PENAT JAGA JODOH ORANG LAIN

Monday, December 14, 2015 Rahim Aim21 16 Comments

PENAT JAGA JODOH ORANG LAIN


Sesuatu yang engkau rancang, tidak semestinya berakhir dengan kebahagiaan yang engkau impi...


Bismillah...
Alkisah...

IHSAN : Google


Assalamualaikum dan selamat malam semuanya. Bila bicara soal jodoh, semua orang ada perancangan yang tersendiri berkaitan dengan JODOH ini. Ada yang merancang untuk berkahwin di usia muda. Ada yang merancang untuk berkahwin bila kewangan dan kerjaya telah stabil. Ada yang merancang untuk menunggu JODOH itu DATANG sendiri. Ada pula yang langsung TIDAK MERANCANG apa-apa. Semuanya diRANCANG dan diATUR oleh MINDA yang dikawal oleh FAKTOR-FAKTOR tertentu yang menguasai DIRI.

Ada yang bersungguh-sungguh dan bermati-matian mempertahankan JODOH yang dia percaya merupakan JODOH yang telah ditetapkan oleh sang pencipta buat dirinya selama ini. Ada pula di antara kita, sanggup BUNUH DIRI demi JODOH yang tidak pasti ini. Gantung diri lah, telan racun lah, lompat dari atas bangunan yang tinggi lah dan sebagainya. Ada sesetengahnya, jadi GILA kerana JODOH yang TIDAK KESAMPAIAN.

PENAT JAGA JODOH ORANG | Pernah tak terfikir, JODOH atau PASANGAN yang kita ada sekarang ini, suatu hari nanti bakal bersama orang lain? Maksud Along, dari aspek PASANGAN yang belum KAHWIN lah. Yang dah kahwin tu, Alhamdulillah. Jodoh korang dengan pasangan korang memang KUAT. Yang belum kahwin macam Along ni, macam korang yang sekadar berpasang-pasangan tanpa IKATAN perkahwinan tu, pernah tak kita semua terfikir suatu hari nanti, pasangan kita yang sekarang ni rupanya bukanlah JODOH yang telah ditetapkan oleh Ilahi untuk kita, bahkan mereka adalah JODOH orang lain. Pernah tak?

Berpenat lelah kau jaga JODOH yang kau SAYANG tu, macam-macam pengorbanan yang telah kau lakukan demi JODOH yang kau CINTAI itu. Rupanya, telah lama tertulis sejak AZALI lagi, DIA bukanlah JODOH engkau yang telap ditetapkan. Apa kau rasa? Penat bukan? Sebab itulah sesetengah orang berkata, BERCINTA dan BERKASIH itu biarlah berpada-pada. Jangan melebihkan CINTA manusia berbanding CINTA Yang Maha Esa. Ada juga yang berkata, BERCINTALAH DENGAN PEMILIK CINTA TERLEBIH DAHULU, BARULAH BERCINTA DENGAN PEMINJAM CINTA.

Tetapi, kalau korang rasa memang nak sangat-sangat JODOH yang engkau jaga sekarang ini, menjadi yang HALAL buat kau. Berusahalah, Bertawakal lah. Buat cara yang sepatutnya, JUMPA IBU BAPA dia, JUMPA KELUARGA dia. Minta RESTU. Jangan berlama-lamaan dalam BERHUBUNGAN. Percepatkan NIAT BAIK korang tu. Akhirinya CEPAT-CEPAT dengan sebuah PERNIKAHAN. Takut bajet tak cukup? Buatlah secara BERSEDERHANA. Senang bukan? Tak payahlah buat sampai jadi "WEDDING OF THE YEAR" hanya kerana kau atau pasangan kau tu anak TUNGGAL dalam keluarga. NIKAH jangan disusahkan. Buat ikut SYARIAT sudah. ADAT? Tolak tepi sahaja semua itu.

ANDAI perancangan kau GAGAL sebelum ianya BERJAYA. Kenapa kau mengeluh dan menyalahkan TAKDIR? Kan sesungguhnya PERANCANGAN ALLAH itu lebih BAIK berbanding perancangan MANUSIA. Kau marah takdir? Pernah terfikir atau tidak, kau marah siapa sebenarnya? Along sendiri takut, Along sendiri sukar untuk menerima takdir andai JODOH yang Along jaga selama ini, bukannya milik Along. Jujur, ini pengakuan dari hati Along. Tetapi, selagi mampu, selagi itu Along akan berusaha untuk menjaganya. Tetapi, jika sudah tertulis, JODOH itu bukan milik Along, Along REDHA. Penat memang PENAT! PENAT JAGA JODOH ORANG LAIN! Tetapi, kena relakan juga, Kan itu TAKDIR Allah. Siapa Along untuk menolaknya.( T_T).



(n_n)

Salam Ukhuwah....
Adios...
MASSALAMAH....

16 comments:

  1. betul long....jika dia ada depan mata jaga sebaiknya...andai bukan tertulis jodoh along, redha...

    Allah sudah menulis yang lebih baik buat along

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Sebab perancangan Allah itu jauh LEBIH BAIK berbanding perancangan KITA.... Percaya pada Allah, Percaya juga pada Qadha` dan Qadarnya.... :)

      Delete
  2. Pernah.. tapi kita ikhlas nak jaga protect dia kan.. Cinta tak semestinya memiliki.. tetapi andai dia jodohku.. alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...... Bagi sesetengah orang, ada yang tetap SETIA pada insan tersebut, setia menunggu.. walaupun si dia sudah di miliki oleh orang lain...

      Delete
  3. Tak pernah couple.. So tak pernah lagi kot jaga jodoh orang.. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah..hahaha... untungnya dia..jelez plak Along rasa..

      Delete
  4. Jodoh adalah salah satu misteri hidup.

    ReplyDelete
  5. stay single la along. tak payah nak jaga2 jodoh orang. bagi dia jaga sendiri . hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alorh... dah suka nak buat camne? Biarlah diri merana, asal dirinya bahagia... cewah! haha

      Delete
  6. tu semua pengalaman Along.. tak semua orang melalui nya..

    ReplyDelete