KOTAK TANPA KEK RED VELVET

Sunday, September 20, 2015 Rahim Aim21 22 Comments

KOTAK TANPA KEK RED VELVET


Perumpamaan yang tiada noktah...


Bismillah...
Alkisah...

KOTAK SECRET RECIPE


Assalamualaikum dan selamat petang. Pernah atau tidak, dalam kehidupan korang semua, pernah tak korang rasa sesuatu, pernah tak korang tengok persekitaran korang dan korang... Pernah tak korang berjalan lalu korang, Pernah tak korang dengar lagu tapi, Pernah tak korang beli kek tapi....

Perenggan di atas sekadar WARM UP sebelum Along memulakan penulisan yang AGAK SERIUS. Tenangkan MINDA dan OTAK dengan soalan-soalan yang lengkap di atas, sebelum jiwa raga korang bakal merasai keTIDAK PUAS hatian dalam penulisan Along yang bakal panjang LEBAR sebentar lagi. Tetapi, bagi orang yang sedang, masih dan selamanya mencari SINAR CAHAYA kebenaran tanpa henti dan putus asa, semestinya AKAN mulai timbul rasa INSAF dalam diri. Along tahu, KERANA Along juga macam korang SEMUA. Manusia BIASA yang tidak SEMPURNA. MANUSIA biasa yang SERING KHILAF dan paling PENTING, MANUSIA biasa yang sering JAUH dari JALAN yang DIREDHAI sang PENCIPTA. 

KOTAK TANPA KEK RED VELVET - Along yakin, korang mesti tertanya-tanya, kenapa RED VELVET? Apa kesinambungannya? RED VELVET merupakan antara KEK yang SANGAT SEDAP. Itu Realiti, Along guna KEK RED VELVET sebab Along peminat kek itu. Itu sahaja. Hehehe. Jadi, Apa maksud KOTAK TANPA KEK RED VELVET? Sekadar PERUMPAMAAN SINIS buat diri Along dan SEGELINTIR MASYARAKAT kita yang sering LUPA, ALPA dan LALAI dengan kehidupan DUNIA. Percaya pada BISIKAN SYAITAN yang ingin menyesatkan kita, dengan mengabaikan beberapa PERINTAH ALLAH yang nyata.

Kenapa? Kenapa Along cakap macam tu? Macam tiada kaitan sahaja kan? Ok, begini. Suatu hari, korang pergi ke kedai KEK, dan katakanlah kedai tersebut adalah kedai SECRET RECIPE (Sebenarnya, kedai lain pun boleh). Korang pun temah KEK RED VELVET ( Sebab kek ini adalah kek yang SANGAT SEDAP). Setelah korang membuat pembayaran, dan diberikan kotak KEK, korang pun bawa balik rumah KEK tersebut. Sesampai korang di rumah, saat korang buka kotak tersebut, korang dapati hanya KEK COKELAT BIASA yang berharga sekitar RM 2 sahaja di dalamnya, sedangkan KEK RED VELVET berharga RM10. Persoalannya, apa yang korang akan buat? Marah? Kembali ke kedai KEK TERSEBUT dan meminta agar pertukaran KEK dilakukan? Atau mendiamkan diri dan membiarkan sahaja perkara tersebut berlaku.? Setiap orang berbeza REAKSI. Ini REALITI dan hakikat sebenar KEHIDUPAN kita sebagai MANUSIA BIASA.

Perenggan di atas sekadar SINOPSIS RINGKAS tentang REALITI kita sebagai HAMBA ALLAH yang HINA. REFLEKS diri kita, Kita kata kita ISLAM, tapi apakah JIWA kita turut ISLAM? Kita kata kita ISLAM, tapi apakah hati dan keseluruhan tubuh kita itu ISLAM? Ibarat PISTOL tanpa PELURU, ibarat BOTOL tanpa AIR, Ibarat PETI AIS tanpa ISI dan pelbagai PERUMPAMAAN yang kita boleh hasilkan SENDIRI untuk menggambarkan JIWA kita itu. Korang jangan pula kata, "NAK MENGATA AKU LAH TU?" ataupun "KAU INGAT KAU SEMPURNA?". Sabar, macam Along katakan, segalanya Along tulis, adalah untuk peringatan buat diri Along sendiri dan korang semua. Along MANUSIA BIASA yang dikenali sebagai PENDOSA.

ISLAM - Mudah untuk kita UNGKAP, tapi sukar untuk kita FAHAM. Kenapa Sukar? Begini, contoh mudah adalah RUKUN ISLAM. 5 Perkara dalam RUKUN ISLAM : 1) Mengucap 2 kalimah syahadah. 2) Solat Fardhu 5 Waktu 3) Berpuasa pada bulan RAMADHAN. 4) Membayar ZAKAT. 5) Menunaikan Haji (bagi yang mampu). Along bukanlah nak cerita tentang SEMUA rukun ISLAN ini. Along sekadar ingin sentuh tentang RUKUN ISLAM yang pertama sahaja iaitu MENGUCAP 2 KALIMAH SAHADAH.

Perasan tak, MENGUCAP 2 KALIMAH SYADAH bukanlah sekadar PENGUCAPAN sahaja. Sebenarnya, UCAPAN KALIMAH SYADAH ini bukan juga sekadar penyaksian semata. Kerana UCAPAN 2 KALIMAH SYAHADAH ini di setai dengan PERBUATAN-PERBUATAN yang diperlukan untuk MEMENUHI KEHENDAK UCAPAN tersebut. Ini FAKTA yang kita LUPA kerana jarang sekali orang BIASA macam Along, anda dan mereka mengingatinya. Amat jarang. Ada di antara kita CUKUPLAH LAHIR DALAM ISLAM, LAKSANAKAN MANA YANG MAMPU mengikut KEEGOAAN AKAL DAN HATI. Mana yang tidak mampu di laksana, di tinggalkan tanpa ada rasa BERSALAH mencengkam DIRI. Inilah yang di maksudkan dengan KOTAK TANPA KEK. ISLAM pada LUARAN tapi, KOSONG pada dalaman.

dalam ISLAM ada apa? Semestinya ada PERATURAN dan HUKUM HAKAM atau lebih TEPAT perintah ALLAH yang perlu kita lakasanakan SEPENUHNYA tanpa ada ALASAN untuk tidak MELAKUKANNYA. Bagaimana ORANG BUKAN ISLAM ingin tertarik pada ISLAM sedangkan pada diri kita sendiri, TIADA CIRI-CIRI ISLAM? TIADA AKHLAK ISLAMIAH? Sekadar SOLAT, PUASA, ZAKAT dan sebagainya tidak CUKUP untuk mengatakan kita telah laksanakan PERINTAH ALLAH sepenuhnya. Kenapa? Kerana, PERINTAH ALLAH itu LUAS! Sangatlah LUAS! PERINTAH untuk melakukan perkara yang WAJIB dan meninggalkan perkara yang HARAM. Tapi, kebanyakan dari kita, seperti ALONG SENDIRI, memilih dalam MELAKUKAN PERKARA YANG WAJIB, MEMILIH JUGA DALAM MENINGGALKAN PERKARA yang HARAM. 

Eh? Korang pelik ya? Along kan PENDOSA. Along kan MANUSIA BIASA. Contoh mudah, begini, Along SOLAT tetapi, Along suka MELWAT-LEWATKAN SOLAT. Solat itu memang dah bagus dah. Yang tak bagusnya, MERINGANKAN solat tersebut. Katalah, Tiba-tiba nyawa ktia di tarik, dan SOLAT TERSEBUT kita tidak sempat melakukannya, apakah STATUS KITA ketika itu? Contoh yang lain, KITA TAHU, HARAM BAGI KITA MELIHAT AURAT YANG BUKAN MAHRAM. Itu kita semua tahu, tetapi, Kenapa kita tetap melihatnya? Dalam DRAMA, dalam FILEM, ataupun REALITI KEHIDUPAN. AURAT di buka di MERATA-RATA TEMPAT. Mata kan, mata. MATA adalah suatu nikmat yang di guna pakai untuk MELIHAT. Kalau tak dapat melihat itu, namanya BUTA.

Sebab itulah, cuba tanya diri kita sendiri, APAKAH ISLAMNYA aku, sekadar pada PERKATAAN TERSEBUT, atau ISLAMNYA aku ini, adalah ISLAM secara MENYELURUH? TEPUK DADA, TANYALAH HATI. PEJAM MATA, MULALAH REFLEKSI DIRI. BUKA MINDA, TERIMALAH KEKURANGAN DIRI. Mulalah bangkit dari TIDUR dan BERHADAPANlah dengan REALITI. Ubahlah STATUS DIRI, dari KOTAK TANPA KEK RED VELVET kepada KOTAK DENGAN KEK RED VELVET yang sangat SEDAP. Dari ISLAM yang sekadar bertapak pada STATUS diri kepada ISLAM yang BERTAPAK di dalam hati.


Salam UKHUWAH....
ADIOS...
MAASSALAMAH...

22 orang telah tinggal komen:

Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015

Wednesday, September 16, 2015 Rahim Aim21 32 Comments

Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015


SELAMAT HARI MALAYSIA


Bismillah...
Alkisah...

Segmen irrayyan : Hari Malaysia 2015
KLIK BANNER untuk SERTAI

Assalamualaikum dan selamat petang Semuanya! Kenal tak HAKAK dekat atas ni? Tak kenal? Korang ni memang suka TIPU kan? Akak dekat atas ni agak FEMES kot dalam DUNIA BLOGGING. Along tipu? Ek eh? Kita pula di label sebagai penipu? Sampai hati korang kan? Huhuhu.. Akak di atas ni pemilik belog irraayyan.com. Kiteorang panggil dia Kak Irra atau nama pena di BLOGnya iaitu MOMMY IRRA. Amal Insyirah! Apa nganga-nganga? Ahha. (Tetiba..) Amal nama anak MOMMY IRRA yang comel tu..

Syarat-syarat segmen MOMMY IRRA bagi mudah sahaja. Kena ikut semua tau. 


1. Folow blog irrayyan.com . 
2. Letakkan banner segmen irrayyan di atas pada permulaan entri.
3. Tajuk Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015 dan linkkan ke entri MOMMY IRRA di irrayyan.com
4. Letakkan satu gambar anda sempena Hari Malaysia. Gambar boleh secara selfie/wefie atau gambar biasa. 
5. Berikan caption ringkas berkaitan gambar tersebut. 



Itu sahaja. Mudah sangat-sangat kan? 
Tarikh tutup penyertaan adalah 16/9/2015 , jam 6 petang. Lebih dari jam 6, MOMMY IRRA tak kira dah penyertaan korang tu.



Dekat bawah ini, adalah GAMBAR penyertaan daripada Along aka BUDAK LELAKI HENSEM yang PERASAN kuat.


Peristiwa 16 September tahun enam puluh tiga,
Titik permulaan kepada suatu perpaduan,
Ternoktahnya sebuah janji demi negara tercinta,
Termaktubnya sebuah ikrar yang dipenuhi harapan.
Pembentukan gagasan yang di beri nama MALAYSIA,
Demi kesejahteraan, Keharmonian dan Keamanan.



Itu sahaja...
Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...


Nota Kaki :
psst... GIGIH Along lukis sendiri BENDERA tu. Tapi, macam biasalah, TANG WARNA Along sedikit FAILED... Hehehe....

32 orang telah tinggal komen:

TUTORIAL : FOLLOW BLOG YANG TIADA PAPARAN JOIN THIS SITE

Saturday, September 12, 2015 Rahim Aim21 34 Comments

TUTORIAL : FOLLOW BLOG YANG TIADA PAPARAN JOIN THIS SITE


Ruangan FOLLOW ME ada,  PAPARANnya tiada...


BISMILLAH...
ALKISAH...


Ketiadaan PAPARAN di ruang DEAR FOLLOWER Along


Assalamualaikum dan SELAMAT MALAM. Alhamdulillah, Along panjatkan segala keSYUKURAN kepada Yang Maha Esa atas segala KURNIAAN NIKMAT yang telah diberikan ke atas sekalian MAKHLUKNYA. Sesungguhnya, tiada tuhan melainkan ALLAH, Nabi MUHAMMAD itu pesuruh Allah. Allahu, itulah JANJI kita kepada AGAMA kita, AGAMA ISLAM yang kita sayangi ini. Ilham itu tidak datang secara TIBA-TIBA kerana ilham itu datangnya dari Allah yang maha mengetahui segala sesuatu.

Untuk TUTORIAL pada kali ini, Along ingin KONGSIKAN suatu TIPS yang bakal mengubah sedikit PERSEPSI MINDA kita terhadap GOOGLE CHROME. Bukan apa, sebagai BLOGGER, yang MEMANG mengguna pakai GOOGLE CHROME sebagai BROWSER rasmi di LAPTOP ataupun TELEFON PINTAR korang, semestinya akan mengalami perkara ini. RUANG FOLLOW ME ADA, PAPARANNYA TIADA. Bila korang berkunjung ke BLOG yang korang baru sahaja berkunjung, dan nak FOLLOW BLOG tersebut, tetapi, di dapati, PAPARAN pada ruang FOLLOW ME tiada. Semestinya, korang akan REFRESH TAB korang kan? Dan berharap ianya TERPAPAR. Dan semestinya korang akan sanggup REFRESH banyak kali. Kan? Sampailah keluar PAPARAN tu. Tetapi? Korang pasti akan HAMPA.

Bagi pengguna MOZILLA FIREFOX, semestinya PAPARAN : JOIN THIS SITE akan ada, tetapi, apakah semua orang ada FIREFOX? Apakah semua orang suka penggunaan FIREFOX? Semestinya tidak. Along tahu, kerana Along sendiri tidak suka FIREFOX. #FAKTA.

Jadi, apa perlu kita sebagai pengguna TEGAR GOOGLE CHROME perlu buat? Apakah kita perlu INSTALL MOZILLA FIREFOX? Ada ALTERNATIF lain sebenarnya. Jangan TERTIPU dengan MAINAN PERASAAN SENDIRI. Ok? Caranya mudah sahaja. SEMUDAH A,B dan C sampailah Z.

TUTORIAL : FOLLOW BLOG YANG TIADA PAPARAN JOIN THIS SITE


1) Buka INCOGNITO MODE



2) Masuk semula ke BLOG yang kita nak FOLLOW guna INCOGNITO MODE




3) Apa lagi, FOLLOW sahajalah BLOG tersebut. :)

Mudah bukan? 3 STEP sahaja. Tak payahlah korang susahkan diri DOWNLOAD atau INSTALL MOZILLA FIREFOX. Korang perlu PERCAYA 1 PERKARA, jika ada suatu permasalahan, penyelesaian MASALAH tersebut bukan ada 1 sahaja. Banyak lagi ALTERNATIF lain yang korang boleh CUBA.


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...

34 orang telah tinggal komen:

NILAI KARNIVAL KONVENSYEN KEUSAHAWANAN ISLAM KE-11

Saturday, September 12, 2015 Rahim Aim21 10 Comments

NILAI KARNIVAL KONVENSYEN KEUSAHAWANAN ISLAM KE-11 (iCEPs11)


2 HARI 2 MALAM, 8.00 Pagi - 10.00 Malam..


Bismillah...
Alksiah...

NILAI CARNIVAL KONVENSYEN KEUSAHAWANAN ISLAM KE-11
POSTER NILAI CARNIVAL 2015

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Wahai semua WARGA NILAI dan yang tinggal di sekitar dengannya. Jemput-jemput, Mari-mari, hadirkan diri korang SEMUA. Sama ada bersama kawan mahupun keluarga ke PROGRAM : NILAI KARNIVAL KONVENSYEN KEUSAHAWANAN ISLAM kali yang Ke-11. Mari memeriahkan PROGRAM ini bersama. Eh? Korang tak tahu ke TESCO Nilai ni terletak dekat mana? Ala, Cuba korang guna GOOGLE MAP, tak pun WAZE. Mesti sampai punyalah nanti, InsyaAllah... :)

Perlu ke Along buang masa lagi? Tak perlu rasanya. Sebab GAMBAR kan biasanya PENGGANTI CERITA berbentuk PENULISAN. Hehehe... Dekat bawah ni, ada lah beberapa KEPINGAN GAMBAR yang Along ambil guna TELEFON BIMBIT LENOVO A806 Along :

Pentas UTAMA yang dekat tengah-tengah tu


Persiapan Untuk PERTANDINGAN NASYID







BOOTH-BOOTH JUALAN


Khemah untuk para PENGUNJUNG


Tempat Permainan untuk KANAK-KANAK


KAMBING BAKAR D`ROYALE WARISAN. Sedap sangat-sangat! RUGI kalau korang TAK MENCUBANYA.

Bukti Pembelian

Dekat sini, Along nak PROMOTE :KAMBING BAKAR D`ROYALE WARISAN ni. Along berani katakan, MEMANG SEDAP. Bukan nak BODEK, tapi ini MEMANG REALITI. Harga bagi KAMBING BAKAR ini adalah RM5.00 untuk 100 GRAM dan RM10.00 untuk 200 GRAM. Bagi peminat DAGING, tidak kisah lah sama ada daging KAMBING mahupun LEMBU, korang mesti CUBA KAMBING GOLEK yang di jual oleh BROTHER-BROTHER dalam gambar tu. TETAPI! Kalau korang rasa tidak puas hati, itu bukan salah Along ok? Sebab citaRASA kita kan berbeza.

Jadi, Apa tunggu lagi? Kenapa masih membuang masa lagi? Memandangkan HARI INI dan ESOK adalah HARI SABTU dan AHAD atau lebih tepat lagi, HARI CUTI di HUJUNG MINGGU, Datanglah beramai-ramai ke iCEPs11 yang berlangsung di kawasan luar TESCO NILAI dari JAM 8.00 PAGI - 10.00 MALAM. Datang jangan tak DATANG!


Salam Ukhuwah,,,
Adios...
MAASSALAMAH...


psst : Geng-geng blogger tu, mana yang BERKELAPANGAN, pakat mailah turun NILAI, meraikan PROGRAM ni. Kalau turun tu, beritahulah. MAna tahukan,kita boleh BERJUMPA. CC: BONDEPCL,  Kak AnaKak Ain dan lain-lain

10 orang telah tinggal komen:

SUPER SPONTAN ALL STARS 2015 EPISOD 3

Saturday, September 12, 2015 Tinta ilmiah 4 Comments

SUPER SPONTAN ALL STARS 2015 EPISOD 3


TONTON SECARA ONLINE, DOWNLOAD SECARA FREE


BISMILLAH...
ALKISAH...




Assalamualaikum dan selamat malam.

TAJUK : SUPER SPONTAN ALL STARS 2015

SIARAN : Astro Warna dan Mustika HD

WAKTU : Jumaat, Jam 10 Malam

HOS : Ac Mizal

PENGULAS : Afdlin Shauki,Ray dan Hanif dari ERA

KUNGFU KIPIDAP : Johan (Kapten), Tauke, Shahrol Shiro, Uqasha Senrose, Abam Bocey dan Nana Mahazan

SILAT DONGIBAB : Zizan Razak (Kapten), Pak Yus, Ajak Shiro, Along Cham, Acey Bocey, Jihan Muse dan Yasmin Hani

PENAMPILAN KHAS : Ayahanda Rani Kulup

INFO LANJUT DI : http://myflm4u.pw/


TONTON ONLINE | DOWNLOAD FREE(link akan di UPDATE)




Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...

4 orang telah tinggal komen:

KERTAS GAMBAR AGUNG

Friday, September 11, 2015 Rahim Aim21 10 Comments

KERTAS GAMBAR AGUNG


Nilai kertas berdasarkan warna...


Bismillah...
Alkisah...

GAMBAR AGUNG


Assalamualaikum dan selamat petang. Petang-petang begini, semestinya kebanyakan dari kita sedang beriadah dengan rakan-rakan. Sama ada di atas PADANG atau di GELANGGANG. Sama ada di luar bangunan mahupun di dalam bangunan. Apa jua akitiviti menyihatkan diri tetap di kira RIADAH. Selepas RIADAH, semestinya kita akan berasa PENAT, DAHAGA, LAPAR ataupun sebagainya kerana ianya adalah TANDA kita kehilangan TENAGA setelah aktiviti-aktiviti RIADAH kita lakukan dengan SEPENUH HATI dengan PENUH SEMANGAT.

KEBANYAKAN dari kita, akan mulai mencari KERTAS GAMBAR AGUNG yang tersimpan rapi, sama ada di dalam KOCEK SELUAR ataupun BEG DOMPET untuk membeli keperluan asas DIRI bagi menghilangkan KEPENATAN, LAPAR dan juga DAHAGA. SETIAP helaian kertas yang terpotret gambar AGUNG, NILAINYA dibezakan dengan WARNA yang BERBEZA

Tetapi, TIDAK semua orang memiliki kertas berwarna yang mempunyai NILAI yang tinggi. Sebagai CONTOH, Along ada KERTAS GAMBAR AGUNG warna UNGU dalam BEG DOMPET, mana kala, kawan along mempunyai KERTAS GAMBAR AGUNG warna MERAH sahaja di dalam DOMPET. Di sebabkan warnanya berbeza, nilai juga jadi berbeza.

Korang dah tahu apa Along maksudkan dengan KERTAS GAMBAR AGUNG bukan? Itulah DUIT KERTAS MALAYSIA yang kita guna pakai, sejak dahulu sehingga kini. ASALnya hanyalah sekeping KERTAS yang di CETAK. Namun, SEKEPING kertas itu jugalah menjadi BERNILAI dan BERHARGA, di sebabkan CETAKAN dari sudut WARNA dan NILAI yang terpatri di atas KERTAS tersebut membezakannya dengan KERTAS-KERTAS yang LAIN.

Apa jadi andai KERTAS GAMBAR AGUNG yang bernilai RM50 hilang dari simpanan kita? Tak payah kata RM50, mungkin RM10 sahaja hilang dari simpanan kita. Apa kita rasa? Rasa GELISAH? SUSAH HATI? TIDAK TENANG? SEDIH? Kertas sahaja pun, kenapa perlu rasa semua tu? Jawapannya mudah, KERTAS-KERTAS GAMBAR AGUNG INI, sangat BERNILAI berbanding KERTAS-KERTAS lain. Along sendiri, kalau tiba-tiba sahaja RM50 hilang dalam simpanan, ibarat perempuan MEROYAN yang kehilangan ANAK.

Bagaimana pula situasinya bila KERTAS GAMBAR AGUNG tidak mencukupi untuk membeli atau membayar sesuatu? Mesti tidak keharuan punya lah. Sanggup pergi ke BANK atau MESIN ATM berdekatan untuk mengeluarkannya dari PERUT mesin tersebut. KERTAS memang boleh MERUBAH DUNIA. INOVASI KERTAS memang sangat DAHSYAT. Sungguhpun KERTAS hanyalah KERTAS.

Pernah dengar lagu RINGGIT nyanyian MONOLOQUE? Dekat bawah ni Along kongsikan lagunya. Bukan apa, Sebab lagu ni ada MAKSUD yang SANGAT MENDALAM...




Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...

10 orang telah tinggal komen:

TADOM HILL RESORT, BANTING

Wednesday, September 09, 2015 Rahim Aim21 28 Comments

TADOM HILL RESORT, BANTING


Tempat Menarik Untuk Lari Dari BELANTARA KONKRIT buat sementara waktu


Bismillah...
Alkisah...



Assalamualaikum dan selamat pagi. Hohoi semuanya! Along tak nak bazir masa dengan membebel tentang perkara yang kurang ada kaitan dengan tajuk ENTRY pada perenggan pertama ni memandangkan Along sedikit ( Sebenarnya banyak) TERUJA untuk menulis berkaitan dengan tempat ini iaitu TADOM HILL RESORT yang terletak di BANTING ini. Kenapa ya? Dari sumber yang Along baca melalui PENULISAN di BLOG kawan-kawan Along, TADOM HILL RESORT ini adalah tempat yang WAJIB untuk di kunjungi.

Dekat bawah ini, PETA DARI NILAI ke TADOM HILL RESORTS ini berdasarkan peta GOOGLE MAP :





Dari Nilai pun dah dekat, Apatah lagi tempat sekitarnya, Ye tak? Jika dari nilai, ambil masa 26 MINIT sahaja untuk ke sana dengan menaiki kereta. Bagaimana dengan tempat lain? Di katakan, dari KLIA ke TADOM HILL RESORT hanya mengambil masa sekitar 12 MINIT sahaja manakala dari KOTA RAYA KUALA LUMPUR ke TADOM HILL RESORT ini mengambil masa sekitar 45 MINIT sahaja untuk sampai.

Apa yang Menarik Di sini? Along akan kongsikan BEBERAPA FAKTA yang MENARIK untuk para pembaca semua.

FAKTA MENARIK TENTANG TADOM HILL RESORT :


1) - Difahamkan kawasan Tadom Hill Resorts ini dibangunkan dengan bantuan Orang Asli setempat yang pakar dalam membuat sesuatu menggunakan hasil hutan.

2) - Tadom Hill Resort berkonsepkan BULUH


3) - Buat masa ini ada 3 jenis pakej ‘tempat tinggal’ yang ditawarkan iaitu Tadom Hammock Sphere, Tadom Tent Sites, Vip Bamboo Hut. Tetapi! Sebelum korang ke sana, ebih baik la korang LAYARI WEBSITE diorang untuk ketahui MAKLUMAT yang lebih LANJUT.


4) - 4 ZON TADOM BASE - Di sini di sediakan beberapa jenis AKTIVITI LASAK dan MENCABAR ketahanan FIZIKAL dan MENTAL yang boleh di lakukan oleh para PENGUNJUNG di 4 jenis ZON TADOM BASE

5) -  Keindahan ALAM semula jadi yang MENGASYIKKAN semestinya menjadi daya TARIKAN UTAMA untuk para pengunjung ke tempat ini.

Banyakkan? Smbang kosong pun tak guna. Dekat bawah ini, ada beberapa kepingan GAMBAR yang Along ambil dari FACEBOOK TADOM HILL RESORT :



Dekat atas nilah Orang Asli TEMUAN yang membangunkan TADOM HILL RESORT ini. Banyak AKTIVITI yang korang boleh lakukan dengan MEREKA


Gambar di atas, para PENGUNJUNG BERBILANG NEGARA. 


QUOTES : IF YOU CAN`T BEAT THEM, JOIN THEM


Tandas dan Bilik Mandi pun dibuat daripada BULUH? DAEBAK!!!


So Sorry


Benda di atas ni, adalah ibarat RAKIT buatan TANGAN. Muat untuk SEORANG setiap RAKIT.


Korang pun dah baca, Takkan masih ragu-ragu kot akan tempat yang di namakan TADOM HILL RESORT ini? Apa tunggu lagi, BAWALAH keluarga korang ke sini apabila ada masa laang, BERCUTILAH dengan kawan-kawan korang sewaktu cuti hujung minggu di sini, KORANG pasti tidak akan RUGI. Along tak jamin, tapi Along percaya dengan apa yang Along tengok berdasarkan GAMBAR-GAMBAR yang berlambak di INTERNET berkaitan dengan TADOM HILL RESORT ini.

Sebelum tu :




Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH... 

Sumber Blog Member Along :


28 orang telah tinggal komen:

TOPMAN : FESYEN LELAKI HIPSTER

Tuesday, September 08, 2015 Rahim Aim21 5 Comments

TOPMAN : FESYEN LELAKI HIPSTER


Gaya HIPSTER masa kini…


Bismillah…
Alkisah…




Assalamualaikum dan selamat petang. Apa khabar semuanya? Semestinya dunia FESYEN tidak akan pernah lekang dengan pelbagai jenama terkemuka di serata DUNIA. Namun, apa yang membezakannya adalah KUALITI sesuatu pakaian itu dan keselesaan pengguna dalam memakainya. Hari ini, Along ingin kongsikan, suatu JENAMA yang TERKEMUKA di seantero DUNIA di kalangan penggemar FESYEN HIPSTER iaitu TOPMAN. Jika anda seorang penggemar fesyen HIGH STREET, semestinya jenama TOPMAN adalah antara jenama yang WAJIB korang perlu miliki. Jenama yang berasal dari UK ini merupakan pelopor fesyen ala British yang cukup digemari di serata dunia dan tidak kurangnya penggemar fesyen di Malaysia. Maka, tidak hairanlah TOPMAN telah menjadi sebuah jenama yang sering menjadi ‘favourite’ dikalangan penggemar fesyen tempatan.

Persoalannya, apakah punca UTAMA jenama TOPMAN ini menjadi pilihan lelaki hipster? Dari pandangan kaca mata Along yang berwarna hitam ini, Along yakin bahawa koleksi pakaian lelaki TOPMAN ini adalah dijamin mengikuti trend terkini dan sentiasa menepati citarasa para pembeli. Kedua pula, harga yang ditawarkan bagi setiap koleksi pakaian tersebut adalah amat berpatutan dan berpadanan dengan kualiti pakaian yang ditawarkan. (Along paling suka koleksi jeans TOPMAN). Dan yang ketiga pula, saiz pakaian Topman bersesuaian dengan saiz average penduduk Asia. Siapa penduduk Asia? Kita semualah. Hehehe…



COP! Korang fikir, TOPMAN ni tawarkan pakaian KASUAL sahaja ke? Bukan sebenarnya. TOPMAN turut menawarkan koleksi pakaian FORMAL dengan rekaan yang cukup HIPSTER. Wow! Menarik bukan? Oleh yang demikian, kalau korang semua menggemari FESYEN HIPSTER atau sedang cuba berjinak-jinak dengan FESYEN yang sedang “in” sekarang ini, Along sarankan korang kunjungi butik-butik TOPMAN yang berdekatan dengan korang semua. Takpun, kalua korang malas sangat nak pergi ke kedai-kedai tersebut, korang WINDOW SHOPPING sahajalah dekat Topman online di laman web ZALORA Malaysia. Mudah sahaja, semudah A,B dan C. Dan korang boleh Nikmati perkhidmatan penghantaran percuma terus ke rumah korang hari ini juga! Apa tunggu lagi?




Salam Ukhuwah…
ADIOS…
MAASSALAMAH…

5 orang telah tinggal komen:

SEGMEN:BLOGLIST KEKAL THEYANAONLY

Sunday, September 06, 2015 Rahim Aim21 12 Comments

SEGMEN:BLOGLIST KEKAL THEYANAONLY

JOM SERTAI BERAMAI-RAMAI


BISMILLAH...
ALKISAH...

GIVEAWAY

(blog anda akan diletakkan di dalam bloglist saya disidebar secara kekal)
TAMAT PADA 10 SEPTEMBER 2015, JAM 11:59PM

segmen theyanaonly ni bukan sekadar blogwalking tapi giveaway juga, ada hadiah bagi 2 orang yang bertuah. Macam mana nak join mudah sahaja baca bawah ni apa yang perlu anda lakukan
  1. buat "SEGMEN:BLOGLIST KEKAL THEYANAONLY" (jangan lupa linkkan)
  2. follow blog saya "i follow" (make sure jujur)
  3. follow twiter saya "i follow" (kalau ada twitter wajib)
  4. berapa kerap anda post cerita di blog anda ? (contoh dibawah pilih salah satu)
SETIAP HARI / SETIAP MINGGU / SETIAP 2 MINGGU 
dua orang yang bertuah dipilih dengan cara random.org akan dapat hadiah special

MUDAH KAN JUST COPY CODING DALAM BOX BAWAH NI AND PASTE DEKAT POST KORANG SEMUA TELAH SIAP DI LINK KAN.
TAMAT 10 SEPTEMBER 2015, JAM 11:59PM

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK ENRTY ANDA



ASSALAMUALAIKUM dan petang CERIA buat korang semua, segala INFO di atas adalah berkaitan dengan SEGMEN yang di buat oleh THEYANAONLY. Sebagai salah seorang PESERTA, Along MENYERU KORANG SEMUA turut menyertai SEGMEN ini. Bukan apa, menambah kenalan dalam dunia BLOGGER ni katanya..ahha... Sebagai menjawab PERSOALAN yang wujud dalam INFO di atas, INI JAWAPAN ALONG :

  1. buat "SEGMEN:BLOGLIST KEKAL THEYANAONLY" (DONE)
  2. follow blog saya "i follow" (JUJUR dah FOLLOW)
  3. follow twiter saya "i follow" (JUJUR dah FOLLOW juga)
  4. berapa kerap anda post cerita di blog anda ? (contoh dibawah pilih salah satu)
SETIAP HARI / SETIAP MINGGU / SETIAP 2 MINGGU 

Itu sahaja dari Along untuk ENTRY pada kali ini.


