BILA LEWAT BAYAR BIL STREAMYX

Thursday, September 03, 2015 Rahim Aim21 0 Comments

BILA LEWAT BAYAR BIL STREAMYX


Terseksa Jiwa, Terseksa Raga


Bismillah…
Alkisah…

IHSAN GOOGLE


Assalamualaikum dan selamat petang. Selamat kembali tanpa rasa TERPASA di hati, melawati dan membaca ENTRY-ENTRY hasil TAIPAN (TULISAN MENGGUNAKAN PAPAN KEKUNCI) Along yang entah bermanfaat, entah tidak kepada korang semua. Harapnya bermanfaat lah ya? Yang baik di jadikan tauladan, yang buruk? Campak jauh-jauh ke SEMPADAN. SEMPADAN mana? SEMPADAN lah mana-mana pun, asalkan, jangan sebatikan keburukan-keburukan itu dalam hidup korang. Ok? Kita sama-sama menuju ke arah kebaikan, biar pi main jauh-jauh segala keburukan. J

BILA LEWAT BAYAR BIL “STREAMYX”. Ahha, nil ah padahnya wahai kawan-kawan SEKALIAN. Terutamanya GENG-GENG BLOGGER yang memang BERGANTUNG HARAP pada STREAMYX / UNIFI / MAXIS / CELCOM atau sebagainya sebagai SUMBER INTERNET yang korang BAYAR setiap BULAN. KAMI, maksudnya SEMUA ahli RUMAH SEWA BAITUL.FIRDAUS telah terlewat bayar BIL STREAMYX kami selama 2 BULAN, sehingga membuatkan PERKHIDMATAN kami di sekat buat sementara waktu sehinggalah kami menyelesaikan HUTANG kami tu. 

Sedih sebenarnya nak cerita. Sedih sebab punca kami LEWAT BAYAR adalah di sebabkan CUTI SEMESTER selama 2 BULAN yang kami lalui dalam tempoh itu, TIADA SIAPA di kalangan kami yang AMBIL BERAT akan BIL STREAMYX ni. Mujur SEWA RUMAH dengan BIL API dan AIR di uruskan oleh SALAH SEORANG AHLI RUMAH KAMI aka KETUA RUMAH SEWA kami. Sejujurnya, bukan tak nak ambil berat, cumanya, DUIT KUTIPAN SEWA RUMAH untuk dua bulan tersebut tidak mencukupi untuk membayar BIL STREAMYX. Kenapa boleh jadi begitu? Kerana KAMI kekurangan bayaran daripada 2 ORANG AHLI RUMAH dalam tempoh 2 BULAN tersebut. Seorang berpindah, manakala seorang lagi? Ada lah ceritanya, sehingga membuatkan kami kekurangan DUIT untuk membayar BIL STREAMYX on TIME.

TAPI! Alhamdulillah, mujur sahaja, TIDAK LAMA LAGI, Kami bakal menerima AHLI BARU bagi RUMAH SEWA kami ni. 2 ORANG pula tu. Mudah-mudahan SUMBER KEWANGAN aka BAYARAN SEWA untuk bulan INI dan bulan-bulan seterusnya nanti, mencukupi untuk kami membayar SEWA RUMAH, BIL API dan AIR termasuklah BIL STREAMYX dalam tempoh waktu yang di tetapkan.

KEJAP! Korang nak tahu ke satu rumah kami duduk berapa orang? 11 ORANG SEMUANYA! Kau mampu? Hahaha. Rumah Dua tingkat, ada 4 bilik. Ada 2 bilik untuk 2 orang, 1 bilik untuk 3 orang, 1 lagi bilik untuk 4 orang. Cukuplah 11 orang kan? Apa macam Tin SARDIN? Eh! Tidaklah, selesa sangat-sangat tahu. Nak tengok selesa atau tak, datanglah RUMAH SEWA kami yang serba indah ini. Hehehe. Tetapi, kalua korang dating, bawalah makanan. Jimat perbelanjaan kami untuk hari tersebut. Hehehe.



Salam Ukhuwah…
Adios…
MAASSALAMAH…

0 orang telah tinggal komen: