Aku Tak Sempurna

Wednesday, October 28, 2015 Rahim Aim21 8 Comments

AKU TAK SEMPURNA


Kerana Aku Manusia Biasa...


Bismillah...
Alkisah...

Sekadar Hiasan ; IHSAN GOOGLE


Assalamualaikum dan selamat petang. Along nak minta maaf kepada semua. Untuk bulan ni sahaja, baru 6 ENTRY(Termasuk ENTRY ini) Along tulis termasuk yang ini. Sejujurnya, Along ada WRITER BLOCK. Kejujuran yang kedua pula, Along rasa seoalah-olah jiwa Along tidak berapa nak tenang sahaja sejak akhir-akhir ni. Along tak tahu mana puncanya, apa sebabnya. Along rasa seolah-olah dunia cuba untuk MENDESAK Along. Seolah-olah DUNIA ingin lihat Along gagal. Entahlah, mungkin sekadar perasaan, mungkin sekadar REALITI hasil CIPTAAN minda Along sendiri yang hakikatnya, 

Perkara ni, buat Along terfikir. AKU TAK SEMPURNA kerana Aku Sekadar Manusia Biasa. Along tahu, semestinya akan ada yang kata, Apa Along  fikir ini sangat KLISE dengan pemikiran orang lain juga. Namun, Along ingin katakan, kadang-kadang, perkara KLISE itulah sebenarnya hakikat kepada mencari identiti dalam sebuah kehidupan. Tiada siapa yang sempurna, itu REALITI. Tetapi, orang yang tidak sempurna, kebanyakannya, ingin mencari kesempurnaan, itu juga REALITI.

Along minta maaf, andai selama ini, Along banyak menyusahkan semua orang. Tidak kisahlah, sama ada korang tu lelaki ataupun perempuan, rakan ataupun taulan, Ada hubungan kerabat ataupun kekeluargaan, sama ada seumur hidup ataupun sesaat perkenalan. Along minta maaf. atas semua kesalahan, sama ada sengaja ataupun tidak disengajakan, sama ada Along sedar ataupun tidak sedar atas semua kekhilafan, Along hanya ingin minta maaf. Maafkan Along.

(HISH! Apa ni? Sesi maaf bermaafan pula? Kau dah kenapa RAHIM?)

Hidup kita ni.. Takkan selalunya berada di atas dalam SETIAP perkara. Kadang-kadang, tanpa kita sedar, kita telah pun berada di bawah. Kerana kita lupa, kita adalah manusia biasa. Manusia yang tak lari dari berbuat kesalahan dan dosa. Sebab itulah, kita disarankan agar setiap malam, sebelum kita kembara ke alam mimpi, berdoa kepada Allah agar, segala kesalahan ORANG LAIN terhadap KITA, Allah mengampuninya. Begitu juga, kita perlu berdoa agar segala kesalahan KITA terhadap ORANG LAIN, turut di ampunkan sepenuhnya. Namun, tidaklah bermakna, kita tidak perlu memohon MAAF sesama MANUSIA. Doa sahaja tidak mencukupi andai tiada USAHA untuk memohon maaf sesama manusia. Kan? Tetapi, kekadang, mesti ada sebab kan kenapa sukar untuk kita memohon maaf sesama manusia? Pohon dan pintalah kepada Allah, agar segala urusan kita dipermudahkan olehnya. Bukan susah pun kan?

Sekadar coretan ringkas, sebagai pengingat buat diri, juga pengingat buat teman-teman dan rakan taulan semua. Sama ada BLOGGER atau PEMBACA BLOG, sana ada PEMBACA TEGAR atau PENGUNJUNG BARU dan sebagainya. Sesiapa sahaja yang berkunjung singgah ke BLOG Along, secara RELA HATI ataupun tidak, Along ingin ucapkan TERIMA KASIH kerana sudi membaca CORETAN-CORETAN, perkongsian CERITA Along selama ini. Doa Along, sering mengiringi kalian agar kita sama-sama berubah menjadi insan yang lebih baik. Dalam perubahan, tiada pengakhiran. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu, perubahan tetap perlu diteruskan. :)


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH....

8 comments:

  1. tiada siapa yang sempurna di atas muka bumi ni along, fokus pada apa yang penting dalam hidup terlebih dahulu, bahagiakan kedua ibu ayahmu yang utamanya..in shaa allah semoga dipermudahkan buat along dalam melayari bahtera kehidupan ini , salam rindu dari kak ana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ana... terima kasih atas nasihat akak. Ibarat nasihat seorang ibu kepada anaknya. :)... InsyaAllah... emak dan ayah menjadi keutamaan Along terlebih dahulu selepas Allah dan rasulnya... Along pun rindu Kak Na juga :)...

      Delete
  2. Hidup kita adalah usaha ke arah kesempurnaan tapi kita takkan pernah sempurna. Tapi usaha tu yang menentukan nilai kita sebagai seorang manusia. Persistent. Endurance. And pengharapan pada Pencipta. Salam ziarah, love your writing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi berkunjung singgah dan ziarah.. Along akan balas kunjungan dalam masa yang terdekat.... Jangan lupa follow Along ok? :)

      Delete
  3. Semua orang tak sempurna. Tapi apa yang kita lakukan utk jadikan sesuatu tu sempurna, itu yang paling penting :)
    WRITER BLOCK memang susah nak elak. Kompem ada. Akak pun kadang mati kutu-kutu, mak kutu segala nak pikior idea hupdate blog.

    ReplyDelete
  4. sama la along. lela pon tak sempuna

    ReplyDelete