PROGRAM HEALTH & MAJLIS RAYA BERSAMA PUSAT INTERNET 1MALAYSIA

Wednesday, August 05, 2015 Rahim Aim21 0 Comments

PROGRAM HEALTH & MAJLIS RAYA BERSAMA PUSAT INTERET 1MALAYSIA KG PULAI SEBATANG


Rabu | 8 Ogos 2015 | PI1M Kg Pulai Sebatang


Bismillah....
Alkisah...




Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ni, Along agak kelewatan bangun pagi. Tapi, nak kata lewat sangat tu, tak jugak. Bangun sekitar Jam 10.30 gitu. Tapi tak bermakna Along tak bangun untuk solat subuh ok? Lepas solat subuh tadi, Along tidur semula. Iu sahaja ceritanya. Hehehe. Bangun-bangun sahaja, lebih kurang 30 minit selepas bangun, emak mengingatkan Along berkaitan dengan PROGRAM berdasarkan tentatif di atas ini. Oleh itu, Along terus mandi, dan siap-siap untuk ke program tersebut. Ada juga, bahan untuk di jadikan sebagai penulisan BLOGGING untuk hari ini. :).

Berdasarkan tentatif di atas, dari JAM 8.30 pagi sehinggalah 11.30 pagi, pelbagai aktiviti dan pertandingan di adakan. dan TIADA SATUPUN yang ALONG SERTAI. haha. Pemalas betul kan Along ni? Hehe, Nak sertainya apanya. Kebanyakan pertandingan dah di tutup awal. Nak main CAPTEH? Sepak TAKRAW pun Along tak pandai. Hahaha.

Alhamdulillah, ramai juga pengunjung yang hadir, sekitar 200 orang macam tu. Dengan cuaca yang agak panas, di tambah pula angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Program pada hari ini, berjalan dengan lancar tanpa ada sebaang halangan.

Along ingin kongsikan, bingkisan-bingkisan berbentuk gambar, sepanjang PROGRAM ini di adakan.



KAMPUNG kami menyokong "INISIATIF BEBAS ASAP ROKOK".
 KAMPUNG anda bagaimana?


Pemeriksaan Kesihatan Percuma...


Meja pendaftaran KUIZ dan lain-lain PERTANDINGAN.






Para Pengunjung yang memeriahkan PROGRAM ini. terdiri daripada hampir 80% kaum hawa.
Hanya sebahagian kecil sahaja dari kaum adam. Hurm...


Tenaga kerja PRGORAM HEALTH & MAJLIS RAYA BERSAMA PI1M



Selfie satu... :)




Sebahagian dari peserta Sepak Yem / Capteh melakukan timbagan masing-masing.


Selfie 2.. Hahaha :)



Hadiah-hadiah untuk para pemenang


Ni, Along nak kongsikan. Pakcik Along. Dia juara pertandingan CAPTEH dengan timbangan 28 kali. Dalam keadaan cuaca panas dan berangin, dia memenangi pertandingan ini tanpa ada saingan. Agak-agak lah kan, siapa ada bran untuk lawan dia? Hehehe


Yang ni pula, Makcik Along. Dia dapat nombor 3 bagi KATEGORI CAPTEH WANITA. Bilangan timbangan? Tiada pula maklumat yang Along perolehi,


Majlis perasmian penutup di rasmikan oleh EN, AZMAN BIN HAJI KAMAR, Ketua Kampung Kawasan 6 Mukim Api-Api (harapnya betul apa yang Along tulis), yang berdiri sebelah makcik Along tu. :)

Program sebegini, bukan sahaja merapatkan Ukhuwah sesama warga Kampung, malahan dapat meningkatkan SEMANGAT KEKITAAN di kalangan masyarakat setempat. Kan bagus tu kan? Daripada melepak, buat perkara tidak tentu arah, lebih baik kita berprogram bersama. Kan?

Itu sahaja coretan Along untuk Entry pada kali ini. Harapnya, ianya dapat menarik minat korang semua untuk menyertai PROGRAM-PROGRAM seperti ini di tempat korang semua.


Salam Ukhuwah..
Adios...
MAASSALAMAH...

0 orang telah tinggal komen: