SEJARAH BEBERAPA NAMA TEMPAT DI PONTIAN,JOHOR

Monday, August 31, 2015 Rahim Aim21 20 Comments

SEJARAH BEBERAPA NAMA TEMPAT DI PONTIAN,JOHOR


Setiap Nama, Ada Ceritanya...


Bismillah...
Alkisah...

SEKADAR HIASAN :)


Assalamualaikum dan selamat maghrib buat semua. PErnah tak korang terfikir, mengapa korang di beri nama sedemikian rupa? Yang lelaki, ada yang di beri nama ABDUL HAFIZ, ABDUL AZIZ, LUQMANUL HAKIM dan sebagainya. Bagi perempuan pula, Ada yang bernama NURLIYANA, RAIHANAH, FATIMAH, FARAH, KHADIJAH dan sebagainya. Persoalannya, apakah nama-nama tersebut selari dengan sifat peribadi yang kita TONJOLKAN ketika ini? Apakah yang di beri nama LUQMANUL HAKIM itu, sebijak pemilik asal nama tersebut? Se `ALIM` pemilik asal nama tersebut? Apakah pemilik nama KHADIJAH itu sehebat pemilik nama asal tersebut? Seorang yang berjuang demi ISLAM dan menginfaqkan keseluruhan hartanya demi ISLAM? #MUHASABAH

Hari ini, bukanlah perkongsian Along berkaitan dengan nama-nama MANUSIA. Jangan STRESS, jangan RISAU! Hehehe. Along sekadar ingin kongsikan beberapa maksud di sebalik BEBERAPA nama-nama tempat di PONTIAN,JOHOR. Along tahu, banyak lagi selain tempat di PONTIAN,JOHOR yang mempunyai nama-nama yang lebih PELIK dan UNIK, namun apa Along KESAH! Along bangga dengan PONTIAN dan juga JOHOR! Hehehe. Sebab itulah Along kongsikan berkaitan dengan tempat-tempat di PONTIAN ni! Kalau korang rasa nak tulis tentang negeri sendiri, TULIS lah dekat BLOG masing-masing. :)

SEJARAH BEBERAPA NAMA TEMPAT DI PONTIAN,JOHOR


1) KAMPUNG PULAI SEBATANG


MASJID ni, Terletak BETUL-BETUL di hadapan RUMAH keluarga Along.


Along mulakan menulis sejarah beberapa nama tempat di johor dengan nama Kampung Along sendiri. Kalau geng-geng semua nak tahu, Dahulu, dikatakan ada sebatang pokok PULAI. Pokok PULAI ni besar dan tinggi sangat. Dan di katakan ada sebatang sahaja. Pokok ini menjadi panduan bagi golongan pelayar sekiranya mereka ingin masuk ke kuala sungai kampung ini. Di katakan lagi, sebelum Kampung ini di buka, ianya di kenali dengan nama SUNGAI AYER BALOI. Nak tahu tak apa yang menarik? Kampung ini di buka oleh dua orang insan iaitu Tandang Bin Ming dengan "TOK SERAH". TOK SERAH adalah MOYANG Along sendiri. Keluarga besar Along merupakan keturunan TOK SERAH. :). Dan Along bangga dengan STATUS tersebut, walaupun tidak ramai orang yang masih mengingati sejarah KAMPUNG PULAI SEBATANG ini.

2) API-API

Gambar di atas sekadar HIASAN, Memang ianya pokok API-API, namun bukanlah Pokok API-API di API-API.


API-API. Dari sebutan nama pun tampak garang kerana API kan sesuatu ynag boleh mengancam nyawa. Apa yang kecil2 menjadi kawan, besar-besar menjadi lawan? Semestinya API. Namun, Sekarah nama api-api bukanlah berkait rapat dengan API. Di bahagian pantai KAMPUNG API-API ini, ada banyak di tumbuhi pokok API-API. Dan dari nama pokok inilah, munculnya nama kampung API-API.

3) KAYU ARA PASONG


Sekadar HIASAN


Mengikut suber, nama tempat ini terhasil daripada WUJUDnya 2 pokok KAYU ARA diantara dua tebing sungai dan di katakan, kedua-dua dahan POKOK ini bertemu dalam keadaan seperti BERPASUNG.

4) SUNGAI BUNYI





Di katakan, sewaktu awal proses SUNGAI ini mula di teroka, sering kedengan BUNYI TANGISAN di SUNGAI ini.

5) SERI BUNIAN


Sekadar HIASAN


Kampung SERI BUNIAN? Terleta bersebelahan dengan SUNGAI BUNYI. Kampung ini, di diami oleh sebahagian besar orang-orang JAWA. MAsyarakt jawa SETEMPAT memanggil tempat inin dengan nama "sungei boni". Pada tahun 1950an, Orang-rang kampug secara gotong-royong medirikan sebuah sekolah rakyat, yang di beri nama SEKOLAH MELAYU SERI BUNIAN. BONI yang di ubah kepada BUNIAN adalah mengingatkan lagu Puteri Bunian. Kenapa SERI BUNIAN menggantikan BONI? Katanya, nama tersebut kelihatan amat INDAH dan MENARIK.

6) PENEROK


MASJID PEKAN PENEROK - Sekadar Hiasan


Ada PENDAPAT yang berpendapat, "PENEROK" ini berpunca daripada keadaan sungai yang BERLIKU-LIKU dan BERBELOK-BELOK sehingga menyusahkan semua orang yang melaluinya. Orang-orang menamakannya dengan nama "PENERUK" atau penyusah sempena mengingati kawasan tersebut. Ada PENDAPAT yang lain pula berpendapat, asal-usul nama "PENEROK" adalah berpunca daripada BANYAKNYA nyamuk terok di sini.


Sebenarnya, ada banyak lagi nama-nama tempat di PONTIAN yang menarik dan UNIK. Sejarah nama-nama tempat tersebut, menyimpan 10001 cerita yang tersembunyi. Memang kadang-kadang ada sebahagian nama tempat yang KELAKAR, namun, mesti ada sebab KENAPA dan MENGAPA tempat-tempat tersebut di namakan sedemikian RUPA. Banggalah dengan tempat asal korang, NEGERI korang, DAERAH korang dan juga, TEMPAT TINGGAL korang. Jangan rasa malu berkongsi pada DUNIA. dari mana tempat asal KORANG! DI MANA BUMI DI PIJAK, DI SITU LANGITKU JUNJUNG. Pegang ERAT peribahasa tersebut. Tetapi, BANGGA-BANGGA juga, janganlah sampai MEREMEHKAN tempat tingal orang lain, NEGERI orang lain pula ya? Kita SUPPORT EACH OTHER bak kata orang putih. :)


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSLAMAH...


Nota Kaki : Sumber INFO dari sini : http://pontian.pjl.com.my/setempat.htm

20 orang telah tinggal komen:

Dari USIM ke UM

Sunday, August 30, 2015 Rahim Aim21 8 Comments

Dari USIM ke UM


Walau berbeza UNIVERSITI, Kau tetap ADIK Along


Bismillah..
Alkisah...



Assalamualaikum dan selamat malam. Dari USIM ke UM adalah ENTRY pertama untuk Along hari ini. Sebelum tu, ENTRY ni bukan tentang Along pindah U, sebab Along SETIA dekat USIM ok? Tetapi, ENTRY ni berkisar tentang Perjalanan Along dari USIM (NILAI) yang di ambil oleh keluarga Along, untuk turut serta menghantar Adik Along aka ANGAH ke UNIVERSITI MALAYA untuk mendaftar dirinya sebagai pelajar TAHUN 1 "BAHASA ARAB DAN LINGUISTIK" bagi sesi 2015/2016. Buat pengetahuan semua, ANGAH tu PEREMPUAN! Kolej kediaman dia? Dia duduk KOLEJ KEDIAMAN TUN SYED ZAHIRUDDIN. Kenapa Along cerita? Sebab korang bukannya kenal pun adik Along tu. Hahaha...

Sebenarnya, Angah dapat 2 tawaran kemasukan ke IPTA. Satu ke USIM menerusi permohonan UPU, dan satu lagi ke UM menerusi permohonan TEMUDUGA. Along sebenarnya, agak berharap juga, Angah turut ikut jejak langkah Along,menjadi seorang pelajar USIM, namun, PILIHAN di tangan DIA, bukannya Along kan? Mula-mula tu, rasa geram lah jugak. Rasa tak puas hati sebab dia pilih UM. Tapi, Along akhirnya terima hakikat. Kerana, kalau seseorang itu di paksa dalam membuat keputusan, dan keputusan tu hati sendiri tak rela, tiada guna juga. Angah! Walau kita berbeza UNIVERSITI, kau tetap adik Along! Along akan terus SUPPORT kau dalam apa jua yang kau pilih!

Berikut adalah beberapa POTRET aka GAMBAR:


Di hadapan PINTU MASUK KOLEJ KEDIAMAN 9

BANNER UCAPAN SELAMAT DATANG


Sebahagian daripada Ibu bapa dan pelajar yang mendaftar


Tudung Oren, NENEK sebelah emak, Sebelah tu semestinay emak. Yang depan tu? Adik Along yang darjah 2






Along ambil gambar dia, mata boleh pula pandang ke lain.


Cenderamata yang di jual



Kaunter Pendaftaran Kolej Kediaman 9

Flawless kan? Hehe, Ambil gambar di bawah terik mentari. Itu sebablah adik Along tutup bahagian PIPI sebelah kanan


Nila Adik Along yang masuk UM tu, hati-hati. Dia ni GARANG! Yang mana? Yang tudung kekuningan tu.



Beratur dengan penuh Semangat.

Cenderamata...

Dua jenis cenderamta yang Along beli dari KOLEJ KEDIAMAN 9. TOPI yang bernombor 9 Along beli dengan harga RM10.00. Pen tu Along beli dia sebenarnya. Satu warna UNGU, satu warna KUNING. Setiap batang PEN berharwa RM1.00. Warna-warna PEN berdasar gambar dalam kotang di ATAS.


Along rasa itu sahaja, YANG BAIK jadikan TAULADAN, YANG BURUK jadikan SEMPADAN.
Buat ANGAH! Belajar dan terus BELAJAR! Jangan berhenti! Capai cita-cita KAU! Banggakan EMAK,AYAH,ADIK_BERADIK terutama sekali ALONG kau ni hah! Along tetap SUPPORT kau! 


Salam Ukhuwah..
Adios...
MAASSLAMAH...

8 orang telah tinggal komen:

GIVEAWAY 1.0 BY HERNEE NAZIR

Saturday, August 29, 2015 Rahim Aim21 10 Comments

GIVEAWAY 1.0 BY HERNEE NAZIR


Giveaway Oleh herneenazir.com


Bismillah...
Alkisah...

giveaway hernee nazir
Klik Banner Di Atas Untuk Sertai


Assalamualaikum dan selamat petang. Ini adalah GA kedua yang Along sertai untuk BULAN ini. Walaupun agak lewat untuk sertai, namun, tidak bermakna sudah terlambat untuk sertainya kan? Tarikh tutup penyertaan, lebih kurang 3 hari sahaja dari sekarang. Macam mana nak sertai? Tu kat atas tu, KLIK sahaja BANNER tu. :).. Semoga berjaya buat semua yang menyertai. ALL THE BEST!!!


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSLAMAH...

10 orang telah tinggal komen:

OST JANJI ADAM | NASTIA BAND - Pastel & Prolog

Saturday, August 29, 2015 Rahim Aim21 6 Comments

OST JANJI ADAM | NASTIA BAND - Pastel DAN Prolog


Sebuah kisah, Janji seorang anak kepada ibunya...


Bsimillah...
Alkisah...




Assalamualaikum dan selamat tengah hari. JANJI, adalah sesuatu yang tampak mudah, tetapi sukar sebenarnya untuk di lasanakan secara SEMPURNA. Janji tidak hanya tertakluk sesama manusia sahaja. Tetapi, janji itu juga tertakluk di antara Manusia dan Penciptanya. Di saat lafaz SYAHADAH di ucapkan, di saat itulah termeterai JANJI Manusia kepada sang PENCIPTA. Kesaksian bahawa TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, dan MUHAMMAD PESURUH ALLAH merupakan JANJI UTAMA manusia yang beragama ISLAM. Refleksi diri, Apakah JANJI tersebut kita LAKSANA sebaiknya atau sebaliknya?

Alangkah indah, kalau setiap JANJI yang kita UNGKAPKAN, sama ada sesama mausia, atau kepada Tuhan yang ESA, tiada halangan yang menghalang kita untuk melaksanakan JANJI-JANJI tersebut. Mesti seronok, kalau semua yang kita lakukan di dunia ni, di permudahkan tanpa ada sebarang kesusahan. Namun, inilah yang dinamakan kehidupan. Semestinya, sebelum mencapai sesuatu yang kita inginkan, kita perlu lalui liku-liku kehidupan terlebih dahulu. Kerana di penghujung perjalanan kita, NIKMAT mengecapi KEJAYAAN adalah lebih MANIS. Tetapi, ramai yang BERHENTI sewaktu kejayaan lagi SEJENGKAL sahaja di hadapan mereka. Kenapa? Kerana mereka kenal ERTI PUTUS ASA berbanding ERTI TERUS ASA.

JANJI ADAM - Suatu drama bersiri yang mempunyai 20 EPISOD keseluruhannya. Berkisar tentang JANJI seorang anak SULUNG kepada ibunya, untuk MENCARI dan membawa PULANG 2 orang adik-adiknya yang telah lama terpisah semenjak daripada kecil. Dek kerana KEMISKINAN KELUARGA, si Ibu menyerahkan 2 orang adiknya kepada 2 keluarga yang berbeza dengan bayaran tertentu. Bukan atas niat MENJUAL ANAK, tetapi atas dasar ingin melihat kehidupan anak-anaknya TERJAMIN. ADAM, watak yang dimainkan oleh ZUL ARIFFIN berusaha sedaya mampu, untuk membawa pulang kedua-dua adiknya itu untuk tinggal semula bersama ibu mereka di kampung. Pelbagai KONFLIK, pelbagai RAGAM, Pelbagai kisah menarik berlaku sepanjang USAHAnya mendapatkan semula adik-adiknya itu. Nak tahu lebih lanjut? Apa kata, korang buat akaun di tonton.com.my, dan TONTONNYA secara percuma :)

OST JANJI ADAM | NASTIA - PASTEL





Cukup terpaku
Ku tatap syurgaku
Tangismu jujur
Kau cukup sempurna
Pinta saja kemana kau mahu
Pasti kau akan aku bawa
Belum terlambat untuk ku senyum
Kau masih selembut dulu
Jangan kau tunduk
Biar zahirmu Bisu
Lumrah dunia,
Kita sama saja

Jangan menangis andai ku pergi
Berpautlah dengan pesan ibu
Seperti kini kita berpeluk
Kau masih selembut dulu

PadaNya ku bersyukur
Adanya indah buatku
Genggam erat tanganku
Sepimu tak selamanya
Alam turut tersentuh
AnugerahNya itu kamu
dan bila ku tertidur
ku mohon untuk tetap denganmu.



OST JANJI ADAM | NASTIA - PROLOG






Mata tertutup dan jiwa lesu..
Saat kau genggam tanganku..
Hancur hatimu..
Maafkan aku terbuang cintamu..
Saat kau yakinnya rasa..
Kabur bayangku..

Hakikat yang benar tenggelam..
Buta indah pendinding jalan..
Meski ku hadiahkan kau pedih..
Namun engkau teguh menunggu..
Lamunanmu menjadi nyata..
Kau bangun semula..

Ooohhhh..seakan tlah sempurna
Ooohhhh..hakikatnya ku cinta
Ooohhhh..bungakan yang terindah
Ooohhhh..takkan pernah berubah



Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSLAMAH...

6 orang telah tinggal komen:

ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIQ

Friday, August 28, 2015 Rahim Aim21 12 Comments



ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIQ


Mudah sahaja nak menang hadiah! Semudah 1,2,3.


Bismillah...
Alkisah...

menangi hadiah wang tunai RM350, parody gambar, parody aksi, giveaway pertama saya, dramatic uniq, blogger malaysia
Klik Banner di atas untuk Sertai


Tempoh Menghantar Penyertaan : 5 hingga 31 Ogoos 2015 
Tempoh Pengundian : 1 hingga 15 September 2015 

Keputusan Akan Diumumkan (InsyaAllah) Pada Hari Malaysia
16 September 2015

*****

HADIAH YANG DITAWARKAN :

Tempat Pertama (Jumlah LIKE Terbanyak)  :  
Wang Tunai RM200

Tempat Kedua (Jumlah LIKE Kedua Terbanyak) :
Wang Tunai RM100

Hadiah Khas Pilihan Juri (Gambar Dengan Caption Paling Kreatif) : 
Wang Tunai RM50


Assalamualaikum! Korang nampak gambar di atas? Along panggil pemilik GAMBAR tu Kak Ain. GA ni dia lah yang buat. Lagi bebearpa hari sahaja nak tutup, Along baru dapat JOIN GA dia. JAdi, disebabkan ENTRY ini adalah ENTRY GA, Along Akan teruskan sahaja dengan GAMBAR penyertaan Along.

Kebanyakan orang mengatakan, mereka yang ada lesung pipit di pipi adalah tanda ada sel kulit MATI. Tetapi, apa yang orang-orang tersebut tak kata adalah, mereka yang ada lesung pipit ni COMEL kerana mereka CEMBURU di dalam HATI! :) Peace yosh!

Sama tak? Sama tak? Hampir sama kan? Haha, Cuma bezanya Kak Ain seorang perempuan, manakala Along seorang lelaki. Tetapi, tahap keCOMELan kami hampir sama. Kan? Hehe. Harapnya, dengan Along puji Kak Ain COMEL dapatlah Along FIRST PRIZE tanpa bertanding. Hahaha.. Gurau sahaja.

Sekian...
Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSLAMAH...


pst : Kak Ain, maaf sebab Along lambat sertai. Harapnya, Kak Ain tak marah la ya? Hehehe

12 orang telah tinggal komen:

OST EKSPERIMEN CINTA | TASHA MANSHAHAR FEAT. RJ - Terima Kasih Cinta

Friday, August 28, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

OST EKSPERIMEN CINTA | TASHA MANSHAHAR FEAT RJ - TERIMA KASIH CINTA


Dari lagu Cinta kepada seorang AYAH, Di adaptasi kepada Cinta SUAMI ISTERI


Bismillah...
Alkisah...




Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Cinta, suatu kata, suatu frasa UNIVERSAL. Apakah cinta dan sayang itu sama? Apakah sayang dan suka itu sama? Setipa TINGKATAN PERASAAN adalah berbeza, mengikut pengADAPTASIAN perasaan-perasaan tersebut dalam diri setiap INDIVIDU. Sebagai CONTOH, CINTA Along, terhadap KELUARGA Along dengan CINTA Along terhadap yang teristimewa di HATI Along, amatlah berbeza TINGKATANNYA. Kerana, Sejauh mana Along CINTAkan yang teristimewa di hati Along itu, Along akan lebih MENCINTAI keluarga Along, lebih-lebih lagi EMAK Along sendiri kerana Syurga Anak lelaki kan terletak di bawak telapak kaki ibu. Tapi, janganlah LURUS SANGAT ok? Karang, tak memasal ramai di kalangan KAUM ADAM, pergi ke kaki IBU mereka, angkat kaki ibu itu, semata-mata nak tengok SYURGA.

Lagu TERIMA KASIH CINTA ni asalnya adalah ucapan TERIMA KASIH buang SI BAPA dari ANAKNYA ( MENGIKUT Video Klip OFFICIALnya). Namun, tidak bermakna ia tidak boleh di guna pakai untuk berterima kasih kepada YANG TERISTIMEWA di hati kita. Betul tak? Hehehe

OST EKSPERIMEN CINTA

EKSPERIMEN CINTA


Siapa tengok DRAMA : EKSPERIMEN CINTA ni? Along berani mengatakan, ia sebuah drama yang MENARIK, penuh dengan adegan yang MENCUIT HATI, tentang CINTA yang pada asalnya di EKSPERIMENTASI akhirnya menjadi CINTA yang kekal di hati mereka berdua. Mana Along tahu? ALONG TONTON DRAMA TU SAMPAI HABIS ok? Walaupun Along tak tengok dari awal, tetapi, Akhirnya Along melayan sahaja DRAMA tu setiap petang SABTU dan AHAD. Mana tidaknya, FAHRIN AHMAD dengan IZREEN AZMINDA yang berlakun sebagai watak utama tu. IZREEN AZMINDA dah la CANTIK, LAWA, PIPI FLAWLESS, apa lagi ek pujian yang Along nak beri pada dia? Lagi-lagi, baru-baru ni, Kak IZREEM AZMINDA ini telah bertudung sepenuhnya, lagi la menyerikan lagi wajahnya. FAHRIN AHMAD pula? Terbaik lakonan dia, melakonkan DUA watak adik beradik kembar. Seorang yang bersikap baik, dan seorang yang bersikap agak TEREJAL. Haish, nak cerita dekat sini, macam tidak menarik pula. Apa kata korang TONTON sendiri DRAMA tu? Tak tahu nak TONTON dekat mana? Korang ni apalah, buatlah akaun dekat TONTON.COM.MY. Along yakin korang tahukan laman web apa tu? Jangan buat-buat tidak tahu pula ya...

TASHA MANSHAHAR FEAT RJ - TERIMA KASIH CINTA




LIRIK LAGU : TERIMA KASIH CINTA
TASHA MASHAHAR FEAT. RJ

RJ:

Bisikan rindu memanggil namaku
Dirikan coretan merebahkan naluri hatiku


TM:

Usah bimbang tentang aku
Ku selalu di sisimu
Hapuskan rasa ragumu
Ku cuma ada kamu

Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi

Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah

Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah

Hanya kamu satu saja
Tiada yang kedua
Di mana pun engkau berada
Di sini masih cinta

Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi

Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah

Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah


RJ:

Cinta, anugerah Maha Esa
Kita corak, kita gubah, kita dirikan
Seperti impian yang kita kejari
Semoga bersama hingga ke akhir nanti
Terima kasih cinta, kita kan bersama
Terima kasih cinta, buat selamanya
Seperti impian yang kita kejari
Semoga kita bersama hingga ke akhir nanti



TM:

Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi

Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah

Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah

Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah

Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah



Salam Ukhuwah...
Sekian..
Adios..
MAASSLAMAH...

2 orang telah tinggal komen:

Pelangi Cinta - Webisod Series

Friday, August 28, 2015 Rahim Aim21 0 Comments

PELANGI CINTA - WEBISOD SERIES


Sebuah Drama ONLINE dari CLEAR MALAYSIA


Bismillah...
Alkisah...



Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Along pelik terhadap diri sendiri. Hari-hari, sukar untuk Along tidur di waktu malam. Hari-hari juga, Selepas bangun untuk bersolat SUBUH, Along akan tidur semula dan bangkit semula daripada tidur sekitar pukul 10.00 PAGI. Herm, tetapikan, bila Along tidur lewat, sekitar pukul 3 dan ke atas. Pasti leas SUBUH Along kurang mengantuk, ni yang Along bertambah pelik ni terhadap diri sendiri. Herm... Abaikan sahajalah aduan Along ni, dan kita FOKUS pada ENTRY pada kali ini.

Korang perasan tak? Bila nak tengok YOUTUBE, pasti kebanyakan VIDEO akan tayangkan IKLAN terlebih dahulu. Ada IKLAN tentang DRAMA, ada IKLAN tentang PROMOSI BARANG, ada IKLAN tentang PERTANDINGAN dan sebagainya. Ada sesetengah iklan tu, kita boleh abaikan dengan menekan butang SKIP, namun ada sebahagiannya kita tidak boleh abaikan dan terpaksa menunggu sehingga iklan tersebut tamat.

CLEAR | Pelangi Cinta : Webisod Series


WEBOSID 1

WEBISOD 2


Along juga macam korang, apabila ada iklan sahaja yang MENGHALANG korang tengok video yang korang nak sangat tengok tu, SEMESTINYA akan SKIP iklan tersebut. Namun, tidak semua iklan Along SKIP. Contohnya, iklan berkaitan dengan tajuk di atas. Pertana kali melihat IKLAN tersebut, hati Along tertarik untuk ketahui lebih lanjut tentang jalan ceritanya. Maklumlah, Pelakon utamanya adalah SHAHEIZY SAM dengan JULIANA EVANS, semestinya Along akan sanggup meluangkan masa untuk melihat iklan ini kerana Along sangat meminati corak dan gaya lakonan SHAHEIZY SAM.

Dari cerita ADNAN SEMIT, NGANGKUNG, NONGKRONG dan sebagainya, kebanyakan FILEM atau DRAMA lakonan BELIAU pasti akan Along tonton. Memanglah, Along tidak mampu tonton semua, tetapi, Along akan tetap cari masa untuk tonton cerita-cerita lakonan beliau. PELANGI CINTA ni, baru ada DUA EPISOD di YOUTUBE tu. Setiap minggu, EPISOD BARU akan di muat naik ke YOUTUBE. Memandangkan, semalam baru sahaja EPISOD 2 di UPLOAD, makanya, kenalah tunggu MINGGU HADAPAN untuk EPISOD 3. Apa tunggu lagi? Tontonlah video yang Along kongsikan tu. Takkan Along kena cerita semuanya kot? Tak SYOK la kalau macam tu kan?


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...

p/s: Ingin tahu lebih lanjut tentang ini di CLEAR MALAYSIA channel dekat YOUTUBE? Klik Sini :

0 orang telah tinggal komen:

Kejatuhan Mata Wang Ringgit - REALITI

Thursday, August 27, 2015 Rahim Aim21 10 Comments

KEJATUHAN MATA WANG RINGGIT - Realiti


Kesannya terhadap rakyat biasa,


Bismillah...
Alkisah...

KEHIDUPAN SUASANA PERMAI DESA


Assalamualaikum dan selamat pagi. Sedang Along duduk-duduk depan LAPPY kesayangan sambil memikirkan suatu ENTRY yang bakal menarik minat korang semua untuk membaca, Along mengambil inisiatif dengan mendengar beberapa muzik terlebih dahulu sebelum Along menulis. Bukan apa, RAKYAT SEKARANG PERLUKAN HIBURAN (Mengikut kata-kata salah seorang daripada kawan Along). Ayat dia tu agak SARKASTIK sebenarnya, tapi mempunya MAKNA yang sangat MENDALAM. Jadi, Along juga perlukan suatu hiburan untuk diri sendiri di pagi hari. Tetapi, bukannya hiburan yang di maksudkan oleh kawan Along tu. Kalau korang tahu, HIBURAN apa yang di maksudkan, Baguslah.

RINGGIT DINIAGAKAN SECARA POA


Ringgit diniagakan secara POA



Apakah itu POA? Kenapa Ringgit diniagakan secara POA? POA atau ayat panjangnya, PRICE ON APPLICATION atau makna kasarnya dalam BAHASA MELAYU adalah HARGA YANG DI PINTA. Dalam konteks ini, peranan POA adalah menunjukkan nilai mata wang ringgit seolah-olah tiada harga untuk diniagakan. Dek kerana kejatuhan nilai ringgit saban hari dikatakan menjadi punca dan asbab, kenapa RINGGIT diniagakan secara POA di sesetengah negara. Along tidaklah berapa pandai dalam bab mengulas turun naik harga RINGGIT dan proses ianya di niagakan, cumanya, selama ini, Along belum pernah dengar lagi RINGGIT DINIAGAKAN SECARA POA. Persoalannya, apakah ini zaman kejatuhan EKONOMI MALAYSIA? Along sendiri tidak tahu. Di sini, ada sedikit info tentang POA yang sedang do alami oleh mata wang kita.


Sebahagian dari kita tidak merasai kesannya


ORANG TUA JALAN BERTONGKAT



Inilah realiti kita sebagai RAKYAT MALAYSIA. Ringgit di niagakan TINGGI ke, RENDAH ke, apa kesannya bagi kita? Bagi sebahagian besar daripada kita? Ekonomi dan cara hidup kita tetap sama. Belian barang tetap dengan harga yang sama. NILAI WANG juga kekal sama. Sebab apa? Sebab kita guna di dalam NEGARA KITA sahaja. Kita tidak buat pertukaran WANG ASING untuk di guna pakai di negara luar. Takkan kita secara tiba-tiba, jumpa pengurup wang, tukar nilai ringgit ke mata wang YEN mahupun USD untuk diguna pakai dalam negara sendiri? Semestinya peniaga tidak akan menerima wang anda semua. Kerana, perniagaan dalam MALAYSIA sendiri, menggunakan Mata wang RINGGIT hampir keseluruhannya. Mungkin, wujud, perniagaan dalam MALAYSIA sahaja yang menggunakan MATA WANG ASING, Namun, hanya sebahagian kecil sahaja penggunaannya.

Perasan tak satu perkara? NILAI RINGGIT ini sedikit sebanyak ada kena mengena dengan ekonomi negara. Bayangkanlah kan, kalau NILAI RINGGIT diniagakan TINGGI daripada biasa, SEMESTINYA EKONOMI Negara akan KUKUH. Bagaimana pula dengan Rakyat? Kemungkinan kenaikan harga barang berlaku itu ada, sedangkan RINGGIT di niagakan seperti biasa pun, barangan keperluan asas sentiasa naik harga. Tetapi, perasan tak? Bila ekonomi kurang STABIL? Apakah harga barangan di turunkan mengikut keTIDAK STABILAN ekonomi tersebut? Eh, kejap, Along cakap RINGGIT, kenapa tiba-tiba cakap pasal keTIDAK STABILAN ekonomi Malaysia ni? Ekonomi, bukan ke guna mata wang? Jadi, Along rasa, semuanya berkaitan. Jika salah penilaian Along terhadap perkara ini, tolong betulkan.

Percayalah, ada di antara kita. Langsung tidak ambil tahu pun tentang nilai ringgit untuk pertukaran WANG ASING. Kerana, mereka sekadar hidup di Malaysia, Melancung sekadar dalam Malaysia dan tidak keLUAR NEGARA. Kerana itulah, NILAI RINGGIT tetap di kira sama, tiada kenaikan, tiada pula penyusutan secara kasarnya. Tidak perlu pening-pening kepala, kerana mereka sekadar rakyat biasa.

JEMAAH HAJI, TERASA SEDIKIT KESANNYA


JEMAAH HAJI 2015



Ini, Realiti. Mengikut Sumber dari WEBSITE : (http://www.currency.me.uk/convert/myr/sar), anda boleh lihat sendiri, kadar kejatuhan nilai RINGGIT apabila di tukar kepada mata wang RIYAL. Setipa hari, walaupun nilainya jatuh sedikit demi sedikit, namun jika ASYIK JATUH sahaja, makin lama NILAI itu menjadi BESAR dan semakin MEMBESAR. Jemaah Haji, semestinya terasa sedikit kesan hasil daripada nilai RINGGIT yang semakin jatuh, hari demi hari. Kan realiti JEMAAH HAJI kita, pasti akan MEMBELI pelbagai jenis KEKACANG, KURMA, KISMIS, JUBAH, SEJADAH dan pelbagai lagi barang untuk di bawa pulang sebagai hadiah buat sanak saudara atau kawan-kawan yang apabila mereka pulang ke MALAYSIA nanti. Jadi, tidak salah lah Along katakan, Jemaah Haji kita akan merasa kesan kejatuhan nilai ringgit di sana. Bila buat tukaran WANG ASING sahaja, dari Ringgit ke Riyal, Dari situlah bermulanya kesan tersebut dapat di rasai. Kalau dari Malaysia, seseorang Jemaah itu bukanlah seorang yang berjimat cermat. Harapnya, apabila sampai di sana nanti, berubahla insan tersebut menjadi seorang yang sangat berjimat-cermat. Hadiah untuk sanak saudara dan kawan-kawan itu tidak penting, yang penting adalah AMAL IBADAH KORANG diterima Allah. Buat bersungguh-sungguh IBADAH tu.


Sekian...
Adios...
Salam Ukhuwah...
MAASSALAMAH...

10 orang telah tinggal komen:

Jenis-Jenis WINDOWS ( Dahulu sehingga kini)

Wednesday, August 26, 2015 Rahim Aim21 4 Comments

JENIS-JENIS "WINDOWS" (Dahulu Sehingga Kini)


Sejarah "WINDOWS" - Merentasi Masa, Mengukir Nama.


Bismillah...
Alkisah...

(Ihsan Google)

Assalamualaikum dan selamat malam. Sudah beberapa hari juga Along tidak mengUPDATE sebarang ENTRY di blog Along ni. MALAS! Itu perkataan sesuai buat Along untuk beberapa hari ni. Idea untuk menulis itu memang ada, tapi MALAS telah mengusai diri. MALAS ni, kalau tak di lawan, tiada guna juga. Ia akan kekal dalam diri apabila kita tidak BERUSAHA gigih melawannya dan mengusirnya JAUH-JAUH dari diri kita.

Malam ini, Along ingin kongsikan suatu sejarah LAMPAU yang telah banyak mengubah KEHIDUPAN hampir keseluruhan MANUSIA. PEMIKIRAN IDEA KREATIF yang dahulunya di anggap seperti MUSTAHIL, di realisasikan sehingga menjadi antara perkara terpenting dari aspek KEMAJUAN dan juga TEKNOLOGI buat kita sebagai PENGGUNA.

BILL GATES & PAUL ALLEN - DUO Pencetus Idea MICROSOFT


Microsoft co-founders Paul Allen (left) and Bill Gates surrounded by computers


Mengikut sejarah, sebelum kewujudan ENTITI bernama KOMPUTER, penggunaan mesin TYPEWRITER adalah cara untuk kita menulis dan menaip suatu-suatu bahan percetakan. Selain itu, penggunaan KERTA KARBON menjadi alternatif untuk kita menyalin satu-satu DOKUMEN. BILL GATES dan PAUL ALLEN, merasakan KOMPUTER PERIBADI merupakan jalan menuju ke masa hadapan. Dari sini tercetusnya IDEA dalam membangunkan sebuah syarikat yang di beri nama MICROSOFT. Visi mereka? Ingin melihat setiap rumah, ada DESKTOP sendiri.

WINDOWS 1.0


The Windows 1.0 desktop


Inilah dia, WINDOWS pertama yang di keluarkan secara RASMI dari pihak MICROSOFT pada 20 NOVEMBER 1985. Pada asalnya, mereka memanggil sistem ini dengan kod "INTERFACE MANAGER". Tetapi, mereka menggunakan perkataan WINDOWS memandangkan ia lebih mudah untuk mewakili KOTAK-KOTAK atau TINGKAP yang menjadi asas kepada sistem baharu ini. Sistem ini, merupakan sistem pertama yang mengunakan DROP DOWN MENUS, SCROLL BARS, ICONS dan juga DIALOG BOXES. Selain itu, ianay juga di lengkapi dengan beberapa SOFTWARE lain seperti PAINT, CALCULATOR, WINDOWS WRITER, NOTEPAD, CALENDER, CARD FILE dan juga JAM. WOW! Percaya atau tidak? Along pun macam kurang percaya. Namun, inilah realitinya. Apa yang SEDIA ADA dalam LAPTOP atau DESKTOP kita sekarang ini, telah ada dan wujud sejak dari WINDOWS 1.0 lagi. Cumanya, INTERFACE memang berbeza kerana semuanya mengalami PROSES INOVASI.

WINDOWS 2.0 - 2.11


The Windows 2.0 desktop


WINDOWS 2.0 ini di keluarkan secara rasmi pada 9 DISEMBER 1987. Lebih kurang 2 TAHUN selepas WINDOWS 1.0 Diumumkan. Ianya adalah penambah baikan kepada WINDOWS 1.0. Dengan penambahan KAPASITI MEMORI dan juga DESKTOP ICONS, semestiya boleh membantu pengguna ketika itu dan memudahkan penggunaan mereka dalam mengendalikan kerja yang memerlukan penggunaan komputer. Menarik bukan? Kerana pada tahun 1988, MICROSOFT telah menjadi SYARIKAT PERISIAN KOMPUTER TERBESAR DI DUNIA. Dan, KOMPUTER telah menjadi sebahagian daripada penggunaa harian oleh PEKERJA PEJABAT.

WINDOWS 3.0 - WINDOWS NT


The Windows 3.0 desktop


PADA 22 MAY 1990, WINDOWS 3.0 di keluarkan secara rasmi oleh SYARIKAT WINDOWS. Tidak lama selepas itu, WINDOWS 3.1 pula di keluarkan pada tahun 1992. Ada suatu perkara menarik dekat sini yang Along nak korang tahu. Dalam tempoh 2 tahun ni, antara 1990 - 1992, SYARIKAT MICROSOFT telah berjaya menjual 10 JUTA salinan perisian mereka. Banyak tu! Agak-agak berapa ringgit lah kan satu-satu OPERATING SYSTEM tu di jual? Baru 3 jenis WINDOWS, tapi, dah KAYA tahap NAK #%@$^#!

Windows, yang selama ini, di guna pakai untuk memudahkan pekerjaan harian, telah dimuatkan dengan SOFTWARE yang di beri nama GAME. Solitaire, Hearts dan juga Minesweeper. Ok, Siapa pernah main GAME-GAME ini kita geng. Kerana GAME-GAME ini, kekal wujud sehingga ke WINOWS XP.

WINDOWS NT? Lebih kepada BISNES.

WINDOWS 95


The Windows 95 desktop


Siapa pernah dengar tentang WINDOWS 95 ni kita GENG. WINDOWS yang di keluarkan pada 24 OGOS 1995 ini telah mencatat suatu rekod baru dalam penjualan sistem windows dengan berjaya terjual sebanyak 7 JUTA dalam tempoh 5 minggu yang pertama semenjak ianya di umumkan. Dan dari sinilah, wujudnya ciri-ciri BAHARU yang kita guna pakai sehingga KINI iaitu, START MENU, TASKBAR, MINIMIZE, MAXIMIZE dan CLOSE BUTTONS bagi setiap WINDOWS atau TETINGKAP yang di buka. Dan dari sini juga lah, bermulanya penggunaan INTERNET kerana WINDOWS 95 mempunyai BUILT-IN INTERNET SUPPORT.

WINDOWS 98 - WINDOWS ME - WINDOWS 2000


The Windows 98 desktop


WINDOWS 98 - Di keluarkan secara rasmi pada 25 JUN 1998. Windows ini lebih mesra pengguna berbanding Windows 95. Along tahu, sebab Along sendiri pernah guna WINDOWS 98 dahulu. Windows ini, di katakan sebagai "WORKS BETTER, PLAYS BETTER". Kerana WINDOWS 98 adalah sistem PERTAMA keluaran MICROSOFT yang mampu membantu pengguna membuka dan menutup Tetingkap Windows dengan lebih pantas, mndukung penggunaan DVD begitu juga USB, dan juga penggunaan QUICK LAUNCH BAR yang memudahkan pengguna untuk membuka apa-apa program tanpa perlu mencarinya di START MENU mahupun DESKTOP.


The Windows¤Me media experience


WINDOWS ME - Windows ini lebih kepada penggunaan MEDIA. Percaya atau tidak, WINDOWS ME ini menawarkan lebih banyak LAGU, lebih banyak VIDEO untuk pengguna. Setiap WINDOWS semestinya mempunyai suatu kelebihan yang BAHARU berbanding WINDOWS-WINDOWS sebelumnya. Begitu juga WINDOWS ME ini. Dari sini lah bermulanya kewujudan 3 jenis perisian baru buat sistem WINDOWS ini yang di beri nama SYSTEM RESTORE, MOVIE MAKER dan juga MICROSOFT WINDOWS MEDIA PLAYER 7. Windows ME ini adalah Windows terakhir yang menggunakan WINDOWS 95 BASE CODE.


Windows 2000 Professional


WINDOWS 2000 - Di cipta hasil daripada penambah baikan WINDOWS NT 4.0 BACE CODE. IAnya di cipta untuk menggantikan WINDOWS 95, 98 dan juga NT WORKSTATION 4.0. Sekian..

WINDOWS XP


The Windows XP Home Edition desktop


HAH! Jangan terkejut. Along sekadar ingin menggembirakan hati dan jiwa sendiri ketika menaip keseluruhan enty ini. Akhirnya, Tiba juga Along dalam penulisan berkaitan dengan WINDOWS- WINDOWS yang agak TERRRRRRRKENAL dan masih WUJUD PENGGUNAANNYA sehingga KINI! Oh, YESZA!!! WINDOWS XP, THE LEGENDARY WINDOWS XP! Along masih ingat lagi, saat kali pertama menggunakan WINDOWS XP, rasa teruja tahap GABAN! MAna tidaknya, WINDOWS XP ni SUPPORT pelbagai jenis GAME! Pernah dengar game DOTA? RED ALERT? WARCRAFT? STARCRAFT? Windows XP SUPPORT ke semuanya. Windows XP ini di keluarkan pada 25 OKTOBER 2001. Bak kata orang putih "FAST AND STABLE".

WINDOWS VISTA


The Windows Vista desktop


Along pasti, sesiapa sahaja yang pernah menggunakan WINDOWS XP, akan sedikit teruja untuk menggUPGRADE OS korang ke WINDOWS VISTA ini. VISTA yang di keluarkan pada tahun 2006 ini mempunyai sistem keselamatan yang paling tinggi berbanding WINDOWS-WINDOWS sebelumnya. Namun, dari kaca mata Along sendiri, VISTA ni, jenis WINDOWS yang kurang sesuai dengan GAMING. Herm... Tapi, sepertia biasa MICROSOFT BERJAYA MENGHASILKAN INTERFACE yang sangat-sangat menarik. Contohnya START MENU yang menjadi bulan dan lebih kecil berbanding WINDOWS XP. Selain itu WINDOWS TRANSPARENCY mula diperkenalkan secaar rasmi pada VISTA.

WINDOWS 7


The Windows 7 desktop


Along yakin, masih ramai pengguna WINDOWS 7 ni. Kerana RAMAI yang tidak suka akan INTERFACE WINDOWS 8 / 8.1. Along juga macam koarng dahulu. Tapikan, sampai bila kita tidak mahu keluar dari kepompong WINDOWS 7 dan mencuba WINDOWS baru yang telah diUPGRADE oleh SYARIKAT MICROSOFT tu? WINDOWS 7, Herm. Windows 7 ni lebih BAIK berbanding WINDOWS VISTA. Percayalah! Kerana, Along agak KONFIUS, tidak faham. Kenapa Windows tidak REALEASE WINDOWS 7 terus selepas WINDOWS XP. Huhuhu. Kenapa perlu VISTA? Kenapa?

WINDOWS 8 - WINDOWS 8.1


A PC running Windows 8


WINDOWS 8 - Boleh Along katakan, ianya WINDOWS yang agak GAGAL. Maaf Along katakan, WINDOWS 8 banyak sangat masalah. LEMBAB, PENGGUNAAN RAM tidak STABIL. Memang INTERFACE dia amat berlainan dengan INTERFACE WINDOWS XP, VISTA begitu juga 7. Dengan START MENU yang tiada BUTANG start menu. Apa lagi ek? Bila buka applikasi WINDOWS 8 sendiri seperti PHOTO VIEWER, MUSIC PLAYER dan sebagainya, tiada butang TUTUP atau PANGKAH atau MAXIMIZE dan MINIMIZE di penjuru atas sebelah kanan. Sungguh MERAPU! Sangat MERAPU! Hahaha. Puas Hati...

WINDOWS 8.1 - ALHAMDULILLAH. Berkat kesabaran pengguna WINDOWS 8, dengan memberi FEEDBACK-FEEDBACK yang MEMBANGUN kepada MICROSOFT. Akhirnya, pelbagai FEATURES telah dikembalikan semula kepada pengguna WINDOWS. Windows 8.1 adalah PENAMBAH BAIKAN yang sangat TIP-TOP di tahap TERBAIK. Start Menu dah ada semula. MAXIMIZE, MINIMIZE dan CLOSE button dah di wujudkan semula. Penggunaan WINDOWS yang lebih STABIL, LANCAR dan PANTAS. Senang cerita, Along sangat berpuas HATI!!!! Bagi pengguna WINDOWS 8 yang masih setia dengan WINDOWS 8 walaupun korang sedar, WINDOWS 8 banyak kekurangan, Along BERHARAP SANGAT. Korang UPGRADE windows korang ke WINDOWS 8.1. Please....

WINDOWS 10




Inilah dia, WINDOWS yang LATEST atau TERBARU. Susah Along nak cakap tentang WINDOWS ini. Korang semestinya dapat NOTIFICATION dari WINDOWS kan? Syarikat MICROSOFT mengedarkan secara PERCUMA WINDOWS 10 ini kepada semua penggunannya melalui NOTIFICATION tersebut. Koarng semua perlu RESERVE terlebih dahulu, dan apabila tiba masanya. KORANG boleh DOWNLOAD dan INSTALL bila-bila masa sahaja WINDOWS 10 tu. Ramai antara kita telah pun INSTALL, begitu juga Along. Namun, Entahlah. Along agak KECEWA setelah beberapa ketika penggunaan WINDOWS 10 ini. WINDOWSNYA agak LEMBAB dan KURANG LANCAR. NVIDIA Along UNABLE untuk di guna pakai untuk game seperti PES. Untuk bukak satu-satu SOFTWARE, agak memakan masa! Memanglah, START BUTTON dia, apabila di TEKAN, lebih mesra alam kembali seperti INTERFACE WINDOWS XP,VISTA dan 7 dengan sedikit penambah baikan. Namun, kerana sistem operasi yang agak LAMBAT membuatkan Along rasa TERTEKAN. Huhu. Mujur Boleh REVERT semula ke WINDOWS 8.1. Kalau tidak, aniaya diri weyh!  Windows 10 ni, perlukan penambah baikan seperti WINDOWS 8 dahulu, Mana tahukan, akan datang wujudnya WINDOWS 10.1 ke. Windows 10 yang lebih STABIL, LANCAR dan PANTAS untuk di gunakan.


Itu sahaja SEJARAH dan JENIS-JENIS WINDOWS (Dahulu Sehingga Sekarang). Windows-windows yang Along sendiri pernah guna, Along REVIEW mengikut kaca mata hitam Along sendiri. Semuanya adalah hasil PNEGALAMAN Along sendiri.Setiap orang berbeza pengalaman. Bagaimana dengan pengalaman korang semua? Share di kotak COMMENT di bawah ni...


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...




NOTA KAKI : Sumber RUJUKAN Along datangnya dari WEBSITE MICROSOFT sendiri. Kesuluruhan gambar juga Along ambil dari WEBSITE mereka. Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan dengan sejarah MICRSOFT, boleh baca sini :

4 orang telah tinggal komen:

TUTORIAL : POST ENTRY BLOG KE PELBAGAI GROUP FACEBOOK SECARA SERENTAK

Friday, August 21, 2015 Rahim Aim21 31 Comments

TUTORIAL : POST ENTRY BLOG KE PELBAGAI GROUP FACEBOOK SECARA SERENTAK


Cara POST URL Entry Blog Ke Pelbagai Jenis Group Di FACEBOOK Secara Serentak


Bismillah...
Alkisah...



Assalamualaikum dan selamat petang, Untuk ENTRY pada kali ini, Along tidak mahu BEBEL panjang. Along tidak mahu membuang masa dengan menaip cerita yang tidak ada kaitan dengan ENTRY di perenggan pertama ini, Kerana Along tahu. PASTINYA, SEMESTINYA ramai yang ingin tahu, CARA POST URL ENTRY BLOG korang semua KE PELBAGAI JENIS GROUP FACEBOOK secara SERENTAK! Ianya suatu TUTORIAL MUDAH dan RINGKAS! Percayalah~.

Selama bertahun-tahun lamanya, Along sendiri mencari SOLUSI kepada permasalahan semua BLOGGER berkaitan perkara ini, AKHIRNYA Along temuinya semalam. Amat mudah, Amat ringkas. Hanya perlu ikuti ARAHAN Along di bawah ini, semestinya KORANG SEMUA akan BERJAYA!

TUTORIAL MUDAH : 

CARA POST ENTRY BLOG KE PELBAGAI GROUP FACEBOOK SERENTAK


1) Buka Link Ini : Facebook Developer

FACEBOOK DEVELOPER


2) Cari : Send Button Configurator


3) Isi Ruang URL to send dengan URL ENTRY korang semua. Kemudian Tekan butang Send tu. Pastikan korang tekan butang SEND itu DUA KALI. Sebab, bila tekan kali pertama, ianya adalah bertujuan memproses LINK. Bila tekan kali kedua, baru anda boleh send kepada mana-mana GROUP yang anda mahukan secara serentak.



4) Ruang RECIPIENTS tu korang semua boleh isi sebanyak yang anda semua mahukan. Bukan sahaja GROUP-GROUP BLOG di FACEBOOK. Group lain pun boleh. Dekat WALL kawan-kawan korang pun boleh. RUANGAN MESSAGE tu, macam biasalah, isilah pesanan PENAJA korang semua untuk mengajak orang di luar sana BW ke blog korang semua.

5) Tamat Sudah..

Mudah bukan? Terima kasih kepada pemilik Blog : Anything By Mia atas perkongsian TUTORIAL yang cukup bermakna ini buat SEMUA PARA BLOGGER seperti Along, korang dan mereka. Nak ke Blog dia? Klik sahaja perkataan Anything By Mia itu. Sungguhpun Entry dia berkaitan TUTORIAL ini di tulis pada 4 SEPTEMPER 2012 dan mengikut ARCHIEVE blognya, penulisannya juga turut bermula dan berakhir pada bulan yang sama. Namun! Dek kerana TUTORIAL dia lah Along mampu berkongsi TUTORIAL yang sama di BLOG Along. Terima Kasih buat dia.

Begitu juga, Along ingin berterima kasih buat pemilik blog : ADASYA kerana berkongsi di blognya 38 jenis GROUP untuk BLOGGER di FACEBOOK untuk kita semua PING, SHARE, dan berkenalan dengan BLOGGER-BLOGGER lain yang wujud di MALAYSIA ini. Kalau korang nak tahu, korang boleh cek ENTRYnya di sini : BLOGGER GROUP di FACEBOOK.

Itu sahaja Entry TUTORIAL : POST ENTRY BLOG KE PELBAGAI GROUP FACEBOOK SECARA SERENTAK dari Along. Along harap sangat, ianya memberi MANFAAT kepada semua. Along kongsikan pun, sebab Along nak kita sama-sama berjaya dalam dunia BLOGGING ini. :)


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH..

31 orang telah tinggal komen: