INTERNET DAN MANUSIA

Thursday, September 03, 2015 Rahim Aim21 0 Comments

INTERNET DAN MANUSIA


Satu hari tanpa INTERNET, ibarat 100 tahun tanpa SAHABAT


Bismillah…
Alkisah…

IHSAN GOOGLE


Assalamualaikum dan selamat petang. SATU HARI TANPA INTERNET, IBARAT 100 TAHUN TANPA SAHABAT. Kenapa 100? Kenapa sahabat? 100 SEBAB kemungkinan untuk kita MANUSIA BIASA HIDUP 100 TAHUN yang mendatang itu ada. Kenapa SAHABAT? Sebab INTERNET ibarat SAHABAT. Sehari korang tak HUBUNGI SAHABAT KORANG, apa korang rasa? SUNYI, ya tak? Macam INTERNET lah, sehari korang tak guna INTERNET, apa korang rasa? MESTI macam KOSONGkan jiwa korang tu?

TIDAK kesahlah, sama ada anda seorang VLOGGER / BLOGGER / FACEBOOKERS / TWEETERS/ INSTAGRAMERS atau sebagainya, Along yakin dalam tempoh SEHARI semestinya anda akan BUKA INTERNET dan guna pakai INTERNET mengikut keperluan diri masing-masing. Kan? Jangan nak BOHONG lah. Di saat ini sahaja, korang sedang menggunakan internet atau ONLINE sambil baca bahan bacaan yang di tulis oleh Along dalam blog Along ini. Nampak tak? Betapa INTERNET telah menjadi ibarat suatu VIRUS yang menguasai diri MANUSIA di zaman GLOBALISAISI ini.

Sedangkan kebanyakan ORANG ASLI zaman sekarang ini pun, bergantung harap pada INTERNET, inikan pula penduduk KAMPUNG atau BANDAR seperti kita semua ni. Perasan atau tidak satu perkara? INTERNET juga menjadi salah satu keperluan kepada kanak-kanak yang berumur sekitar 3-5 TAHUN. Kebanyakan kanak-kanak seusia begitu, dah ada yang memiliki I-PAD dan GALAXY TAB sendiri. Main GAME pula, kebanyakkan memerlukan INTERNET. Contoh muda GAME COC atau nama panjangnya, CLASH OF CLANS. GAME ini mengguna pakai INTERNET untuk bermainnya. Dan tiada HALANGAN USIA untuk bermainnya. Jadi, tidak MUSTAHIL, kanak-kanak berumur sekitar 5-6 TAHUN main GAME ini.

Along sendiri, MEMERLUKAN INTERNET dalam KEHIDUPAN HARIAN. Sebagai CONTOH, untuk ENTRY ini, Along tulis secara OFFLINE terlebih dahulu menggunakan MICROSOFT OFFICE WORD 2013. Nanti, bila STREAMYX dah ok semula, barulah Along akan masukkan ke BLOG untuk di jadikan ENTRY RASMI buat korang semua baca. Katanya, dalam TEMPOH 4 JAM, kiteorang dah boleh guna pakai semula PERKHIDMATAN STREAMYX ni. Tengah tunggu dengan SABAR lah ni.

Jika korang sedang baca ENTY ini, maknanya Along dah POST di BLOG dan INTERNET sudah kembali seperti sedia kala. Itulah kan, lambat bayar siapa suruh? Hahaha. Rasa kosong sahaja diri ini tanpa INTERNET ketika ini. Uhuk-uhuk. Memanglah, REALITInya orang kata, “KALAU JIWA RASA KOSONG, BACALAH AL-QURAN”. Itu KOSONG dari aspek AGAMA dan AKHIRAT. Yang ini adalah KOSONG dari aspek DUNIA atau lebih tepat KEPERLUAN KENDIRI MANUSIA. Dengan INTERNET, kita boleh SEBAR DAKWAH guna PENULISAN. Kita boleh KONGSIKAN ILMU YANG BERMANFAAT secara GLOBAL. Kita boleh dapatkan ILMU TAMBAHAN daripada sesiapa sahaja yang SUDI BERKONGSI di LAMAN SOSIAL mereka. Kerana penggunaan INTERNET sangat GLOBAL.

Yang buruk tetap ada, yang baik jangan dilupa. IMPAK INTERNET terhadap PERKEMBANGAN tamadun MANUSIA SEJAGAT sangatlah BESAR. Kita kena BIJAK dalam menggunakannya. Persoalannya, Korang guna INTERNET selama ni UNTUK apa? Ada tak guna pakai UNTUK keburukan? Refleksi pada anak-anak korang atau adik-adik korang, atau isteri korang, atau suami korang atau sesiapa sahajalah, korang rasa, mereka guna pakai tak sepertimana korang pakai INTERNET dalam kehidupan seharian korang?


Salam UKHUWAH…
ADIOS…
MAASSALAMAH…

0 orang telah tinggal komen: