9 JENIS PERMAINAN MASA SEKOLAH RENDAH

Wednesday, September 02, 2015 Rahim Aim21 10 Comments

9 JENIS PERMAINAN MASA SEKOLAH RENDAH


Kenangan Zaman Kanak-Kanak


Bismillah...
Alkisah...





Assalamualaikum dan selamat perang PETANG. Baru-baru ni, ada seorang kawan Along ni, pergi ke Sekolah Rendah yang pernah kiteorang  bersekolah dahulu atas beberapa URUSAN. Katanya, nak dapatkan PENGESAHAN dari GURU BESAR untuk permohonan RAYUAN UPU. Memula tu, Along ada rasa jugalah nak sertai, memandangkan Along sudah agak lama juga tidak menjejakkan kaki ke Sekolah Rendah. Rindu sangat dekat Cikgu-cikgu semua. Rindu sangat-sangat dekat kawasan tempat kami BERMAIN bersama. Rindu kenangan tu. Jika di kira-kira, 21-12, hampir 9 tahun juga Along tidak ke sana. Nak sangat pergi Sekolah Rendah, tetapi kerana MALAS, Along langsung tidak pergi ke sana sepanjang CUTI SEMESTER yang lepas. Huhu.. Pemalasnya Aku!

PERMAINAN KAMI MASA SEKOLAH RENDAH


1) CONGKAK






Congkak ni, kebiasaan perempuan yang main. TETAPI! Tidak salah kan kalau lelaki turut serta MAIN? Sebab ianya kan permainan TRADISIONAL. Ada ke peraturan mengatakan, jika ada lelaki yang ingin bermain congkak, mesti pakai BAJU KURUNG? pakai SKIRT? Tak ada kan? Hehehe

2) MAIN KEJAR-KEJAR






Untuk permainan ini, siapa masih ingat? Katakan pemain ada 10 orang. Ketika UNDIAN seorang akan jadi tukang KEJAR, yang lain akan jadi PELARI PECUT 2000 meter agar dapat mengelak daripada di kejar. hehe. Katakan yang mengejar dapat TANGKAP atau CUIT tubuh yang kena kejar tu, makan yang kena KEJAR tu, akan menggantikan tempatnya sebagai PENGEJAR.




3) MAIN COP TIANG



Nilah Tiang tempat KAMI SEMUA bermain selalu


Untuk permainan ini, KONSEPnya lebih kurang sahaja macam main KEJAR-KEJAR. Apa yang membezakannya? Korang kena SENTUH/ PELUK/ PEGANG tiang untuk mengelakkan korang di tangkap atau di cuit oleh yang mengejar korang itu. TETAPI! Korang tidak boleh STATIK pada satu-satu TIANG sahaja. Korang kena bergerak dari satu TIANG ke TIANG yang lain dalam tempoh waktu yang ditetapkan.



4) MAIN GASING



Gasing Kayu

BEYBLADE aka GASING MORDERN


GASING pada zaman kiteorang kecik-kecik dahulu, Ada dua jenis. GASING KAYU dan jiga BEYBLADE. Korang tahu tak BEYBLADE tu apa? Beyblade adalah sejenis GASING MORDERN yang menggunakan MESIN dan TALI PLASTIK untuk memusingkannya seperti mana dalam gambar di atas. Persolannya, jika GASING KAYU dan BEYBLADE berlawan dalam satu ARENA yang sama, Gasing mana yang akan MENANG?



5) MAIN YOYO







Yoyo! What`s Up?? Ahha. Korang masih ingat tak cerita SUPER YOYO? Along ingat, tapi ingat-ingat lupa. Huhu. Waktu kecik-kecik dulu, Zaman Sekolah Rendah, Along masih ingat lagi, BETAPA YOYO ni, POPULAR sangat-sangat di kalangan kanak-kanak seperti kami, Semuanya sebab pengaruh TV, rancangan kartun SUPER YOYO. Ingat lagi dahulu, macam-macam jenis YOY yang Along pernah jumpa, ada yoyo besi, ada yoyo slot V, ada yoyo biasa, ada yoyo dadu dan sebagainya. Semuanya Along pernah main. :)

6) MAIN SOFTBALL






Pernah tak korang terfikir nak main permainan ni masa korang sekolah rendah? Ahha, sebab kami main permainan ni sewaktu darjah 6. Pelik tapi benar, inilah permainan tradisi kami sendiri, setiap kali sebelum bermulanya sekolah pada sesi petang. Permainan ni di mainkan oleh kedua-dua JANTINA. Lelaki dan perempuan. Biasanya, Lelaki VS Perempuan lah. Sangat BEST! Aduh, kenangan SUNGGUH!




7) MAIN GETAH







Siapa pernah main Lompat Getah? Yang ada lagu ABC, ANAK KAMBING PATAH KAKI dan sebagainya. Along salah seorang pemain tegar permainan ini. Itu semua cerita dahulu. Haha.



8) CEPER






Ingat lagi masa kecik-kecik. Along selalu KUTIP CEPER. Tidak kisahlah sama ada daripada botol minuman berGAS, Botol KICAP atau sebagainya. Mana tidaknya, CEPER ni kan kecil. Selalu sahaja HILANG. Tidak cukup 5 Ceper, maka tidak bolehlah CEPER dimainkan.



9) BATU SEREMBAN






Kalau tak silap Along, permainan ni ada 10 TAHAP. Setiap tahap. semestinya bermula dari tahap yang mudah sehinggalah kepada tahap yang susah. Along POWER main benda ni, dan masih POWER sampai sekarang. Tidak percaya? Jomlah kita lawan. Hehe



Sebenarnya, REALITINYA, masih banyak lagi permainan yang Along MAIN masa Sekolah Rendah dahulu. Sengaja Along tidak KONGSIKAN di sini kerana Along nak korang semua KONGSIKAN di RUANGAN KOMEN yang berada di bawah ENTRY ini :).



Salam Ukhuwah...
Adios...



MAASSLAMAH...

10 comments:

  1. 9 permainan paling RARE..
    Semua permainan di atas AM main zaman kanak2..
    sekarang bebudak dah tak main dah..
    Semua nak main gadget je...
    jom tengok tips2 kesihatan AM sediakan
    www.alongmisuari.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun.. Budak zaman sekarang GILA GADGET bro... bayangkanlah, budak sekitar 4-5 tahun dah ada IPAD sendiri.. Apa kes??ahha

      Delete
  2. Main teng teng...main pondok2..ape lg ehh..lupe dh..hahaha

    ReplyDelete
  3. permainan masak kanak-kanak yang paling best sekali.....sanggup tak ponteng kelas agama petang sbb nak jumpa kawan2 boleh main hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceyt...sampai ponteng kelas... Sanggup ea?ahha

      Delete
  4. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@zalora.com.my

    Thanks :)

    ReplyDelete
  5. Salam singgah petang dik...akak paling suka main getah dan main batu seremban...hihi..

    ReplyDelete