KOTAK TANPA KEK RED VELVET

Sunday, September 20, 2015 Rahim Aim21 22 Comments

KOTAK TANPA KEK RED VELVET


Perumpamaan yang tiada noktah...


Bismillah...
Alkisah...

KOTAK SECRET RECIPE


Assalamualaikum dan selamat petang. Pernah atau tidak, dalam kehidupan korang semua, pernah tak korang rasa sesuatu, pernah tak korang tengok persekitaran korang dan korang... Pernah tak korang berjalan lalu korang, Pernah tak korang dengar lagu tapi, Pernah tak korang beli kek tapi....

Perenggan di atas sekadar WARM UP sebelum Along memulakan penulisan yang AGAK SERIUS. Tenangkan MINDA dan OTAK dengan soalan-soalan yang lengkap di atas, sebelum jiwa raga korang bakal merasai keTIDAK PUAS hatian dalam penulisan Along yang bakal panjang LEBAR sebentar lagi. Tetapi, bagi orang yang sedang, masih dan selamanya mencari SINAR CAHAYA kebenaran tanpa henti dan putus asa, semestinya AKAN mulai timbul rasa INSAF dalam diri. Along tahu, KERANA Along juga macam korang SEMUA. Manusia BIASA yang tidak SEMPURNA. MANUSIA biasa yang SERING KHILAF dan paling PENTING, MANUSIA biasa yang sering JAUH dari JALAN yang DIREDHAI sang PENCIPTA. 

KOTAK TANPA KEK RED VELVET - Along yakin, korang mesti tertanya-tanya, kenapa RED VELVET? Apa kesinambungannya? RED VELVET merupakan antara KEK yang SANGAT SEDAP. Itu Realiti, Along guna KEK RED VELVET sebab Along peminat kek itu. Itu sahaja. Hehehe. Jadi, Apa maksud KOTAK TANPA KEK RED VELVET? Sekadar PERUMPAMAAN SINIS buat diri Along dan SEGELINTIR MASYARAKAT kita yang sering LUPA, ALPA dan LALAI dengan kehidupan DUNIA. Percaya pada BISIKAN SYAITAN yang ingin menyesatkan kita, dengan mengabaikan beberapa PERINTAH ALLAH yang nyata.

Kenapa? Kenapa Along cakap macam tu? Macam tiada kaitan sahaja kan? Ok, begini. Suatu hari, korang pergi ke kedai KEK, dan katakanlah kedai tersebut adalah kedai SECRET RECIPE (Sebenarnya, kedai lain pun boleh). Korang pun temah KEK RED VELVET ( Sebab kek ini adalah kek yang SANGAT SEDAP). Setelah korang membuat pembayaran, dan diberikan kotak KEK, korang pun bawa balik rumah KEK tersebut. Sesampai korang di rumah, saat korang buka kotak tersebut, korang dapati hanya KEK COKELAT BIASA yang berharga sekitar RM 2 sahaja di dalamnya, sedangkan KEK RED VELVET berharga RM10. Persoalannya, apa yang korang akan buat? Marah? Kembali ke kedai KEK TERSEBUT dan meminta agar pertukaran KEK dilakukan? Atau mendiamkan diri dan membiarkan sahaja perkara tersebut berlaku.? Setiap orang berbeza REAKSI. Ini REALITI dan hakikat sebenar KEHIDUPAN kita sebagai MANUSIA BIASA.

Perenggan di atas sekadar SINOPSIS RINGKAS tentang REALITI kita sebagai HAMBA ALLAH yang HINA. REFLEKS diri kita, Kita kata kita ISLAM, tapi apakah JIWA kita turut ISLAM? Kita kata kita ISLAM, tapi apakah hati dan keseluruhan tubuh kita itu ISLAM? Ibarat PISTOL tanpa PELURU, ibarat BOTOL tanpa AIR, Ibarat PETI AIS tanpa ISI dan pelbagai PERUMPAMAAN yang kita boleh hasilkan SENDIRI untuk menggambarkan JIWA kita itu. Korang jangan pula kata, "NAK MENGATA AKU LAH TU?" ataupun "KAU INGAT KAU SEMPURNA?". Sabar, macam Along katakan, segalanya Along tulis, adalah untuk peringatan buat diri Along sendiri dan korang semua. Along MANUSIA BIASA yang dikenali sebagai PENDOSA.

