Itu Halal, Ini Haram

Tuesday, October 20, 2015 Rahim Aim21 8 Comments

ITU HALAL, INI HARAM


Buka Mata Hati...


Bismillah...
Alkisah...

IHSAN GOOGLE


Assalamualaikum dan selamat malam. Selamat kembali dan selamat berkunjung singgah semula ke blog Along yang semakin suram dengan ENTRY FRESH, SEGAR dan BARU hasil daripada PERAHAN IDEA dan KERAHAN OTAK untuk berfikir agar JARI-JEMARI dapat menghamburkan segalanya dalam bentuk penulisan berilmiah buat santapan motivasi korang semua. Walau hakikat, segala karya penulisan Along, adalah teguran dan NASIHAT buat diri Along sendiri. Seorang PENDOSA TEGAR yang masih mencari sinar cahaya, untuk keluar daripada kegelapan ruang yang kelam.

ITU HALAL, INI HARAM. Ya, kita tahu. Kita semua tahu. Apa itu HALAL, apa itu HARAM. Bagi sesetengah kita, meletakkan HALAL dan HARAM dalam bentuk MAKANAN. Ada yang lain, menambahnya dalam bentuk PRODUK KECANTIKAN dan KESIHATAN. Dan perlbagai lagi. Mungkin apa Along bakal tulis ini juga, menjadi salah satu titik TOLAK dalam hal berkaitan dengan HALAL dan HARAM bagi kehidupan seharian korang semua. Tetapi, tidak mengapa. Along tetap kongsikannya juga. Sebagai nasihat buat diri sendiri, Muhasabah tanpa henti agar diri sendiri sedar betapa kerdilnya diri ini, dalam menongkah liku-liku kehidupan sebagai seorang hamba.

Dari aspek perbuatan juga ada HALAL dan HARAM. Contohnya, langkahan kaki kita ke tempat-tempat yang baik adalah HALAL, manakala langkahan kaki kita menuju ke tempat-tempat yang wujudnya maksiat itu adalah HARAM. Contoh lain, Cakap perkara-perkara yang baik itu HALAL, manakala cakap perkara-perkara yang buruk itu pula adalah HARAM.

Bagaimana pula dengan penglihatan kita? Melihat perkara yang dihalalkan itu HALAL, mehihat perkara yang diharamkan pula tetap kekal sebagai HARAM. Tetapi masyarakat kita sekarang ni, terutama sekali diri Along sendiri, tidak jaga HALAL dan HARAM sepenuhnya. Dari aspek pandangan mata Along telah kalah, apatah pula hati. Sekarang ni, zaman sekarang ni. Aurat di dedah, di buka, di tayang merata-rata. Maaf Along katakan, kebanyakan dari kita, ISLAM sekadar pada NAMA dan IC semata. Nak tonton TV? YOUTUBE? FILEM dan sebagainya? KONFIRM mata takkan lari dari melihat AURAT, sama ada aurat LELAKI mahupun PEREMPUAN. Itu dari segi DUNIA MAYA. Dunia REALITInya? Sama sahaja. Pandangan mata kita tetap akan melihat AURAT yang bukan MUHRIM pada kita dalam kehidupan seharian kita. Kenapa Along bicara soal pandangan mata? Kerana dari situlah antara titik tolak Pertambahan dan Pengurangan IMAN kita.

Kadang-kadang Along fikir, ada untungnya bagi si BUTA. Jiwa mereka lebih suci berbanding kita. Pandangan mereka di hijab sepenuhnya dari melihat KEMUNGKARAN DUNIA. Mata hati mereka pula dibuka seluasnya untuk MENSYUKURI NIKMAT ALLAH YANG ESA. Namun, pasti ada hikmahnya, kita lahir sebagai si CELIK yang bisa melihat DUNIA. Sama ada kita, terus-terusan HANYUT menuju ke penghujung DUNIA, atau sedar dan BANGUN dari mimpi yang LENA. Namun, jangan pula kita BUTAkan mata sendiri, kerana ianya semestinya HARAM.

Yang HALAL tetap HALAL, yang HARAM tetap HARAM. Itu hak yang telah ditetapkan ALLAH. Bukan nak kata, Along ingin menghukum sesiapa. Namun, Along nak kata, Hak tetap Hak. Sejauh mana kata, "ITU ANTARA SAYA DENGAN ALLAH", namun, TANGGUNGJAWAB sebagai sesama MUSLIM tetap perlu kita laksana SEBAIKnya. Namun, janganlah mengHUKUM secara EXTREME. Perlu ada teguran dan nasihat secara BERHIKMAH. Contohi Rasulullah dalam menyelasaikan permasalahan UMMAT. Jangan sesekali membuatkan mereka semakin JAUH dari AGAMA ISLAM yang penuh RAHMAT.

Mungkin kita sudah lupa, dari mana datangnya penglihatan kita? Siapa yang beri pinjam kepada kita selama ini? Bagaimana pula dengan apa yang kita pandang? Dari manakah ianya DATANG? Apakah akibatnya buat kita di hari mendatang? Kerana kita NASIA. Nasia yang membawa maksud pelupa. Lupa akan dari mana kita datang selama ini, dan lupa kepada siapa kita bakal pulang dan kembali secara abadi pada suatu ketika yang telah ditetapkan nanti. Sama ada syurga menjadi tempat tinggal kita nanti, atau neraka sebagai tempat tinggal yang bakal kita depani.


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...

8 comments:

  1. Along...thanks atas perkongsian ini, banyak konteks halal dan haram yang kita perlu faham...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Kak SA.... terima kasih sudi berkunjung singgah dan tinggal COMMENT.. :)

      Delete
  2. kalau bab makan tu kite tak leh pertikai halal haram dia. kalau kita p siasat semua tu, gamaknya semua benda tak boleh makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu REALITI.... Tapi, itu juga salah satu tanggungjawab kita...untuk memastikan suber pemakanan kita benar-benar halal...

      Delete
  3. Terlalu lua konteks halal dengan haram ni sebenarnya. Kita sendiri yang kena alert dengan benda2 macam ni. Sebab tu pernah dulu timbul isu ramai je orang bertudung makan dekat kedai sekian sekian padahal kedai tu tak halal. Huhu. Ada ilmu dapatlah bezakan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu Realiti... Kerana Halal dan Haramnya sesuatu itu adalah suatu ketetapan yang JELAS...

      Delete
  4. Yang halal tetap halal, yang haram tetap haram. Kalau mix halal haram, tu yang jadi kecelaruan dalam pemahaman. Tapi mostly sekarang, pegang-pegang tangan bukan mahram (terang-terang haram) boleh pulaks. Haish. Rasa nak luku je kepala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab KEBANYAKAN DARI KITA.. Apa rasa perlu mereka AMBIL, apa rasa tidak perlu, mereka ABAI... Memilih Halal Haram ikut SUKA...

      Delete