AKU DAN BLOGGER PULAU PINANG ARZMOHA

Friday, December 16, 2016 RahimAim21 22 Comments

Bismillah...
Akisah...

Bersama Blogger ARZMOHA di Nasi Kandar Beratur

Assalamualaikum dan selamat malam. Malam ni Along nak kongsikan suatu coretan yang cukup ringkas buat bacaan korang semua. Ya, Along tahu, sudah agak lama Along tidak menulis sebarang coretan di laman perkongsian maya Along ni. Sabarlah, bukan tak ada IDEA untuk berkongsi sebarang cerita, cumanya, TIADA MASA yang sesuai sahaja untuk Along duduk di hadapan LAPTOP untuk Along taip satu persatu cerita buat bacaan korang semua.  Terima kasih buat semua yang masih setia, untuk berkunjung singgah ke blog Along, membaca hampir ke semua catatan peribadi Along, sama ada pengalaman ataupun berbentuk nasihat buat diri Along sendiri.

Oklah, daripada Along bercerita panjang perkara yang tidak berkaitan dengan topik catatan Along pada malam ini, lebih baik Along kembali kepada tajuk. Hah! Siapa kenal Abang ARZMOHA dari blog www.arzmoha.com. Kenal tak? Tahu tak? Pernah berkunjung ke blog beliau tak? Tak? Tak? Tak? Aduh! Ruginya korang... Korang patut cepat-cepat ke Blog beliau ok? Sebab beliau juga ada satu ENTRY berkaitan dengan apa yang Along bakal kongsikan pada malam ini :)

Siapa sangka, perkenalan kami yang bermula hampir setahun yang lalu, sekadar berhubung di alam maya kerana minat yang sama iaitu BLOG, berjaya dimeteraikan dengan sebuah perjumpaan. Alhamdulillah. Rasa macam mimpi pun ada. Tapi, tulah, rasa beruntung sebenarnya. Beruntung menjadi seorang BLOGGER. Dapat ramai kawan SERATA MALAYSIA. Dan salah seorangnya adalah beliau yang Along panggil sebagai Abang Arz. Seorang blogger dari PULAU MUTIARA yang sangat BAIK HATI dan berfikiran jauh dalam dunia BLOGGING. Seorang yang RAMAH juga mudah untuk dibawa BERBUAL. Senang cerita, sepanjang perjumpaan kami, Along tidak rasa KEKOK langsung. :)

Nak kata perjumpaan kami ini perjumpaan yang DIRANCANG, tidak juga. Sebab, Along sendiri pergi PULAU PINANG atas sebab menyertai suatu pertandingan yang dianjurkan oleh UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG. Kiranya, Along pergi bawah USIM, naik bas USIM, dengan pelajar-pelajar USIM yang lain dari JURUSAN KOMUNIKASI yang Along ambil. KEBETULAN, kebetulan sahaja ok? Along kongsikan dalam GROUP yang Along sertai dalam WHATSAPP bahawa Along berada di PULAU PINANG, dan Abang ARZ ada dalam group tu. Abg ARZ cadang ajak berjumpa. Along pun apa lagi. GEMBIRA SANGAT-SANGAT. Hahaha. Macam budak-budak kan? Bukan apa, bukan senang nak jumpa BLOGGER lain dalam dunia REALITI ni. Lagi-lagi BLOGGER yang duduk JAUH daripada tempat yang kita duduk. Korang mesti boleh bayangkan kan?

Along sanggup tahu, tak keluar dengan kawan-kawan Along yang lain? Diorang punyalah seronok pergi PESTA PENANG, Along sanggup tak pergi, asalkan dapat bersua muka dengan BLOGGER dari UTARA ni. FACE TO FACE bak hang!!! Bila lagi kan? Silap-silap, tak akan ada lagi ruang dan waktu serta peluang untuk kami berjumpa. Siapa tahu kan? Oklah, cerita panjang, jadi pendek. Abang Arz bawa Along jalan-jalan pusing-pusing sekitar Pulau Pinang. Sepanjang perjalanan tu, macam-macam cerita kami bualkan. Dari penulisan blog untuk tarik pembaca, sehinggalah ke bab politik di Negeri masing-masing. Semuanya kami bualkan. POLITIK? Apa? Salah ke kami bincang bab tu? Ala, takkan itupun tak boleh?

Nasi Kandar Beratur Resipi Original Pulau Pinang

Akhirnya, kami tamatkan perjalanan kami berpusing-pusing sekitar Pulau Pinang dengan berhenti di kedai di atas. YA! NASI KANDAR BERATUR RESIPI ORIGINAL SEJAK 1943! Bila lagi kan nak makan Nasi Kandar original dari Penang? Atau lebih tepat, bila lagilah agaknya Along dapat pergi PENANG lagi? Silap-silap, inilah kali pertama dan kali terakhir aku ke PENANG. Siapa tahu, kan? Along ni, bab NASI KANDAR, tidaklah tahu mana. Cuma tahu sahaja tentang kewujudan NASI ni. Jadinya, inilah satu-satunya peluang untuk Along merasa sendiri NASI KANDAR. 

