LELAKI JUGA PERLUKAN PERHATIAN

Saturday, November 21, 2015 Rahim Aim21 14 Comments

LELAKI JUGA PERLUKAN PERHATIAN


Kerana lelaki juga ada perasaan...


Bismillah...
Alkisah...

kenapa perempuan perlu beri lelaki perhatian


Assalamualaikum dan selamat malam. Sewaktu Along menulis ni, jam di penjuru bawah kanan di skrin laptop Along menunjukkan pukul 12:08 AM. Sudah lama rasanya Along tidak menaip sebarang ENTRY baru di BLOG Along ni. Mungkin ada yang telah pun melupakan Along, mungkin ada yang masih mengingati Along, dan mungkin juga, ada yang menganggap Along ada ataupun tidak, sama sahaja. Tidak memberi kesan langsung terhadap hidup yang korang lalui, hari demi hari selama ini.

Selamat malam Along ucapkan kepada semua. Kepada mereka yang Along kenali secara realiti ataupun maya. Kepada mereka yang mengenali Along, tetapi Along tidak mengenali mereka, Along tetap ingin mengucapkan terima kasih juga. Terima kasih kerana korang semua sudi berkunjung singgah ke blog Along yang serba putih dan suci ini. Along tahu, blog Along cantik bukan? (Hahaha, penamat untuk semua ayat skema di atas).

Korang-korang di luar sana, KHUSUSnya kaum HAWA. Tahu tak! Sebenarnya, LELAKI JUGA PERLUKAN PERHATIAN! Ingat korang sahaja ke yang sukakan PERHATIAN? Along faham, korang yang kaum hawa ni di gelar INSAN YANG LEMAH. Tetapi, PERASAAN tu, bukan milik korang sorang ok? Perasaan MARAH, GERAM, GEMBIRA, SEDIH, CEMBURU dan sebagainya di rasai juga oleh kaum ADAM. Contohnya beginilah ya, SUAMI ISTERI. Ya, ya. Along tahu, Along belum NIKAH atau KAHWIN dengan SESIAPA lagi, TETAPI realitinya kan, Along LELAKI, SUAMI korang juga LELAKI. Jadi, Along tulis ni adalah mewakili LELAKI. Mungkin akan ada yang kata, "Tak semua LELAKI macam KAU Along". Memanglah tak semua... Sebahagian sahaja ok?

suami isteri merajuk
Ihsan : GOOGLE

Nampak tak CARTA ALIRAN di atas? Terima kasih kepada salah seorang rakan dari EFG atas gambar di atas. Tetapi, gambar di atas Along cari semula di google untuk dapatkan kualiti gambar yang lebih elok, hehe. Ok, tahu tak sebab apa lelaki punya carta aliran tu singkat sangat? Pernah tanya tak suami korang? pernah tanya tak pasangan korang? Beginilah, tutup perkataan SUAMI, tutup perkataan ISTERI. Ganti dengan perkataan PASANGAN. Kerana apa? kerana manusia yang BERCINTA sama ada sebelum ataupun selepas KAHWIN, melalui perkara yang sama seperti dalam carta aliran di atas.

LELAKI punya carta ALIRAN PENDEK bersebab ok? Sebab PERTAMA! Lelaki tak nak MEMANJANGKAN permasalah yang berlaku. sebab KEDUA! Lelaki tak suka memikirkan hal yang remeh temeh. KETIGA? Lelaki lebih suka FOKUS pada penyelesaian MASALAH, bukannya MENCARI PUNCA MASALAH. Sebenarnya, banyak lagi sebab musababnya. Malaslah Along nak taip kan. Eh! Kejap! Jangan tengok yang MALAM PEKENA 1 ROUND tu ya? Kalau SUAMI ISTERI, boleh lah TENGOK. Kalau sekadar PASANGAN yang belum BERKAHWIN, jangan pula korang buat perkara yang tidak sepatutnya! PEKENA NASI GORENG KAMPUNG atau ROTI CANAI dekat kedai makan tak apa, TAPI! Kalau pekena macam laki BINI tu, NAUZUBILLAH. 

Kalau ikut CARTA ALIRAN di atas, SUAMI LUPA KESALAHAN ISTERI. Herm, Sebagai lelaki, ya, lupa memang lupa. TETAPI! Tidaklah sepenuhnya. REALITInya, MUSTAHIL suatu KESALAHAN itu mudah untuk diLUPAkan. Tahu tak? LELAKI sebenarnya sangat hebat dalam memendam apa yang dia RASA. Tetapi, bila lelaki tu sudah TIDAK TAHAN, pasti kan MELETUP juga. Namun, kebanyakan kami LELAKI, MELETUP dalam diam. Tanpa KORANG yang KAUM HAWA tu, tahu. Tahu tak kenapa? Kerana kami nak BERLAGAK KUAT dan MACHO terhadap korang semua sebenarnya. Hahaha. Tipu sahaja. Sebenarnya, KAMI tak nak SAKITI hati korang sungguhpun HATI KAMI korang sakiti. Sebenarnya, kami tak nak langsung susahkan hati korang dengan apa yang kami rasa. Kerana KAMIkan LELAKI. Lelaki kena kuat! Ya tak? Lelaki kenalah TABAH dan tidak MENGALAH! Ya tak? Itu kan yang korang, kaum hawa di luar sana anggap kami selama ni?

Kami LELAKI, kami juga manusia seperti korang semua. Kami perluKAN PERHATIAN. SUARA kami perlu anda DENGARI. LUAHAN HATI kami, perlu anda semua FAHAMI. Along falam, kebanyakan korang yang kaum hawa akan kata, "LELAKI KENALAH MENGALAH, BARULAH GENTLEMEN", takpun, pasti korang akan kata "LELAKI KENALAH FAHAM KAMI" atau ada di antara korang yang akan kata "LELAKI NI, TAK BOLEH DI BERI MUKA SANGAT. NANTI DIA AMBIL KESEMPATAN KE ATAS KITA." Macam-macam lagi sebenarnya alasan yang korang boleh berikan untuk menguatkan HUJAH korang agar LELAKI lebih memberi PERHATIAN ke atas KORANG. Sedangkan, hakikatnya, korang juga sepatutnya membalas SEMUA PERHATIAN pasangan lelaki  korang tu terhadap korang sepertimana lelaki tersebut telah memberi sepenuh perhatian kepada anda. Tetapi, kerana EGO anda semua, anda tidak melakukan perkara yang sama. Walau tidak semua, namun sebahagian dari anda semua pasti seperti mana yang Along katakan.

KERANA EGO, macam-macam boleh terjadi. LELAKI juga EGO. EGO kerana rela memendam rasa demi perempuan yang dia CINTAI. Biar hati tersakiti, asalkan perempuan yang diCINTAInya bahagia dan  gembira. TETAPI! Perempuan kebanyakkannya tak nampak EGO kami ni. Bila kami mula BERONTAK SEDIKIT demi mencari secebis PERHATIAN. Perempuan pasti akan mula merasakan bahawa pasangan mereka telah BERUBAH. TAK SAMA seperti dulu. Bagi sesetengah daripada perempuan pula. PASTI akan mulai rasa CURIGA dengan pasangan mereka. Mulalah timbul di fikiran MEREKA, "LAKI AKU NI DAH ADA PEREMPUAN LAIN KE?" takpun, "LAIN MACAM SAHAJA LAKI AKU NI. DULU TAK PERNAH MACAM NI. TIBA-TIBA SAHAJA MACAM NII? NI MESTI ADA PEREMPUAN LAIN NI!". 

Memanglah tak semua, tetapi! Sebahagian dari korang yang kaum HAWA mungkin seperti mana yang Along tulis di atas. PEMBERONTAKAN KAMI yang hanya ingin menuntut SECEBIS PERHATIAN selalu sahaja di salah ERTI. Along tulis ni berdasarkan apa? PENGALAM ke? PEMERHATIAN terhadap kehidupan ke? PEMBACAAN ke? PERASAAN SEMATA ke? JAWAPAN MUDAH, semuanya SEKALI. Along tulis dari sudut KACA MATA Along sendiri. Korang nak KRITIK? Nak KOMEN NEGATIF? Terpulang. Tetapi, cubalah buka MATA luas-luas. cubalah buka MINDA seluas LAUTAN dengan apa yang Along kongsikan pada pagi ini. :)


SALAM UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...


p/s : Maaf Panjang Lebar... Harap korang berSABAR sepanjang membacanya. PEACE YAWS!!! Terima Kasih sebab sudi BACA!!!

14 comments:

  1. lelaki nak dia dihargai walaupun tak minta apa2 kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..kak Mai... Good... sebab memahami kami Kaum ADAM... hehe

      Delete
  2. Heehehe..betul kata along tu..sbnrnye laki perempuan sama je perasaannya.cuma yg membezakan cara mereka mengatasi nya.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...Alhamdulillah... Kak ummul... tq sudi baca dan tinggal komen.. ngee

      Delete
  3. Mungkin in certain diaorg akan cakap"opposite things" ."Feeling" mungkin tak kena . Haha Depend on situations kot :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang tu merujuk pada lelaki aau perempuan? Hehe... Memang pun.. depend pada orang :)... Setiap orang tak sama..tetapi, pasti punya akan ada yang sama... hehe

      Delete
  4. Sy kawin dh dkat 6 thn. Tp xpnah pulak terjadi spt carta aliran d atas :p.
    Mgkin sbb sy xkuasa nk mrajuk sbb tau dia xpndai pujuk. Hihi.
    Or mgkin sbb dia dh cukup baik smpai xde point nk mrajuk
    Tp scara umum kpd smua lelaki n wanita, anda ingin perhatian anda perlu tahu utk memberi perhatian. Sifir yg sama spt ingin dicintai mesti tau mencintai atau ingin dihormati mesti tau menghormati.
    Ye dak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu... GIVE and TAKE itu sangat perlu dalam perhubungan... :)...

      Delete
  5. perempuan tak matang je guna "carta alir" tu Along... hehehehehe... :)
    moral of the story, carilah bakal isteri yang matang ye Along.. ehhh.. tetiba.. hahahahahaa... :p

    p/s : along, nak tutorial bersihkan browser...pleaseeeeee...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. matang sangat pun tak syok juga kak ain..haha.... Done..baru sahaja tulis..harap ianya banyak membantu kak ain..hehe

      Delete
  6. Mmm pekena apa 1 round.... Tak faham

    ReplyDelete
  7. Beza antara wanita dan lelaki. Tapi perbezaan ini saling melengkapi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu semestinya abam Arz... nobody perfect... :)

      Delete