIKUT Video Klip OFFICIALnya). Namun, tidak bermakna ia tidak boleh di guna pakai untuk berterima kasih kepada YANG TERISTIMEWA di hati kita. Betul tak? Hehehe

OST EKSPERIMEN CINTA

EKSPERIMEN CINTA


Siapa tengok DRAMA : EKSPERIMEN CINTA ni? Along berani mengatakan, ia sebuah drama yang MENARIK, penuh dengan adegan yang MENCUIT HATI, tentang CINTA yang pada asalnya di EKSPERIMENTASI akhirnya menjadi CINTA yang kekal di hati mereka berdua. Mana Along tahu? ALONG TONTON DRAMA TU SAMPAI HABIS ok? Walaupun Along tak tengok dari awal, tetapi, Akhirnya Along melayan sahaja DRAMA tu setiap petang SABTU dan AHAD. Mana tidaknya, FAHRIN AHMAD dengan IZREEN AZMINDA yang berlakun sebagai watak utama tu. IZREEN AZMINDA dah la CANTIK, LAWA, PIPI FLAWLESS, apa lagi ek pujian yang Along nak beri pada dia? Lagi-lagi, baru-baru ni, Kak IZREEM AZMINDA ini telah bertudung sepenuhnya, lagi la menyerikan lagi wajahnya. FAHRIN AHMAD pula? Terbaik lakonan dia, melakonkan DUA watak adik beradik kembar. Seorang yang bersikap baik, dan seorang yang bersikap agak TEREJAL. Haish, nak cerita dekat sini, macam tidak menarik pula. Apa kata korang TONTON sendiri DRAMA tu? Tak tahu nak TONTON dekat mana? Korang ni apalah, buatlah akaun dekat TONTON.COM.MY. Along yakin korang tahukan laman web apa tu? Jangan buat-buat tidak tahu pula ya...

TASHA MANSHAHAR FEAT RJ - TERIMA KASIH CINTA




LIRIK LAGU : TERIMA KASIH CINTA
TASHA MASHAHAR FEAT. RJ

RJ:

Bisikan rindu memanggil namaku
Dirikan coretan merebahkan naluri hatiku


TM:

Usah bimbang tentang aku
Ku selalu di sisimu
Hapuskan rasa ragumu
Ku cuma ada kamu

Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi

Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah

Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah

Hanya kamu satu saja
Tiada yang kedua
Di mana pun engkau berada
Di sini masih cinta

Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi

Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah

Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah


RJ:

Cinta, anugerah Maha Esa
Kita corak, kita gubah, kita dirikan
Seperti impian yang kita kejari
Semoga bersama hingga ke akhir nanti
Terima kasih cinta, kita kan bersama
Terima kasih cinta, buat selamanya
Seperti impian yang kita kejari
Semoga kita bersama hingga ke akhir nanti



TM:

Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi

Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah

Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah

Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah

Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah



Salam Ukhuwah...
Sekian..
Adios..
MAASSLAMAH...

2 comments:

  1. Replies
    1. Dia ada lagu lagi satu dari Sissy Iman... Cuma Along tak berapa minat lagu tu..hehe

      Delete