Nasi Kandar | Daging dengan telur

Oklah, sebabkan Along tak berapa nak PANDAI dalam memilih LAUK untuk NASI KANDAR, makanya, Along pilih lauk yang sama sahaja dengan apa yang Abang Arz pilih. Senang bukan? Hahaha. Dari pengalaman Along, yang pertama kali makan, rasa Nasi ni, herm..herm... SEDAP BAK HANG!!! Sedap sangat-sangat. Rasa PUAS HATI sebab dapat merasa salah satu MAKANAN TRADISI orang-orang Pulau Pinang ni. InsyaAllah, suatu hari nanti, bila berkunjung singgah ke Pulau Pinang lagi, Along akan CARI dan makan NASI KANDAR ni. Tak kisahkah, NASI KANDAR BERATUR ke, NASI KANDAR LINE CLEAR ke, atau apa-apa NASI KANDAR, InsyaAllah, Along akan beli dan makan.

Sebagai penutup CERITA, Terima Kasih tak terhingga buat Abang ARZMOHA dari Blog : www.arzmoha.com kerana sudi meluangkan masa dengan Along sewaktu Along berada di Pulau Pinang. Memang terbaik! Suatu hari nanti, kita berjumpa lagi ya? InsyaAllah, mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya buat kita, juga buat semua blogger-blogger di luar sana. Agak-agakkan, lepas ni, siapa pula bakal Along jumpa? Korang tu, agak-agak nak jumpa Along tak? Nak tak? Sudi-suilah kiranya ajak Along berjumpa ya? hehehe....


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...
n_n


Link Blog Abang Arz : 

22 orang telah tinggal komen:

AKU MAHU TERBANG BEBAS

Sunday, November 27, 2016 RahimAim21 8 Comments

Bismillah...
Alkisah...

Terbang tinggi
Ihsan GAMBAR dari : (LINK)

Assalamualaikum dan selamat malam... Rasa sejuk sahaja dari pagi sampai lah sekarang. Sekejap hujan, sekejap berhenti. Mata ni rasa mengantuk sentiasa. Seolah-olah memujuk diri ini agar tidur untuk suatu jangka masa yang panjang. Hanya bangun untuk solat, makan dan kembali semula ke hamparan tempat tidur yang agak selesa, hanyut semula dibuai mimpi kosong yang tidak bernoknat.

Along tahu, sudah agak lama Along tidak mencoretkan sebarang coretan hati di ruangan perkongsian maya Along ni. Bukan tak rindu, cuma berlaku kekangan masa yang tidak dapat dielakkan. Ada sahaja perlu dilakukan sebagai seorang pelajar Universiti. Lagi-lagi sekarang ni, Along sudahpun berada di semester 7, tahun 4. Semester depan, Along perlu jalani praktikal pula. Herm... Wallahualam. Doakan Along kuat. Doakan Along agar sentiasa ada untuk kongsikan sesuatu buat korang semua.

Korang pernah tak terfikir untuk terbang bebas seperti burung? Mesti pernah kan? Sebab ianya perkara yang hampir sama, setiap seorang daripada kita berfikir apabila kita ditimpa masalah. Masalah tu, bukannya spesifik kepada masalah yang KITA SENDIRI CARI. Sebab, masalah tu, boleh datang TANPA KITA SENDIRI pinta. MASALAH ORANG pun, kadang-kadang boleh jadi masalah kita. Yelah, kita ni ibarat PENDENGAR SETIA kepada MASALAH orang lah katakan. Jadinya, ramai orang SUKA cerita masalah yang dihadapi kepada KITA. Hahaha. Betul tak? Along tahu, tak semua orang macam tu. Yang jenis macam Along sebutkan ni, faham-faham sendiri lah ya?

Jadinya, sebahagian daripada kita, akan mula berimaginasi untuk lari daripada REALITI. Berkeinginan untuk TERBANG TINGGI, TERBANG BEBAS seperti burung dengan membiarkan segala masalah jauh daripada diri. Kalau boleh, kita ingin terus terbang untuk selamanya sampailah ajal menjemput kita. Tapi, kita ni manusia. Apa kita boleh buat sekadar membayangkan sahaja perkara tersebut berlaku. Kita tahu, ianya sekadar harapan palsu. Namun, yang palsu itu lah pilihan kita untuk mencari solusi kepada permasalahan yang kita lalui.

Cumanya, pernah tak kita berfikir? Sebagai seekor burung, burung juga ada masalah? Sebagai contoh, ketika terbang. Apabila hujan, burung juga terpaksa cari tempat berteduh. Pernah tengok burung redah hujan? Pernah tengok sekumpulan burung buat formasi menarik sewaktu terbang ketika hujan? Pernah? Pernah terfikir tak bagaimana hidup burung yang kepatahan sayap? Pernah tanya pada diri, bagaimana kehidupan burung yang selalu menjadi mangsa pemburu? 

Herm... Persoalan ni, sedikit sebanyak buka mata dan minda Along sendiri. Betapa setiap makhluk ciptaan Allah itu, diberi kesenangan dan kesusahan mengikut apa yang mereka mampu lalui dan jalani. Sama ada kita menjadi hamba Allah yang BERSYUKUR atau kita menjadi hamba yang KUFUR. Itu persoalan yang perlu kita fikirkan bersama. Di saat kita ditimpakan UJIAN, kita merungut? Di saat kita diberi kesenangan? Kita LUPA pada DIA? Kenapa? Sebab kita adalah MANUSIA dan MANUSIA adalah PELUPA.

Tak salah, kita berimaginasi tinggi. Asalkan kita tidak lupa bahawa kaki kita masih memijak bumi. Tak salah kita mendongak ke awanan biru, asalkan kita tidak lupa pada TUHAN yang SATU. Along sendiri pernah lari dari realiti dan cipta ruang fantasi Along sendiri. Tapi, setelah apa yang berlaku, Along sedar, itu bukan pilihan yang sepatutnya Along buat. Buat apa lari, sedangkan lambat laun REALITI itu kita perlu juga hadapi? Kan? Atau sebenarnya, kita lebih rela tanggung perkara tersebut, sehinggalah ajal menerpa diri? Pilihlah ikut SUKA, kerana Along tahu, lain orang lain CARANYA. Along sekadar berkongsi pandangan kerana Along tahu, pasti antara korang yang ada pendapat yang bertentangan.

Kita sama-sama belajar, jadi insan yang lebih baik...


Terima kasih sudi baca...


n_n
Salah UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

8 orang telah tinggal komen:

AKU PILIH UNTUK PERGI

Sunday, November 13, 2016 RahimAim21 5 Comments

Bismillah...
Akisah...

Aku pergi
Gambar IHSAN : (LINK)

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah, sekarang ni, hujan turun dengan lebatnya. Guruh pula berdentum sana sani. Herm. Seolah-olah alam tahu apa Along lalui hari ni dan semalam. Allahu, berat sangat ujian. Tak memasal nangis hari ni. Tapi, Alhamdulillah, lepas nangis rasa sedikit lega. Ada orang, nak  buang segala masalah, pergi mendaki gunung. Dah sampai puncak, menjerit sekuat hati. Ada orang pula, menyelam dan tahan nafas lama-lama. Ada orang, simpan air dalam mulut, jerit dari dalam, sampai puas hati, kemudian ludahkan air ke luar tingkap. Macam-macam cara ada, keberkesanannya berbeza.

Kenapa ek? Kadang-kadang tu, perkara atau masalah yang telah lama kita cuba lupakan, kembali semula kepada kita? Sesuka hati sahaja dia nak hadir bila-bila masa. Herm, dah tahu kita ni bukan jenis yang kuat hadapi masalah tersebut, EH! Datang juga. Sabar je lah. Nak halang, ianya hadir, tak boleh. Sebab dah hadir dah pun. Hadap sahajalah kan? Tapi, jujur, rasa tak kuat! Hahaha. Apa? Sebab perkara ni Along tak tulis apa-apa kat blog? Macam tu? Eh, taklah. Baru je berlaku semalam, bawa ke hari ni. Bukannya dah Along lalui untuk seminggu pun. Jangan salah anggap ok?

Herm, Ya, Along sedar. Bila Allah takdirkan sesuatu, ianya tetap akan berlaku atas aturannya. Tidak lambat mahupun cepat. Siapa kita untuk tolak takdir? Siapa kita untuk persoalkan takdir? Tahu. Tapi, bila tiba-tiba masalah tu hadir, hah! Tiba-tiba, tanpa kau pinta?! Macam mana tu? Agak makan masa sebenarnya untuk hadapinya. Betul tak? Tapi, Alhamdulillah, sebabkan agak bersedia, Along nangis tu sekejap sahaja. Along berjaya tenangkan diri setelah beberapa ketika( Fuh,BANGGA dengan diri sendiri).

Jangan risau, Along ok. Along tak mengalami gangguan jiwa pun. Along tak rasa tertekan pun. Stress pun tak. Alhamdulillah, Jiwa Along tenang. Along sudah pun boleh menerima takdir dengan berlapang dada serta hati yang terbuka. Cuma, Along buat keputusan untuk pergi. Eh? Bukan pergi daripada menjadi seorang BLOGGER atau VINER atau VLOGGER. Tapi, pergi dari hidup dia sepenuhnya. Eh? Dia! Alamak! Dah-dah! Jangan tanya siapa DIA tu! Abaikan tahu? Hahaha. Tapi, apa yang bakal berlaku di masa hadapan, biarlah takdir Allah menentukannya. Along tak mahu merancang apa-apa lagi. Cukuplah. Korang doakan yang terbaik untuk Along ya? :)


Terima Kasih Sudi Baca
n_n


Salam Ukhuwah..
Adios...
MAASSALAMAH...

5 orang telah tinggal komen:

CERPEN - PESAN AYAH

Saturday, November 05, 2016 RahimAim21 0 Comments

CERPEN - PESAN AYAH

Pesan Ayah
Ihsan Gambar : (LINK)

          Aku menundukkan pandangan, memerhati butiran pasir pantai yang ku kuis dengan kasut sukan peninggalam arwah ayah. Terasa bagai semalam sahaja ayah pergi meninggalkan kami. Sungguh, walaupun sudah hampir 5 tahun ayah pergi, namun, kehibaan yangku rasai tetap sama dan tidak pernah berubah. Andai sahaja waktu itu boleh diputar. Andai sahaja masa itu boleh diundurkan. Andai sahaja aku ikut pesanan ayah dahulu.
          Ayah pernah pesan, "kita ini manusia yang cepat lalai dengan kesenangan, namun, merungut ketika datangnya ujian". Ketika itu, aku tidak faham. Aku sekadar membiarkan sahaja pesanan ayah itu berlalu pergi. Aku begitu yakin bahawa aku merupakan manusia yang tidak mudah lalai andai kata kesenangan menerpa hidupku. Aku yakin bahawa aku mampu jaga diriku, tanpa perlu mendengar nasihat daripadanya. Namun, semuanya sekadar imaginasi palsu yangku cipta buat diriku semata. Aku lalai, aku khilaf.
          Semuanya bermula sewaktu aku kali pertama diterima kerja di sebuah syarikat yang terkemuka di ibu negara. Nama syaikat tersebut biarlah kekal rahsia. Kerana kisah ini, adalah tentang diriku dan juga pesanan ayahku. Biarlah ianya kekal dalam skop cerita yang aku ingin coretkan buat kalian.
          Gaji yang ditawarkan buatku ketika itu sekitar RM 2,500 tidak termasuk elaun. Cukuplah buat menampung diriku seorang diri di kota raya ini. Tolak duit rumah sewa yangku kongsi dengan 5 orang rakanku yang lain, tolak duit minyak motor, masih berbaki sekitar RM 2,000. Mana tidaknya, aku tiada sebarang komitmen lain seperti membayar duit kereta. Motor yangku guna sekarang pula, sudah lama habis dibayar sejak zamanku di university lagi. Baki RM 2,000 tersebut, aku berikan separuh daripadanya kepada ayahku dan separuhnya aku simpan untuk perbelanjaan makan dan harianku. Begitulah rutin harianku setiap bulan. Duit gajiku, ku olah sebaik mungkin agar aku tidak terdesak di kemudian hari.
          Sehinggalah suatu saat, semuanya berubah sekelip mata. Mataku mula dikaburkan dengan keindahan dunia. Semuanya tampak indah belaka. Kata orang, nak tahu tentang diri seseorang itu, tengoklah dengan siapa mereka berkawan. Tapi, setelah apa yang berlaku, aku tidak bersetuju dengan kata-kata tersebut. Aku tidak mahu terkena buat kali yang kedua. Cukuplah sekali. Cukup! Aku dah serik!
          Aku berkenalan dengan Linda melalui Amir, rakan sepejabatku yang agak senior daripadaku. Katanya, Linda telah lama memerhatikanku, Linda telah lama memendam rasa terhadap diriku. Aku yang mendengar perkara tersebut melalui Amir, semesti terkejut yang amat sangat. Mana tidaknya, tiada angin mahupun hujan, tiba-tiba sahaja ada perempuan yang menaruh hati terhadap diriku. “Kenal pun tidak, macam mana boleh jatuh hati?” getus hatiku.
         Cerita panjang, yang aku pendekkan, Aku dan Linda bercinta sudah hampir 3 bulan. Kami bagaikan belangkas, ke mana sahaja aku pergi, dia pasti pergi. Linda seorang gadis manis, cantik, bertudung litup, menutup aurat hampir sempurna. Boleh dikatakan, Gadis sempurna idaman lelaki. Aku juga tidak terkecuali sewaktu kali pertama aku memandangnya, ketika Amir membawanya berjumpa denganku tidak lama dahulu. Linda bukanlah jenis yang suka meminta, namun aku sahaja yang suka keluar duit untuknya. Kerana jika dibandingkan duit dengan cinta, aku lebih memilih cinta.
          “Arif, jom kita kahwin!”, Aku hampir tersedak sewaktu linda mengajakku kahwin tidak lama dahulu. Ketika itu, aku sekadar mendiamkan diri tanpa memberi sebarang jawapan. Mana tidaknya, baru sahaja 3 bulan kami berkawan dan bercinta, sudah diajaknya aku kahwin? Hati budi pun masih belum kenal sepenuhnya lagi. Aku keliru ketika itu. Aku minta Linda beri aku waktu, dan Linda bersetuju sambil menghadiahkan senyuman manis kepadaku. Senyuman yang cukup manis sehingga mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang memandangnya.
          Aku meminta pandangan Amir berkenaan hal ini. Amir yangku pandang sebagai seorang yang arif dalam soal agama, memberitahuku agar setuju dengan permintaan Linda memandangkan ianya perkara yang baik dipercepatkan. Amir juga memberitahuku bahawa aku beruntung kerana Linda merupakan calon isteri solehah yang terbaik Allah hadirkan buat aku. Aku yang telah hanyut dalam mencintai Linda, menerima baik cadangan Amir tanpa sebarang perasaan was-was serta ragu-ragu.
          Aku mengutarakan hasratku untuk memperisterikan Linda kepada ayah. Namun, jawapan yangku terima, tidak seperti yangku harapkan. Ayah tidak bersetuju malahan membantah keputusanku itu. Sama seperti kali pertama aku memperkenalkan Linda kepada ayah tidak lama dahulu. Ayah kekal membantah tanpa memberitahuku sebab musabab yang akal logikku dapat menerimanya. Aku kekal membantah, juga kekal meluahkan ketidak puas hatianku. Kami bergaduh serta bertegang tekak pada malam itu. Tanpa rasa bersalah, aku pergi meninggalkan ayah pada malam itu. Namun, semua ujian turun secara serentak pada malam itu. Semua ujian yang takku duga, takku pinta.
          Entah mengapa, pada malam itu, aku pulang ke rumah lalu membuka televisyen untuk menonton berita. Untuk hilangkan kemarahanku terhadap ayahku mungkin? Atau sekadar untuk menenangkan hatiku sehinggalah aku tertidur. Aku sendiri tidak tahu.
          Ketika aku mula untuk melelapkan mata, secara tiba-tiba telingaku menangkap dua nama yang tidak asing dari hidupku hasil daripada berita yang diwartakan melalui skrin televisyenku ketika ini. Pasti korang sudah dapat mengagak bukan? Pasti korang sudah tahu siapa mereka bukan? Ya, mereka adalah Amir dan Linda. Dua orang insan yang cukup rapat denganku. Dua orang insan yang hampir memusnahkan hidupku! Betul kata orang, jangan nilai manusia daripada luarannya!
          “Pasangan yang dikenali sebagai Asmalinda dan Amir ini di tahan, di rumah sewa Amir atas tuduhan berkhalwat…” Aku yang mendengar berita tersebut, beristighfar panjang sambil memicit-micit kepala sendiri berulang kali. Perlahan-lahan aku membuka mata, melihat wajah kedua-dua insan tersebut yang tertera di skrin telesyen untuk membuktikan kesahihan berita yangku dengar. “Allahu Akbar!” Aku bertakbir dengan penuh terkejut. Sungguh! Aku terkejut dengan apa yang aku lihat dan dengar. Aku seakan tidak percaya dengan realiti yang terbentang di hadapan mata. Aku terus menutup televisyen sepantas mampuku.
          Kesedihanku diganggu oleh bunyi nada dering telefon bimbitku sendiri. Jelas tertera, nama adikku di skrin telefon bimbitku. “Abang, ayah dah tak ada. Abang pulang ya abang? adik tunggu.” Hatiku seakan tertusuk dengan sebilah pedang ketika menerima perkhabaran itu. Aku seakan tidak percaya untuk kali yang kedua. Kenapa ujian datang kepadaku secara bertimpa-timpa? Kenapa Ya Tuhan? Kenapa?!

          “Ayah, semoga ayah tenang di sana. Maafkan Arif kerana khilaf. Maafkan Arif kerana cuba berlagak sombong dengan ayah. Seolah-olah Arif tahu segalanya tentang kehidupan. Seolah-olah Arif lebih kenal siapa diri Arif berbanding ayah kenal diri Arif. Terima kasih ayah untuk segalanya.” Aku sekadar bermonolog di dalam hati setelah lamunan panjangku termati dek kerana namaku dipanggil dari kejauhan oleh adikku. Aku membalas lambaian adikku lalu aku langkahkan kakiku menuju ke arahnya. 




Terima Kasih Sudi Baca...
n_n


Salam UKHUWAH...
ADIOS..
MAASSALAMAH...

0 orang telah tinggal komen:

RAJIN DATANGLAH KEPADAKU TANPA RAGU-RAGU

Sunday, October 30, 2016 RahimAim21 2 Comments

Bismillah...
Alkisah...

kata-kata hikmah
Ihsan gambar dari : (LINK)

Assalamualaikum dan selamat malam. Sejak beberapa hari ni, Along rasa MALAS SANGAT. MALAS untuk lakukan banyak perkara. Padahal, ASSIGNMENT bertimbun. FYP? Masih tergantung tanpa disambung. Apa lagi, Solat? Jujur Along cakap, kebanyakan solat, Along tunaikan di akhir-akhir waktu. Herm... Sadis betul. Duhai RAJIN, DATANGLAH KEPADAKU TANPA RAGU-RAGU. JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA DIRIKU HINGGA HUJUNG WAKTU.

Mungkin sebab Along mengIZINkan keMALASan menapak di hati Along kot. Huhu, Bila benda NEGATIF ni, kita buka sahaja RUANG untuk ianya berada dalam DIRI kita, secara AUTOMATIK, kita telah pun menyusahkan diri kita. Sebab KITA SENDIRI PUNCA kepada KELEMAHAN DIRI yang KITA ALAMI. Herm.... Wallahualam...


Terima Kasih Sudi Baca..
-_-

Salam Ukhuwah...
ADIOS...
MAASSALAMAH....

2 orang telah tinggal komen:

Vine Nasihat Buat Stranger

Friday, October 28, 2016 RahimAim21 0 Comments

Bismillah...
Alkisah...





Assalamualaikum dan selamat malam.. ok.. beginilah, kadang-kadang tu, ada orang yang tak kenal kita, beri nasihat dekat kita seolah-olah mereka mengenali kita luar dan dalam.... Apa orang kata tu? Busy body maybe...

Terima Kasih Sudi Tonton...
n_n


Salam Ukhuwah...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

0 orang telah tinggal komen:

MINYAK HERBA ASMA MUJARAB ORIGINAL - RAMUAN RAHSIA PAKCIK

Wednesday, October 26, 2016 RahimAim21 8 Comments

Bismillah...
Alkisah...

#minyakherbaasmaoriginal #herbaasma #Herbaasmamujarab #minyakasma #minyakasmaoriginal #penawarasmamujarab


MINYAK HERBA ASMA MUJARAB ORIGINAL - RAMUAN RAHSIA PAKCIK. 

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Apa khabar? Dah makan? Dah solat? Apa? Kurang sihat? Tak selera nak makan? Tak larat nak solat? Allahu, ujian sungguh ya bila kita sakit sana-sini. Along tahu, kerana Along juga pernah alami apa yang kebanyakan daripada korang alami sekarang. Jangan RISAU. Along juga macam korang, tak suka pergi HOSPITAL. Lebih suka, biarkan sakit-sakit di tubuh, hilang dan pergi begitu sahaja. Sungguhpun, diri sendiri tahu, ianya bakal memakan masa yang agak lama.

Baru-baru ni, Along diperkenalkan dengan suatu PRODUK yang diberi nama, MINYAK HERBA ASMA MUJARAB. Minyak yang diproses secara tradisional ini, bebas dari sebarang bahan merbahaya, memandangkan ianya telah pun melepasi ujian daripada PUSAT AKTA RACUN NEGARA. Minyak yang diproses secara "HOME MADE" ini, telah pun berada di pasaran sejak 40 tahun yang lalu. Herm.. Kenapa Along cerita semua ini? Ini adala kerana, terdapat PRODUK TIRUAN di luar sana yang MENGGUNAKAN nama yang SAMA dengan produk MINYAK HERBA ASMA MUJARAB INI. Tapi, Kebanyakan PENGGUNA masih lagi tidak sedar akan perkara ini.

MAKLUMAT BERKAITAN MINYAK HERBA ASMA MUJARAB



Mujarab untuk mengubati:

Bayi berkahak, Muntah-Muntah, Lelah, Semput, Selsema, Kembung Perut, Sakit Perut, Sakit Gigi, Terseliuh, Sakit Urat, Terkena Api, Digigit Serangga atau Binatang Berbisa dan Lain-Lain.'

Cara penggunaan:

Sapu di bahagian dada, leher, tengkuk, atas belakang setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur. Lagi kerap sapu, lagi baik.


HATI-HATI DENGAN MINYAK HERBA ASMA MUJARAB TIRUAN

Macam mana nak bezakan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB yang ORGINAL dengan yang TIRUAN? Macam mana? Di bawah ni, ada beberapa GAMBAR yang boleh korang jadikan sebagai bahan rujukan, sebelum membeli MINYAK HERBA ASMA MUJARAB ORIGINAL. Tak susah pun sebenarnya nak bezakan kedua-dua PRODUK ini.

1) Ejaan "Lain-Lain" sengaja dieja dengan menukar "l" kecil kepada "L" besar. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengguna membezakan produk original dengan produk tiruan.

ORIGINAL " Lain-Lain
Tiruan " Lain-lain


2) Ejaan "TEGELIAT" juga sengaja disalah EJA dengan membuat "R" pada perkataan "TERGELIAT" bagi memudahkan pengguna membezakan produk ORIGINAL dengan TIRUAN. 

ORIGINAL : tegeliat
TIRUAN : tergeliat


3) Sticker pada BOTOL tidak pernah berubah. Yang berubah hanyalah, gambar Bayi yang guna IN-HALER kepada BAYI BARING. Oleh kerana produk tiruan menggunakan STICKER yang hampir sama dengan produk asli, akhirnya, PAKCIK dan keluarganya, mengubah sedikit DESIGN STICKER asal.

ORIGINAL : Gambar Bayi Baring
Tiruan : Gambar bayi dengan -in-haler / seperti terteta di bawah




3.1 Gambar terbaharu MINYAK HERBA ASMA MUJARAB ORIGINAL


4) MINYAK HERBA ASMA MUJARAB ORIGINAL ada QR CODE yang boleh kita scan. Ianya terletak di bahagian belakang botol. QR CODE yang dilekatkan di bahagian belakang botol ini, merupakan FASA kedua dalam menambah baik dan memudahkan pengguna untuk membezakan PRODUK yang ORIGINAL dengan yang PALSU atau TIRUAN. 




TESTIMONI daripada PENGGUNA

Oklah, setiap PRODUK semestinya ada pengguna setianya yang tersendiri. Dan dalam setiap penggunaan, semestinya ada pengguna yang berpuas hati setelah menggunakan PRODUK yang mereka gunakan. Ada pula tu, menjadi REPEATED BUYER setiap kali stok simpanan mereka habis. Yang memberi RECOMMEND kepada ahli keluarga sendiri pun ada. 

PRODUK MINYAK HERBA ASMA MUJARAB ini juga tidak terlepas daripada semua ini. Alhamdulillah, dari pemerhatian Along, ramai yang berpuas hati dengan produk ini. tidak dinafikan, jika kita sekadar baca TESTIMONI dari orang yang kita tidak kenal, pastinya masih belum berjaya untuk meyakinkan kita. Tapi, jika kita BACA TESTIMONI dari mereka yang kita KENAL, semestinya, akan bantu kita untuk meletakkan kepercayaan terhadap PRODUK ni dengan MUDAH. Kan? Beginilah, Along akan senaraikan TESTIMONI dari beberapa orang rakan Along sendiri. Kemudian Along akan tambah dengan TESTIMONI daripada pengguna lain juga.





3) Testimoni pengguna lain




4) Testimoni Along sendiri

Okla, susah betul Along nak yakinkan korang ek? Beginilah, Along akan bagitahu dekat korang pengalaman Along sendiri menggunakan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB ni. Alhamdulillah, Along sangat berpuas hati. Maklumlah, Along selalu kena sakit perut, mana tidaknya, dek kerana perangai along yang suka mencuba pelbagai jenis makanan, makanya, kadang-kadang, Along sendiri tidak jaga pemakanan Along. Minyak ni BERANGIN, sedap sahaja perut bila dipakai. Dalam masa yang sikat, perut Along bertambah selesa. Ini realiti, bukan FANTASI ok? Takkan korang tak percaya dekat Along kot? Ok-ok, MINYAK ni, sekadar miyak, yang menyembuhkan adalah Allah. Tapi, minyak ni adalah usaha kita untuk mengubati penyakit kita. Kalau tak ada usaha, macam mana kita nak sihat. Kan?


VIDEO

Beginilah, untuk memudahkan lagi korang FAHAM berkaitan dengan originaliti MINYAK HERBA ASMA MUJARAB yang Along kongsikan ini, korang boleh tonton VIDEO di BAWAH ini :



Beginilah. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :

FACEBOOK : 
WEBSITE : 


Korang juga boleh hubungi pihak MINYAK HERBA ASMA MUJARAB di talian:

HQ En. Hafis : 
013 480 6787 (Bahagian Pemasaran)

Puan Nurul : 
017 6239935 ( Produk Owner)

Jadi, apa korang tunggu lagi? Masih tak yakin untuk mencuba produk ini ke? atau korang dah yakin?Jika korang sudah mula yakin, pastikan BELI YANG ORI ok? Pastikan korang tidak terpedaya dengan membeli PRODUK PALSU! Along tahu, ramai orang sudah penat makan ubat. Ada juga di antara kita yang hidupnya, bergantung kepada ubat sepenuh masa. Apa kata beralih kepada rawatan Alternatif ini? Gunakan minyak ini untuk sembuhkan penyakit korang tu? Tak salah mencuba kan?


Terima Kasih Sudi Baca...
n_n

Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

8 orang telah tinggal komen:

MUSAFIR KE TANAH TINGGI CAMERON

Sunday, October 23, 2016 RahimAim21 2 Comments

Bismillah...
Alkisah...

Tanah Rata, Cameron Highlands

Assalamualaikum dan selamat malam. ENTRY malam ni, Along sudah beberapa hari SIMPAN. Kenapa SIMPAN? Herm, tak ada jawapan untuk itu. Ok lah, berbalik kepada tajuk. Siapa pernah pergi ke TANAH TINGGI CAMERON atau lebih dikenali sebagai CAMERON HIGHLANDS? Pernah? Pernah? Apa? Dah 10 kali pergi? Untunglah. Sebab Along, baru pertama kali pergi pada usia 22 tahun iaitu tahun ini. Sedihkan? Hahaha, Apa boleh buat, REZKI untuk menjejakkan kaki ke TANAH TINGGI CAMERON ni, datangnya lambat. Tapi, lambat tak lambat mana lah kan? Haha, Alhamdulillah. Akhirnya, impian yang menjadi CITA-CITA, cita-cita pula menjadi NYATA. Akhirnya, Along berjaya menjejakkan kaki ke TANAH TINGGI CAMERON. 

Herm, macam mana Along nak mulakan cerita ek? Ok, cerita panjang, yang dipendekkan, atas pelawaan beberapa rakan sekelas Along untuk mengikuti rombongan ke CAMERON, akhirnya, Along bersetuju untuk turut serta dalam rombongan mereka. GILA tak setuju? Mestilah setuju! Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Along bersetuju tanpa berfikir panjang. Terima Kasih Korang...

Takkan korang nak tahu cerita tentang perjalanan kami ke sana kot? Cerita ringkas, kami berkumpul sekitar Jam 11 malam di pondok bas, bas bergerak pukul 12 malam. Hampir sepanjang jalan kami tidur. Cumanya, Along tidak dapat tidur sewaktu bas melalui jalan menuju ke CAMERON. Mana tidaknya, berbengkang-bengkok. Berpusing-pusing. Jalan yang penuh bahaya dan liku. Takut Along dibuatnya. Huhuhu. Bak kata Ayda Jebat "Jam di dinding terus berdetak."...

Sepanjang berada di sana, ada beberapa tempat yang kami lawati :

1 - TANAH RATA
2 - BEE FARM
3 - CAMERON LAVENDER GARDEN
4 - TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI CAMERON HIGHLANDS


TANAH RATA

Apa kami buat di TANAH RATA? Hah! Cuba teka! Apa? SHOPPING? Ish korang ni. Ke situ pula. Salah-salah! Kami sebenarnya berada di TANAH RATA untuk Solat SUBUH. Korang bayangkanlah, SOLAT SUBUH di CAMERON HIGHLANDS. Kesejukannya, PERGH!!! Sehingga menusuk Qalbu. Eh! Bukan-bukan! Menusuk TULANG sebenarnya. Mana tidaknya, suhu di TANAH RATA ni, 17 darjah celcius tahu? Buka paip untuk ambil wudhu`, air yang keluar tu, sejuk sangat-sangat. Hahaha. Sebenarnya, pada Along, tak adalah sejuk mana pun. Sebabnya, Along sukakan keadaan yang sejuk. Keadaan di TANAH RATA ibarat kita tidur di HOTEL, buka suhu penghawa dingin serendah 16 darjah celcius. Sewaktu bangun untuk solat subuh, air di bilik air sangat sejuk.

Tanah Rata, Cameron Highlands








BEE FARM

Ok, BEE FARM ni, percuma sahaja untuk kita masuk. Tak ada apa sangat pun kat sini. Kalau ada LEBAH mesti ada MADU, betul tak? Tapi, Along tak makan pun madu yang ada kat sini. Beli apatah lagi. Lebih kepada BERGAMBAR. Hehehe.




Bee Farm Cameron Highlands

Bee Farm Cameron Highlands

Bee Farm Cameron Highlands

Bee Farm Cameron Highlands

CAMERON LAVENDER GARDEN

Herm... Nak masuk tempat ni sahaja, seseorang tu perlu membayar RM8. Berbaloi? Mujurlah berbaloi. Sebab tempat ni CANTIK. tapi, entahlah. huhuhu.

Cameron Lavender Garden Cameron Highlands

Cameron Lavender Garden Cameron Highlands

Cameron Lavender Garden Cameron Highlands

Cameron Lavender Garden Cameron Highlands


Cameron Lavender Garden Cameron Highlands




TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI CAMERON HIGHLANDS

Ok, MARDI. Tempat ni sangat-sangat BEST! TERBAIK dan pada Along, tempat yang WAJIB korang LAWATI. PEMANDANGANnya CANTIK. LUAS! Hanya perlu bayar RM 3.00, korang boleh berada di dalam TAMAN ni, selama mana yang korang nak. Hah! Cerita banyak pun tak guna, lebih baik korang tengok gambar yang Along ambil.

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI CAMERON HIGHLANDS

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI CAMERON HIGHLANDS

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI CAMERON HIGHLANDS

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI CAMERON HIGHLANDS

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI CAMERON HIGHLANDS

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI CAMERON HIGHLANDS

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI CAMERON HIGHLANDS

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI CAMERON HIGHLANDS

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI CAMERON HIGHLANDS


Satu lagi kemudahan yang Along rasakan AMAT PENTING, yang ada di MARDI ini adalah, SURAU. YOSH! Surau adalah suatu kemudahan yang sangat penting kepada Along. Memudahkan kita untuk Solat Jama`, bagi yang berMUSAFIR. Bagus bukan? Alhamdulillah...

Maaflah, ENTRY agak PANJANG LEBAR. Mana tidaknya, lebih pada gambar, penulisan KURANG. Hahaha. Apa orang kata tu, BIAR GAMBAR BERBICARA? Tidak gitu kawan-kawan? Hahaha... Oklah, itu sahaja CERITA Along berkaitan dengan TANAH TINGGI CAMERON ni. InsyaAllah, jika Along ada bermusafir ke tempat lain lagi, Along akan kongsikan dengan korang semua di ruangan laman perkongsian maya Along ni... :)


Terima Kasih Sudi Baca...
n_n


Salah UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

2 orang telah tinggal komen:

JANGAN TINGGAL TAHAJUD

Sunday, October 23, 2016 RahimAim21 2 Comments

Bismillah...
Alkisah...

SOLAT SUNAT TAHAJUD
Ihsan gambar GOOGLE : LINK

Assalamualaikum dan salam maghrib.Alang-alang menunggu azan maghrib, Along mengambil kesempatan ini untuk berkongsi cerita buat korang semua. Kalau ikut pada tajuk, Along yakin, korang semua tahu, TAHAJJUD/TAHAJUD tu apa kan? Secara ringkasnya, TAHAJUD ini merupakan solat sunat yang dilakukan setelah kita bangkit daripada tidur. Eh? Syaratnya perlu tidur dahulu ya? Betul, perlu tidur terlebuh dahulu. Tidurlah 5 minit ke, 10 minit ke. Yang penting, korang perlu tidur terlebih dahulu. Barulah korang boleh bersolat Tahajud. Itu pun kalau korang nak lah.

TAHAJUD ni, mudah untuk kita sebut, tapi pelaksanannya? Allahu, susah sangat-sangat. Along sendiri, tika mana terbangun dari tidur sekitar Jam 2/3/4 pagi, Along pasti akan tidur semula. Jika Along bangun, semestinya BILIK AIR atau PETI SEJUK menjadi arah tuju Along. Kemudian, Along akan kembali ke pembaringan dan teruskan TIDUR. Herm... Allahu, di saat menulis ENTRY ini, rasa khilaf pun ada. Khilaf sebab tahu diri ini ada ilmu, tapi, ilmu tersebut terkunci rapi tanpa diamalkan secara realiti. Huhuhu...

Kawan ayah Along pernah berkata, TAHAJUD JANGAN TINGGAL. InsyaAllah, Alah akan beri kemudahan dan ketenangan buat kita. Agak terkesan juga dengan kata-kata beliau, namun, Along belum dapat kekuatan lagi untuk melaksanakan TAHAJUD ni. Herm... Sambil-sambil beliau beri nasihat, beliau turut menceritakan pengalaman beliau menghadapi ujian hidup sebagai seorang bapa dan sebagai seorang suami. Dan, TAHAJUD merupakan jalan yang punyai jawapan kepada ujian hidup yang beliau lalui. Alhamdulillah...

Kekadang, kita rasa kosong sepanjang menjalani kehidupan sehari-hari kita, kan? Kita rasa, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupan kita. kan? Perasaan tidak tenang, tidak senang, tidak bermakna sering kali menganggu hati dan perasaan kita kan? Memanglah, Solat Fardhu, Berzikir, Baca Al-quran boleh tenangkan kita semua. Tahu, tapi, kekadang, kita masih tidak rasa tenang, kan? Apa kata kita tambah ibadah kita dengan BERTAHAJUD pula. Di katakan, TAHAJUD ini, adalah salah satu cara untuk kita lebih dekat dengan TUHAN kita. Ketenangan malam pula, membuatkan kita rasa TENANG dan SENANG untuk meluah rasa kepada Sang PINCIPTA.

Herm... Harapan Along buat diri Along sendiri, semoga KUAT untuk memulakan LANGKAH PERTAMA, untuk bersolat TAHAJJUD secepat yang boleh. Tidak dinafikan, Along sentiasa berada dalam keadaan tidak tenang, jiwa Along selalu meronta untuk mendapatkan KEAMANAN. Jiwa Along pula selalu rasa KOSONG. Herm, Allahu... Jika malam ini, merupakan permulaaan langkah pertama bagi diri ini, semoga, diri ini kekal istiqamah beribadah kepadamu, serta meninggalkan segala laranganmu. Wallahualam..


Terima Kasih Sudi Baca...
n_n


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

2 orang telah tinggal komen: