Pelangi Cinta - Webisod Series

Friday, August 28, 2015 Rahim Aim21 0 Comments

PELANGI CINTA - WEBISOD SERIES


Sebuah Drama ONLINE dari CLEAR MALAYSIA


Bismillah...
Alkisah...



Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Along pelik terhadap diri sendiri. Hari-hari, sukar untuk Along tidur di waktu malam. Hari-hari juga, Selepas bangun untuk bersolat SUBUH, Along akan tidur semula dan bangkit semula daripada tidur sekitar pukul 10.00 PAGI. Herm, tetapikan, bila Along tidur lewat, sekitar pukul 3 dan ke atas. Pasti leas SUBUH Along kurang mengantuk, ni yang Along bertambah pelik ni terhadap diri sendiri. Herm... Abaikan sahajalah aduan Along ni, dan kita FOKUS pada ENTRY pada kali ini.

Korang perasan tak? Bila nak tengok YOUTUBE, pasti kebanyakan VIDEO akan tayangkan IKLAN terlebih dahulu. Ada IKLAN tentang DRAMA, ada IKLAN tentang PROMOSI BARANG, ada IKLAN tentang PERTANDINGAN dan sebagainya. Ada sesetengah iklan tu, kita boleh abaikan dengan menekan butang SKIP, namun ada sebahagiannya kita tidak boleh abaikan dan terpaksa menunggu sehingga iklan tersebut tamat.

CLEAR | Pelangi Cinta : Webisod Series


WEBOSID 1

WEBISOD 2


Along juga macam korang, apabila ada iklan sahaja yang MENGHALANG korang tengok video yang korang nak sangat tengok tu, SEMESTINYA akan SKIP iklan tersebut. Namun, tidak semua iklan Along SKIP. Contohnya, iklan berkaitan dengan tajuk di atas. Pertana kali melihat IKLAN tersebut, hati Along tertarik untuk ketahui lebih lanjut tentang jalan ceritanya. Maklumlah, Pelakon utamanya adalah SHAHEIZY SAM dengan JULIANA EVANS, semestinya Along akan sanggup meluangkan masa untuk melihat iklan ini kerana Along sangat meminati corak dan gaya lakonan SHAHEIZY SAM.

Dari cerita ADNAN SEMIT, NGANGKUNG, NONGKRONG dan sebagainya, kebanyakan FILEM atau DRAMA lakonan BELIAU pasti akan Along tonton. Memanglah, Along tidak mampu tonton semua, tetapi, Along akan tetap cari masa untuk tonton cerita-cerita lakonan beliau. PELANGI CINTA ni, baru ada DUA EPISOD di YOUTUBE tu. Setiap minggu, EPISOD BARU akan di muat naik ke YOUTUBE. Memandangkan, semalam baru sahaja EPISOD 2 di UPLOAD, makanya, kenalah tunggu MINGGU HADAPAN untuk EPISOD 3. Apa tunggu lagi? Tontonlah video yang Along kongsikan tu. Takkan Along kena cerita semuanya kot? Tak SYOK la kalau macam tu kan?


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...

p/s: Ingin tahu lebih lanjut tentang ini di CLEAR MALAYSIA channel dekat YOUTUBE? Klik Sini :

0 orang telah tinggal komen: