SERIGALA DATANG KERANA DIPINTA

Sunday, January 03, 2016 Rahim Aim21 12 Comments

SERIGALA DATANG KERANA DIPINTA


Kisah dongeng yang bila-bila masa, boleh berlaku dalam dunia nyata...


Bismillah...
Alkisah...

Ihsan GOOGLE


Assalamualaikum dan selamat malam. Sudah agak lama Along tidak mencoret apa-apa di ruangan penulisan maya yang diapnggil BLOG ini. Malas? YA! Tak ada idea? YA! Sibuk? pun YA! Semuanya YA belaka. Minat nak menulis itu sentiasa ada. Cuma KEKANGAN MASA itu yang menjadi puncanya. Eh? Tadi kata MALAS dan tak ada idea? Bila ada masa terluang, ianya Along isi dengan TIDUR. Kenapa? Kerana MASA TERLUANG adalah masa di mana ALONG dapat BERISTIREHAT sebagai seorang PELAJAR. Ngee~

SERIGALA DATANG KERANA DIPINTA | Korang mesti pernah dengar kan? Cerita pengembala kambing yang memPERMAINKAN orang kampung dengan mengatakan SERIGALA datang untuk memakan KAMBING-KAMBING belaannya? 3 kali dia panggil orang kampung untuk datang. Kali pertama dan kedua, dia menjerit meminta TOLONG atas dasar ingin mempermainkan orang kampung sahaja. Bagaimana untuk kali yang ketiga? Dia menjerit meminta TOLONG secara SERIUS. Kenapa? Kerana kata-katanya MEMAKAN DIRI. Akhirnya, SERIGALA benar-benar DATANG seperti yang DIPINTANYA. Eh? Dia PINTA serigala tu datang? YA! Itulah kebenarannya.

Begitulah orang kata, NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. NIAT yang pada mulanya hanyalah untuk memuaskan HATI dan PERASAAN sendiri. akhirnya telah MAKAN DIRI. Siapa yang susah? Diri sendiri juga. TETAPI! Jangan ingat, ianya sekadar melibatkan DIRI SENDIRI sahaja. Ianya boleh melibatkan SEMUA PIHAK. Dalam CERITA di atas, ianya melibatkan ORANG KAMPUNG, TERNAKAN dan DIRI SENDIRI. Kan menyusahkan KAMBING-KAMBING dia, terpaksa BERLARI ke hulu dan ke hilir untuk mengelak daripada di makan/ di baham serigala. Kesian dekat kambing dia tu.

Korang mesti faham, apa Along cuba sampaikan, KAN? Along tak nak lah petik mana-mana ISU SEMASA. Namun, inilah hakikat, inilah REALITI. realiti yang PAHIT untuk ditelan, Benar, tidak semua PEMIKIRANnya sama macam kita. Ada yang BIJAK membuat keputusan, ada yang KURANG BIJAK dalam membuat keputusan hidup. Nak salahkan siapa? Semestinya kebanyakan orang akan menyalahkan PEMBUAT KEPUTUSAN tersebut iaitu individu yang KURANG BIJAK tersebut. Pernah atau tidak? Korang fikir FAKTOR LUARAN yang berhubung kait dengan masalah yang WUJUD ini? Antaranya FAKTOR KELUARGA? FAKTOR PERSEKITARAN? FAKTOR RAKAN-RAKAN? FAKTOR INTERNET DAN ALAM MAYA? Pernah tak korang terfikir? Jika pernah, ALHAMDULILLAH. Jika tidak, mari kita fikirkannya bersama.

Cuba kita letakkan diri dan pemikiran kita, ditempat WATAK UTAMA kepada ISU SEMASA yang baru-baru ni berlaku. Kita sebagai PELAKU merasakan apa yang kita lakukan adalah suatu perkara KECIK. Kerana apa? Kerana kita meMENTINGKAN DIRI sendiri. Betul? Kita merasakan apa yang kita lakukan itu, adalah betul. Lantaklah  akibatnya, yang penting kita PUAS, yang penting kita BEBAS. Kerana apa? Kerana kita rasakan orang lain TIDAK MEMAHAMI diri kita seperti mana kita MEMAHAMI diri kita sendiri. Betul?

Kita semua pernah MENONGKAH ALAM REMAJA. Pernah MERASAI apakah yang dinamakan dengan JIWA REMAJA. Ada di antara kita PERNAH tersilap LANGKAH semasa di Alam remaja dan telah pun menjadi seorang yang baik pada masa kini. Yang mana dahulu FREE HAIR, sekarang dah bertudung. Yang mana dahulu pakai pakaian yang KETAT, sekarang dah sedikit LONGGAR dan SOPAN. Yang mana dahulu suka berseluar pendek atas lutut, sekarang telahpun berseluar panjang, menutup aurat sepenuhnya. Jangan bangkitkan cerita lama! Eh? Kenapa? Malu? Malu dengan MANUSIA? Malu dengan ALLAH? Masa buat ada rasa MALU? Ada?!

Begitulah juga dengan WATAK UTAMA bagi ISU SEMASA yang berlaku baru-baru ni. Dia juga boleh berubah menjadi insan yang lebih baik, MUNGKIN lebih baik daripada KITA semua. Siapa tahu? Tidak dinafikan, ada je sebenarnya INSAN yang kekal dengan PERANGAI YANG SAMA sehinggalah AJAL menjemputnya. Namun, selagi ada masa, selagi Allah PINJAMkan NYAWA, selagi itu seseorang itu diberi peluang untuk BERUBAH, Kan? Hidayah itu MILIK ALLAH. Siapa sangka FELIXIA YEAP yang dahulunya model majalah PLAYBOY berubah dan masuk ISLAM dengan menggunakan nama yang cukup indah iaitu RAISSYYAH RANIA YEAP? Menjadi seorang MUSLIMAH yang menjaga AURAT lebih baik berbanding MUSLIMAH yang memang asalnya beragama ISLAM?

Kerana itu, Along ingin bawa korang semua berfikir. Korang nampak satu-satu keburukan orang, apakah MENGHENTAM tindakan mereka adalah PENYELESAIAN utama masalah tersebut? Apakah kata-kata buruk kita terhadap mereka, mampu mengubah mereka agar menjadi INSAN yang lebih baik? Bukanlah bermaksud Along ajak korang semua agar MENYOKONG dan MEMPERSETUJUI tindakan SALAH mereka. Benar, kadang-kadang KETEGASAN itu PERLU dalam MENYELESAIKAN MASALAH. Tetapi bagaimana caranya? DOA! Doa untuk dia agar BERUBAH. Bukannya DOA agar dia dimasukkan ke dalam NERAKA atau ditimpa BALA. Doa yang baik-baik untuk dia. Makbul atau tida, itu NOMBOR 2. Selagi mampu, kita berdoa. Doa untuk DIA, dan semua orang termasuklah DIRI KITA SENDIRI.

Along tidak sempurna, WATAK UTAMA itu tidak sempurna, kita semua TIDAK SEMPURNA. Kan kita PENDOSA... Dah lupa? Mari sama-sama kita berubah menjadi INSAN yang LEBI BAIK. Baik di mata MAKHLUK, baik juga di mata ALLAH Yang Masa Esa. Doakan agar WATAK UTAMA turut berubah, tidak susah kan? Jangan biar KISAH DONGENG berkaitan dengan PENGEMBALA KAMBING DAN SERIGALA berulang dan berlaku dalam dunia REALITI ini. Mana tidaknya, semua orang duk kata, KENA CULIK BETUL-BETUL nanti baru tahu. Kalau lah di takdirkan, dia benar-benar di culik, apa yang korang rasa? Puas hati? Ingin Membiarkan sahaja? Kan korang sendiri yang PINTA agar dia diculik! Eh? "Woi! Ko jangan salahkan kiteorang ok?!". Ok-ok, Along tak salahkan korang. Cuma Along nak ingatkan, KATA-KATA itu kan DOA. Kata-kata yang BAIK itu adalah DOA yang baik, Kata-kata yang buruk? Faham-fam sendirilah.


Kita Sekadar Manusia Biasa, 
Yang tidak terlepas daripada melakukan dosa....


(n_n)
Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH....

12 comments:

  1. Setuju dengan along. Orang yang bersalah juga berhak untuk dihormati dan berbuat baik dengan dia. Mungkin dia tersilap langkah hari ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan mungkin juga... dia akan jadi insan yang lebih baik daripada kita di masa akan datang.... :)

      Delete
  2. wuwu serigala datang mencari di bukit payong...

    ReplyDelete
  3. Yup ! Oh yaa when I remembered the word of change , This is when I remember one of my friends during school time , at that time, he was like kaki buli in school but after a few years , I'm quite shock , his change into A good person , totally 360 kind of person from zero to hero , totally different from before , I saw him helps people a lot and everytime I was back to Kampung , I heard him doing hafazhan , recitations of Al-quran , mashaa Allah. It's almost like a case of Raisya convert to Islam but his version "almost" his change to another level of better person , wait ! is it the same meaning ? Haha I really like your post is like a MIX up with attitudes and a lil bit of NUR and also you put a good reason in it . Hurm how should I say this . And start to like your Youtube Vlog as well . Keep it up with a good work :) Appreciate that a lot :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. All good thing, i return it back to Allah.... I just share in a from of blogging and vlogging everything i could... The rest is up to the reader or viewer to decide it..... :)

      Delete
    2. Haha that was at least a good things to do is shared kan ( Sharing is caring ) common words always said every years, so bcs of that words , we as reader know that you are actually do A "caring" kind of person . Well Goodluck to you Mr Rahim ! All the best ! :)

      Delete
    3. MasyaAllah.... thankx for it... I appreciate it.. really.. Thankx you... May Allah bless you bro.... And May Allah bless us all....

      Delete