I Miss You

Friday, July 31, 2015 Rahim Aim21 8 Comments

I MISS YOU


Betapa hati ini merindui...


Bismillah...
Alkisah...






Assalamualaikum dam selamat malam. Kadang-kadang tidak perlu untuk kita terangkan secara panjang lebar akan perasaan rindu yang kita rasa terhadap seseorang yang istimewa terutama sekali mereka yang tergolong di kalangan keluarga kita sendiri. Cukuplah tiga kata, satu makna "I MISS YOU".

Adios....
MASSALAMAH....

8 orang telah tinggal komen:

TUTORIAL : Pasang Gadget Online User di blog

Friday, July 31, 2015 Rahim Aim21 13 Comments

TUTORIAL : PASANG GADGET ONLINE USER DI BLOG


Ketahui berapa orang yang sedang baca blog anda.


Bismillah......
Alkisah...


Assalamualaikum dan selamat petang. Pernah tak terfikir, berapa orang sedang membaca blog anda? Berapa ramai yang baca secara SILENCE READER dan tidak tinggalkan jejak secara COMMENT mahupun FOLLOW blog anda. Jangan risau, anda boleh ketahuinya dengan meletakkan GADGET ini. ONLINE USER akan membolehkan anda mengetahui, bilangan pembaca yang sedang membaca blog anda semua. Memang kita tidak akan tahu, siapakah pembaca tersebut, namun, dengan mengetahui bilangan pembaca blog kita, sekurangnya, senyuman akan mula terukir di bibir kita.

Setiap kali kita sendiri melayari atau membuka paparan blog kita sendiri, ianya di kira 1 online user. Bermakna, kita juga di kira sebagai salah seorang ONLINE USER. Katakanlah, ada 26 ONLINE USER, bermakna, bilangan sebenar adalah 25 ONLINE USER memandangkan 1 ONLINE USER adalah diri kita sendiri.

Hurm. Cara pasang Gadget Online User adalah seperti berikut.

1) Anda semua perlu SIGN UP di website ini : http://www.freeonlineusers.com/



2) Ikut sahaja semua STEP yang di pinta oleh WEBSITE tersebut. Kebiasaannya mesti korang tahu kan? Lepas Sign Up satu-satu WEBSITE, kebiasaannya korang mestilah buka email korang, baca confirmation email. Kalau perlu, mungkin korang di suruh tekan apa-apa LINK untuk aktifkan REGISTRATION korang tu.

3) Lepas itu, korang SIGN IN sahaja di WEBSITE tersebut. Dan ikut sahaj STEP yang di pinta.



4) Ok, bila anda semua sudah sampai seperti dalam gambar di bawah ini, Anda jangan terburu-buru untuk masukkan HTML/CODE dekat bawah ini dekat ruangan GADGET di blog anda semua. Ini ada satu TIPS yang menarik untuk korang semua. 



5) Tips pertama, seperti mana dalam gambar rajah di nombor (3), jika anda teliti anda akan dapati perkataan ini :


Sebenarnya anda BOLEH UBAH code tersebut. Tapi, TAPI hanya pada CODE ini sahaja :

</script> Online Users</font></a>

Tulisan yang warna merah itu sahaja ok? Ubah sahaja ikut suka korang :)

6) Tips kedua, adalah sebelum meletakkan CODE yang anda dapat di ruangan GADGET-->HTML/JavaScript. Anda perlu letakkan CODE di bawah ini terlebih dahulu :


<div style="position: fixed; top: 30px; right:3px;"><div style="margin-left: .1em; margin-right: .1em" class="linkopacity" href="#" rel="nofollow" target="_blank" imageanchor="1"><span style="background-url:http://i1218.photobucket.com/albums/dd417/cheesweet/stripes.gif; color: #000000; padding: 3px 4px; border-bottom: 0px #FFFFFF dotted;">

Mesti anda semua tertanya-tanya kan? Kenapa perlu berbuat demikian? Kerana, jika anda meletakkan KOD HTML di atas terlebih dahulu sebelum KOD HTML yang anda semua generate di WEBSITE tersebut, anda akan dapati, bilangan ONLINE USER berada di sebelah kanan atas Blog anda. Tetapi, jika anda tidak meletakkan KOD di atas terlebih dahulu, anda akan dapat lihat bilangan ONLINE USER di ruangan di mana GADGET anda di letakkan. Anda boleh tengok contoh di blog Along sendiri. Berada di sebelah kanan atas bukan?

Along harap, korang semua faham apa yang along cuba sampaikan. Tidak susah pun sebenarnya. Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan di ruangan COMMENT. 

Adios...
MAASSLAMAH....

13 orang telah tinggal komen:

TUTORIAL : Pasang Ayat Bergerak pada Tab Blog

Thursday, July 30, 2015 Rahim Aim21 6 Comments

TUTORIAL : PASANG AYAT BERGERAK PADA TAB BLOG


Ayat bergerak pada tab blog


Bismillah...
Alkisah...



Maaf sebab gambar di atas tidak bergerak tulisannya... Lupa nak download SOFTWARE yang boleh rakam aktiviti di skrin laptop..

Assalamualaikum. Pernah tak korang semua tertanya-tanya atau tercari-cari di internet, cara-cara pasang ayat bergerak pada tab blog korang? Mesti korang pernah tengok kan ada ayat-ayat bergerak di tab blog orang-orang yang korang semua BLOGWALKING terutama sekali blog Along. Ingin tahu caranya? Ingin mencantikkan blog dengan meletakkan GADGET ini di blog korang? Mudah sahaja.


<script language='javascript'>
var txt=" Orang biasa, Berkongsi Cerita ";
var kelajuan=250;var segarkan=null;function bergerak() { document.title=txt;
txt=txt.substring(1,txt.length)+txt.charAt(0);
segarkan=setTimeout("bergerak()",kelajuan);}bergerak();
</script>


Pertamanya, tulisan merah itu, korang boleh ubah ikut suka hati korang. Ikut kesesuaian korang atau tema blog korang atau sebagainya. Yang berwarna oren itu pula, korang ubahla ikut suka korang, kelajuan ayat tersebut bergerak. Mudah sahaja bukan? Eh, lupa pula. Korang Copy sahaja semua CODE di atas ni, dan paste di  Add GADGET-->HTML/JAVASCRIPT. Korang tahukan mana nak cari benda tu? Hehehe. Yang penting, korang kena pergi ke DASHBOARD --> LAYOUT terlebih dahulu..

Yang penting, letakkan gadget ni di area inactive gadget contohnya area FOOTER. Bukan apa, Gadget ni, bukan AKTIF pada tempat ia di letakkan pun. Ianya aktif dekat TAB BLOG tu. Letak mana-mana pun tidak kisah sebenarnya.. :)

Itu sahaja rasanya :)...

Adios...
MAASSALAMAH....

6 orang telah tinggal komen:

TUTORIAL : Letak GADGET LIKE FACEBOOK PAGE di blog

Wednesday, July 29, 2015 Rahim Aim21 6 Comments

LETAK GADGET LIKE PAGE FACEBOOK DI BLOG


Butang Like Page Untuk Blog


Bismillah...
Alkisah...





Assalamualaikum dan selamat malam. Di kesempatan ini, Along nak ucapkan, terima kasih tidak terhingga buat semua warga EFG atas dorongan dan sokongan selama ini dalam membantu Along untuk terus menjadi seorang BLOGGER di arena penulisan secara ONLINE dalam bentuk perkongsian ILMU dan MAKLUMAT. Terima kasih buat ke semua WARGA EFG. Alhamdulillah, koranglah sumber semangat dan inspirasi Along dalam dunia BLOGGING ini.

Hari ini, Along ingin kongsikan TUTORIAL KE-2 sebagai seorang blogger baru / lama yang ingin mengindahkan BLOG dengan memPROMOSIkan sekali PAGE anda semua di FACEBOOK dengan cara meletakkan GADGET ini di BLOG anda-anda semua. Along tak nak buat TUTORIAL panjang lebar, memandangkan ianya amat MUDAH dan Ringkas. Terima Kasih kepada pemilik blog http://www.anajingga.com/ iaitu Kak Ana atas pemintaan mengajarnya dalam melatakkan GADGET ini di blog. Kak Ana buat Along ada IDEA untuk menulis ENTRY ini.. hehe

<div class="fb-like-box" data-href="https://www.facebook.com/RahimAimBudakPrihatin?fref=ts" data-width="240" data-height="290" data-colorscheme="light" data-show-faces="true" data-header="true" data-stream="false" data-show-border="true"></div>

Copy semua HTML di atas, PASTE sahaja di mana-mana anda suka. Sama ada di SIDEBAR GADGET atau dekat bawah ataupun dekat atas. Ikut kesesuaian dan sedap mata korang memandang. Yang warna MERAH itu, korang ubah ikut URL page FACEBOOK KORANG. Nampak tak yang WIDHT dengan HEIGHT yang warna OREN tu? Boleh ubah ikut kesesuaian korang semua. Apa lagi? Itu sahaja Tutorial ringkas dari Along rasanya. Harap ianya membantu buat semua yang sedang tercari-cari, kaedah mudah untuk letak GADGET LIKE FACEBOOK di blog.

Sebarang permintaan TUTORIAL..boleh minta dan REQUEST di ruang KOMEN... Along Akan cuba kongsikan mana yang Along tahu.

Adios...
MAASALAMAH...


psst..... Like MY FAN PAGE OK? Ada dekat SIDEBAR... Like la... please...

6 orang telah tinggal komen:

RAYA SEHARI, RAYA SEBULAN

Tuesday, July 28, 2015 Rahim Aim21 0 Comments

RAYA SEHARI, RAYA SEBULAN


Lain tempat, lain caranya...


Bismillah...
Alkisah...



Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Hurm, Entry ke-18 untuk bulan JULAI ni. Nampaknya, misi dan visi untuk setiap bulan menulis bilangan ENTRY yang MENYAMAI bilangan hari dalam bulan-bulan tersebut, sedikit punah dan musnah untuk bulan ini. Tapi, bersebab tahu? Sebab masalah INTERNET yang Along Alami sebenanrnya. Untuk telefon bimbit, Along gunakan BASIC INTERNET dari MAGIC SIM. Memang boleh, UPDATE BLOG guna telefon bimbit, tapi, Herm... Along rasa tak SYOK dan tak BEST!

Raya ni sehari atau sebulan ek? Sehari ke sebulan? Kalau sehari, kenapa bulan SYAWAL adalah bulan dan bukannya hari? Kalau sebulan pula, kenapa hari pertama sahaja ada takbir raya dan solat raya?

Sebenarnya...

Raya ni adalah kedua-duanya. Sebulan dan juga sehari. Eh? Boleh pula begitu? Boleh, hehehe. Raya sehari adalah pada hari pertama SYAWAL. Hari yang di anggap sebagai hari kemenangan kepada semua umat islam setelah selesai ibadah berpuasa RAMADHAN selama sebulan. Raya sehari juga adalah raya utama bagi kita berbanding raya sebulan. Kenapa? Kerana, ketika hari pertama inilah bermulanya titik permulaan kita sebagai insan yang baru. Sama ada, segala perubahan kita ke arah kebaikan sepanjang Ramadhan yang kita lalui selama sebulan itu, sekadar untuk RAMADHAN atau perubahan yang kekal untuk selamanya. Sebab itulah, tidak hairan bagi sesetengah tempat. Hari raya sekadar di sambut 1 hari sahaja. Ada juga yang menyambut sekitar 2-3 hari. Itupun sudah memadai bagi mereka.

Bagaimana pula dengan Raya Sebulan? Macam mana boleh terbentuknya raya sebulan ni? Macam Along katakan, Bulan Syawal merupakan bulan dan bulan itu merujuk kepada SEBULAN. Maka, dari sini terbitnya RAYA SEBULAN. DAN kebiasaannya, raya sebulan ni adalah kesukaan dan kegemaran budak-budak sekolah rendah. Ada juga yang terlibat di kalangan pelajar sekolah menengah, namun, sebahagiannya sahaja. Yang dewasa juga, ada yang terlibat sama. Kebiasaannya, bagi mereka yang suka buat rumah terbuka, bawa anak-anak berjalan-jalan menziarahi rumah kawan-kawan dan sebagainya. Paling penting sebenarnya. MENAMBAH KUTIPAN DUIT RAYA. Di johor, raya kami boleh di katakan sebulan. Mana tidaknya, di penghujung SYAWAL pun masih ada lagi yang buat rumah terbuka. Unik bukan? Along tidak tahu NEGERI LAIN. Tapi, Along pasti negeri korang ada keunikan tersendiri.

Maka, terbitlah ungkapan RAYA SEHARI dan RAYA SEBULAN, berbeza mengikut negeri. Macam kami di JOHOR, walaupun raya telah mencecah raya ke 10 dan ke atas sekalipun, kebanyakan rumah masih menyediakan DUIT RAYA untuk di beri kepada para pengunjung. Kenapa Along cakap pasal DUIT RAYA? Sebab itu yang orang suka dengar kan? Lagi-lagi di kalangan pelajar sekolah rendah. Hehehe... RM1 ke, RM2 ke walhal 50 sen sekalipun, kalau di kumpul, lama-lama akan jadi banyak kan? #SYUKURSELALU


Adios...
MAASSALAMAH.......

0 orang telah tinggal komen:

Sayang-sayang nyawa

Sunday, July 26, 2015 Rahim Aim21 8 Comments

SAYANG-SAYANG NYAWA


Hargai Nyawa


Bismillah...
Alkisah...




Assalamualaikum dan selamat malam. Agak lama juga, jari-jemari Along tidak menyentuh papak kekunci untuk menaip sebarang Entry di blog ORANG BIASA, BERKONGSI CERITA  ini.  "Writer Block" bertapak di minda dalam tempoh masa tersebut. Kalau di ikutkan, masih bersarang sehingga sekarang. Tapi, Along cuba juga gagahkan diri, mencari bahan yang sesuai untuk di tulis untuk malam ini.

Nyawa adalah suatu nikmat, nikmat yang tidak ternilai atau mungkin, tiada nilai langsung yang mampu menyamainya. Nyawa merupakan suatu pinjaman dari Allah yang sementara buat kita di dunia ini, kerana setiap yang bernyawa, pasti akan menghadapi kematian.

Di ketika ini, Along terfikir dan masih terfikir. Kenapa kebanyakan dari generasi yang sebaya dengan Along dan ke bawah, kurang menghargai nyawa sendiri. Lebih-lebih lagi, di waktu aidilfitri. Atau lebih tepat lagi, seawal ramadhan setiap tahun. MELETUP sana, MELETUP sini. Macam-macam MERCUN yang dimainkan, sama ada yang di BELI mahupun BUATAN SENDIRI. Nak kata ibu bapa tidak menegur,tidak menasihati, Along yakin, dah berbuih dah mulut mereka menegur dan menasihati anak-anak mereka lagi-lagi yang berjiwa remaja agar menjaga diri daripada perkara-perlara yang boleh mengancam nyawa.

Jiwa REMAJA jiwa yang suka MENCUBA. MENCUBA sesuatu yang baharu katanya. Namun, apa yang mereka CUBA itu kebiasaannya, sesuatu yang membawa MUDARAT kepada diri sendiri. Tak ke menganiaya nyawa sendiri tu? Sayang-sayang anak, tangan-tangan kan. Sayang-sayang isteri, tinggal-tinggal kan. Sayang-sayang nyawa? SAYANG-SAYANG NYAWA, SELAMAT-SELAMAT KAN. Selamatkan dari apa? Dari kezaliman diri sendiri terhadap nyawa yang telah di beri dan di pinjamkan oleh Allah kepada kita.

Biar kita MATI DALAM IMAN, bukan MATI DALAM KEZALIMAN. Kezaliman yang kita lakukan ke atas diri sendiri. Sesekali, cuba muhasabah diri. Muhasabah dengan semua NIKMAT yang kita terima secara percuma dari Allah yang esa. Refleks semula diri. Sejauh mana kita gunakan nikmat yang kita terima tu, ke arah kebaikan berbanding keburukan. Atau sebenarnya, ianya lebih ke arah keburukan berbanding kebaikan.


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH....

8 orang telah tinggal komen:

MAGIC SIM dari CELCOM

Tuesday, July 14, 2015 Rahim Aim21 68 Comments

MAGIC SIM dari CELCOM


Perkenalkan MAGIC SIM, Pelan terbaru daripada CELCOM, yang semestinya anda mahukan


Bismillah..
Alkisah...




Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Berbekalkan semangat ingin berkongsi CERITA. Along tulis ENTRY ini tanpa ada keraguan di hati. Abaikan 1 mata dalam gambar kerana ianya sekadar SIMBOLIK betapa mata dapat menangkap MAGIK-nya SIM KAD ini secara penggunaan mata kasar. Dapat di lihat secara jelas betapa SIM KAD ini amatlah dinanti-nanti kan oleh semua orang khususnya pengguna CELCOM dan XPAX. Eh?

68 orang telah tinggal komen:

#CABARAN20HARI Menu Wajib Pagi Raya

Tuesday, July 14, 2015 Rahim Aim21 6 Comments

#CABARAN20HARI Menu Wajib Pagi Raya


Makanan Variasi Jawa Dan Bugis


Bismillah...
Alkisah...

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 

Assalamualaikum, korang semua tengah tidur ke? Atau tengah menyantap makan lewat malam bersama si dia yang tercinta? Atau mungkin korang tengah tutup lampu sambil baca blog Along yang serba indah ini? Atau, mungkin sahaja korang secara tak sengaja terbuka blog Along lalu membacanya dengan penuh khusyuk dan terus jadi pembaca setia. Siapa tahu kan? Kekeke...


MENU WAJIB PAGI RAYA? Banyak sebenarnya, lebih elok Along senaraikan satu persatu daripada Along bebel atk menentu kan? Sudi baca? Macam mana boleh jadi tak sudi kan? Kerana akhirnya, korang terpaksa baca juga. Relakanlah jiwa sepenuh hati ya?

6 orang telah tinggal komen:

#CABARAN20HARI Aktiviti Di Pagi Raya

Sunday, July 12, 2015 Rahim Aim21 4 Comments

#CABARAN20HARI Aktiviti Di Pagi Raya


Adat Dan Kebiasaan Keluarga...


Bismillah...
Alkisah...


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 

Assalamualaikum, ENTRY ni agak pendek memandangkan Along punya gambar entah ke mana perginya berkaitan dengan tajuk ini. Namun, dengan INGATAN serta MEMORI yang kuat ini, Along ceritakan tanpa ragu-ragu AKTIVITI DI PAGI RAYA bagi KELUARGA BESAR JAAFAR dan IBARAHIM setiap kali di pagi raya. Dan kebiasaan raya, Keluarga Along iaitu KELUARGA SHAMSUDIN akan mulakan berapa di sebelah keluarga Ayah terlebih dahulu iaitu KELUARGA JAAFAR memandang rumah Along ni, dengan rumah atok sebelah ayah terlalu dekat. Jalan kaki pun dah sampai.

4 orang telah tinggal komen:

#CABARAN20HARI Gambar Dan Ucapan Raya

Sunday, July 12, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

#CABARAN20HARI Gambar Dan Ucapan Raya


Ampun Maaf Dipinta


Bismillah...
Alkisah...


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 

Assalamualaikum dan salam sejahtera yang dipenuhi kesyahduan mahupun kesederhanaan. Gambar dan ucapan raya? Along datangkan gambar tahun lepas. Bolehkan? Sebabnya, KELUARGA Along tidak pernah menjalani AKTIVITI ambil gambar sempena PRA-RAYA.

Gambar Raya 2014 - Shamsudin`s Family


Dengan rasa rendah diri dan penuh KECOMELAN pada wajah kami. Jari disusun sebanyak 60 JARI tanpa ada keraguan di HATI. Memohon segala KEMAAFAN yang melebihi dari sudut nilai ribu dan juta, Dari Hujung helaian tudung mahupun kopiah sehinggalah ke hujung kasut mahupun selipar yang kami pakai. Setulus dan seikhlas hati kami yang benar-benar lahir dari hati yang sangat BAIK ini, ingin mengucap sepatah dua kata sempena raya yang bakal menjelang tidak lama lagi ini dengan UCAPAN :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN


P/S : Biar pendek, asalkan bererti buat semua.. :)


Adios...
MAASSALAMAH.........

2 orang telah tinggal komen:

#CABARAN20HARI Memori Raya Zaman 90AN Atau Zaman Kanak-kanak

Sunday, July 12, 2015 Rahim Aim21 4 Comments

#CABARAN20HARI Memori Raya Zaman 90AN Atau Zaman Kanak-kanak


Rayaku hanya bersama keluargaku...


Bismillah...
Alkisah...


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 


Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Kelewatan diri Along menulis ENTRY ini adalah berikutan WRITER BLOCK yang Along hadapi bila terbaca sahaja tajuk cabaran ini. Bukan setakat tajuk cabaran ini, tajuk cabaran lain juga begitu. Hahaha.( Gelak sekadar menyedapkan diri sahaja).

Memori raya? Zaman 90AN? Along baru lahir waktu tu, Along lahir tahun 1994, jadinya, memori tahun 90AN tiada suatu pun bertahta di memori dan kotak fikiran Along. Kalau ada pun, sekadar gambar yang diambil sewaktu Along kecil-kecil dahulu.



1)


Gambar ni di ambil pada tahun 1998. Waktu ni, Along baru 2 beradik sahaja. Along dengan Adik perempuan Along (Nurliyana) aka Angah.

4 orang telah tinggal komen:

Dilema Anak Sulung

Saturday, July 11, 2015 Rahim Aim21 5 Comments

Dilema Anak Sulung


Tanggungjawab dan Peri Kemanusiaan


Bismillah...
Alkisah...


Fakta Anak Pertama


Assalamualaikum dan salam 1 dilema. Tajuk entry Along agak dipenuhi tanda tanya bagi mereka yang tak bergelar anak sulung, namun, sebeagai anak sulung, ianya adalah suatu tajuk yang benar-benar realiti. Anak sulung atau erti kata lain anak pertama dalam kalangan anak-anak yang di lahirkan dalam aebuah keluarga rasmi, hasil daripada pernikahan yang sah, begitu juga lahir daripada ikatan yang benar-benar sah.

5 orang telah tinggal komen:

#CABARAN20HARI Kuih Raya Paling Best

Thursday, July 09, 2015 Rahim Aim21 12 Comments

#CABARAN20HARI Kuih Raya Paling Best


Popia Udang Kering Di Rumah Tok Sedara...


Bismillah...
Alkisah...


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Assalamualaikum... #CABARAN20HARI Puasa Raya diteruskan lagi dengan cabaran yang ke-13 iaitu "Kuih Raya Paling BEST". /Yang ni antara ENTRY yang Along paling teruja nak tulis. Memandangkan, ada satu sahaja jenis KUIH RAYA yang bertahta di hati Along dan juga adik perempuan Along merangkap anak pertama dan kedua bagi keluarga SHAMSUDIN. Kuihnya tidak lain dan tidak bukan adalah kuih POPIA SIMPUL atau lebih dikenali sebagai POPIAN MINI ataupun POPIA UDANG KERING. Apa pun panggilannya, ianya tetap merujuk kepada KUIH RAYA yang sama.

12 orang telah tinggal komen:

#CABARAN20HARI Bajet Raya 2015

Wednesday, July 08, 2015 Rahim Aim21 6 Comments

#CABARAN20HARI Bajet Raya 2015


GST, everywhere. Bagaimana?


Bismillah...
Alkisah...


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Assalamualaikum... ENTRI ni bakal menjadi ENTRI terpendek sekali. Sebabnya, BAJET RAYA setiap tahun, biasanya di fikirkan oleh kedua ibu dan bapa Along. Kadang-kadang sahaja Along JOIN dan SERTAI mereka berfikir sama, andai mereka memerlukan Along untuk berbuat demikian. Hehehe...

Itulah kan? Selagi bergelar ANAK dan BELUM BERNIKAH, dan masih di bawah TANGGUNGAN MEREKA dan paling penting, selagi bergelar PELAJAR, Tidak perlu rasanya, bebankan minda dan kepala memikirkan BAJET RAYA. :). Melainkan,, ada rasa nak beli sesuatu untuk diri sendiri seperti baju baru ke, kasut baru ke, selipar baru ke, baju renang baru ke atau apa-apa sahaja. Dan ianya lebih bersifat INDIVIDU. :)

Adios...
MAASSALAMAH..........

6 orang telah tinggal komen:

#CABARAN20HARI Lagu Raya Pilihan

Wednesday, July 08, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

#CABARAN20HARI Lagu Pilihan Raya


Kontemperori Lawan Melayu Asli...


Bismillah....
Alkisah...


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Assalamualaikum dan selamat malam. Selamat beristirehat dan jangan lupa pasang niat puasa siap-siap untuk esok hari. Memandangkan, takut-takut ada di kalangan kita yang tidak akan bangun sahur secara tidak sengaja. :)

Setiap tahun, pasti ada saha LAGU RAYA bersifat KONTEMPERORI dari penyanyi LAMA mahupun penyanyi BARU. Sama ada lagu tersebut bersesuaian dengan masyarakat MALAYSIA ataupun tidak, bergantung kepada para pendengar yang menilainya kerana tidak semua orang menerima secara terbuka, PERUBAHAN yang di bawa ke atas lagu-lagu raya VERSI MORDERM dan KONTEMPERORI ini.

Lagu-lagu versi melayu asli pula, LEBIH SENANG di terima halwa telinga oleh masyarakat kita tidak kira usia, sama ada tua mahupun muda. Tidak kira pangkat, darjat mahupun harta. INi adalah kerana,ianya telah lama bersemadi sebagai lagu-lagu rasmi RAYA bagi kita. Contohnya :

1) M. Nasir - SUATU HARI DI HARI RAYA
2) Sharifah Aini - SUASANA HARI RAYA
3) Rafeah Buang - BILA TAKBIR BERGEMA 
4) Dll....

Lagu-lagu lama amat menyentuh hati dan perasaan. Ianya lebih kepada lagu-lagu yang mudah di fahami dan di mengerti maksudnya. Lirik dan Melodi pula, membawa 1001 erti yang mendalam kepada para pendengar. Maka, tidak hairanlah, sejauh mana lagu-lagu KONTEMPERORI cuba bersaing secara sihat dengan lagu-lagu berentak MELAYU ASLI ini, pasti sahaja lagu-lagu lama ini akan tetap bertahta lebih di hati peminat.

Untuk bertanya kepada Along, JAWAPAN kepada persoalan ini semestinya Along akan jawab Along suka dan SUPPORT kedua-dua jenis dan pembawakan lagu-lagu raya ini. Kadang-kadang, kita perlukan yang baru untuk rasa lebih SEGAR, dan kadang-kadang kita perlukan yang lama untuk rasa lebih mengenang memori. Kedua-duanya bagus dan menjadi pilihan Along. Tiada KOMPROMI..


Adios..
MAASSALAMAH......

2 orang telah tinggal komen:

#CABARAN20HARI Tetamu Raya Paling Ditunggu-tunggu

Tuesday, July 07, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

#CABARAN20HARI Tetamu Raya Yang Paling Ditunggu-Tunggu


Penungguan yang di iktiraf sebagai mimpi, mimpi yang tidak mungkin menjadi realiti...


Bismillah...
Alkisah...


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Assalamualaikum dan salam Ukhuwah. Untuk ENTRI ni, Along sendiri kurang pasti nak jawab apa. Persoalannya, persoalan ni terlalu sukar untuk di jawab. TETAMU ya? TETAMU RAYA? Hurm...

Siapakah gerangannya? SI DIA? Si Dia yangku CINTA? Si Dia yangku SAYANG? Si Dia yangku SUKA? Mungkin. Kerana si DIA adalah tetamu yang paling-paling Along tunggu. Namun, apakan daya. JARAK NEGERI membezakan kami. (Cewah... mesti korang semua dah fikir bukan-bukan kan?)

Sebenarnya, si DIA tidak lain dan tidak bukan adalah tetamu yang datang BAWA DUIT RAYA untuk diberi kepada ALONG. Sesiapa sahaja, MAKCIK-MAKCIK atau PAKCIK-PAKCIK, KENALAN atau sesiapa sahaja yang sudi bawa dan beri DUIT RAYA kepada ALONG yang Comel versi lelaki ini. Hehehe...

Jadi, jemput dapat beramai-ramai dan bawa duit raya untuk ALONG. Sampul raya tu, biarlah berisi dengan DUIT. bukannya kosong dan lompong tanpa sehelaipun DUIT.


Adios...
MAASSALAMAH..........

2 orang telah tinggal komen:

#CABARAN20HARI Kenangan Terawih Masa Zaman Kanak-kanak

Tuesday, July 07, 2015 Rahim Aim21 4 Comments

#CABARAN20HARI Kenangan Terawih Masa Zaman Kanak-Kanak


Ada ke memori tu dalam minda aku?


Bismillah...
Alkisah...


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Assalamualaikum dan selamat malam. Setelah siap ENTRI yang sebelum ni, Along terus menyambung menulis ENTRI yang ini pula. Dah macam MARATHON tonton FILEM KOREA pula. Tapi yang ni, MARATHON dalam bentuk penulisan bukannya tonotonan mahupun pembacaan.

ENTRI ni pendek sahaja, berikutan, Along tiada memori berkaitan dengan perkara ni. Apa yang Along tahu, Along jenis yang PEMALAS untuk solat di MASJID masa kecil-kecil dahulu. Walhal MASJID DEPAN RUMAH, lintas sahaja jalan, sudah sampai MASJID. Namun, entah mengapa, zaman kanak-kanak Along, Along tidak hadirkan diri untuk solat di situ.

MUNGKIN, mungkin kerana Along tidak suka situasi KANAK-KANAK yang hadir di masjid. Lari sana-sini, menjerit tak tentu pasal. Main dan kacau kawan-kawan yang lain. Dan sebagainya. Mungkin kerana itulah, Along MALAS pada waktu itu, untuk ke MASJID. Along tidak mahu dan tidak suka, diri Along berada dalam situasi sebegitu. (Itulah memori kanak-kanak yang Along ada)


Salam Ukhwah...
Adios...
MAASSALAMAH...

4 orang telah tinggal komen:

#CABARAN20HARI Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa

Tuesday, July 07, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

#CABARAN20HARI Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa


Amalan yang ditelan zaman...


Bismillah...
Alkisah...


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Assalamualaikum dan selamat malam. Malam ni, untuk kesekian kalinya, Along bakal menulis 5 ENTRI sebagai menyambung dan menyahut kembali CABARAN 20 HARI PUASA RAYA 2015 ni. Dek kerana, selama beberapa hari yang lalu, ada permasalahan dari aspek internet. Maka malam ini, secara rasmi, secara paksa hati secara suka rela, Along menyambung kembali, menulis ENTRI yang along tertinggal untuk beberapa hari ni. Hurm...

AMALAN BERBALAS JUADAH DI BULAN PUASA? Amalan ni, Along kira, semakin hilang ditelan zaman. Tetapi, bergantung juga pada diri kita, pada keluarga kita dan juga pada MASYARAKAT yang kita tinggal di dalamnya. Macam keluarga Along sendiri, kami tidak mengamalkan AMALAN BERBALAS JUADAH ini, memandangkan kami sendiri, hidup dalam MASYARAKAT yang tidak mengamalkan AMALAN ini. Bukan kami menolak, bukan kami mengatakan AMALAN ini sudah tidak releven, cumanya, makan sendiri untuk BERBUKA pun, belum tentu mencukupi untuk keluarga sendiri, ini kan pula berkongsi dengan orang lain. MELAINKAN, ada EVENT TERTENTU yang di adakan oleh satu-satu FAMILY, barulah amalan ini mula hidup dan mula di adakan.

Jadi, konklusinya, Amalan ni bergantung pada KOMUNITI MASYARAKAT tertentu. Tiada paksaan dalam melakukan perkara ini, memandangkan ianya suatu amalan yang baik, dan mendatangkan kebaikan juga kepada kita dan kejiranan kita. Yang penting, biar ianya IKHLAS dari hati.


Salam Ukhuwah..
Adios...
MAASSALAMAH......

2 orang telah tinggal komen:

#CABARAN20HARI Kuih Kegemaran Di Bulan Puasa

Friday, July 03, 2015 Rahim Aim21 10 Comments

#CABARAN20HARI Kuih Kegemaran Di Bulan Puasa


Harga Kuih Semakin Mahal...



Bismillah...
Alkisah...


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Assalamualaikum dan selamat petang. Kini bermulalah FASA KE-2 bagi #CABARAN20HARI PUASA/RAYA 2015. Dengan tajuk yang ke-7 iaitu "KUIH KEGEMRAN DI BULAN PUASA. Along nak cerita dari mana pun kurang pasti. Sebabnya, Entry ni bakal di tulis secara ringkas andai Along jawab secara STRAIGHT TO THE POINT.

Setiap orang ada kuih kegemaran masing-masing. Ada ke yang tidak suka kuih? Ada yang suka MANIS, PEDAS, MANIS DAN PEDAS dalan satu jenis dan sebagainya. Jika di tanya kepada Along, sudah semestinya MANIS DAN PEDAS dalam satu jenis kuih yang sama menjadi pilihan utama Along.

Ada ke kuih macam tu? ADA!!! Ada dua jenis : 1) DONUT SAMBAL 2) POPIA SAMBAL. Kebiasaannya, kedua-dua kuih ini, sambalnya tidak terlalu pedas, tapi lebih kepada manis. Namun, pada tahun ini, amat sukar sekali untuk menjumpai peniaga bazar ramadhan yang menjual kedua-dua jenis kuih di atas. Mereka beralasan, MODAL duit untuk membuat kedua jenis kuih tersebut 2 kali ganda daripada kuih biasa. Along sendiri kurang pasti kenapa. Mungkin pada SAMBAL dan GULA kot? Entahlah... Namun, itulah dua kuih kegemaran Along yang Sungguh Along gemari dan sukai..


Salam Ukhuwah..
Adios...
MAASSALAMAH.......

10 orang telah tinggal komen:

#CABARAN20HARI Pengalaman Manis Di Bulan Puasa

Thursday, July 02, 2015 Rahim Aim21 12 Comments

#CABARAN20 HARI Pengalaman Manis Di Bulan Puasa


Rahsia yang tersimpan...


Bismillah...
Alkisah...


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Assalamualaikum dan selamat pagi. Untuk entry kedua ni, Along akan cuba sehabis molek untuk menaip dengan MOOD yang ceria walaupun, kondisi badan tidak seceria mana pun. Along sekadar ingin kongsikan, suatu pengalaman yang SUNGGUH MANIS. Berlaku sewaktu Along sekitar 4/5 tahun. Kenapa manis? Kerana itulah saatnya di mana, Along, dengan beberapa orang saudara mara Along beserta adik Along kalau tak silap. Tidak puasa secara berjemaah. ya! TIDAK PUASA SECARA BERJEMAAH. Cumanya, kurang pasti pula, untuk berapa hari kerana apa yang Along ingat ianya berlaku terlalu pantas...hehe..

Semuanya berlaku terlalu pantas. Hasil daripada cadangan sepupu lelaki Along yang berumur dua tahun lebih tia daripada Along. Dan ianya berlaku di rumah Atok sebelah ayah. Makanan apa yang kami makan? Along agak kurang pasti. Rasanya, gula-gula asam kot. Entahlah..huhu...

Kami makan secara bergilir-gilir. Atau erti kata lain, seorang makan, yang lain jadi pemerhati sekeliling atau penjaga bagi mengelakkan perbuatan kami KANTOI. Dan Alhamdulillah, tak kantoi langsung. Hahaha... Rahsia ini telah lama Along pendam, dan Along ceritakan secara EKSKLUSIF pada hari ini. Along yakin, korang mesti pandai simpan rahsia kan? :)


Adios....
MAASSALAMAH.........

12 orang telah tinggal komen:

#CABARAN20HARI Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa

Thursday, July 02, 2015 Rahim Aim21 10 Comments

#CABARAN20HARI Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa


Tahun ini, tahun yang mencabar...



Bismillah...
Alkisah...


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Assalamualaikum dan selamat pagi. Berbekalkan saki baki kudrat yang masih ada. Pada tubuh badan yang telah mengalami kesakitan selama beberapa hari, yang entah bila akan hilang. Maka, Along gagahkan diri menaip dua entry pada pagi ini memandangkan kesihatan tidak mengizinkan semalam untuk Along menaip entry yang sedang Along tulis ini.

Pengalaman Pahit Along bermula beberapa hari lepas. Saat bermulanya demam serta sakit-sakit di seluruh badan. Yang masih kekal sehingga sekarang. Kejap susut dan kejap datang kembali secara tiba-tiba. Inilah pengalaman puasa terpahit dan terburuk yang pernah Along lalui setakat ini. Along minta tembakan doa yang bertalu-talu dari kawan-kawan semua, agar tidak putus-putus mendoakan kesihatan Along agar pulih seperti sedia kala...



Salam Ukhuwah...
Selamat Berpuasa...
Adios...
MAASSALAMAH.........

10 orang telah tinggal komen:

#CABARAN20HARI Menu Wajib Bulan Puasa

Wednesday, July 01, 2015 Rahim Aim21 4 Comments

#CABARAN20HARI Menu Wajib Bulan Puasa


Menu KLISE setiap hari


Bismillah...
Alkisah...


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Assalamualaikum dan selamat kembali. Along sedar, entry ini agak terlewat untuk di muat naik dan di tulis, namun, Along gigihkan juga diri ini menulis tanpa memikirkan akibatnya. (Macam Berat sangat hati ini)..

Pertamnya, mengapa Along kata menu KLISE setiap hari? Kerana setiap orang kebiasaannya akan memerlukan menu yang sama setiap kali berbuka iaitu NASI. Rakyat Malaysia, kebiasaannya, pasti memerlukan nasi sebagai menu utama sewaktu berbuka. Tidak kisahlah sama ada NASI PUTIH, NASI LEMAK, NASI TOMATO atau apa jua jenis NASI yang terdapat di Malaysia.

Menu kedua? Semestinya beraneka lauk pauk, bergantung pada jenis nasi yang di pilih sebagai menu utama pada hari-hari tertentu. Sebagai contoh, Nasi Lemak. Semestinya nasi lemak memerlukan lauk-pauk seperti sambal ikan bilis @ sambal udang, ikan goreng @ ayam goreng, Kacang goreng & ikan bilis goreng, timun & tomato atau sebagainya. 

Menu ketiga pula kebiasaannya kuih-muih. Macam Along, Along tidak kisah lah kuih apa-apa pun, asalkan namanya kuih dan Along makan kuih tersebut. Sebab tu, Along lebih PREFER beli kuih-muih tu sendiri. Sekurang-kurangnya, Along tetap berpuas hati dan akan makan kuih-muih yang Along beli tu.

Ok, ketiga-tiga menu di atas, adalah MENU WAJIB MAKANAN YANG KLISE ketika bulan puasa. Bagaimana dengan menu minuman yang KLISE? Ada ke tidak? Wujud tak? Wujud sahaja. Dan ianya ada 3 jenis juga.

Yang pertama, minuman berasaskan air kosong / air mineral / air yang tiada gula / air sukida.
Yand kedua, minuman berasaskan ais iaitu minuman sejuk
Yang ketiga, minuman berasaskan air panas iaitu minuman yang sesuai di minum dalam keadaan panas..

Along rasa, tidak perlu Along terangkan, minuman-minuman tersebut digemari dan menjadi pilihan siapa, memandangkan setiap orang, berbeza cara pengambilan minumannya ketika waktu berbuka. Jadi, jangan persoalkannya apabila anda dapati rakan anda atau keluarga anda, mengambil jenis minuman yang berbeza daripada anda... :)



Ok, itu  sahaja...
Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH........

4 orang telah tinggal komen: