TOPMAN : FESYEN LELAKI HIPSTER

Tuesday, September 08, 2015 Rahim Aim21 5 Comments

TOPMAN : FESYEN LELAKI HIPSTER


Gaya HIPSTER masa kini…


Bismillah…
Alkisah…




Assalamualaikum dan selamat petang. Apa khabar semuanya? Semestinya dunia FESYEN tidak akan pernah lekang dengan pelbagai jenama terkemuka di serata DUNIA. Namun, apa yang membezakannya adalah KUALITI sesuatu pakaian itu dan keselesaan pengguna dalam memakainya. Hari ini, Along ingin kongsikan, suatu JENAMA yang TERKEMUKA di seantero DUNIA di kalangan penggemar FESYEN HIPSTER iaitu TOPMAN. Jika anda seorang penggemar fesyen HIGH STREET, semestinya jenama TOPMAN adalah antara jenama yang WAJIB korang perlu miliki. Jenama yang berasal dari UK ini merupakan pelopor fesyen ala British yang cukup digemari di serata dunia dan tidak kurangnya penggemar fesyen di Malaysia. Maka, tidak hairanlah TOPMAN telah menjadi sebuah jenama yang sering menjadi ‘favourite’ dikalangan penggemar fesyen tempatan.

Persoalannya, apakah punca UTAMA jenama TOPMAN ini menjadi pilihan lelaki hipster? Dari pandangan kaca mata Along yang berwarna hitam ini, Along yakin bahawa koleksi pakaian lelaki TOPMAN ini adalah dijamin mengikuti trend terkini dan sentiasa menepati citarasa para pembeli. Kedua pula, harga yang ditawarkan bagi setiap koleksi pakaian tersebut adalah amat berpatutan dan berpadanan dengan kualiti pakaian yang ditawarkan. (Along paling suka koleksi jeans TOPMAN). Dan yang ketiga pula, saiz pakaian Topman bersesuaian dengan saiz average penduduk Asia. Siapa penduduk Asia? Kita semualah. Hehehe…



COP! Korang fikir, TOPMAN ni tawarkan pakaian KASUAL sahaja ke? Bukan sebenarnya. TOPMAN turut menawarkan koleksi pakaian FORMAL dengan rekaan yang cukup HIPSTER. Wow! Menarik bukan? Oleh yang demikian, kalau korang semua menggemari FESYEN HIPSTER atau sedang cuba berjinak-jinak dengan FESYEN yang sedang “in” sekarang ini, Along sarankan korang kunjungi butik-butik TOPMAN yang berdekatan dengan korang semua. Takpun, kalua korang malas sangat nak pergi ke kedai-kedai tersebut, korang WINDOW SHOPPING sahajalah dekat Topman online di laman web ZALORA Malaysia. Mudah sahaja, semudah A,B dan C. Dan korang boleh Nikmati perkhidmatan penghantaran percuma terus ke rumah korang hari ini juga! Apa tunggu lagi?




Salam Ukhuwah…
ADIOS…
MAASSALAMAH…

5 comments: