OST JANJI ADAM | NASTIA BAND - Pastel & Prolog

Saturday, August 29, 2015 Rahim Aim21 6 Comments

OST JANJI ADAM | NASTIA BAND - Pastel DAN Prolog


Sebuah kisah, Janji seorang anak kepada ibunya...


Bsimillah...
Alkisah...




Assalamualaikum dan selamat tengah hari. JANJI, adalah sesuatu yang tampak mudah, tetapi sukar sebenarnya untuk di lasanakan secara SEMPURNA. Janji tidak hanya tertakluk sesama manusia sahaja. Tetapi, janji itu juga tertakluk di antara Manusia dan Penciptanya. Di saat lafaz SYAHADAH di ucapkan, di saat itulah termeterai JANJI Manusia kepada sang PENCIPTA. Kesaksian bahawa TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, dan MUHAMMAD PESURUH ALLAH merupakan JANJI UTAMA manusia yang beragama ISLAM. Refleksi diri, Apakah JANJI tersebut kita LAKSANA sebaiknya atau sebaliknya?

Alangkah indah, kalau setiap JANJI yang kita UNGKAPKAN, sama ada sesama mausia, atau kepada Tuhan yang ESA, tiada halangan yang menghalang kita untuk melaksanakan JANJI-JANJI tersebut. Mesti seronok, kalau semua yang kita lakukan di dunia ni, di permudahkan tanpa ada sebarang kesusahan. Namun, inilah yang dinamakan kehidupan. Semestinya, sebelum mencapai sesuatu yang kita inginkan, kita perlu lalui liku-liku kehidupan terlebih dahulu. Kerana di penghujung perjalanan kita, NIKMAT mengecapi KEJAYAAN adalah lebih MANIS. Tetapi, ramai yang BERHENTI sewaktu kejayaan lagi SEJENGKAL sahaja di hadapan mereka. Kenapa? Kerana mereka kenal ERTI PUTUS ASA berbanding ERTI TERUS ASA.

JANJI ADAM - Suatu drama bersiri yang mempunyai 20 EPISOD keseluruhannya. Berkisar tentang JANJI seorang anak SULUNG kepada ibunya, untuk MENCARI dan membawa PULANG 2 orang adik-adiknya yang telah lama terpisah semenjak daripada kecil. Dek kerana KEMISKINAN KELUARGA, si Ibu menyerahkan 2 orang adiknya kepada 2 keluarga yang berbeza dengan bayaran tertentu. Bukan atas niat MENJUAL ANAK, tetapi atas dasar ingin melihat kehidupan anak-anaknya TERJAMIN. ADAM, watak yang dimainkan oleh ZUL ARIFFIN berusaha sedaya mampu, untuk membawa pulang kedua-dua adiknya itu untuk tinggal semula bersama ibu mereka di kampung. Pelbagai KONFLIK, pelbagai RAGAM, Pelbagai kisah menarik berlaku sepanjang USAHAnya mendapatkan semula adik-adiknya itu. Nak tahu lebih lanjut? Apa kata, korang buat akaun di tonton.com.my, dan TONTONNYA secara percuma :)

OST JANJI ADAM | NASTIA - PASTEL





Cukup terpaku
Ku tatap syurgaku
Tangismu jujur
Kau cukup sempurna
Pinta saja kemana kau mahu
Pasti kau akan aku bawa
Belum terlambat untuk ku senyum
Kau masih selembut dulu
Jangan kau tunduk
Biar zahirmu Bisu
Lumrah dunia,
Kita sama saja

Jangan menangis andai ku pergi
Berpautlah dengan pesan ibu
Seperti kini kita berpeluk
Kau masih selembut dulu

PadaNya ku bersyukur
Adanya indah buatku
Genggam erat tanganku
Sepimu tak selamanya
Alam turut tersentuh
AnugerahNya itu kamu
dan bila ku tertidur
ku mohon untuk tetap denganmu.



OST JANJI ADAM | NASTIA - PROLOG






Mata tertutup dan jiwa lesu..
Saat kau genggam tanganku..
Hancur hatimu..
Maafkan aku terbuang cintamu..
Saat kau yakinnya rasa..
Kabur bayangku..

Hakikat yang benar tenggelam..
Buta indah pendinding jalan..
Meski ku hadiahkan kau pedih..
Namun engkau teguh menunggu..
Lamunanmu menjadi nyata..
Kau bangun semula..

Ooohhhh..seakan tlah sempurna
Ooohhhh..hakikatnya ku cinta
Ooohhhh..bungakan yang terindah
Ooohhhh..takkan pernah berubah



Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSLAMAH...

6 comments:

  1. Tak sempat tengok lagi drama nie. Pernah tengok 2,3 episod je ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tryla tengok..Along sarankan tengok daripada awal sampai akhir.. Mesti tak rugi punya :)

      Delete
  2. Replies
    1. Kalau ada masa.. tontonlah dekat tonton.com.my :)... Hehe

      Delete
  3. KG x layan drama ni..tp MIL KG kata best drama ni...apapun lagu sgt best mendayu2

    ReplyDelete