LAGU ZAMAN KANAK-KANAK

Thursday, September 03, 2015 Rahim Aim21 8 Comments

LAGU ZAMAN KANAK-KANAK


Masih Belum Di Telan Zaman…


Bismillah…
Alkisah…

HIASAN


Assalamualaikum dan selamat malam! Along agak EKSAITED untuk tulis ENTRY ini memandangkan ENTRY ini berkaitan dengan ZAMAN kanak-kanak Along dahulu. Along yakin, ZAMAN KANAK-KANAK KORANG pun mesti pernah dengar lagu-lagu yang Along bakal kongsikan sekejap lagi. Kebanyakan LAGU adalah berdasarkan PERMAINAN. Cuma ada juga terfikir? Siapa yang BUAT semua lagu-lagi ni? Siapa yang asaskan PERMAINAN-PERMAINAN ini? Sampai sekarang kekal MISTERI di kotak fikiran Along ini. Kenapa Along kongsikan lagu-lagu di bawah ini? Kerana Along agak TERUJA, adik Along yang DARJAH DUA tahu beberapa lagu di bawah ini.

1) ANAK KAMBING


Anak kambing patah kaki,
Anak kambing pandai menari,
Anak kambing makan rumput,
Anak kambing masuk kandang. 

2) POLIS ENTRY


Polis Entry,
One to jaga,
Polis mata,
Pencuri Jaga

3) AIR PASANG PAGI


Air pasang pagi surut pukul lima,
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga,
Pokok bunga melur tanam tepi batas,
Itik bertelur ayam menetas,
Cik baba jatuh dalam parit,
Cik aminah ketawa jerit-jerit,
Naik kereta api sampai Kuala Lumpur,
Jumpa isteri comel terselit bawah dapur

4) NENEK SI BONGKOK TIGA


Nenek-nenek si bongkok tiga,
Siang mengantuk malam berjaga,
Mencari cucu di mana saja,
Nenekku kahwin dengan anak raja.

Cucu-cucu tak dapat lari,
Nenek tua banyak SAKTI,
Sekarang nenek nak cari ganti.
Siapa yang kena dia yang jadi.

5) ASSALAMUALAIKUM

"Assalamualaikum (waalaikumsalam)"
Kom apa kombat
Bat apa batman
Man apa mantol
Tol apa tolak
Lak apa laksa
Sa apa satu
Tu apa tunang
Nang apa nangka
Ka apa kayu
Yu apa yu BODOH (yg ni kena cepat2 la cakap bodoh kat org baru menang)"

6) MALAM YANG SEPI


Malam yang sepi pi pi,
Pak Mat jual topi pi pi,
Topi nya koyak yak yak,
Pak Mat jual tempoyak yak yak,
Tempoyak nya basi si si,
Pak Mat jual nasi si si,
Nasinya enak nak nak,
Pak Mat jual anak nak nak ,
Anak nya hilang lang lang,
Pak mat jual gelang lang lang,
Gelangnya patah tah tah,
Pak Mat jual getah tah tah,
Getah nya putus tus tus,
Pak Mat jual tikus kus kus,
Tikusnya mati ti ti,
Pak Mat bunuh diri ri ri,
Malam jumaat at at,
Pak Jadi jadi mayat,
Malam sabtu tu tu,
Pak Mat jadi hantu tu tu,

7) OLA OLI


Ola oli diberi nama,
Saudara saudari cikebum cikebum,
Malam, malam minggu,
Siang , siang hari,   
Disko, disko,
Putih-putih melati ali baba,
Merah2 jelita, miow-miow
Siapa yang baik hati , cinderela,
Tentu disayang emak,
Satu , dua , tiga , empat.
Siapa gelak kena cuuuubiiiitttt...



Banyak lagi sebenarnya lagu-lagu yang Along sengaja tidak KONGSIKAN di coretan blog Along ini, kerana Along ingin korang KONGSIKAN di ruangan KOMEN dekat bawah ni. Korang mesti ingatkan lagu-lagu yang pernah korang DENDANGKAN suatu ketika dahulu untuk bermain sesuatu permainan tu? Lainlah kalua korang tak pernah alami zaman KANAK-KANAK. Hahaha. Kerana MUSTAHIL untuk orang yang CUKUP SIFAT macam Along, KORANG dan MEREKA tidak melalui ZAMAN KANAK-KANAK. Melainkan, ada sebab-sebab yang tertentu yang tidak dapat dielakkan. Contohnya SAKIT atau sebagainya. Wallahualam.



Salam UKHUWAH…
Adios…
MAASSALAMAH…

8 comments:

  1. dalam banyak-banyak lagu kenapa yang no.1 syira tak pernah tahu. huahua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hua-hua... Syira mesti tak pernah main LOMPAT GETAH kan?

      Delete
  2. aah la..akak xtau lagu no 1 gak hahaha..

    ReplyDelete
  3. haha comel je kalau along nyanyi kan bernostalgia pula hari ni, kak ana shared entri ni di page anajingga dot com ye long :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahha..amboi kak na... Suara along macam katak la..huhu...Alright Kak Na.. Tq sebab sudi share..

      Delete