ISLAM - Mudah untuk kita UNGKAP, tapi sukar untuk kita FAHAM. Kenapa Sukar? Begini, contoh mudah adalah RUKUN ISLAM. 5 Perkara dalam RUKUN ISLAM : 1) Mengucap 2 kalimah syahadah. 2) Solat Fardhu 5 Waktu 3) Berpuasa pada bulan RAMADHAN. 4) Membayar ZAKAT. 5) Menunaikan Haji (bagi yang mampu). Along bukanlah nak cerita tentang SEMUA rukun ISLAN ini. Along sekadar ingin sentuh tentang RUKUN ISLAM yang pertama sahaja iaitu MENGUCAP 2 KALIMAH SAHADAH.

Perasan tak, MENGUCAP 2 KALIMAH SYADAH bukanlah sekadar PENGUCAPAN sahaja. Sebenarnya, UCAPAN KALIMAH SYADAH ini bukan juga sekadar penyaksian semata. Kerana UCAPAN 2 KALIMAH SYAHADAH ini di setai dengan PERBUATAN-PERBUATAN yang diperlukan untuk MEMENUHI KEHENDAK UCAPAN tersebut. Ini FAKTA yang kita LUPA kerana jarang sekali orang BIASA macam Along, anda dan mereka mengingatinya. Amat jarang. Ada di antara kita CUKUPLAH LAHIR DALAM ISLAM, LAKSANAKAN MANA YANG MAMPU mengikut KEEGOAAN AKAL DAN HATI. Mana yang tidak mampu di laksana, di tinggalkan tanpa ada rasa BERSALAH mencengkam DIRI. Inilah yang di maksudkan dengan KOTAK TANPA KEK. ISLAM pada LUARAN tapi, KOSONG pada dalaman.

dalam ISLAM ada apa? Semestinya ada PERATURAN dan HUKUM HAKAM atau lebih TEPAT perintah ALLAH yang perlu kita lakasanakan SEPENUHNYA tanpa ada ALASAN untuk tidak MELAKUKANNYA. Bagaimana ORANG BUKAN ISLAM ingin tertarik pada ISLAM sedangkan pada diri kita sendiri, TIADA CIRI-CIRI ISLAM? TIADA AKHLAK ISLAMIAH? Sekadar SOLAT, PUASA, ZAKAT dan sebagainya tidak CUKUP untuk mengatakan kita telah laksanakan PERINTAH ALLAH sepenuhnya. Kenapa? Kerana, PERINTAH ALLAH itu LUAS! Sangatlah LUAS! PERINTAH untuk melakukan perkara yang WAJIB dan meninggalkan perkara yang HARAM. Tapi, kebanyakan dari kita, seperti ALONG SENDIRI, memilih dalam MELAKUKAN PERKARA YANG WAJIB, MEMILIH JUGA DALAM MENINGGALKAN PERKARA yang HARAM. 

Eh? Korang pelik ya? Along kan PENDOSA. Along kan MANUSIA BIASA. Contoh mudah, begini, Along SOLAT tetapi, Along suka MELWAT-LEWATKAN SOLAT. Solat itu memang dah bagus dah. Yang tak bagusnya, MERINGANKAN solat tersebut. Katalah, Tiba-tiba nyawa ktia di tarik, dan SOLAT TERSEBUT kita tidak sempat melakukannya, apakah STATUS KITA ketika itu? Contoh yang lain, KITA TAHU, HARAM BAGI KITA MELIHAT AURAT YANG BUKAN MAHRAM. Itu kita semua tahu, tetapi, Kenapa kita tetap melihatnya? Dalam DRAMA, dalam FILEM, ataupun REALITI KEHIDUPAN. AURAT di buka di MERATA-RATA TEMPAT. Mata kan, mata. MATA adalah suatu nikmat yang di guna pakai untuk MELIHAT. Kalau tak dapat melihat itu, namanya BUTA.

Sebab itulah, cuba tanya diri kita sendiri, APAKAH ISLAMNYA aku, sekadar pada PERKATAAN TERSEBUT, atau ISLAMNYA aku ini, adalah ISLAM secara MENYELURUH? TEPUK DADA, TANYALAH HATI. PEJAM MATA, MULALAH REFLEKSI DIRI. BUKA MINDA, TERIMALAH KEKURANGAN DIRI. Mulalah bangkit dari TIDUR dan BERHADAPANlah dengan REALITI. Ubahlah STATUS DIRI, dari KOTAK TANPA KEK RED VELVET kepada KOTAK DENGAN KEK RED VELVET yang sangat SEDAP. Dari ISLAM yang sekadar bertapak pada STATUS diri kepada ISLAM yang BERTAPAK di dalam hati.


Salam UKHUWAH....
ADIOS...
MAASSALAMAH...

22 comments:

  1. Okeh akk berjaya bca entry ni smpai abis..panjang ..tapi berisi..hehehe
    Yep setuju ngan Along - dulu ayah akk ckp pasal rukun islam yang 5 tu mesti mula dari no.1 kene LULUS..mengucap 2 kalimah tu ibarat LESEN...bila kita dah lulus "LESEN" baru boleh bawak kete cara berhemah ...takde lah mcm org LESEN TERBANG..maklum jalan raya kan berliku berselekoh hujan panas lagi dll..masa pemanduan tu kalau nak pastikan selamat sampai destinasi..dapat redah jalan yg sesak bahaya..situ rukun islam no.2,3,4,5 berfungsi...tersirat tapi dlm maksudnya..tak dapat nak hurai panjang kat sini..tu la kiasan yg ayah akk bgtahu..maklum kekadang ade org selamat sampai..ada org sangkut tgh jalan ade lambat sampai ade xcident..ada tersondol sompek sikit kete tapi sampai jugak..ada yg berjalan lancar...ok faham kan..hehehe sowi tau..terpanjang komen lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. '''alhamdulillah..." Berjaya Along baca KOMEN akak sampai habis :).... jika panjang dan penuh isi, apa salahnya kan? Tak payah minta maaf.. Along ok je :)...

      Delete
  2. ohmai. deep. pls along. teruskan menulis gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak She . Along alan cuba hasilkan lebih banyak entry sebegini☺

      Delete
  3. saya pun lewat solat.. bkn sengaja :( Keje sorang mcm ni la

    salam.. follow dan singgah disini dari g.a mimi adam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Lisa... jom berubah bersama insan2 yang dalam perubahan ke arah menjadi insan yang lebih baik...

      Terima Kasih sudi singgah.. InsyaAllah, Along balas kunjungan secepatnya nanti..

      Delete
  4. bolehh lerr nanti family day efg... ade slot sahsiah ... along lead...

    ReplyDelete
  5. alamak...baca entri along ni panjang sangat...KG baca tau...kalau nak suruh hafal...pun boleh...heheheh..memula baca tajuk...eh ke mana red velvetnya? sbb KG pun suka red velvet cake...aummm... tapi KG mmg sokong apa yg along sampaikan ni..kbykn 'kita' hanya ISLAM pada nama saja...wallahu alam...x berani komen pjg lebar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Semangatknya KG baca.. hehe..

      Delete
  6. pengisian yg baik along..kak umul pun pndosa..tpi apa yg penting kite sedar akan dosa 2 yg kita lakukan ...mohon ampun pada Nya.. dan berusaha perbaiki diri utk menjadi hamba yg taat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama lah kita berubah ke arah yang lebih baik... Ke jalan yang diredhai... Jangan berubah sorang-sorang tau! Hehe

      Delete
  7. okey... baca sampai abis dah..
    kek red velvet utk kak ain mana..?? grgrgrgrgrrr.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk diri sendiri pun Along tak mampu beli... huhu

      Delete
  8. along.. lamanya x apdet blog. jom buat cabaran nih

    http://www.shehanzstudio.com/2015/10/selfie-paling-comel-cabaran-instablog.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru ada masa tengok dan tulis BLOG hari ni.. huhu

      Delete