SEJARAH BEBERAPA NAMA TEMPAT DI PONTIAN,JOHOR

Monday, August 31, 2015 Rahim Aim21 20 Comments

SEJARAH BEBERAPA NAMA TEMPAT DI PONTIAN,JOHOR


Setiap Nama, Ada Ceritanya...


Bismillah...
Alkisah...

SEKADAR HIASAN :)


Assalamualaikum dan selamat maghrib buat semua. PErnah tak korang terfikir, mengapa korang di beri nama sedemikian rupa? Yang lelaki, ada yang di beri nama ABDUL HAFIZ, ABDUL AZIZ, LUQMANUL HAKIM dan sebagainya. Bagi perempuan pula, Ada yang bernama NURLIYANA, RAIHANAH, FATIMAH, FARAH, KHADIJAH dan sebagainya. Persoalannya, apakah nama-nama tersebut selari dengan sifat peribadi yang kita TONJOLKAN ketika ini? Apakah yang di beri nama LUQMANUL HAKIM itu, sebijak pemilik asal nama tersebut? Se `ALIM` pemilik asal nama tersebut? Apakah pemilik nama KHADIJAH itu sehebat pemilik nama asal tersebut? Seorang yang berjuang demi ISLAM dan menginfaqkan keseluruhan hartanya demi ISLAM? #MUHASABAH

Hari ini, bukanlah perkongsian Along berkaitan dengan nama-nama MANUSIA. Jangan STRESS, jangan RISAU! Hehehe. Along sekadar ingin kongsikan beberapa maksud di sebalik BEBERAPA nama-nama tempat di PONTIAN,JOHOR. Along tahu, banyak lagi selain tempat di PONTIAN,JOHOR yang mempunyai nama-nama yang lebih PELIK dan UNIK, namun apa Along KESAH! Along bangga dengan PONTIAN dan juga JOHOR! Hehehe. Sebab itulah Along kongsikan berkaitan dengan tempat-tempat di PONTIAN ni! Kalau korang rasa nak tulis tentang negeri sendiri, TULIS lah dekat BLOG masing-masing. :)

SEJARAH BEBERAPA NAMA TEMPAT DI PONTIAN,JOHOR


1) KAMPUNG PULAI SEBATANG


MASJID ni, Terletak BETUL-BETUL di hadapan RUMAH keluarga Along.


Along mulakan menulis sejarah beberapa nama tempat di johor dengan nama Kampung Along sendiri. Kalau geng-geng semua nak tahu, Dahulu, dikatakan ada sebatang pokok PULAI. Pokok PULAI ni besar dan tinggi sangat. Dan di katakan ada sebatang sahaja. Pokok ini menjadi panduan bagi golongan pelayar sekiranya mereka ingin masuk ke kuala sungai kampung ini. Di katakan lagi, sebelum Kampung ini di buka, ianya di kenali dengan nama SUNGAI AYER BALOI. Nak tahu tak apa yang menarik? Kampung ini di buka oleh dua orang insan iaitu Tandang Bin Ming dengan "TOK SERAH". TOK SERAH adalah MOYANG Along sendiri. Keluarga besar Along merupakan keturunan TOK SERAH. :). Dan Along bangga dengan STATUS tersebut, walaupun tidak ramai orang yang masih mengingati sejarah KAMPUNG PULAI SEBATANG ini.

2) API-API

Gambar di atas sekadar HIASAN, Memang ianya pokok API-API, namun bukanlah Pokok API-API di API-API.


API-API. Dari sebutan nama pun tampak garang kerana API kan sesuatu ynag boleh mengancam nyawa. Apa yang kecil2 menjadi kawan, besar-besar menjadi lawan? Semestinya API. Namun, Sekarah nama api-api bukanlah berkait rapat dengan API. Di bahagian pantai KAMPUNG API-API ini, ada banyak di tumbuhi pokok API-API. Dan dari nama pokok inilah, munculnya nama kampung API-API.

3) KAYU ARA PASONG


Sekadar HIASAN


Mengikut suber, nama tempat ini terhasil daripada WUJUDnya 2 pokok KAYU ARA diantara dua tebing sungai dan di katakan, kedua-dua dahan POKOK ini bertemu dalam keadaan seperti BERPASUNG.

4) SUNGAI BUNYI





Di katakan, sewaktu awal proses SUNGAI ini mula di teroka, sering kedengan BUNYI TANGISAN di SUNGAI ini.

5) SERI BUNIAN


Sekadar HIASAN


Kampung SERI BUNIAN? Terleta bersebelahan dengan SUNGAI BUNYI. Kampung ini, di diami oleh sebahagian besar orang-orang JAWA. MAsyarakt jawa SETEMPAT memanggil tempat inin dengan nama "sungei boni". Pada tahun 1950an, Orang-rang kampug secara gotong-royong medirikan sebuah sekolah rakyat, yang di beri nama SEKOLAH MELAYU SERI BUNIAN. BONI yang di ubah kepada BUNIAN adalah mengingatkan lagu Puteri Bunian. Kenapa SERI BUNIAN menggantikan BONI? Katanya, nama tersebut kelihatan amat INDAH dan MENARIK.

6) PENEROK


MASJID PEKAN PENEROK - Sekadar Hiasan


Ada PENDAPAT yang berpendapat, "PENEROK" ini berpunca daripada keadaan sungai yang BERLIKU-LIKU dan BERBELOK-BELOK sehingga menyusahkan semua orang yang melaluinya. Orang-orang menamakannya dengan nama "PENERUK" atau penyusah sempena mengingati kawasan tersebut. Ada PENDAPAT yang lain pula berpendapat, asal-usul nama "PENEROK" adalah berpunca daripada BANYAKNYA nyamuk terok di sini.


Sebenarnya, ada banyak lagi nama-nama tempat di PONTIAN yang menarik dan UNIK. Sejarah nama-nama tempat tersebut, menyimpan 10001 cerita yang tersembunyi. Memang kadang-kadang ada sebahagian nama tempat yang KELAKAR, namun, mesti ada sebab KENAPA dan MENGAPA tempat-tempat tersebut di namakan sedemikian RUPA. Banggalah dengan tempat asal korang, NEGERI korang, DAERAH korang dan juga, TEMPAT TINGGAL korang. Jangan rasa malu berkongsi pada DUNIA. dari mana tempat asal KORANG! DI MANA BUMI DI PIJAK, DI SITU LANGITKU JUNJUNG. Pegang ERAT peribahasa tersebut. Tetapi, BANGGA-BANGGA juga, janganlah sampai MEREMEHKAN tempat tingal orang lain, NEGERI orang lain pula ya? Kita SUPPORT EACH OTHER bak kata orang putih. :)


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSLAMAH...


Nota Kaki : Sumber INFO dari sini : http://pontian.pjl.com.my/setempat.htm

20 comments:

  1. Singgah baca entry ni baru tahu :)
    Akk follow sini- Followback TQ - http://merosnordn.blogspot.com
    Klik nuff too :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..tq sudi singgah kak.. InsyaAllah..Along akan balas kunjungan secepatnya..

      Delete
  2. Replies
    1. Ahaha.. alar bukan kat PONTIAN je ada nama PELIK dan UNIK KG.. Kat tempat KG pun mesti ada kan?hehe

      Delete
  3. Replies
    1. Nanti datang la lagi..mungkin masa majlis kahwin Along ke..ahha

      Delete
  4. Replies
    1. Unik dan Menarik..bangga jadi orang pontian..hehe

      Delete
  5. ermm...tak rasa pulak pelikk...hehehe

    ReplyDelete
  6. menarik dan pelik namanya kan
    pernah ddk jb 3 tahun dlu. keluar dr jb tahun 2012

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..... lebih banyak lagi nama pelik dan unik yang perlu di terokai...

      Delete
  7. walaupun org jhr tp tak pernah tau sejarah name tmpt ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kak mas... Ahha... dapat tahu pun kebanyakannya dari SUMBER GOOGLE..hehe

      Delete
  8. sibbaik xde nama yg lucah nemalukan spt 'batang berjuntai' yg dh dtukar nama kanns.,

    tp tertnye gak, kg 'puteri menangis' tu sejarahnye camaner pulak? hrmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama macam memalukan...tapi! mungkin ada sebab la tu di namakan begitu... PUTERI MENANGIS?

      Kawasan ini dipercayai mendapat namanya daripada mitos seorang puteri yg menjaga pinggan mangkuk untuk digunakan dalam majlis perkahwinan masyarakat bunian. Dikatakan penduduk kampung akan pergi ke sungai itu untuk meminjam pinggan mangkuk yg dijaga oleh puteri itu. Selain itu, dikatakan banyak juga pinggan mangkuk itu dirosakkan oleh beruang yg banyak terdapat di kawasan berkenaan. Sempena mitos itu, sungai berkenaan dinamakan Sungai Pinggan dan kampung berdekatan yg dinamakan Kampung Puteri Menangis, Kampung Sepah Beruang.

      Delete