Dapur dan Lelaki

Wednesday, September 02, 2015 Rahim Aim21 8 Comments

DAPUR DAN LELAKI


Bilamana LELAKI masuk Dapur...


Bismillah...
Alkisah...

Chef Riz sedang menghias makanan (Sekadar Hiasan)


Assalamualaikum dan salam tengah hari. Korang semua dah bersarapan ke belum? Ke korang baru sahaja bangun TIDUR macam Along? Hehehe. Ok apa bangun lambat, SEKURANGNYA, jimat DUIT sebab tak perlu keluar untuk beli SARAPAN + MAKAN TENGAH HARI. Hanya perlu BELI Makanan Tengah Hari Sahaja Hari ini. #Tips Jimat Duit Masa Cuti. Tetapi! Ada tetapinya, Tak elok juga, makan tidak ikut WAKTU yang sepatutnya. Kan?

BILAMANA TUKANG MASAK DI RUMAH ADALAH LELAKI. Cuba korang bayangkan FAKTA tu? Ya, ya, Along tahu. Memang sudah wujud golongan lelaki yang menjadi SURI RUMAH, MR. MAMA. Yang kena QUEEN CONTROL oleh si ISTERI pun ada juga. Semua golongan ADAM ini, sebenarnya, ada lebih banyak KELEBIHAN berbanding LELAKI-LELAKI lain yang berada di luar sana. Contohnya dari ASPEK masak-memasak. Bersesuaian dengan tajuk Along pada hari ini.

PERCAYA atau tidak, Orang lelaki yang pandai MEMASAK lebih sedap masakannya berbanding orang PEREMPUAN. Along boleh BUKTIKAN sendiri kerana AYAH Along, begitu juga ALONG adalah TESTIMONI berjaya di RUMAH sendiri. Bukan nak kata, EMAK masak tidak SEDAP. MASAKAN EMAK ADALAH MASAKAN YANG PALING SEDAP. Cumanya, Bila Ayah sudah masuk DAPUR, Nasi Goreng KOSONG yang Ayah masak terasa lebih sedap BERBANDING Nasi Goreng Kosong yang EMAK masak. Itu #FAKTA. Kalau Along pula, Along lebih pandai masak berbanding ANGAH aka Adik perempuan Along yang masuk UM tu. Ini juga #FAKTA sebab Emak sendiri MEMPERAKUI SKILL MASAKAN Along. Hehehe.. #Bangga,Bongkak,Takbur.

Bila sebut perkataan DAPUR. Apakah ianya bermula dengan MASAKAN, dan berakhir dengan MASAKAN sahaja? Sebenarnya, ianya merangkumi ASPEK - KEBERSIHAN, KEKEMASAN, dan KESELAMATAN. Dalam dunia REALITI, tidak diNAFIkan, ketiga-tiga ASPEK ini dikuasai oleh PEREMPUAN bilamana mereka berada di DAPUR. Tetapi! Bilamana LELAKI SEPENUH MASA berada di dapur, PERCAYALAH SATU PERKARA, LELAKI LEBIH MENGUASAI ketiga-tiga ASPEK tersebut. Pernah tengak rancangan di TV3 seperti DAPUR PANAS? 5 RENCAH 5 RASA? SARAPAN dan sebagainya? Rancangan MASAKAN yang di HOSKAN oleh CHEFF Lelaki? Tidak kah anda semua rasa PELIK (ok, mungkin tidak), kenapa LELAKI menjadi CHEFF? Mesti ada sesuatu yang menjadi penyebab MEREKA di ambil dan di jadikan CHEFF SELEBRITI.

Orang kata, LELAKI ni, KALAU dia rajin, DIA LEBIH HEBAT dari orang PEREMPUAN. Ini memang #FAKTA. Kerana di katakan, USAHA perempuan yang ibarat 3x Ganda bersamaan dengan USAHA lelaki yang 2x  Ganda atau kurang sahaja. NAMUN, tidak semua PEREMPUAN dan LELAKI itu sama. Ok? Jangan pula korang bandingkan diri korang dengan golongan OKU ke, golongan dekat WAD SAKIT JIWA ke. Jangan ok?

NAK TAHU 1 FAKTA? Lelaki yang RAJIN berada di DAPUR, MEMASAK untuk KELUARGA dan SEBAGAINYA adalah LELAKI YANG BAIK. Namun, janganlah sekadar MEMBANTU KELUARGA dalam BIDANG MASAKAN sahaja ya wahai LELAKI-LEKAI yang berada di luar sana? Tolonglah juga dalam melakukan PEKERJAAN RUMAH yang lain.


Dari Aswad r.a, katanya : Saya bertanya kepada Aisyah r.anha, apa yang dilakukan Nabi saw dalam rumahtangganya. Ia berkata, “Beliau (Nabi saw) selalu mengerjakan urusan rumahtangga. Kalau masuk waktu solat, beliau pergi bersolat.” [1707] Sahih Bukhari


Contohilah sifat NABI dalam berumahtangga. Jika kita belum berkahwin sekalipun, apa salahnya sebagai anak LELAKI, kita membantu KELUARGA kita sendiri dalam urusan dan pekerjaan RUMAH. Jangan mengharap pada golongan HAWA sahaja. Jadilah seorang yang ADIL dari aspek pekerjaan RUMAH. Jangan pula, "KAU BUAT KERJA, AKU GOYANG KAKI." Perempuan pula, JANGAN ambil kesempatan atas KEBAIKAN si SUAMI atau ABANG atau anak LELAKI korang tu. Istilah QUEEN CONTROL tolonglah JANGAN WUJUD dalam mana-mana ORGANISASI kekeluargaan. Kerana SETIPA ORANG PUNYAI PERASAAN. Dan SETIAP ORANG berbeza apa yang di rasa di dalam hati. JANGAN EGO tentang PERASAAN SENDIRI. Kata orang tak faham korang lah, apa lah. Dah tu? Siapa nak faham mereka? Cubalah berfikir...



Salam Ukhuwah,,,
Adios...
MAASSALAMAH...



Nota Kaki : Nak pesan, janga cari SUAMI kerana RUPA, HARTA, PANGKAT dan juga DARJAT. Pilihlah kerana AGAMA. Jika dia ikut sepenuhnya agama. korang juga yang bahagia.

8 comments:

  1. kipidap along. Orang lelaki juga boleh uruskan rumah. Janji jangan ada virus 'M' saja.

    ReplyDelete
  2. de org kata, masakan lelaki lgi sedap dri perempuan lani

    ReplyDelete
  3. Alaaaa...ingat along yg masak td....ishhh

    ReplyDelete
  4. Hubby akak pandai masak mungkin sebab dia anak sulung dalam keluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Diana.. mesti suka makan masakan HUBBY Kak Diana kan?hehe

      Delete