TIPS MENGGEMUKKAN BADAN

Tuesday, August 18, 2015 Rahim Aim21 8 Comments

TIPS MENGGEMUKKAN BADAN


Berisi sikit, tidak mengapa...


Bismillah...
Alkisah...


Assalamualaikum dan selamat petang. Untuk julung-julung kalinya, along kongsikan TIPS kesihatan di blog Along. Tips yang bakal mengubah persepsi korang tentang orang yang GUMUK aka GEMUK. Realitinya, tiada orang GEMUK yang ingin jadi GEMUK. Tetapi, kebanyakan orang KURUS, inginkan tubuh badan yang lebih berisi. Tetapi, kerana tersilap langkah, keinginan orang kurus yang ingin tubuh sedikit berisi telah menukar mereka menjadi gemuk. NAMUN, masih ramai yang kurus tidak temui formula/ cara untuk mengGEMUKkan badan ni.

4 TIPS MENGGEMUKKAN BADAN


1) Kurangkan Senaman

Tips pertama ni, sangat penting dalam proses menggemukkan badan. Ini adalah kerana, tanpa bersukan, semestinya pembakaran lemak tidak berlaku.

2) Minum Air Yang Sejuk

Untuk tips ini, Along nak bagitahu. Air sejuk aka Air yang berais, mampu MENEPUKAN LEMAK dalam badan. Kalau boleh, minumlah selalu tidak kira masa. Waktu yang elok adalah sebelum tidur, waktu pagi sekitar pukul 2 pagi... Yang penting, kurangkan minum air panas.

3) Tidur Selepas Makan

Tidur selepas makan penting dalam mengekalkan keTEPUAN LEMAK dalam badan. Sedikit sebanyak, membantu juga proses penambahan lemak agar kita bertambah lebih berisi dengan cepat.

4) Jangan Ikut Semua Tips Di Atas

Tips terakhir ni paling penting. Tolong dan tolong, jangan ikut tips yang along senaraikan. Ini adalah kerana, korang akan menyesal seperti Along. Dek kerana Along buat semua perkara di atas, Along kini sukar untuk menguruskan badan semula.. Huhu, NAK KURUS, TAK NAK GEMUK.

BERISI SIKIT, TIDAK MENGAPA. Korang boleh sebenarnya ikut 3 tips awal Along tu. Cumanya, pastikan, bila korang dah rasa tubuh badan korang dah berisi mengikut apa yang korang nak selama ni, tolong hentikan dan mulakanlah hidup secara sihat semula. Jangan jadi macam Along ok? Huhuhu.. NAK KURUS, TAK NAK GEMUK.

Paling penting, pastikan perut korang jangan BUNCIT dah la ya?Sebab tips-tips di atas boleh juga memBUNCITkan perut. Macam perut Along. WUARGH! Nak perut kempis semula! NAK KURUS, TAK NAK GEMUK!

Uhuk-uhuk...
Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...

8 comments:

  1. makan dan minum sama banyak atau lebih air semasa makan, Ramai yg gemuk air, seeloknya jarakkan masa paling kurang 15 minit selepas makan baru cari air..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk..ahha... tq ats nasihat pcl...huhu..tula..baru skrg along rasa menyesal..uhuk2

      Delete
  2. hahaha..nak lagi cepat gemuk, makan tido, makan tido..gerenti tak sampai 24jam dah gemuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu bru gmuk skit..kna lbihkn 24 jam..bru gmuk bnyk..ahha

      Delete
  3. nak gemuk long, apa lagi makan tido je lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan tidur xckup..kenala makan tidur ulg2 kali..ahha

      Delete