HIDUP INI IBARAT MIMPI

Tuesday, January 26, 2016 Rahim Aim21 10 Comments

HIDUP INI IBARAT MIMPI


BANGKIT DAN SEDARLAH...


Bismillah...
Ă€lkisah...

Hidup ini ibarat mimpi
Ihsan GOOGLE

Assalamualaikum dan selamat malam. Malam ini along sekadar ingin berkongsi suatu coretan ringkas buat korang semua. Along tahu, sudah agak lama Along tidak menulis apa-apa di ruangan perkongsian yang dikenali sebagai BLOG yang dimiliki sepenuhnya oleh Along ini. Maafkan Along. Sebab sekarang berada di kampung halaman dan kelajuan internet tidak mengizinkn untuk Along berkongsi sebarang cerita. Coretan ini pun di tulis atas ihsan internet orang lain.

Tolak ke tepi luahan Along, dan sekarang kita fokus pada tajuk yang Along cuba ketengahkan. Macam Along kata, coretan kali ini akan jadi coretan yang agak ringkas. Sekadar coretan yang mengingatkan Along, jua mengingatkan korang semua akan hakikat sebenar kehidupan.

Hidup ini IBARAT mimpi? Ya, mimpi yang dipenuhi keindahan dan kesengsaraan. Jadi, bilakah kita akan jalani kehidupan tanpa mimpi? Akhirat sudah semestinya. Tidak percaya? Sebagai contoh ada orang, sanggup lakukan apa sahaja, asalkan keinginan diri sanggup dipenuhi. Langgar hukum hakam agama? Sudah semestinya salah satu cara untuk kecapi kemahuan diri. Yang buruk tampak baik di mata mereka. 

Eh? Di manakah kaitannya? Sabar... Perasaan tak satu perkara? Dalam mimpi, semua perkara boleh berlaku. Begitu juga dalam dunia realiti, pun sama juga. Asalkan kuasa, wang, harta dan kekayaan dalam genggaman kita, semestinya kita mampu lakukan apa sahaja. Cuma, dalam realiti, ia benar-benar berlaku. Dalam mimpi, ianya sekadar fantasi dan mainan tidur semata.

Dalam realiti, nak buat sesuatu itu, boleh sahaja. Nak buat dosa? Buat pahala? Pilih ikut suka. Cuma tanggunglah akibatnya bila tiba masanya nanti. Di alam mimpi? Sama juga. Nak buat apa, buat lah. Tapi, tiada akibat menanti. Hampir sama bukan? Kerana itu, Hidup ini ibarat mimpi. Cuma bezanya, hidup adalah MIMPI yang NYATA. TETAPI, mimpi adalah MIMPI yang TIADA.

Ramai dari kita, leka dengan MIMPI yang NYATA ni. Lupa dengan nikmat yang diberi secara percuma selama ni. Ada yang menggunakan agama demi kepentingan diri. Ada yang bicara soal agama, sedangkan diri tidak mengikut syariat agama sepenuhnya. Mana yang baik untuk diri, diambil. Yang tak beri manfaat pada diri? Di buang tanpa rasa berdosa.

Kehidupan abadi adalah di akhirat sana. Tanpa mimpi tanpa juga fantasi. Hanya syurga atau neraka sahaja penghujung kediaman rasmi kita. Manusia memang tidak selayaknya menilai manusia lain. Apakah seseorang itu berdosa atau tidak. Apakah seseorang ke syurga atau neraka. Tapi, sebagai manusia, kita sendiri ada akal untuk berfikir. Yang mana benar dan yang mana salah. Jika tak tahu, boleh belajar. Boleh tuntut ilmu... Kan?

Salam ukhuwah...
Adios...
Maassalamah...

10 comments:

  1. Syabas Along.. kipidap buat lagi entry varu.

    Pcl jarang mimpi..hurm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah pcl... Pcl jarang mimpi? Herm..ni msti sbb wudhu' dlu sblom tidur kan? Hehe

      Delete
  2. "ringkas" nya...!!! hehehehe.. :p
    berperenggan-perenggan pun ringkas ehh.. cubit Apong..!!

    tapi, apapun kak ain suka apa yg Along kongsikan ni. memang betul, dunia mimpi biar seindah manapun ia tetap hanyalah mimpi.. yang hakiki adalah kehidupan di Sana nanti.. :)



    ReplyDelete
  3. kalau letih sgt x mimpi pun...tau2 bangun dah pagi..acaner tu..hehehe...apapun betul..kehidupan kita serupa mimpi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mimpi ek? Hurm..nanti along tanya ahlil nujum negara..... hoho

      Delete
  4. jadi kita perlu bangun dari mimpi ka along?
    tapi kalau mimpi hantu memang cepat-cepat nak bangun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam realiti pun..ada juga hantu..tapi... Kenapa kita tak bersungguh sungguh untuk bangun sebagaimana mimpi sebenar?

      Delete