Salam UKHUWAH...
Adios...
MAASSALAMAH...

12 orang telah tinggal komen:

TONTON TOMORROWLAND SECARA ONLINE

Sunday, September 06, 2015 Rahim Aim21 0 Comments

TONTON "TOMORROWLAND" SECARA ONLINE


TONTON ONLINE | DOWNLOAD FREE



Bismillah...
Alkisah...



Assalamualaikum dan selamat petang.

FILEM : TOMORROWLOAND

ARAHAN : Brad Bird

GENRE : Aksi, Pengembaraan dan Kekeluargaa

PELAKON UTAMA : George Clooney, britt Robertson, Hugh Laurie

SINOPSIS: Cerita ini berkisar tentang PENGEMBARAAN seorang GADIS REMAJA yang kebetulan menjumpai suatu CIP MISTERI yang membolehkan dirinya berHALUSINASI melihat suatu tempat MISTERI yang tidak dapat di bayangkan dek akal MANUSIA BIASA. TEMPAT yang di gelar TOMORROWLAND mempunyai sejarahnya tersendiri dari aspek pembangunan SAINS di bumi. Pengembaraannya bersama seorang SAINTIS yang penah kecewa dengan TOMORROWLAND atas sejarah HITAM yang pernah terjadi suatu ketika dahulu. Namun, demi MEMBETULKAN kembali segalanya, SAINTIS tersebut BERSETUJU untuk turut serta mengembara BERSAMANYA. Matlamatnya hanya satu, hanya perlu PERCAYA.


TONTON ONLINE 


CARA DOWLOAD VIDEO :

1) Right Click pada Video
2) Pilih "SAVE VIDEO AS"
3) Dekat pilihan FILE NAME letak tajuk FILEM
4) Tekan SAVE
5) Tunggu sampai HABIS download


Salam Ulhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH....

0 orang telah tinggal komen:

TONTON SUATU MALAM KUBUR BERASAP 2 SECARA ONLINE

Friday, September 04, 2015 Tinta ilmiah 2 Comments

TONTON SUATU MALAM KUBUR BERASAP 2 SECARA ONLINE



Bismillah...
Alkisah...




Assalamualaikum dan selamat malam.

FILEM : SUATU MALAM KUBUR BERASAP 2

ARAHAN : Ernie Chen

GENRE : Komedi Seram

PELAKON UTAMA : Shahrol dan Ajak SHIRO, Azad Jazmin, Kumpulan BOCHEY, Rahim R2 dan lain-lain

SINOPSIS: Amir dan Nayan merupakan bintang komedi realiti televisyen yang sedang meningkat naik telah ditawarkan untuk berlakon dalam filem seram. Namun mereka hanya berkemampuan untuk berlakon filem berunsur komedi sahaja kerana tidak mempercayai kewujudan hantu dan alam mistik. Atas nasihat Chot, mereka telah pulang ke kampung untuk menimba pengalaman seram dari Tok Mat yang merupakan seorang bomoh dan mempunyai seorang anak gadis yang bernama Julia. Setiap malam ada sahaja perkara ganjil yang dialami oleh mereka berdua.







Salam Ulhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH....

2 orang telah tinggal komen:

TONTON CCTV FULL MOVIE SECARA ONLINE

Friday, September 04, 2015 Tinta ilmiah 2 Comments

TONTON CCTV FULL MOVIE SECARA ONLINE


CCTV - FILEM SERAM MALAYSIA


Bismillah...
Alkisah...




Assalamualaikum dan selamat malam.

FILEM : CCTV

ARAHAN : Daven R

GENRE : Seram

PELAKON UTAMA : Airel Zafril, Hasnol Rahmat, Ardel Aryana, Asliza Abdullah

SINOPSIS: Filem ini menceritakan tentang seorang lelaki iaitu HARIRI (Airil Zafril) yang di tugaskan untuk membetulkan salah satu CCTC di sebuah HOSPITAL. Sewaktu sedang membaikinya, Hariri telah terjatuh tangga sehingga membuatkan kepalanya mengalami sedikit pendarahan dan kaki kirinya tercedera. Hari demi hari, sepanjang dia di tempatkan di HOSPITAL tersebut sebagai pesakit, pelbagai kejadian ANEH dan PELIK mula berlaku dalam hidupnya. Sehinggalah, dia menjumpai sebuah BILIK yang mengandungi MONITOR yang memancarkan semua perkara yang berlaku di hospital tersebut melalui semua CCTV yang ada, dan terbongkarlah akhirnya segala cerita.




Salam Ulhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH....

2 orang telah tinggal komen:

LAGU ZAMAN KANAK-KANAK

Thursday, September 03, 2015 Rahim Aim21 8 Comments

LAGU ZAMAN KANAK-KANAK


Masih Belum Di Telan Zaman…


Bismillah…
Alkisah…

HIASAN


Assalamualaikum dan selamat malam! Along agak EKSAITED untuk tulis ENTRY ini memandangkan ENTRY ini berkaitan dengan ZAMAN kanak-kanak Along dahulu. Along yakin, ZAMAN KANAK-KANAK KORANG pun mesti pernah dengar lagu-lagu yang Along bakal kongsikan sekejap lagi. Kebanyakan LAGU adalah berdasarkan PERMAINAN. Cuma ada juga terfikir? Siapa yang BUAT semua lagu-lagi ni? Siapa yang asaskan PERMAINAN-PERMAINAN ini? Sampai sekarang kekal MISTERI di kotak fikiran Along ini. Kenapa Along kongsikan lagu-lagu di bawah ini? Kerana Along agak TERUJA, adik Along yang DARJAH DUA tahu beberapa lagu di bawah ini.

1) ANAK KAMBING


Anak kambing patah kaki,
Anak kambing pandai menari,
Anak kambing makan rumput,
Anak kambing masuk kandang. 

2) POLIS ENTRY


Polis Entry,
One to jaga,
Polis mata,
Pencuri Jaga

3) AIR PASANG PAGI


Air pasang pagi surut pukul lima,
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga,
Pokok bunga melur tanam tepi batas,
Itik bertelur ayam menetas,
Cik baba jatuh dalam parit,
Cik aminah ketawa jerit-jerit,
Naik kereta api sampai Kuala Lumpur,
Jumpa isteri comel terselit bawah dapur

4) NENEK SI BONGKOK TIGA


Nenek-nenek si bongkok tiga,
Siang mengantuk malam berjaga,
Mencari cucu di mana saja,
Nenekku kahwin dengan anak raja.

Cucu-cucu tak dapat lari,
Nenek tua banyak SAKTI,
Sekarang nenek nak cari ganti.
Siapa yang kena dia yang jadi.

5) ASSALAMUALAIKUM

"Assalamualaikum (waalaikumsalam)"
Kom apa kombat
Bat apa batman
Man apa mantol
Tol apa tolak
Lak apa laksa
Sa apa satu
Tu apa tunang
Nang apa nangka
Ka apa kayu
Yu apa yu BODOH (yg ni kena cepat2 la cakap bodoh kat org baru menang)"

6) MALAM YANG SEPI


Malam yang sepi pi pi,
Pak Mat jual topi pi pi,
Topi nya koyak yak yak,
Pak Mat jual tempoyak yak yak,
Tempoyak nya basi si si,
Pak Mat jual nasi si si,
Nasinya enak nak nak,
Pak Mat jual anak nak nak ,
Anak nya hilang lang lang,
Pak mat jual gelang lang lang,
Gelangnya patah tah tah,
Pak Mat jual getah tah tah,
Getah nya putus tus tus,
Pak Mat jual tikus kus kus,
Tikusnya mati ti ti,
Pak Mat bunuh diri ri ri,
Malam jumaat at at,
Pak Jadi jadi mayat,
Malam sabtu tu tu,
Pak Mat jadi hantu tu tu,

7) OLA OLI


Ola oli diberi nama,
Saudara saudari cikebum cikebum,
Malam, malam minggu,
Siang , siang hari,   
Disko, disko,
Putih-putih melati ali baba,
Merah2 jelita, miow-miow
Siapa yang baik hati , cinderela,
Tentu disayang emak,
Satu , dua , tiga , empat.
Siapa gelak kena cuuuubiiiitttt...



Banyak lagi sebenarnya lagu-lagu yang Along sengaja tidak KONGSIKAN di coretan blog Along ini, kerana Along ingin korang KONGSIKAN di ruangan KOMEN dekat bawah ni. Korang mesti ingatkan lagu-lagu yang pernah korang DENDANGKAN suatu ketika dahulu untuk bermain sesuatu permainan tu? Lainlah kalua korang tak pernah alami zaman KANAK-KANAK. Hahaha. Kerana MUSTAHIL untuk orang yang CUKUP SIFAT macam Along, KORANG dan MEREKA tidak melalui ZAMAN KANAK-KANAK. Melainkan, ada sebab-sebab yang tertentu yang tidak dapat dielakkan. Contohnya SAKIT atau sebagainya. Wallahualam.



Salam UKHUWAH…
Adios…
MAASSALAMAH…

8 orang telah tinggal komen:

BUKAN SENANG UNTUK SENANG, BUKAN SUSAH UNTUK SUSAH

Thursday, September 03, 2015 Rahim Aim21 7 Comments

BUKAN SENANG UNTUK SENANG, BUKAN SUSAH UNTUK SUSAH


Realiti dan Fantasi


Bismillah…
Alkisah…

IHSAN GOOGLE


Assalamualaikum dan selamat kembali ke BLOG ALONG yang berwajah baharu ini. Eh? Wajah baharu? Bagi pengunjung baru, semestinya tidak akan tahu apa-apa perubahan ke atas TEMPLATE BLOG Along ini. Bagi pengujung TEGAR, semestinya korang perasan perubahan WAJAH pada BLOG Along ini. Eh? Pengunjung tegar pun tak perasan? Ala, sedihlah macam ni. Tak apalah, Along terima dengan redha walaupun tangisan mula mengalir menuruni pipi mulus Along ni. (Drama Lebih…)

BUKAN SENANG UNTUK SENANG, BUKAN SUSAH UNTUK SUSAH. Inilah dua GANDINGAN Frasa yang menarik di hati Along. Along dapat FRASA ni dari sebuah lagu, waktu Along hantar adik Along bagi SESI PENDAFTARAN PELAJAR BARU UM hari tu, boleh baca SINI. Along kurang pastilah pula lagu apa, memandangkan lagu tersebut di putarkan tanpa di perkenalkan terlebih dahulu PENYANYI dan TAJUK LAGU. Geram sangat rasa di hati. Lagu sedap, tapi penyanyi dan tajuk lagu tak diberitahu, apa semua tu? Terseksa jiwa raga tahu? Sampai sekarang memendam rasa kecewa dengan orang yang pasang lagu tu. (Drama Lagi…)

Kalaulah nak jadi SENANG itu SENANG, Semestinya semua orang dalam dunia ini tiada yang MISKIN, tiada yang dapat markah RENDAH dalam PEPERIKSAAN, tiada yang perlu bertunang sebelum NIKAH, tiada yang perlu bekerja untuk SARA keluarga, tiada yang perlu bersusah payah mengumpul duit untuk pergi menunaikan haji ataupun sebagainya. Kerana semua orang tidak perlu risau apa-apa. Semua orang hanya perlu RILEKS, CHILL dan COOL sahaja. Usaha sikit sahaja, tetapi HASILNYA BANYAK dengan PANTAS. Kalaulah semua Along tulis di atas adalah REALITI. Kalau sahaja. Kerana REALITInya, SETIAP MANUSIA, punyai kehidupan dan TAKDIR yang tidak sama. Ada orang, usaha sedikit sahaja, segalanya di permudahkan. Ada orang, perlu usaha berjuta kali ganda baru dapat hasil yang standing dengan orang yang usaha sedikit tadi. #FAKTA

TETAPI! Nak jadi SUSAH tidaklah SUSAH! Inilah REALITI sebenar kehidupan kita sebagai manusia. Kenapa? Ok, contoh mudah begini, ORANG KAYA, jika hidup dalam KEBOROSAN dan TIDAK MENGURUS KEWANGAN dengan BAIK, SEMESTINYA akan cepat JATUH MISKIN atau di ISYTIHAR MUFLIS. Contoh lain, ORANG MISKIN, jika tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk MENGUBAH corak hidup keluarga, MESTI akan kekal MISKIN. Kerana, kebanyakannya ada yang bergantung harap SEPENUHNYA pada bantuan ZAKAT NEGERI atau SUMBANGAN ORANG RAMAI. Sampai bila? Bukan Along nak SKEPTIKAL terhadap golongan MISKIN kerana keluarga Along sendiri keluarga yang sederhana. Cuma cuba fikir? Sampai bila? Si ibu bekerja di sektor CUCI PINGGAN di KEDAI MAKAN / PENOREH GETAH/ Tidak BEKERJA kerana sakit-sakit. Si ayah? Mungkin Sakit-sakit sehingga membuatkan dirinya tidak mampu bekerja. (Contoh : Berdasarkan rancangan BERSAMAMU). Tinggallah si anak sulung sebagai penyumbang DUIT utama KELUARGA. Anak sulung? Sijil SPM belum tentu ada. Anak kedua? Sedang menghadapi PT3. Persoalan yang timbul, dahulu, si ibu dan si bapa, sebelum BERNIKAH, ada terfikir tak secara jauh kehadapan, bagaimana kehidupan selepas BERNIKAH? NIKAH memang mudah. TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH itu yang SUKAR untuk dilaksana secara SEMPURNA. 

Along minta maaf, andai yang rasa Along menulis ikut sedap tangan SAHAJA. Mungkin ada yang sedang mengatakan dalam hati, “KAU TAK RASA APA YANG KAMI LALUI, BOLEHLAH TULIS MACAM TU”. JAWAPAN Along mudah, korang ada anak kan? Kebanyakan daripada anak-anak korang INGIN merubah kehidupan keluarga semenjak mereka di BANGKU sekolah lagi. Namun, kebanyakan dari mereka juga, terkandas seperti anda-anda semua yang bergelar ibu bapa mereka. Ada yang berhenti sekolah semata-mata untuk membantu keluarga dengan menjadi NELAYAN KAMPUNG. Ada yang tamat sahaja SPM terus bekerja KEBUN dan MENYAWIT. Senang cerita, kerja-kerja KAMPUNG lah. Memang pekerjaan-pekerjaan tersebut MULIA. Kerana orang-rang yang belajar di KOLEJ, IPTS atau IPTA belum tentu bila bergelar GRADUAN dapat KERJA yang BAGUS dan GAJI yang BAGUS. Mungkin kehidupan kiteorang akan berakhir juga di KEBUN. Siapa tahu kan? Tetapi, dengan SIJIL yang ada, sekurangnya, berkelayakan untuk memohon jadi SUPERVISOR atau pekerja pejabat di tempat anak-anak korang bekerja. Sedangkan, anak-anak anda ketika ini, memerlukan pengalaman bekerja yang banyak untuk kenaikan PANGKAT tersebut. Itupun, andai berlaku kenaikan pangkatlah.

Apa Along KONGSIKAN di atas adalah REALITI sebahagian BESAR MASYARAKAT MALAYSIA yang berada dalam kelompok MISKIN TEGAR. Sebagai MASYARAKAT, kita ada tanggungjawab dalam MENYEDARKAN MEREKA akan REALITI yang berlaku. Kerana, FENOMENA ini ibarat DRAMA yang di ulang siar di pelbagai jenis SIARAN yang wujud di muka bumi ini terutamanya MALAYSIA. Selain itu, kita juga bertanggungjawab dalam membantu mereka dari SUMBER KEWANGAN andai mereka kurang MAMPU dalam MENYEKOLAHKAN anak-anak mereka atau dalam aspek pembelian barangan asas harian mereka. NAMUN, ianya bergantung juga pada MEREKA untuk MENGUBAH NASIB MEREKA sendiri. Katakan, dalam TEMPOH setahun, kita BANTU mereka dan masih tiada PERUBAHAN yang mereka LAKUKAN, jadi, korang tahukan salah siapa? Korang tahukan siapa puncanya? Tak susah kan nak susah? 

UBAH MENTALITI kita, kalau tiada usaha, KESUSAHAN menunggu kita. Dengan adanya USAHA, KESENANGAN bakal menjadi MILIK kita. Pilihan di tangan KITA, bukan MEREKA. Nak ubah nasib diri? Keluarga? Masyarakat? Negara? Perlu ada usaha sedaya mampu kita. Peranan kita? Sebarkan SEMANGAT USAHA kepada orang lain agar SEMUA ORANG turut sama BERUSAHA mengubah cara hidup diri, keluarga dan juga MASYARAKAT agar semuanya sama-sama hidup dalam kesenangan, DUNIA dan juga AKHIRAT. InsyaAllah. Aamin.



Salam UKHUWAH…
Adios…
MAASSALAMAH…

7 orang telah tinggal komen:

INTERNET DAN MANUSIA

Thursday, September 03, 2015 Rahim Aim21 0 Comments

INTERNET DAN MANUSIA


Satu hari tanpa INTERNET, ibarat 100 tahun tanpa SAHABAT


Bismillah…
Alkisah…

IHSAN GOOGLE


Assalamualaikum dan selamat petang. SATU HARI TANPA INTERNET, IBARAT 100 TAHUN TANPA SAHABAT. Kenapa 100? Kenapa sahabat? 100 SEBAB kemungkinan untuk kita MANUSIA BIASA HIDUP 100 TAHUN yang mendatang itu ada. Kenapa SAHABAT? Sebab INTERNET ibarat SAHABAT. Sehari korang tak HUBUNGI SAHABAT KORANG, apa korang rasa? SUNYI, ya tak? Macam INTERNET lah, sehari korang tak guna INTERNET, apa korang rasa? MESTI macam KOSONGkan jiwa korang tu?

TIDAK kesahlah, sama ada anda seorang VLOGGER / BLOGGER / FACEBOOKERS / TWEETERS/ INSTAGRAMERS atau sebagainya, Along yakin dalam tempoh SEHARI semestinya anda akan BUKA INTERNET dan guna pakai INTERNET mengikut keperluan diri masing-masing. Kan? Jangan nak BOHONG lah. Di saat ini sahaja, korang sedang menggunakan internet atau ONLINE sambil baca bahan bacaan yang di tulis oleh Along dalam blog Along ini. Nampak tak? Betapa INTERNET telah menjadi ibarat suatu VIRUS yang menguasai diri MANUSIA di zaman GLOBALISAISI ini.

Sedangkan kebanyakan ORANG ASLI zaman sekarang ini pun, bergantung harap pada INTERNET, inikan pula penduduk KAMPUNG atau BANDAR seperti kita semua ni. Perasan atau tidak satu perkara? INTERNET juga menjadi salah satu keperluan kepada kanak-kanak yang berumur sekitar 3-5 TAHUN. Kebanyakan kanak-kanak seusia begitu, dah ada yang memiliki I-PAD dan GALAXY TAB sendiri. Main GAME pula, kebanyakkan memerlukan INTERNET. Contoh muda GAME COC atau nama panjangnya, CLASH OF CLANS. GAME ini mengguna pakai INTERNET untuk bermainnya. Dan tiada HALANGAN USIA untuk bermainnya. Jadi, tidak MUSTAHIL, kanak-kanak berumur sekitar 5-6 TAHUN main GAME ini.

Along sendiri, MEMERLUKAN INTERNET dalam KEHIDUPAN HARIAN. Sebagai CONTOH, untuk ENTRY ini, Along tulis secara OFFLINE terlebih dahulu menggunakan MICROSOFT OFFICE WORD 2013. Nanti, bila STREAMYX dah ok semula, barulah Along akan masukkan ke BLOG untuk di jadikan ENTRY RASMI buat korang semua baca. Katanya, dalam TEMPOH 4 JAM, kiteorang dah boleh guna pakai semula PERKHIDMATAN STREAMYX ni. Tengah tunggu dengan SABAR lah ni.

Jika korang sedang baca ENTY ini, maknanya Along dah POST di BLOG dan INTERNET sudah kembali seperti sedia kala. Itulah kan, lambat bayar siapa suruh? Hahaha. Rasa kosong sahaja diri ini tanpa INTERNET ketika ini. Uhuk-uhuk. Memanglah, REALITInya orang kata, “KALAU JIWA RASA KOSONG, BACALAH AL-QURAN”. Itu KOSONG dari aspek AGAMA dan AKHIRAT. Yang ini adalah KOSONG dari aspek DUNIA atau lebih tepat KEPERLUAN KENDIRI MANUSIA. Dengan INTERNET, kita boleh SEBAR DAKWAH guna PENULISAN. Kita boleh KONGSIKAN ILMU YANG BERMANFAAT secara GLOBAL. Kita boleh dapatkan ILMU TAMBAHAN daripada sesiapa sahaja yang SUDI BERKONGSI di LAMAN SOSIAL mereka. Kerana penggunaan INTERNET sangat GLOBAL.

Yang buruk tetap ada, yang baik jangan dilupa. IMPAK INTERNET terhadap PERKEMBANGAN tamadun MANUSIA SEJAGAT sangatlah BESAR. Kita kena BIJAK dalam menggunakannya. Persoalannya, Korang guna INTERNET selama ni UNTUK apa? Ada tak guna pakai UNTUK keburukan? Refleksi pada anak-anak korang atau adik-adik korang, atau isteri korang, atau suami korang atau sesiapa sahajalah, korang rasa, mereka guna pakai tak sepertimana korang pakai INTERNET dalam kehidupan seharian korang?


Salam UKHUWAH…
ADIOS…
MAASSALAMAH…

0 orang telah tinggal komen:

BILA LEWAT BAYAR BIL STREAMYX

Thursday, September 03, 2015 Rahim Aim21 0 Comments

BILA LEWAT BAYAR BIL STREAMYX


Terseksa Jiwa, Terseksa Raga


Bismillah…
Alkisah…

IHSAN GOOGLE


Assalamualaikum dan selamat petang. Selamat kembali tanpa rasa TERPASA di hati, melawati dan membaca ENTRY-ENTRY hasil TAIPAN (TULISAN MENGGUNAKAN PAPAN KEKUNCI) Along yang entah bermanfaat, entah tidak kepada korang semua. Harapnya bermanfaat lah ya? Yang baik di jadikan tauladan, yang buruk? Campak jauh-jauh ke SEMPADAN. SEMPADAN mana? SEMPADAN lah mana-mana pun, asalkan, jangan sebatikan keburukan-keburukan itu dalam hidup korang. Ok? Kita sama-sama menuju ke arah kebaikan, biar pi main jauh-jauh segala keburukan. J

BILA LEWAT BAYAR BIL “STREAMYX”. Ahha, nil ah padahnya wahai kawan-kawan SEKALIAN. Terutamanya GENG-GENG BLOGGER yang memang BERGANTUNG HARAP pada STREAMYX / UNIFI / MAXIS / CELCOM atau sebagainya sebagai SUMBER INTERNET yang korang BAYAR setiap BULAN. KAMI, maksudnya SEMUA ahli RUMAH SEWA BAITUL.FIRDAUS telah terlewat bayar BIL STREAMYX kami selama 2 BULAN, sehingga membuatkan PERKHIDMATAN kami di sekat buat sementara waktu sehinggalah kami menyelesaikan HUTANG kami tu. 

Sedih sebenarnya nak cerita. Sedih sebab punca kami LEWAT BAYAR adalah di sebabkan CUTI SEMESTER selama 2 BULAN yang kami lalui dalam tempoh itu, TIADA SIAPA di kalangan kami yang AMBIL BERAT akan BIL STREAMYX ni. Mujur SEWA RUMAH dengan BIL API dan AIR di uruskan oleh SALAH SEORANG AHLI RUMAH KAMI aka KETUA RUMAH SEWA kami. Sejujurnya, bukan tak nak ambil berat, cumanya, DUIT KUTIPAN SEWA RUMAH untuk dua bulan tersebut tidak mencukupi untuk membayar BIL STREAMYX. Kenapa boleh jadi begitu? Kerana KAMI kekurangan bayaran daripada 2 ORANG AHLI RUMAH dalam tempoh 2 BULAN tersebut. Seorang berpindah, manakala seorang lagi? Ada lah ceritanya, sehingga membuatkan kami kekurangan DUIT untuk membayar BIL STREAMYX on TIME.

TAPI! Alhamdulillah, mujur sahaja, TIDAK LAMA LAGI, Kami bakal menerima AHLI BARU bagi RUMAH SEWA kami ni. 2 ORANG pula tu. Mudah-mudahan SUMBER KEWANGAN aka BAYARAN SEWA untuk bulan INI dan bulan-bulan seterusnya nanti, mencukupi untuk kami membayar SEWA RUMAH, BIL API dan AIR termasuklah BIL STREAMYX dalam tempoh waktu yang di tetapkan.

KEJAP! Korang nak tahu ke satu rumah kami duduk berapa orang? 11 ORANG SEMUANYA! Kau mampu? Hahaha. Rumah Dua tingkat, ada 4 bilik. Ada 2 bilik untuk 2 orang, 1 bilik untuk 3 orang, 1 lagi bilik untuk 4 orang. Cukuplah 11 orang kan? Apa macam Tin SARDIN? Eh! Tidaklah, selesa sangat-sangat tahu. Nak tengok selesa atau tak, datanglah RUMAH SEWA kami yang serba indah ini. Hehehe. Tetapi, kalua korang dating, bawalah makanan. Jimat perbelanjaan kami untuk hari tersebut. Hehehe.



Salam Ukhuwah…
Adios…
MAASSALAMAH…

0 orang telah tinggal komen:

9 JENIS PERMAINAN MASA SEKOLAH RENDAH

Wednesday, September 02, 2015 Rahim Aim21 10 Comments

9 JENIS PERMAINAN MASA SEKOLAH RENDAH


Kenangan Zaman Kanak-Kanak


Bismillah...
Alkisah...





Assalamualaikum dan selamat perang PETANG. Baru-baru ni, ada seorang kawan Along ni, pergi ke Sekolah Rendah yang pernah kiteorang  bersekolah dahulu atas beberapa URUSAN. Katanya, nak dapatkan PENGESAHAN dari GURU BESAR untuk permohonan RAYUAN UPU. Memula tu, Along ada rasa jugalah nak sertai, memandangkan Along sudah agak lama juga tidak menjejakkan kaki ke Sekolah Rendah. Rindu sangat dekat Cikgu-cikgu semua. Rindu sangat-sangat dekat kawasan tempat kami BERMAIN bersama. Rindu kenangan tu. Jika di kira-kira, 21-12, hampir 9 tahun juga Along tidak ke sana. Nak sangat pergi Sekolah Rendah, tetapi kerana MALAS, Along langsung tidak pergi ke sana sepanjang CUTI SEMESTER yang lepas. Huhu.. Pemalasnya Aku!

PERMAINAN KAMI MASA SEKOLAH RENDAH


1) CONGKAK






Congkak ni, kebiasaan perempuan yang main. TETAPI! Tidak salah kan kalau lelaki turut serta MAIN? Sebab ianya kan permainan TRADISIONAL. Ada ke peraturan mengatakan, jika ada lelaki yang ingin bermain congkak, mesti pakai BAJU KURUNG? pakai SKIRT? Tak ada kan? Hehehe

2) MAIN KEJAR-KEJAR






Untuk permainan ini, siapa masih ingat? Katakan pemain ada 10 orang. Ketika UNDIAN seorang akan jadi tukang KEJAR, yang lain akan jadi PELARI PECUT 2000 meter agar dapat mengelak daripada di kejar. hehe. Katakan yang mengejar dapat TANGKAP atau CUIT tubuh yang kena kejar tu, makan yang kena KEJAR tu, akan menggantikan tempatnya sebagai PENGEJAR.




3) MAIN COP TIANG



Nilah Tiang tempat KAMI SEMUA bermain selalu


Untuk permainan ini, KONSEPnya lebih kurang sahaja macam main KEJAR-KEJAR. Apa yang membezakannya? Korang kena SENTUH/ PELUK/ PEGANG tiang untuk mengelakkan korang di tangkap atau di cuit oleh yang mengejar korang itu. TETAPI! Korang tidak boleh STATIK pada satu-satu TIANG sahaja. Korang kena bergerak dari satu TIANG ke TIANG yang lain dalam tempoh waktu yang ditetapkan.



4) MAIN GASING



Gasing Kayu

BEYBLADE aka GASING MORDERN


GASING pada zaman kiteorang kecik-kecik dahulu, Ada dua jenis. GASING KAYU dan jiga BEYBLADE. Korang tahu tak BEYBLADE tu apa? Beyblade adalah sejenis GASING MORDERN yang menggunakan MESIN dan TALI PLASTIK untuk memusingkannya seperti mana dalam gambar di atas. Persolannya, jika GASING KAYU dan BEYBLADE berlawan dalam satu ARENA yang sama, Gasing mana yang akan MENANG?



5) MAIN YOYO







Yoyo! What`s Up?? Ahha. Korang masih ingat tak cerita SUPER YOYO? Along ingat, tapi ingat-ingat lupa. Huhu. Waktu kecik-kecik dulu, Zaman Sekolah Rendah, Along masih ingat lagi, BETAPA YOYO ni, POPULAR sangat-sangat di kalangan kanak-kanak seperti kami, Semuanya sebab pengaruh TV, rancangan kartun SUPER YOYO. Ingat lagi dahulu, macam-macam jenis YOY yang Along pernah jumpa, ada yoyo besi, ada yoyo slot V, ada yoyo biasa, ada yoyo dadu dan sebagainya. Semuanya Along pernah main. :)

6) MAIN SOFTBALL






Pernah tak korang terfikir nak main permainan ni masa korang sekolah rendah? Ahha, sebab kami main permainan ni sewaktu darjah 6. Pelik tapi benar, inilah permainan tradisi kami sendiri, setiap kali sebelum bermulanya sekolah pada sesi petang. Permainan ni di mainkan oleh kedua-dua JANTINA. Lelaki dan perempuan. Biasanya, Lelaki VS Perempuan lah. Sangat BEST! Aduh, kenangan SUNGGUH!




7) MAIN GETAH







Siapa pernah main Lompat Getah? Yang ada lagu ABC, ANAK KAMBING PATAH KAKI dan sebagainya. Along salah seorang pemain tegar permainan ini. Itu semua cerita dahulu. Haha.



8) CEPER






Ingat lagi masa kecik-kecik. Along selalu KUTIP CEPER. Tidak kisahlah sama ada daripada botol minuman berGAS, Botol KICAP atau sebagainya. Mana tidaknya, CEPER ni kan kecil. Selalu sahaja HILANG. Tidak cukup 5 Ceper, maka tidak bolehlah CEPER dimainkan.



9) BATU SEREMBAN






Kalau tak silap Along, permainan ni ada 10 TAHAP. Setiap tahap. semestinya bermula dari tahap yang mudah sehinggalah kepada tahap yang susah. Along POWER main benda ni, dan masih POWER sampai sekarang. Tidak percaya? Jomlah kita lawan. Hehe



Sebenarnya, REALITINYA, masih banyak lagi permainan yang Along MAIN masa Sekolah Rendah dahulu. Sengaja Along tidak KONGSIKAN di sini kerana Along nak korang semua KONGSIKAN di RUANGAN KOMEN yang berada di bawah ENTRY ini :).



Salam Ukhuwah...
Adios...



MAASSLAMAH...

10 orang telah tinggal komen: