Penangan WHATSAPP

Thursday, August 06, 2015 Rahim Aim21 0 Comments

PENANGAN WHATSAPP


Realiti atau Fanatsi...


Bismillah...
Alkisah...





Assalamualaikum dan selamat malam. Sudahkan korang semua menunaikan solat Isya`? Apakah secara berjemaah atau bersendirian? Dengan keluarga atau rakan taulan? Di masjid atau rumah? Ada rasa lapar tak? Ada rasa nak makan apa-apa tak? Ke nak DIET atau kurangkan makan di waktu malam? Atau sebenarnya, korang malas nak pergi masak dekat dapur dan juga malas untuk beli makanan di luar?

PENANGAN WHATSAPP, tajuk dan cerita yang Along cuba ketengahkan malam ini. Mungkin, ramai yang telah menulis ENTRY yang hampir sama dengan menggunakan tajuk yang berbeza, namun, yang pasti, PENULISnya adalah berbeza. Apa yang Along tulis di www.rahimaim.com ini adalah panadngan kaca mata Along sendiri, sepanjang Along kenal apakah itu yang di namakan MEDIA SOSIAL.

Jika dahulu, kita katakan, FACEBOOK menjadi penyebab atau punca MEDIA SOSIAL lain semakin di lupakan. Kini, kita boleh mengatakan WHATSAPP punca FACEBOOK semakin di lupakan. Along masih ingat lagi, sebelum wujudnya FACEBOOK aatu lebih tepat, sebelum FACEBOOK terkenal di MALAYSIA, Along pernah menggunakak beberapa jenis MEDIA SOSIAL di internet seperti:

1) MYSPACE



2) FRIENDSTER



3) HI5



4) TAGGED




Dan bermacam-macam lagi MEDIA SOSIAL lain yang Along pernah SIGN UP / JOIN / dan sertai dahulu yang telah pun Along lupa. Along tak letak LINK untuk FRIENDSTER dan HI5 sebab, FRIENDSTER telah tamatkan perkhidmatan pada JUNE 14, 2015. Manakala HI5 pula tidak dapat di akses linknya entah kenapa. Kehadiran FACEBOOK sedikit sebanyak, telah menyumbang kepada KEJATUHAN MEDIA SOSIAL yang lain suatu ketika dahulu.

KehadiranWHATSAPP pula, tidak lama dahulu, sedikit sebanyak telah MENGANGGU GUGAT pengusaan FACEBOOK dalam sektor MEDIA SOSIAL. Percaya atau tidak, WHATSAPP yang pada asalnya, di guna pakai sebagai APPLIKASI dalam telefon mudah alih, telah memberi impak yang sangat besar terhadap GERGASI MEDIA SOSIAL yang TERBESAR di dunia iaitu FACEBOOK? Nak kata WHATSAPP datang dari sebuah SYARIKAT GERGASI? Tidak juga, Mungkin kerana pengasas WHATSAPP iaitu KOUM dan ACTON tidak kenal erti putus atas menjadi penyebab WHATSAPP menjadi GAH sehingga kini, walaupun FACEBOOK telah membeli dan melabur dalam SYARIKAT ini beberapa tahun yang lalu.



Untuk tahu SEJARAH di antara FACEBOOK dan WHATSAPP, korang boleh layari WEBSITE di bawah :

3) Dll (Korang boleh cari sendiri)

Mengikut pengalaman kawan-kawan Along sendiri, bila di tanya berkaitan penggunaan FACEBOOK di dalam kehidupan seharian mereka berbanding WHATSAPP, kebanyakan mereka menjawab " Aku dah lama tak guna FACEBOOK", "WHATSAPP je lah, Susahlah nak guna FACEBOOK" dan sebagainya. Macam-macam alasan lagi yang diberi. Nampak tak KEBIJAKSAAN MARK ZUCKERBERG kat sini? Sungguhpun FACEBOOK kekurangan pengguna berbanding WHATSAPP, namun WHATSAPP yang kini turut menjadi milik syarikatnya telah memberi keuntungan BERLIPAT KALI GANDA yang tak terkira buat syarikatnya. Bijak tak dia? Orang ada duit, boleh lah buat apa sahaja kan? :)


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...


psst : Pernah dengar tentang TELEGRAM? Dengar-dengar cerita, semakin GAH di persada antarabangsa MEDIA SOSIAL dan lebih BAGUS berbanding Whatsapp. Tidak percaya? Cubalah guna, Korang pasti takkan MENYESAL punya...

0 orang telah tinggal komen: