APABILA API KEMARAHAN DIPADAMKAN OLEH AIR KETENANGAN

Sunday, May 31, 2015 Rahim Aim21 6 Comments

AIR DAN API | SALING MELENGKAPI


APABILA API KEMARAHAN DIPADAMKAN OLEH AIR KETENANGAN


Bismillah...


Gambar Ihsan : INCIK GOOGLE


Assalamualaikum dan selamat petang. Selamat beristirehat di hujung minggu buat anda-anda semua. Along, rasa minggu ni adalah minggu penat sedunia. Entah mengapa, tibuh rasa penat sangat, rasa seolah-olah tidak pernah rehat dalam tempoh jangka masa yang lama. Padahal, setiap hari boleh dikatakan hari rehat sedunia bagi Along untuk seminggu ini, Entahlah kobis, (pengganti bagi labu) Along pun tak tahu. Tapi!!! Cerita hari ini, tiada kaitan dengan perenggan pembukaan Along pada hari ini. Langsung tiada kena-mengena.. Hehehe.

6 orang telah tinggal komen:

Kenapa dia dan bukannya aku?

Saturday, May 30, 2015 Rahim Aim21 4 Comments

PERSOALAN MINDA | PERSEPSI DIRI


Kenapa dia dan bukannya aku? 




Gambar Ihsan : PAKCIK GOOGLE


Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam ukhwah dan salam perkongsian ilmu. KENAPA DIA DAN BUKANNYA AKU? Suatu persoalan minda, suatu persepsi diri yang sering kali mengganggu-gugat perasaan yang sering diambang kecelaruan identiti diri dek kerana sifat cemburu dan sifat iri hati yang sering hadir dan wujud dalam kotak fikiran manusia hasil daripada ketidak puas hatian yang tinggi dalam jiwa mahupun raga. (Madah pujangga melampau tahap infiniti dicoret untuk semua).

4 orang telah tinggal komen:

Pencarian Sponsor GA EFG Mega Raya 2015

Friday, May 29, 2015 Rahim Aim21 6 Comments

PENCARIAN SPONSOR GIVEWAWAY EFG MEGA RAYA


GIVEAWAY YANG PERTAMA | EFG



Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Dek kerana EFG merupakan suatu organisasi yang masih segar dan baru dalam industri persatuan blogging di Malaysia, Kami ingin MENYERU anda-anda di luar sana, membantu kami, merealisasikan impian kami, menggapai suatu lagi tahap di dalam Keluarga Besar #EFG yang kami cinta ini, untuk melangkah ke hadapan, menghadapi perjuangan serta liku-liku kehidupan, onak dan duri... (Semakin panjang semakin merapu pula.. hehe).

Mari-mari! Sertai para SPONSOR yang lain! Membantu kami untuk memberi impak yang besar pada GA yang julung-julung kali di adakan ini!


EFG MEGA RAYA 2015


Sekiranya ada yang berminat untuk memberi sponsor, boleh hubungi nombor yang tertera di atas. Jangan malu!Jangan juga berasa segan! InsyaAllah... ada manfaatnya buat kita bersama. 


#giveaway  #raya2015  #EFG  #ExchangeFeedGroup  #GiveawayEFGMegaRaya2015



Adios......MAASSALAMAH...........

6 orang telah tinggal komen:

Review SayidahNapisah | Pemerah Santan Yang Berjaya

Friday, May 22, 2015 Rahim Aim21 36 Comments

Review SayidahNapisah | Gadis Santan

PRAKATA PENULIS :




Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat semua yang sudi membaca, menginjakkan kedua-dua mata untuk membaca hasil tulisan dari insan yang kerdil seperti Along ini. Terima kasih, terima kasih yang tidak terhingga, buat semua yang menyokong Along selama ini, sehingga Along berasa selesa, menggelar diri sendiri sebagai seorang blogger, teruatama sekali, buat keluarga besar EFG #BukanSembangKosong yang sudi menerima Along, memberi tunjuk ajar, ketawa bersama dan menangis bersama sepanjang kita duduk bawah satu bumbung yang sama(Bukan rumah), sepanjang kita hidup dalam sebuah keluarga besar yang harmoni serta bahagia ini. Terima kasih semua :).

Perenggan pertama di atas, sekadar prakata, ucapan pembuka daripada PENULIS YANG PALING COMEL (versi lelaki) iaiti Along sendiri. Nak muntah, silakan. Cumanya, jangan menyesal di kemudian hari. Kenapa? Sebab kata-kata Along adalah benar, tiada yang BENAR melainkan KEBENRAN yang nyata... Hehehe ( Keluarga #EFG mohon membenarkannya..)

36 orang telah tinggal komen:

Mari Berdoa Sebelum Dan Selepas Tidur

Wednesday, May 20, 2015 Rahim Aim21 8 Comments

DOA SEBELUM TIDUR | DOA BANGUN TIDUR


Assalamualaikum, selamat malam dan selamat pengantin baru buat mereka yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Selamat malam juga, buat para ibu yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan segala macam kerja harian di rumah seperti melipat kain, menggosok baju, menyidai baju juga membasuh baju. Tidak lupa juga, ucapan selamat malam diberikan buat semua yang sudi menyinggahkan diri ke blog Along yang serba kekurangan ini. Khususnya, buat Family #EFG yang sering Along kagumi.

DOA SEBELUM TIDUR DAN DOA SELEPAS TIDUR


Doa selepas tidur


Kadang-kadang, kita sering terlupa dan alpa. Mengangkat serta menadahkan tangan, ke hadrat ilahi, sebelum dan selepas kita bangun dari tidur. Perkara yang tersangat mudah, namun berat untuk di lakukan. Apa salahnya kan, mulai hari ini, detik ini, malam ini sehinggalah selamanya. Kita mengamalkan kedua-dua doa di atas mengikut waktunya. Along tidak menafikan, bahawa Along sendiri kadang-kadang terlupa, terlupa untuk mengingati Allah melalui doa.

Mungkin, berdoa sebelum tidur itu mudah, namun percayalah, berdoa selepas bangun daripada tidur itu sesuatu yang payah untuk kita amalkan. Dengan mata serta minda yang separa sedar. Dengan perasaan diri yang masih bermalas-malasan di hamparan tempat tidur, pasti sahaja, kebanyakan dari kita akan bangun dari tidur, menuju ke bilik air tanpa membaca doa selepas bangun daripada tidur. Tidak percaya? Tanya diri anda sendiri.


Adios rakan-rakan semua..... MAASSALAMAH...........

8 orang telah tinggal komen:

REVIEW AKU PENGHIBUR | RAHSIA DI SEBALIK NAMA

Tuesday, May 19, 2015 Rahim Aim21 24 Comments

REVIEW AKU PENGHIBUR | RAHSIA DI SEBALIK NAMA


Boikot Cetak Rompak

[Gambar di atas sekadar HIASAN]


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para penghibur yang berada di luar sana, tidak kira lah sama ada anda menghiburkan rakan-rakan anda dengan "LAWAK BODOH" yang anda-anda lakukan dengan cara memalukan diri sendiri mahupun "LAWAK BIJAK DAN PANDAI" yang memberi manfaat kepada rakan-rakan anda. Walau apa pun cara anda hiburkan rakan-rakan anda, ianya tetap bersebabkan tujuan yang sama. Ingin menggembirakan serta menceriakan rakan-rakan anda-anda semua terutama sekali mereka yang sedang berduka lara. :)

Hari ini Along kembali. Kembali untuk apa? Bukan ke semalam Along sudah tulis entry? Malahan, bukan ke setiap hari, ada sahaja entry baharu daripada Along? Segala persoalan tu, Along yang timbulkan sendiri. Along tahu tu. Dan Along sedar, siapalah Along untuk dipersoalkan sebegitu (Ayat acah-acah touching sekejap) Saja menulis macam tu, ianya sebagai penambah rencah dan rasa untuk penulisan Along pada kali ini.

24 orang telah tinggal komen:

KATA-KATA SEMANGAT

Tuesday, May 19, 2015 Rahim Aim21 8 Comments

KATA-KATA SEMANGAT | UJIAN MEMATANGKAN KITA



Ujian mendewasakan kita

[Gambar Ihsan Pakcik Google]


Assalamualaikum dan salan sejahtera, selamat tengah hari dan selamat beristirehat buat sementara waktu dari kerja dunia yang kita jalankan saban hari. Memang, kadang-kadang, kita rasa STRESS, rasa TERTEKAN, rasa ingin lari jauh-jauh dari REALITI, rasa ingin panjat bangunan TINGGI lalu terjun di atas trampolin yang sudah tersedia  di bawah ( Bagi pemilik otak yang waras, insan tersebut tidak akan membunuh diri). Ada juga di antara kita, yang mungkin rasa ingin hanya berkurung dalam bilik untuk beberapa hari atau mungkin mandi tanpa henti, atau mungkin makan dan minum tanpa henti atau mungkin menulis BLOG tanpa henti sehinggalah diri rasa puas hati.

8 orang telah tinggal komen:

Pasti ada cara kedua

Sunday, May 17, 2015 Rahim Aim21 10 Comments

PENSEL DAN PEMADAM

Jangan putus asa | Bangkit terus asa


Pensel Dan Pemadam


Selamat petang buat semua. Jangan gusar andai kita gagal utuk membuatkan seseorang ataupun sesiapa sahaja, tersenyum dan merasa bahagia tikala berada di samping kita. Kerana, kegagalan itu bukanya tanda, kita masih tiada cara lain untuk membantu mereka tangani kedukaan serta kesedihan yang mereka tengah alami diwaktu itu, diketika itu.

10 orang telah tinggal komen:

Langit Tetap Biru

Sunday, May 17, 2015 Rahim Aim21 4 Comments

AIZAT AMDAN | LANGIT TETAP BIRU


Assalamualaikum... Apa jua perubahan yang kita lalui dalam hidup, kesedihan, kegembiraan, kehibaan, kebahagiaan, kesukaan mahupun kedukaan. Langitkan tetap biru, langitkan kekal biru. Langit yang tergantung tanpa talikan kekal kelihatan cantik berlatarkan panorama yang biru. Yang berubah adalah awan, bulan,matahari dan bintang. Kerana langit adalah langit, langit yang kekal terbentang luas di atas sana.





4 orang telah tinggal komen:

Doa Dipermudahkan Urusan

Sunday, May 17, 2015 Rahim Aim21 4 Comments

DOA DIPERMUDAHKAN URUSAN

Erti Terus Asa VS Erti Putus Asa

Assalamualaikum, hidup kita ni, takkan kita lalui tanpa wujudnya suatupun halangan serta cabaran yang menjadi tembok untuk menggapai kejayaan. Saat orang lain kenal erti putus asa, saat itulah kita perlu kenal erti terus asa supaya kita berbeza daripada mereka semua. Kerana sesungguhnya, Allah sentiasa bersama kita.




4 orang telah tinggal komen:

Pemerhati Manusia Yang Setia

Saturday, May 16, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

PEMERHATI MANUSIA YANG SETIA


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Anda-anda semua sudah bersarapan ke belum? Jika belum, along sarankan, pergilah makanan bila-bila masa sahaja dari sekarang. Tapi, bila dah waktu-waktu begini, kebiasaannya, along lebih suka memilih untuk makan tengah hari terus. Korang pula bagaimana?




GAMBAR SEKADAR HIASAN



Berbalik kepada tajuk, Apakah yang boleh kita definisikan sebagai pemerhati? Apakah memang wujud, pemerhati manusia yang setia? Baik dari segi amal mahupun perbuatan. Baik dari segi luahan rasa atau apa yang dipendam di dalam hati. Apakah semua itu diperhatikan oleh suatu entiti yang sama?

Realitinya, pemerhati manusia yang setia, bukanlah datangnya daripada manusia itu sendiri. Kerana, manusia serng lupa dan alpa, Lupa untuk memerhatikan tingkah laku dan perbuatan diri sendiri. Tidak percaya? Manusia seperti along, and dan mereka, sering khilaf serta menzalimi diri sendiri, sama ada kita sedar, ataupun diluar kesedaran kita. Jika benar, kita sendiri setia memerhati diri kita, pastinya, kita tidak akan melakukan sesuatu yang memudaratkan diri kita sendiri.

2 orang telah tinggal komen:

Review Nota Purba | Fendi Rocka Si Lelaki Misteri

Thursday, May 14, 2015 Rahim Aim21 50 Comments

BLOG NOTA PURBA | Fendi Rocka

nota purba

Kisah EFG


Sireh dari pulau mutiara,
Sireh junjung warisan bangsa,
Lafaz BISMILLAH pembuka bicara,
Ucapan SALAM pemanis kata.

EFG LOGO

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang sudi berkunjung serta mencemar duli korang semua dengan melawat kawasan kampung AKA blog along yang serba kekurangan ini. Blog yang masih banyak along perbaiki dengan bantuan anda-anda semua yang berada di luar sana. Hari ni, bukanlah nak bercerita tentang diri sendiri ke, apa ke. Bukan juga nak membebel tentang kehidupan yang sering dilanda masalah. Malahan tidak juga ingin membebankan kepala korang semua dengan ilmu-ilmu berkaitan dengan BLOGGING dan SOFTWARE.

50 orang telah tinggal komen:

MEMORI : HARI IBU

Sunday, May 10, 2015 Rahim Aim21 16 Comments

SELAMAT HARI IBU 2015

Assalamualaikum dan selama datang buat para pembaca baru dan juga selamat kembali buat para pembaca lama. Bagi mereka yang belum mandi, jangan lupa mandi secara berpakej (gosok gigi, syambu rombut and so on). Bagi yang belum makan, jangan lupa beli makanan tu secara berpakej ( beli 2 set, satu untuk along.. hehe...)...

Hukum Menyambut Hari Ibu

Setiap tahun, pasti ada HARI IBU dan HARI BAPA, (Tidak Lupa Juga Buat Hari Kanak-kanak Sedunia untuk golongan kanak-kanak seperti along).. Sebelum along memulakan penulisan secara lebih lanjut, korang ni tahu ke hukum menyambut HARI IBU ni? Semestinya ramai diantara kita yang sudah tahu... Kerana telah kecoh di media-media sosial, telah kecoh di dada-dada akhbar,telah kecoh di kebanyakan blog-blog islamik berkaitan dengan hukum menyambut hari ibu ni.

Haram Sambut Hari Ibu

16 orang telah tinggal komen:

TUTORIAL : Beli Domain dari NetKL dan pemasangannya di BLOGSPOT

Thursday, May 07, 2015 Rahim Aim21 38 Comments

Cara Beli Domain Dari NetKL Dan Cara Pemasangannya Di BlogSpot.

1 - Beli Domain Dari NetKL


Assalamualaikum dan selamat kembali buat semua yang tidak jemu, berkunjung tak putus-putus ke blog along yang tersangat indah ini. Hari ni, ada sedikit tutorial yang sangat menarik buat anda-anda semua yang sedang mencari atau masih mencari, cara menukar Domain blog yang mudah, pantas dan efisien di abad ini. Jika korang bertanya along, kenapa along up entry ini, ianya adalah bertujuan untuk saling bantu membantu sesama blogger yang masih buntu, masih tercari-cari dan tertanya-tanya, Dimanakah boleh membeli Domain secara atas talian? Bagaimanakah prosesnya? Berapakah kosnya? Dan sebagainya. Sabar, Along akan cuba terangkan satu persatu.

38 orang telah tinggal komen:

Vlog : Komplen sajo

Wednesday, May 06, 2015 Rahim Aim21 6 Comments

Kritik Dan Komplen




Disebabkan jiwa raga terasa malas untuk menaip, biar video sahaja menjadi pencerita buat semua. Selamat menonton.

Adios dan selamat malam... Maassalamah...

6 orang telah tinggal komen:

Dari Nilai ke Putra - PBAKL 2015 yosh!!! - Part 2

Tuesday, May 05, 2015 Rahim Aim21 14 Comments

Assalamualaikum dan selamat malam buat para pengunjung PBAKL 2015 semua, tidak kira tua mahupun muda. Tidak kira bangsa mahupun warna kulit. Tidak kira orang Malaysia mahupun orang luar negara. Tidak kira juga yang pergi sekali mahupun berkali-kali. Begitu juga, tidak kira juga buat mereka yang tidak berkesemptan untuk pergi. Selamat malam dan semoga bergembira di samping keluarga tercinta.

Seperti yang along janjikan, along telah hadir buat kali yang kedua ke PBAKL 2015, pada hari yang terakhir iaitu hari ini, 3 MEI 2015. Atas pelbagai tujuan. Ingin berjumpa dengan beberapa orang yang along kira along perlu jumpa. Apa nak jadi,jadilah. Yang penting along perlu bersua-muka serta bertegur sapa dengan mereka. Dan Alhamdulillah, along dapat lebih daripada apa yang along nak.

Along sebenanrnya, memang ada niat untuk berjumpa penulis blog lain seperti BONDE RIANG dan juga Shairazi Azlin. Tapi, apakan daya, hanya Shairazi Azlin aka Razi aka Raji aka Razzwey sahaja yang along berkesempatan untuk jumpa. Along tidak berkesempatan untuk berjumpa serta bersua muka dengan bonde riang. Maaf ya bonde?

Tapi, Alhamdulillah, dalam kesamaran berjalan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 tanpa hala tuju, Allah telah pertemukan along dengan salah seorang pelukis Komik M iaitu saudara Bophairy Baharom.  Along tahu, mungkin ada yang kenal juga tidak kenal dengan mereka-mereka yang along sebut dari tadi. Tidak mengapa, Selepas ini, gambar akan menceritakan segalanya.

14 orang telah tinggal komen:

SEGMEN JOM CATWALK BERSAMA PAPAGLAMZ

Saturday, May 02, 2015 Rahim Aim21 40 Comments


Assalamualaikum buat semua para bloggers di luar sana dan juga sini.. Jom pakat sertai SEGMEN daripada blog PAPAGLAMZ.... Tujuannya ?

40 orang telah tinggal komen:

Dari Nilai ke Putra - PBAKL 2015 yosh!!! - Part 1

Saturday, May 02, 2015 Rahim Aim21 10 Comments

Assalamualaikum dan selamat kembali buat semua para pembaca yang masih menhirup udara yang sama, berpijak di atas tanah yang sama serta diberi nikmat yang sama iaitu nikmat untuk terus hidup. Hari ni, Along baru berpeluang menulis entry terbaru. Disebabkan kepenatan semalam masih jelas terasa sehingga sekarang. Disebabkan kepeningan kepala akibat tidur yang panjang. Baru sekaranglah along dapat menulis PART 1 bagi perjalanan along ke PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR bagi tahun 2015. Kenapa part 1? KErana InsyaAllah, part 2 bakal menyusul pada hari esok. Membawa maksud, along bakal pergi ke PBAKL buat kali yang kedua esok.



Untuk PART 1 ni, dibawah ni ada beberapa keping gambar yang sempat along snap untuk tatapan semua. Semoga ianya dapat membuat hati-hati yang belum hadir ke PBAKL 2015 berkobar-kobar untuk pergi memandangkan esok adalah hari terakhir Pesta Buku tersebut berlangsung.



10 orang telah tinggal komen: