LIDAH SETAJAM PEDANG

Monday, February 22, 2016 Rahim Aim21 2 Comments

LIDAH SETAJAM PEDANG


Kerana kata-kata, mampu mengubah manusia...


Bismillah...
Alkisah...

ihsan : GOOGLE

Assalamualaikum buat semua para pembaca semua. Pertamanya, terima kasih kerana sudi berkunjung singgah kembali ke blog Along yang serba putih ini. Keduanya, Alhamdulillah, berjaya juga Along menulis di blog ini untuk kali yang ke 260 lebih ini. Kenapa lebih? Sebab Along tak tahu, jumlah penulisan Along yang sebenar. Kerana sebelum ni, sudah ada beberapa ENTRY lama yang Along DELETE atas faktor tertentu.

Ada orang, bila kita berjumpa dia, tatkala dia memberi NASIHAT kepada kita, kita mudah menerimanya dengan hati yang rela dan terbuka, Senang cerita, kerana perwatakan luarannya yang meyakinkan, kita dengan mudah meletakkan kepercayaan kepada mereka. Tetapi, tidak semua orang sebegitu kan? Kan? Contoh mudah, ada tiga orang. A, B, dan C. C ni penerima MAKLUMAT. A dan B penyampai maklumat. A ilmu dia lebih tinggi berbanding B. Tetapi, bila bab penyampaian maklumat. C lebih mudah terima apa si B cakap berbanding si A cakap kepadanya. Kenapa? Kerana tinggi ilmu, belum bermakna pandai berkata-kata untuk menarik minat orang dalam mendengar apa yang mampu diperkatakannya. Kan?

Tetapi, kadang-kadang, dalam kita tidak sedar, apa yang si A cakapkan, bakal memberi kesan terhadap si D mahupun E. Siapakah si D dan E? Mereka yang mudah terima cara si A dalam penyampaian berbanding si B. Biasalah, semua manusia tidak sama penerimaannya terhadap satu-satu perkara. TETAPI! ianya PASTI dan TETAP akan beri IMPAK dalam kehidupan aku, kau dan mereka.

Contoh lain begini. A,B dan C juga. Dalam situasi yang berbeza. C ada masalah, dia luah dekat si A dan si B. A bagi nasihat secara berhikmah, B pula beri nasihat secara tegas. Sebagai manusia biasa, si C pasti akan rasa tertekan dengan nasihat-nasihat yang dilontarkan oleh si B. Kerana apa? Kerana sikap manusia yang mudah melenting dan terlalu egois. Apabila si A berusaha memberi nasihat-nasihat dengan penuh HIKMAH. Si C yang pada asalnya boleh menerima nasihat si A, mula hilang pertimbangan. Maka, Nasihat si A mulai diabaikan, dan nasihat dari si B mula dipersoalkan. Maka, berlakulah perbalahan. Walhal, ianya boleh dielakkan andai si C sendiri mampu berfikir secara RASIONAL dan berfikiran TERBUKA dalam menerima teguran dan kritikan. Tidak semua mampu terima teguran dan kritikan kan? KUBUR MASING-MASING. ITU URUSAN AKU DENGAN ALLAH. Ya, Along tahu, tapi, kenapa masih sempitkan otak daripada menerima sebarang teguran dan kritikan? Kerana EGO. EGO yang terlalu tinggi.

Along PASTI, ada di antara pembaca yang akan PERCAYA BULAT-BULAT apa yang Along kongsikan, Ada juga yang MENOLAK sekeras-kerasnya segala perkongsian Along di blog Along selama ini. Memanglah, Along sekadar menulis dan tidak melontarkannya dengan kata-kata. Namun, setiap apa yang Along tulis atau taip, ianya adalah kata-kata yang terbit dari hati kecil Along yang bergelar hamba, sama seperti korang semua. Along sekadar melontarkan pandangan dari kaca mata Along sendiri. Tiada niat ingin menghina mahupun menghukum sesiapa. Ianya lebih kepada teguran buat diri. Sejujurnya begitu...


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

2 comments:

  1. betul..cakap siang pandang2 kan...terkadang kita tak sedar apa yang keluar dari mulut kita tu ada yang orang lain tak boleh terima, terasa hati..nak patah balik susah la kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...tapi tula...ramai di antara kita yang sedar... tetapi, taknak berubah...

      Delete