BELAJAR UNTUK MEMAAFKAN

Wednesday, February 24, 2016 Rahim Aim21 2 Comments

BELAJAR UNTUK MEMAAFKAN


Jangan terus-terusan berdendam dan saling menyakiti...


Bismillah...
Alkisah...

FORGET AND FORGIVE
ihsan : GOOGLE

Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat berkunjung singgah dan selamat kembali. Selamat bekerja dan selamat menjalankan tugas yang telah diamantkan kepada diri. Bagi pelajar pula, selamat pergi ke kelas mahupun kuliah untuk menerima ilmu-ilmu baharu setiap hari daripada tenaga pengajar yang tidak lokek berkongsi ilmu setiap hari.

Korang mesti pernah dengar kan? Setiap malam, sebelum tidur dan kembara ke alam mimpi, kita perlu untuk memaafkan semua orang dan pohon keampunan daripada Allah atas semua dosa-dosa kita. Tetapi, ramai juga diantara kita yang tidak mengamalkannya. Memanglah,ianya bukan perkara WAJIB. Tetapi, kita tidak tahu bilakah ajal menjemput kita... Kan? Mungkin tidur itu adalah tidur TERAKHIR kita di muka bumi ni. Tiada siapa tahu. Along sendiri tidak tahu.

Untuk melupakan KESALAHAN orang terhadap kita, memang susah. Teramat susah. Lagi-lagi dalam soal PERCINTAAN antara LELAKI dan PEREMPUAN. Bila bergaduh sahaja, boleh jadi ibarat PERANG DUNIA KE-3. Tetapi, akhirnya berbaik juga. Kerana apa? Kerana perasaan sayang mengatasi segalanya. Tetapi, untuk ENTRI pada kali ini, Along ingin menulis secara GENERAL. Tidak spesifik kepada percintaan pakwe makwe semata.

Contoh, bagi seorang pekerja pasti ada sahaja ketidak sefahaman timbul di antara mereka dengan pihak atas mereka. Contoh lain, Dari segi pembahagian harta pusaka pula, pasti akan ada perbalahan dalam membahagi-bahagikan harta dikalangan ahli keluarga. Ada yang nak lebih, ada yang mereka rasakan tidak layak untuk menerinya dan sebagainya. Apa lagi? Contoh tambahan, korang duduk rumah sewa dengan 10 orang yang lain. Dan dalam rumah tu, ada pula perangai sorang atau dua orang budak ni yang kau rasakan ANNNOYING. Mesti akan timbul rasa tidak suka kan terhadap budak tu? Boleh sampai tahap gaduh rasanya andai korang tidak tahan sabar. Kan?

Pernah dengar tak? KAU BOLEH BENCI SIKAP DIA, TETAPI BUKAN BENCI DIA. Frasa ni, ada betulnya juga. Kerana kita juga manusia biasa seperti mereka. Kita sendiri tidaklah sesempurna mana. Kan? Kadang-kadang sikap kita juka MENJENGKELKAN orang juga. Kan? Sebenarnya, kita sedar semua tu. Tapi, kita buat-buat tak tahu. EGO... Nak buat macam mana. BENCI SIKAP DIA tu, bukan bermakna kita perlu doa yang buruk-buruk buat dia. Sepatutnya, kita berdoalah agar dia mengubah sikapnya. Menjadi insan yang lebih baik. Tak gitu?

FORGET AND FORGIVE jangan dibiar sekadar istilah yang kita tahu, tapi kita tak amalkan. Memang sukar untuk FORGET, tetapi, apa salahnya BELAJAR untuk FORGET. Kan? Percayalah, hati akan berasa lebih tenang. Tak percaya? Cubalah. Tetapi, jangan sekadar mencuba untuk suatu hari, tak nak PROGRESS terus berhenti buat. Semua perkara ambil masa BRO and SIS. Sabarlah. Pasti akan ada kejayaan di akhirnya yang akan kau gapai.


Salam UKHUWAH...
ADIOS....
MAASALAMAH

2 comments:

  1. memaafkan memang mudah kan along tapi bila nak melupakan tu yang payah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlalu payah... itu juga ujian kepada kita sebenarnya... Allah nak uji, kita ni jenis yang macam mana... Berdendam atau tidak... Semua perkara dalam dunia ni adalah UJIAN... Sama ada kita sedar ataupun tidak...

      Delete