#CABARAN20HARI Resepi Sahur Paling Ringkas

Monday, June 29, 2015 Rahim Aim21 15 Comments

#CABARAN20HARI Resepi Sahur Paling Ringkas


Sahur... Herm...


Bismillah...
Al-kisah...


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Assalamualaikum selamat petang. Waktu-waktu begini sepatunya along berbicara berkaitan dengan menu berbuka, memandangkan WAKTU SAHUR telah meninggalkan kita beberapa jam yang lalu. Entry yang sebelum ni, Along ada menulis berkaitan dengan PENGALAMAN SAHUR ALONG yang sangat berhubung kait dengan entry pada hari ini iaitu RESEPI SAHUR PALING RINGKAS. Ada ke? Ada sahaja sebenarnya. Sebelum tu, mari kita definisikan perkataan RESEPI terlebih dahulu. Mengikut kamus DBP, perkataan RESEPI membawa maksud yang sama dengan perkataan RESIPI. 

Cumanya, Along sendiri kurang arif dan pasti. Mengapa kedua-duanya mempunyai ejaan yang berbeza. Definisi RESEPI / RESIPI mengikut KAMUS PELAJAR... ialah "KETERANGAN MENGENAI RAMUAN DAN CARA MEMASAK SESUATU". Tapikan, untuk waktu bersahur, Along jarang memasak. Apatah lagi Keluarga Along sendiri. Kerana Kami lebih PREFER menghangatkan semula makanan semalam untuk di jadikan makanan di waktu sahur. Jadi, macam mana Along nak kongsikan RESEPI/RESIPI ringkas untuk para pembaca semua?

Herm... Resepi/resipi? Ringkas? Sahur? Along pun terfikir suatu jenis makanan. Turun temurun dari beratus-ratus tahun yang lalu. Makanan yang cukup mudah untuk disiapkan dan di masak ketika sahur. Hanya memerlukan 3 jenis bahan sahaja. Eh, salah! 4 Jenis bahan sebenarnya.

RESEPI/RESEPI Turun Temurun : ROTI TELUR KARI ADABI


1) Roti (Terpulang berapa keping)
2) Telur (Bergantung pada bilangan roti)
3) Serbuk Kari Adabi (Bergantung pada berapa biji telur)
4) Garam (Secukup rasa)

Cara-cara nak buat :

1)  Keluarkan roti daripada plastik ( Terpulang nak berapa keping)
2)  Pecahkan telur ke dalam mangkuk (bergantung pada bilangan roti)
3)  Masukkan serbuk kari Adabi & Garam mengikut sukatan yang bersesuaian ke dalam mangkuk yang berisi telur
4)  Gaulkan ketiga-tiga bahan sehingga sebati
5)  Panaskan Kuali,
6)  Bila kuali dah panas, letak minyak secukupnya sahaja.
7)  Roti di celup ke bahan bancuhan telur (pastikan bahagian belakang dan hadapan di liputi telur)
8)  Goreng roti
9)  Ulangi sampai selesai menggoreng roti yang telah di celup ke dalam bancuhan telur
10) Sedia untuk di makan (Pastikan di makan sebelum tamat waktu sahur)


Herm... Itu sahaja Resepi Ringkas dari CHEF ALONG aka RAHIM AIM aka BUDAK PRIHATIN aka PEMILIK TANAH INI. Mudah bukan? Ringkas bukan? Nak resepi lain? Boleh tunggu, tak lama lagi Along bakal mengeluarkan buku resepi masakan SAHUR yang ringkas dan mudah di bawah syarikat buku EXCHANGEFEEDGROUD. (Tolong jangan percaya, pembohongan yang terang lagi nyata).

Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...........

15 orang telah tinggal komen:

#CABARAN20HARI PENGALAMAN SAHUR ALONG YANG MENARIK

Sunday, June 28, 2015 Rahim Aim21 6 Comments

#CABARAN20HARI PENGALAMAN SAHUR ALONG YANG MENARIK


Di Akhir waktu...


Bismillah...
Al-kisah...

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Assalamualaikum buat para pembaca blog PICISAN yang semakin FAMOUS AMOUS ini. Along harap, korang semua kekal setia membaca blog Along, kekal setia melawati blog Along dan kekal setia meninggalkan jejak langkah korang di blog Along ini.

Along ni, bila berbicara bab sahur. Sebenarnya, jarang-jarang sekali bangun sahur. Eh? Jangan salah faham. Maksud Along adalah, Along jarang-jarang sekali bangun bersahur bersama keluarga / kawan-kawan. Aatu erti kata lain, Along lebih "PREFER"  bangun dari tempat pembaringan, minum air masak / makan roti / makan kuih yang tak habis semalam / trus tak bangun langsung. Kebiasaannya, makanan=makanan dan air tu Along sudah sediakan dalam bilik Along atau berdekatan dengan Along. Sebab tu, Along jarang-jarang sekali bangun sahur untuk menyerertai orang lain bersahur. (Jangan pening kepala sudah la ya?)

Bila menulis tentang pengalaman sahur, sudah semestinya Along tidak banyak pengalaman sahur yang menarik. Herm... Namun, segalanya telah ditakdirkan Allah. Along telah melalui pengalaman sahur yang sangat unik baru-baru ini.

"Baru-baru ni, Along telah bersahur sebanyak 2 kali. Siapa sangka, rezeki itu datang tanpa kita pinta pun. Sahur yang pertama, sekitar jam 4.10 minit pagi. Along sahur seorang diri seperti kebiasaan. Kuih yang tidak habis semalam, Along makan dengan khusyuk. Air masak pula ibarat air strawberry yang sangat lazat. Kemudian, Along sambung tidur. Sekitar jam 5.15 pagi, kawan serumah Along kejut Along untuk sahur bersamanya. Memandangkan, makanan yang di bawa baliknya semalam, agak banyak sehingga boleh di makan 2 ke 3 orang. Entah mengapa, Along boleh bangun, lantas mengikutinya ke ruang tamu. Waktu itu, 10 minit lagi sebelum tamatnya waktu sahur, Along makan dengannya secara berjemaah iaitu nasi putih, ayam yang di masak ala-ala ayam nasi arab berserta sos cili. Setelah habis memakan kesemuanya, Along dapati, masih ada ayam yang berbaki di dalam PLASTIK di dapur, lalu Along pun mengeluarkannya, meletakkannya di dalam pinggan. Kemudian, sos cili pula di tuang sekitar ayam tersebut sebagai penambah perasa. Di saat Along memakan ayam tersebut dengan penuh kenikmatan dan kelazatan, secara tiba-tiba, Along terdengar suara laungan azan dari kejauhan. Sayup-sayup sahaja bunyinya. Namun, untuk beberapa ketika, suara azan tersebut hilang dan tenggelam. Pada awalnya, Along merasakan, ianya hanyalah MAINAN PERASAAN Along sahaja, maka, Along pun meneruskan makan. Beberapa saat kemudian, Along terdengar lagi laungan azan tersebut. Kali ini, barulah Along benar-benar yakin, waktu subuh telah pun masuk. Along dengan pantas dan segera, mengeluarkan segala macam makanan yang berbaki dan bersisa di dalam mulut. Berkumur-kumur sebersih yang boleh. Cuma, apa yang Along rasa terkilan, Along tidak dapat minum air. Bayangkanlah, mulut yang dipenuhi makanan, sampai masa, terpaksa dikeluarkan makanan tersebut. Tanpa anda berkesempatan untuk minum air. Pasti anda semua akan merasa ketidak selesaan tahap melampau dalam mulut anda semua. Untuk menangani isu ini, Along dengan pantas, ke bilik air, memberus gigi sebersih yang mampu.

The End..."


Itulah dia, pengalam sahur Along yang MENARIK dan agak KLISE dengan pengalaman sahur orang lain. Mungkin, cerita hampir sama, namun situasinya sedikit berbeza. Sebagai contoh, kawan serumah Along, nama dia AMIR AKMAL, cerita pengalaman sahur dia tidak kurang hebatnya. BAru juga terjadi beberapa hari yang lalu. Katanya, Selesai sahaja dia mengacau air milo sebanyak 3 kali, belum sempat minum, Azan telah pun berkumandang. Tak ada rezeki, nak buat macam mana kan?



Itu sahaja..
Salam Ukhuwah..
Adios...
MAASSALAMAH.............

6 orang telah tinggal komen:

#CABARAN20HARI ERTI PUASA PADA ALONG

Saturday, June 27, 2015 Rahim Aim21 12 Comments

ERTI PUASA PADA DIRI INI


RAMADHAN YANG MULIA | PENINGKATAN AMALAN BERMULA



Bismillah...
Al-kisah...

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6


Assalamualaikum dan selamt tengah hari. Semoga semua PEMBACA ceria-ceria belaka disamping keluarga tercinta. Alhamdulillah, Along bersyukur kepada Allah, selesai sudah peperangan Along di medan juang yang bergelar PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER bagi semester 4, Maka, genaplah dua tahun Along bergelar pelajar UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA bagi IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI DENGAN KEPUJIAN bagi sesi 2014/2015. Hanya berbaki DUA TAHUN sahaja lagi untuk Along menamatkan segala pelajaran di bumi ilmu yang bernama USIM ini. Menunjukkan, perjalanan Along telah pun melewati SEPARUH daripada perjalanan yang sepatutnya.

12 orang telah tinggal komen:

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Friday, June 26, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Up 20 entry mengikut tajuk yang telah di tetapkan


Bismillah...
Alkisah...


Assalamualaikum dan selamat petang. Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?

#Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword   #Cabaran20Hari di dalam setiap entri.

Cabaran akan bermula pada hari esok, 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. 

Wahh!! Dah mula? 

Ya! 

Jom sahut cabaran ini!

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6

2 orang telah tinggal komen:

Motvivasi Pagi : 25 Jun 2015

Thursday, June 25, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

MOTIVASI PAGI

26 Jun 2015


Bismillah...




Assalamualaikum.....



Biarkan orang lain 
meremehkanmu,
tapi,
Jangan biarkan dirimu
meremehkan diri sendiri.


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH.............

2 orang telah tinggal komen:

Apa ertinya cinta pada anda?

Thursday, June 25, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

APA ERTINYA CINTA PADA ANDA?


Video : Apa ertinya cinta?


Bismillah...
Al-Kisah...




Assalamualaikum, emtry kali ni... Along kongsikan suatu video yang Along pernah buat dan UPLOAD di CHANNEL YOUTUBE Along. Klik sini untuk ke CHANNEL YOUTUBE Along tu.. :).

Setiap orang ada pandangan tertentu berkaitan dengan ERTI cinta ni. INI pengertian cinta VERSI Along sendiri. Harap buka minda, buka hati. Terimanya dengan minda dan hati yang terbuka :)


Salam Ukhuwah..
Adios...
MAASSALAMAH.........

2 orang telah tinggal komen:

Tentera Allah, Musuh Bagi Kejahatan

Thursday, June 25, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

TENTERA ALLAH, MUSUH BAGI KEJAHATAN

Repost : dari artikel lama


Bismillah...
Al-kisah...
Wordless...




Assalamualaikum, Along kongsikan semula gambar di atas. Gambar yang Along rasa, Along pernah kongsikan suatu ketika dahulu, atpi lupalah pula bila... Gambar di atas adalah KARYA Along sendiri suatu ketika dahulu. Ingin KRITIK, ingin KOMEN. Tinggal sahaja dalam kotak KOMEN di bawah sana tu. :)


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH.......

2 orang telah tinggal komen:

Wordless Thursday : MOREH (LAGU PUASA) by MONOLOQUE

Thursday, June 25, 2015 Rahim Aim21 0 Comments

MOREH (LAGU PUASA) by MONOLOQUE


Moreh sesuadah Terawih


Bismillah...
Alkisah...




Assalamualaikum buat semuanya! Diam tidak diam, sudah 8 hari kita semua berpuasa secara BERJEMAAH (hehehe...). :)

Along ingin kongsikan satu rahsia. Rahsia yang Along pendam agak lama. Sebelum tu, korang tahu tak apa itu MOREH? Bilakah masanya waktu untuk kita ber-MOREH? Bagi yang tahu, ALHAMDULILLAH, bagi yang tak tahu pula, macam pelik sahaja? Macam mana boleh tak tahu ni? Hehehe, Along tahu perkataan MOREH ni setelah masuk SEKOLAH MENENGAH suatu ketika dahulu. DAH DEKAT SEKOLAH MENENGAH BARU TAHU, WAKTU DEKAT SEKOLAH RENDAH KENAPA BOLEH TIDAK TAHU NI??? Herm...

Akhirnya, bila dah besar begini, Along buat suatu KONKLUSI. Yang pertama, sebab, masa kecik-kecik dulu, SELALU SANGAT TIDAK BERTERAWIH DI MASJID sehingga tamat witir. Yang kedua, TERAWIH PUN BELUM TENTU BUAT WALAUPUN DI RUMAH. Yang ketiga, LEPAS MAGHRIB TERUS TIDUR AKIBAT KEKENYANGAN. Isya` pun kadang-kadang ke laut, kadang-kadang ke pantai..

*notes : Semuanya berlaku masa Along KECIK, Zaman SEKOLAH RENDAH dulu ok?


Ni rahsia, kita-kita sahaja ok? Ala, biasalah. Zaman kanak-kanak kan. Pasti ada macam-macam ragam dan peristiwa. :).. 


SALAM UKHUWAH.
Adios...
MAASSALAMAH................

0 orang telah tinggal komen:

Madeena Skincare by Helenz Signature Menyempurnakan Kejelitaanmu

Wednesday, June 24, 2015 Rahim Aim21 5 Comments

MADEENA SKINCARE BY HELENZ SIGNATURE |  MENYEMPURNAKAN KEJELITAANMU

MADEENA SKINCARE PRODUCT REVIEW | TESTIMONI


Bismillah...


Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? Malu dengan masalah jerawat anda? 
Anda mempunyai kulit muka kusam?

Jika anda ada masalah itu jangan pergi dari sini


Jawapan ada di sini!!


Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri.

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature

5 orang telah tinggal komen:

Kisah Asiah, Cerita Firaun - Bahagian 2

Monday, June 22, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

KISAH ASIAH, CERITA FIRAUN - BAHAGIAN 2


Bismillah....
Alkisah....




Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh buat semua pembaca-pembaca setia mahupun pembaca-pembaca baru blog Rahim Aim. Hari ini, along ingin berkongsi cerita berkaitan Firaun kepada anda semua.Siapa FIRAUN? Takkan anda semua masih belum kenal insan bergelar Firaun? Dia lah manusia yang menggelar dirinya tuhan pada zaman Nabi Musa Alaihissalam.

2 orang telah tinggal komen:

Kisah Asiah Cerita Firaun - bahagian 1

Monday, June 22, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

KISAH ASIAH, CERITA FIRAUN - BAHAGIAN 1


Bismillah....
Alkisah...





Assalamualaikum,salam ukhuwah buat pembaca-pembaca sekalian. Entry ni, Along pernah tulis, suatu ketika dahulu. Zaman di mana, Along cuba untuk membangunkan suatu blog RASMI yang dinamakan TINTA ILMIAH. Namun, dek kerana, sikap HANGAT-HANGAT TAHI AYAM yang Along lalui suatu ketika dahulu, Blog tersebut langsung tidak dikemaskini dan terbengkalai begitu sahaja. Makanaya, Along akan ambil semua bahan-bahan di blog tersebut, dan berkongsi di blog RASMI Along yang sekarang ini. :)

2 orang telah tinggal komen:

Kisah Air Dan Batu

Monday, June 22, 2015 Rahim Aim21 1 Comments

AIR DAN BATU


Usaha tanpa putus asa, Sabar dengan terus asa.


Bismillah...



Assalamualaikum buat para pemabca blog Rahim Aim sekalian...Along ingin berkongsi suatu kisah pada zaman dahulu kala.Along tidak berapa pasti,siapakah yang melaluinya.Cukuplah Along katakan,seseorang telah berubah hanya kerana air dan batu.

1 orang telah tinggal komen:

Juadah Berbuka Puasa Dari BAZAR RAMADHAN

Thursday, June 18, 2015 Rahim Aim21 4 Comments

JUADAH BERBUKA PUASA RAMADHAN 2015 | BAZAR RAMADHAN


Bazar Ramadhan berhampiran denga MASJID PUTRA NILAI


Bismillah....
Al-kisah...





Assalamualaikum dan selamat petang. Sementara menunggu detik-detik berbuka puasa yang hanya tinggal beberapa minit sahaja daripada sekarang, Along SENGAJA ingin KONGSIKAN juadah berbuka yang Along beli sewaktu berTANDANG ke Bazar Ramadhan sekitar Masjid Putra Nilai tadi. Dek barangan yang semakin naik harga, Makanan di BAZAR RAMADHAN terutama sekali KUIH-MUIH sentiasa naih harga saban tahun. Namun, apakan daya, minat terhadap BEBERAPA JENIS KUIH-MUIH yang di jual di bazar RAMADHAN saban tahun sentiada ada. Along, kalau boleh, setipa kali berbuka akan memerlukan juadah berbuka dalam bentuk KUIH-MUIH untuk di makan. Herm...

4 orang telah tinggal komen:

Ayah, solat terawih ni sampai bila?

Thursday, June 18, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

ABAH, SOLAT TERAWIH SAMPAI BILA?


Didiklah anak-anak anda daripada kecil


Bismillah.....





Assalamualaikum dan salam 1 RAMADHAN AL-MUBARRAK. Along iningin kongsikan, salah satu perkara yang berlaku semalam. Sewaktu Along berada di surau untuk solat secara berjemaah bagi menunaikan solat fardu isya` dan solat sunat terawih bagi malam yang PERTAMA bagi sesi RAMADHAN pada tahun ini, Kebetulan, tanpa Along pinta, telinga Along telah MEMICING sedikit perbualan di antara seorang anak kecil bersama bapanya, persoalan berkaitan dengan solat sunat TERAWIH ini,

2 orang telah tinggal komen:

TONTON DORAEMON SECARA ONLINE

Wednesday, June 17, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

TONTON DORAEMON SECARA ONLINE


Doraemon dan kawan-kawan
Gambar Ihsan : INCIK GOOGLE

TONTON DORAEMON DI YOUTUBE


Bismillah....


koleksi cerita doraemon di youtube



Assalamualaikum, dan selamat petang. Ada tidak peminat tegar DORAEMON di sini? Tanpa segan silu, Along nak mengaku, Along salah seorang peminat TEGAR kartun bersiri yang bertajuk DORAEMON ini. Sejak akhir-akhir ni, Along hari-hari melayan kartun ini di YOUTUBE. Terima Kasih buat "FaizuliOn Bikbut", salah satu channel di YOUTUBE, yang menyajikan koleksi kartun bersiri DORAEMON ini. Jangan risau, kerana semua versi DORAEMON dalam channel ini adalah versi BAHASA MELAYU. Maka, tidak perlulah anda semua TRANSLATE menggunakan KAMUS atau GOOGLE TRANSLATE akan ayat-ayat yang di ungkapkan.

2 orang telah tinggal komen:

The Venopian Solitude - MAHAR

Tuesday, June 16, 2015 Rahim Aim21 4 Comments

LIRIK LAGU THE VENOPIAN SOLITUDE - MAHAR


Makna yang terkandung dalam lirik TVS-MAHAR


Bismillah....



Assalamualaikum dan selamat malam, Malam ni, Along kongsikan satu lagu, yang cukup unik dan mempunyai maksud yang sungguh mendalam. Dari segi pendengaran kasar kita, kita pasti akan pelik dan tertanya-tanya, maksud yang cuba di sampaikan oleh penyanyi lagu ini iaitu TAKAHARA SUIKO. Along sendiri, pada mulanya, sedikit keliru, dengan apa yang cuba di sampaikan oleh penyanyi lagu ini. Namun, setelah Along teliti dan baca, NOTA yang terdapat dalam video lagu ini, sedikit demi sedikit., Along mula memahami, apa yang cuba di sampaikan olehnya.

4 orang telah tinggal komen:

Insan Bernama Kekasih : UNIC

Sunday, June 14, 2015 Rahim Aim21 6 Comments

INSAN BERNAMA KEKASIH by UNIC


Cinta...


Bismillah....





Assalamualaikum dan salam tengah hari. Secara tiba-tiba, tiada angin tiada hujan. Tiada ANGAU, tiada MIANG-MIANG buluh. Along teringat dekat lagu ni. Semua pasti pernah dengar kan? Pasti pernah menghayati lagu ni kan? Hehe... Entahlah, MOOD ROMANTIK ni datang secara tiba-tiba.. Ahha.... Tanpa buang masa, Tanpa membebel panjang, ENJOY lagu dari UNIC ni, yang bertajuk, INSAN BERNAMA KEKASIH... :)


ADIOS...........
MAASSALAMAH............

6 orang telah tinggal komen:

Takdir perkenalan dan pertemuan

Saturday, June 13, 2015 Rahim Aim21 7 Comments

TAKDIR : Pertemuan dan Perkenalan


Setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmahnya...


Bismillah...


Setiap perkenalan ada sebab yang telah di atur oleh Allah
Gambar Ihsan : INCIK GOOGLE



Assalamualaikum dan selamat malam, Maafkan Along kerana ini merupakan Entry pertama dari Along pada hari ini. Dah lewat malam begini, baru nak UP entry, Hehehe.. Maaf ya? Mesti korang menantikan entry terbaru daripada Along kan? Ke tidak? KE Along je yang perasan begitu? Herm...

Sedikit perkongsian, untuk diri sendiri dan rakan taulan semua. Ingatlah, bahawa setiap yang hidup pasti akan MATI. Bahawasanya MATI itu pasti. Kita tidak akan mampu lari dari keMATIan. Dan setiap takdir keMATIan itu, ada yang sama dan ada yang berbeza. Segalanya telah ditentukan oleh Allah yang maha esa.

7 orang telah tinggal komen:

Ramadhan kembali lagi, Sudah bersediakah kita?

Friday, June 12, 2015 Rahim Aim21 11 Comments

RAMADHAN KEMBALI LAGI | SUDAH BERSEDIAKAH KITA?


Ihya` Ramadhan, bermula dari sekarang...


Bismillah...





Assalamualaikum dan salam SYA`BAN, bulan yang terpatri dalam susunan bulan-bulan islam iaitu sebulan sebelum menjelangnya RAMADHAN. Dalam tempoh lebih kurang 7 hari sahaja dari sekarang, bulan bakal berganti bulan. RAMDHAN bakal menggantikan SYA`BAN menunjukkan, bakal masuknya suatu bulan yang di wajibkan ke atas seluruh umat islam, BERPUASA. Atau erti dari segi pemahaman kasar kita, "MENAHAN LAPAR DAN DAHAGA, DARI TERBIT FAJAR SEHINGGA TERBENAK MATAHARI". Persoalannya, apakah itu sahaja erti puasa pada kita?

11 orang telah tinggal komen:

BOOKS : Be Nice To Me

Friday, June 12, 2015 Rahim Aim21 6 Comments

STUDY WEEK : SEMINGGU SEBELUM FINAL EXAM


BOOKS, Be Nice To Me...


Bismillah....


Books, be nice to me
Buku Semester 4 Sesi 2014/2015


Assalamualaikum dan selamat tengah hari buat para peniaga dan penjaja cerita, hasil karya coretan di papan kekunci laptop mahupun komputer anda-anda semua, yang sedang asyik serta sibuk menukil entry baru buat para pengunjung setia serta READERS yang sama ada anda kenal mahupun tidak semenjak dari awal anda bergelar ALUL BLOGGER sehinggalah sekarang, dan mungkin selamanya, selagi mana hayat dikandung badan, selagi mana akal fikiran bertindak secara waras dan selagi mana sumber INTERNET masih ada di muka bumi ini. Selamat kembali juga buat SEMUA ORANG yang sudi singgah dan baca BLOG Along yang BIASA-BIASA ini. Terima Kasih :)

Along sebenarnya agak terlambat untuk UP entry ni, memandangkan STUDY WEEK yang Along layan ibarat HOLIDAY WEEK ini, bakal tamat 4 hari dari sekarang. ARGH!!! Dah lah satu apa nota dan buku Along tak buka dan baca lagi, dah lah tiada suatu pun soalan SPOT yang Along Alert, hari nilah, baru pertama kali sejak bermulanya HOLIDAY STUDY WEEK. MINGGU DEPAN, hari ISNIN, bermulanya FINAL EXAM Along. GRRR!!! FIGHTING! HWAITING! STUDY-STUDY-STUDY! RAHIM! YOU CAN DO IT! I BELIEVE IN YOU! BELIEVE IN YOURSELF! GO RAHIM GO!

Harapnya, lepas tamat type entry ni, bila Along buka buku, bila Along baca slides, kedua-duanya akan BE NICE kepada Along. Mudah-mudahan, bila baca, MUDAH untuk Along FAHAM dan HADAM. Doakan Along ok kawan-kawan semua? Doa kalian amat penting ketika ini. Walhal Along tahu, Doa Along terhadap diri sendiri lebih penting. Herm...


BOOKS:
BE NICE TO ME

Adios...
MAASSALAMAH...........



Nota Tangan :

Entry ni di tulis semalam, pada waktu tengah hari, gambar pula di ambil pada pukul 12:45 minit malam waktu Malaysia. Entry ni lambat di UPLOAD berikutan penulis DELAY ambil gambar, koleksi buku untuk semester 4 sesi 2014/2015.. Harap Maklum..........

6 orang telah tinggal komen:

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

Wednesday, June 10, 2015 Rahim Aim21 55 Comments

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 BERNILAI RM3100


GIVEAWAY PERTAMA EFG | GIVEAWAY MEGA RAYA 2015


Bismillah...


giveaway efg mega raya 2015
EFG : GIVEAWAY MEGA RAYA 2015 RM3100


ASSALAMUALAIKUM dan selamat kembali ke BLOG yang serba HAVOC dengan bahan bacaan yang penuh ILMIAH hasil tulisan ALONG sendiri. Sekadar pemula bicara, dan prakata Along sendiri sebagai PENULIS, terima kasih yang amat tinggi dan tidak terhingga buat semua yang selama ini, ada untuk Along, MENYOKONG Along selama Along bergelar BLOGGER terutama SEKALI buat keluarga besar #EFG yang terlalu HAVOC dan HAPPENING!!!

55 orang telah tinggal komen:

GELANDANGAN | TERPAKSA ATAU SUKA-SUKA

Tuesday, June 09, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

HIDUP SECARA GELANDANGAN | TERPAKSA ATAU SUKA-SUKA


SELAGI KUDRAT ADA, APA SALAHNYA MENCUBA


Bismillah...


Assalamualaikum dan selamat tengah hari, selamat datang dan selamat kembali. Selamat beristirehat dan selamat melayari blog rahimaim.com yang serba indah dan cantik ini. Yang dihiasi dengan warna-warna kehidupan hasil coretan papan kekunci yanv ditekan ikhlas oleh sang pemilik blog yang COMEL versi lelaki.

2 orang telah tinggal komen:

CERITA SERAM : TAKUT JUMPA DOKTOR

Monday, June 08, 2015 Rahim Aim21 14 Comments

TAKUT KE HOSPITAL | TAKUT JUMPA DOKTOR


Tak suka ubat


Bismillah....


14 orang telah tinggal komen:

EXCHANGE FEED GROUP BLOGGING COMUNITY

Sunday, June 07, 2015 Rahim Aim21 0 Comments

EXCHANGE FEED GROUP


CERITA DI SEBALIK NAMA EFG



Bismillah....

Exchange Feed Group Blogger Awesome
Exchange Feed Group Blogger Awesome


EFG dah ada 46 ahli. Fuhh ramai. Panjang lah list FEED. Ini contoh list feed.

0 orang telah tinggal komen:

MAKAN UNTUK HIDUP atau HIDUP UNTUK MAKAN

Sunday, June 07, 2015 Rahim Aim21 5 Comments

MAKAN UNTUK HIDUP atau HIDUP UNTUK MAKAN


PERSOALAN MINDA | PERSEPSI DIRI


Bismillah…



Gambar Ihsan : slideshare.net


Assalamualaikum dan selamat kembali. Selamat beristirehat dan selamat bercuti buat mereka yang bergelar mahasiswa bagi peringkat IJAZAH. Cuti-cuti juga, jangan salah guna cuti tu. Sebabnya, kan sekarang ni CUTI BELAJAR atau bahasa formalnya, cuti STUDY WEEK. Jadi, faham-faham sendiri la ya? Bila kata STUDY WEEK, bukannya ENJOY WEEK, bukan juga JIMBA-JIMBA WEEK. Hehehe....

5 orang telah tinggal komen:

Hidup Berlandaskan Syariat

Saturday, June 06, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

UBAH MINDA | PERSEPSI BERLANDASKAN ISLAM

Sekadar Nasihat Untuk Diri Dan Rakan-rakan


Bismillah...



Gambar Ihsan : mymfb.com

Assalamualaikum, ini adalah entry yang PERTAMA untuk hari ini. Sebenarnya, ada sedikit WRITER BLOCK harini. Harap di maafi. Entah kenapa dengan otak Along hari ni, rasa kosong dengan idea yang BERNAS seperti kebiasaannya. Jadinya, harap gambar di atas boleh jadi pengubat duka lara serta nanah di hati korang akibat daripada perit menunggu entry baharu daripada Along.. :)



ADIOS...... 
MAASSALAMAH...

2 orang telah tinggal komen:

Baju bercorak di belakang punca gangguan jiwa

Friday, June 05, 2015 Rahim Aim21 4 Comments

CORAK DI BELAKANG BAJU | GANGGUAN KETIKA SOLAT


Jangan biarkan hidup kita ini, terus diselubungi dosa ini


Bismillah...



Gambar Ihsan : INCIK GOOGLE



Assalamualaikum, salam jumaat dan salam tengah hari buat semua. Hari ni, terasa tearmat panas sekali, Berbutir-butir peluh jantan Along keluar sepanjang Khutbah Jumaat sehinggalah tamat Solat Jumaat. Di tambah pula, dengan Along berbaju melayu berwarna biru hitam yang gelap, menarik lagi minat sang mentari untuk memberi kehangatan tahap maksima ke atas tubuh Along yang COMEL versi lelaki ini.

4 orang telah tinggal komen:

Bila Hati Terusik

Friday, June 05, 2015 Rahim Aim21 4 Comments

BILA HATI TERUSIK | AKAL MULA MENARI


Jangan mudah menaruh rasa, Kelak hati akan hampa.


Bismillah...



Gambar Ihsan : INCIK GOOGLE


Assalamualaikum dan selamat kembali untuk membaca hasil tulisan dari blogger yang teramat picisan di dimensi BLOG yang serba indah, di hiasi dengan bunga ros putih dan merah, serta bunga kemboja yang cantik belaka. Tidak lupa juga buat bunga tayar dan bunga api, yang apabila semakin di guna pakai oleh manusia, semakin cepatlah proses hakisan mereka. Yang tu, secara tiba-tiba.. Hehehe.

4 orang telah tinggal komen:

SATU KEBURUKAN MENGATASI SEJUTA KEBAIKAN

Wednesday, June 03, 2015 Rahim Aim21 14 Comments

SATU KEBURUKAN MENGATASI SEJUTA KEBAIKAN


Kenapa keburukan lebih mudah di ingati berbanding kebaikan?

Bismillah...

Insaf

Gambar Ihsan : INCIK GOOGLE

Assalamualaikum dan selamat malam. Selamat sejahtera disamping keluarga tercinta. Bila dikatakan keluarga, bermaksud, KELUARGA, bukan tunang mahupun kekasih hati. Oraite? Kerana keduanya belum sah menjadi KELUARGA yang sebenar, jadi, berpada-padalah dalam menjalani kedua-dua hubungan tersebut. :)

14 orang telah tinggal komen:

Aku Mahu Jadi Penulis!

Tuesday, June 02, 2015 Rahim Aim21 10 Comments

AKU MAHU | JADI PENULIS | SEPENUH MASA


Vlog : Aku Mahu Jadi Penulis

Assalamualaikum, saat kemalasan mengusai diri, saat itulah VLOG Along dijadikan bahan untuk berblogging. Hehehe. Sebenarnya, Vlog / VIDEO LOG / VLOGGING ni memang sebahagian dari hidup Along, cumanya, Along berhenti buat video untuk sementara waktu atas sebab-sebab tertentu. Hari ni, malam ni. Along nak kongsikan salah satu VLOG yang Along pernah buat. Harap, semua pembaca dan penonton ENJOY...




ADIOS...............MAASSALAMAH......

10 orang telah tinggal komen:

JAMUAN AKHIR SEM 4 TAC 1

Monday, June 01, 2015 Rahim Aim21 10 Comments

Bismillah....

Assalamualalaikum, hari ni, setelah 4 sem berlalu.... Kami berkongsi suka duka dan cerita bersama, Along dan kawan-kawan mengadakan jamuan akhir semester untuk kelas kami TAC 1. Mulai semester depan, kami bakal betpecah... Kenapa berpecah? Mulai semester 5, kami akan memulakan azam serta semester baru mengikut arus piluhan masing-masing.

Kami terbahagi kepada 2, JOURNALIST dan BROADCAST student mulai semester depan dan FYI, Along akan jadi student JOURNALIST mulai semester 5 nanti... Doakan kami semua, kekal ukhwah bersama... Ukhwah sampai ke syurga:-) ..

Adios..... MASSALAMAH....

10 orang telah tinggal komen: