PREJUDIS Dipendam, STEROTAIP Diluah

Wednesday, September 02, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

PREJUDIS DIPENDAM, STEROTAIP DILUAH


Bila Mana Kita Rasa Kita Hebat...


BISMILLAH...
ALKISAH...





Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.Selamat pagi untuk para pembaca setia semua. Pada hari ini, Along ingin mengetengahkan satu tajuk,yang agak popular dikalangan pelajar universiti bagi tahun 1 ijazah sarjana muda. Perkataan prejudis dan sterotaip merupakan perkataan yang perlu dipelajari dalam pelajaran HUBUNGAN ETNIK yang berkait rapat dengan perbuatan sesuatu kaum ataupun etnik yang berbeza.

Bukan Along ingin berkongsi, apakah itu hubungan etnik, akan tetapi, Along ingin berkongsi KONSEP prejudis dan sterotaip dalam kehidupan seharian kita. Sungguhpun konsep ini,ditujukan kepada antara etnik seperti etnik Melayu, Cina, India dan sebagainya, Akan tetapi ianya boleh diterjemahkan melalui perbuatan sesuatu kumpulan ataupun organisasi sosial yang melibatkan 2 atau lebih kumpulan.

Apakah itu prejudis?Apakah itu sterotaip?

PREJUDIS adalah suatu kesimpulan yan dibuat berdasarkan perasaan dalaman individu terhadap individu lain atau antara kelompok dengan kelompok yang lain yang tidak berdaasr sebarang bukti atau maklumat yang lengkap dan betul.

STEROTAIP pula adalah satu fahaman sesebuah kelompok dengan mengeneralisasikan kelompok yang lain berdasarkan sikap,perbuatan serta fahaman sesorang individu daripada kelompok tersebut.

(HUBUNGAN ETNIK EDISI LENGKAP,PAIMAH ATOMAH/MOHD AZMIR MPHD NIZAH/LATIFAH ABDUL LATIFF,TERBITAN USIM)

Baiklah, berbalik kepada tajuk kita pada hari ini iaitu, Prejudis dipendam, sterotaip diluah. Dalam konteks kehidupan seharian kita sama ada sebagai siswa siswi unuversiti mahupun kolej swasta, sama ada sebagai kelompok individu dalam masyakat kita tidak akan terlepas daripada sikap ketidak puas hatian terhadap individu atau kelompok lain. Kita pasti punyai pandangan berbeza serta pandangan negatif terhadap sesetengah kelompok yang lain.

Kekadang kita merasakan kita lebih hebat daripada orang lain, kita merasakan perbuatan atau cara kehidupan orang lain itu salah dan merasakan kehidupan kita lebih sempurna. Sebagai contoh, dalam konteks siswa siswi, kita akan bangga dengan universiti ataupun kolej tempat kita belajar, serta merasakan, tempat kita belajar itu lebih baik daripada tempat belajar siswa siswi lain. Walaupun, ianya tampak tidak salah dari perpektif mata kasar,akan tetapi, andai timbulnya sikap negatif dari segi pandangan serta pemikiran, maka boleh timbul perbalahan antara mereka.

Dalam konteks masyarakat pula, contohnya, golongan kaya dan golongan miskin. Sebagai contoh, pandangan golongan kaya terhadap golongan miskin adalah orang miskin biasanya kurang menjaga kebersihan, pemalas, suka meminta-minta ataupun sebagainya. Dalam konteks ini, sungguhpun prejudis tidak dipendam dengan kuat, akan tetapi, ianya sterotaip yang akan diluah pabila berlaku satu-satu masalah seperti peminta sedekah meminta sedekah daripada golongan kaya taupun sebagainya.

Bila sampai tahap. sterotaip diluah, sukar untuk mengubah pandangan negatif ini lagi. Kita punyai pilihan, menghukum mahupun memikirkan daripada pandangan yang berbeza akan suatu-suatu perkara sehingga kita mendapat fakta sebenar daripada apa yang kita pendam selama ini. Mungkin ianya sama, mungkin ianya berbeza. Oleh itu,jangalah kita menutupi pemikiran serta mata kita daripada meneliti sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum mebuat kesimpulan yang sepatutnya.


Quote untuk semua.


Prejudis dipendam tanpa sepatah bicara,

Sterotaip diluah menutupi segalanya.



Salam Ukhuwah...
Adios...

MAASSALAMAH...

2 comments: