BUKAN SENANG UNTUK SENANG, BUKAN SUSAH UNTUK SUSAH

Thursday, September 03, 2015 Rahim Aim21 7 Comments

BUKAN SENANG UNTUK SENANG, BUKAN SUSAH UNTUK SUSAH


Realiti dan Fantasi


Bismillah…
Alkisah…

IHSAN GOOGLE


Assalamualaikum dan selamat kembali ke BLOG ALONG yang berwajah baharu ini. Eh? Wajah baharu? Bagi pengunjung baru, semestinya tidak akan tahu apa-apa perubahan ke atas TEMPLATE BLOG Along ini. Bagi pengujung TEGAR, semestinya korang perasan perubahan WAJAH pada BLOG Along ini. Eh? Pengunjung tegar pun tak perasan? Ala, sedihlah macam ni. Tak apalah, Along terima dengan redha walaupun tangisan mula mengalir menuruni pipi mulus Along ni. (Drama Lebih…)

BUKAN SENANG UNTUK SENANG, BUKAN SUSAH UNTUK SUSAH. Inilah dua GANDINGAN Frasa yang menarik di hati Along. Along dapat FRASA ni dari sebuah lagu, waktu Along hantar adik Along bagi SESI PENDAFTARAN PELAJAR BARU UM hari tu, boleh baca SINI. Along kurang pastilah pula lagu apa, memandangkan lagu tersebut di putarkan tanpa di perkenalkan terlebih dahulu PENYANYI dan TAJUK LAGU. Geram sangat rasa di hati. Lagu sedap, tapi penyanyi dan tajuk lagu tak diberitahu, apa semua tu? Terseksa jiwa raga tahu? Sampai sekarang memendam rasa kecewa dengan orang yang pasang lagu tu. (Drama Lagi…)

Kalaulah nak jadi SENANG itu SENANG, Semestinya semua orang dalam dunia ini tiada yang MISKIN, tiada yang dapat markah RENDAH dalam PEPERIKSAAN, tiada yang perlu bertunang sebelum NIKAH, tiada yang perlu bekerja untuk SARA keluarga, tiada yang perlu bersusah payah mengumpul duit untuk pergi menunaikan haji ataupun sebagainya. Kerana semua orang tidak perlu risau apa-apa. Semua orang hanya perlu RILEKS, CHILL dan COOL sahaja. Usaha sikit sahaja, tetapi HASILNYA BANYAK dengan PANTAS. Kalaulah semua Along tulis di atas adalah REALITI. Kalau sahaja. Kerana REALITInya, SETIAP MANUSIA, punyai kehidupan dan TAKDIR yang tidak sama. Ada orang, usaha sedikit sahaja, segalanya di permudahkan. Ada orang, perlu usaha berjuta kali ganda baru dapat hasil yang standing dengan orang yang usaha sedikit tadi. #FAKTA

TETAPI! Nak jadi SUSAH tidaklah SUSAH! Inilah REALITI sebenar kehidupan kita sebagai manusia. Kenapa? Ok, contoh mudah begini, ORANG KAYA, jika hidup dalam KEBOROSAN dan TIDAK MENGURUS KEWANGAN dengan BAIK, SEMESTINYA akan cepat JATUH MISKIN atau di ISYTIHAR MUFLIS. Contoh lain, ORANG MISKIN, jika tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk MENGUBAH corak hidup keluarga, MESTI akan kekal MISKIN. Kerana, kebanyakannya ada yang bergantung harap SEPENUHNYA pada bantuan ZAKAT NEGERI atau SUMBANGAN ORANG RAMAI. Sampai bila? Bukan Along nak SKEPTIKAL terhadap golongan MISKIN kerana keluarga Along sendiri keluarga yang sederhana. Cuma cuba fikir? Sampai bila? Si ibu bekerja di sektor CUCI PINGGAN di KEDAI MAKAN / PENOREH GETAH/ Tidak BEKERJA kerana sakit-sakit. Si ayah? Mungkin Sakit-sakit sehingga membuatkan dirinya tidak mampu bekerja. (Contoh : Berdasarkan rancangan BERSAMAMU). Tinggallah si anak sulung sebagai penyumbang DUIT utama KELUARGA. Anak sulung? Sijil SPM belum tentu ada. Anak kedua? Sedang menghadapi PT3. Persoalan yang timbul, dahulu, si ibu dan si bapa, sebelum BERNIKAH, ada terfikir tak secara jauh kehadapan, bagaimana kehidupan selepas BERNIKAH? NIKAH memang mudah. TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH itu yang SUKAR untuk dilaksana secara SEMPURNA. 

Along minta maaf, andai yang rasa Along menulis ikut sedap tangan SAHAJA. Mungkin ada yang sedang mengatakan dalam hati, “KAU TAK RASA APA YANG KAMI LALUI, BOLEHLAH TULIS MACAM TU”. JAWAPAN Along mudah, korang ada anak kan? Kebanyakan daripada anak-anak korang INGIN merubah kehidupan keluarga semenjak mereka di BANGKU sekolah lagi. Namun, kebanyakan dari mereka juga, terkandas seperti anda-anda semua yang bergelar ibu bapa mereka. Ada yang berhenti sekolah semata-mata untuk membantu keluarga dengan menjadi NELAYAN KAMPUNG. Ada yang tamat sahaja SPM terus bekerja KEBUN dan MENYAWIT. Senang cerita, kerja-kerja KAMPUNG lah. Memang pekerjaan-pekerjaan tersebut MULIA. Kerana orang-rang yang belajar di KOLEJ, IPTS atau IPTA belum tentu bila bergelar GRADUAN dapat KERJA yang BAGUS dan GAJI yang BAGUS. Mungkin kehidupan kiteorang akan berakhir juga di KEBUN. Siapa tahu kan? Tetapi, dengan SIJIL yang ada, sekurangnya, berkelayakan untuk memohon jadi SUPERVISOR atau pekerja pejabat di tempat anak-anak korang bekerja. Sedangkan, anak-anak anda ketika ini, memerlukan pengalaman bekerja yang banyak untuk kenaikan PANGKAT tersebut. Itupun, andai berlaku kenaikan pangkatlah.

Apa Along KONGSIKAN di atas adalah REALITI sebahagian BESAR MASYARAKAT MALAYSIA yang berada dalam kelompok MISKIN TEGAR. Sebagai MASYARAKAT, kita ada tanggungjawab dalam MENYEDARKAN MEREKA akan REALITI yang berlaku. Kerana, FENOMENA ini ibarat DRAMA yang di ulang siar di pelbagai jenis SIARAN yang wujud di muka bumi ini terutamanya MALAYSIA. Selain itu, kita juga bertanggungjawab dalam membantu mereka dari SUMBER KEWANGAN andai mereka kurang MAMPU dalam MENYEKOLAHKAN anak-anak mereka atau dalam aspek pembelian barangan asas harian mereka. NAMUN, ianya bergantung juga pada MEREKA untuk MENGUBAH NASIB MEREKA sendiri. Katakan, dalam TEMPOH setahun, kita BANTU mereka dan masih tiada PERUBAHAN yang mereka LAKUKAN, jadi, korang tahukan salah siapa? Korang tahukan siapa puncanya? Tak susah kan nak susah? 

UBAH MENTALITI kita, kalau tiada usaha, KESUSAHAN menunggu kita. Dengan adanya USAHA, KESENANGAN bakal menjadi MILIK kita. Pilihan di tangan KITA, bukan MEREKA. Nak ubah nasib diri? Keluarga? Masyarakat? Negara? Perlu ada usaha sedaya mampu kita. Peranan kita? Sebarkan SEMANGAT USAHA kepada orang lain agar SEMUA ORANG turut sama BERUSAHA mengubah cara hidup diri, keluarga dan juga MASYARAKAT agar semuanya sama-sama hidup dalam kesenangan, DUNIA dan juga AKHIRAT. InsyaAllah. Aamin.



Salam UKHUWAH…
Adios…
MAASSALAMAH…

7 comments:

  1. akak setuju...bukan senang nak senang...dan bukan susah nak susah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Laju Kak PC baca..hehe..terima kasih sebab sudi baca :)

      Delete
  2. Betul tu Along. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah

    ReplyDelete
  3. Kipidap don giveup...

    Cantik blog along sekarang

    ReplyDelete