MASA HADAPAN YANG KELAM

Monday, February 29, 2016 Rahim Aim21 2 Comments

MASA HADAPAN YANG KELAM


Ada cahaya di hujung jalan bagi sesiapa yang mencarinya...


Bismillah...
Alkisah...

ihsan GOOGLE

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini adalah ENTRI ke-8 dan ENTRI yang terakhir untuk bulan 2. Esok atau lebih tepat, selepas pukul 12.00 malam ni, Maka akan bermula pula ENTRI pertama untuk bulan 3 yang entah bila bakal Along taip sebagai wadah perkongsian buat geng-geng semua. Pertamanya, Along minta maaf untuk kurangnya sebarang perkongsian di bulan ini, juga bulan lepas. Ada pelbagai kekangan yang tidak mampu Along elakkan. Sungguh, Along tak mampu elakkan. Maafkan Along... -_-

Korang tahu ke masa hadapan korang nanti macam mana? Along tak tahu. Dan tak pernah tahu pun. Tapi, apa yang Along tahu, masa sekarang yang Along ada ni, akan menjadi punca kepada apa yang bakal berlaku di masa hadapan Along. Korang pula bagaimana? Apakah korang tahu perkara yang sama? Maksud Along dalam KONTEKS hidup korang la.

Ada orang, MASA SEKARANG dia ni, sudah CERAH-SECRAHNYA. Tetapi? Apakah masa hadapan yang bakal dihadapinya KEKAL CERAH? Mungkin ya, mungkin tidak. Korang tahu? Tidak. Begitu juga Along. Along sendiri pun tak tahu. Begitu juga dalam situasi bagi mereka yang MASA SEKARANG KELAM. Apakah masa hadapan mereka akan KEKAL KELAM? Hah! Pernah tak korang terfikir. Ya! Mungkin sebahagian dari kita pernah terFIKIR, dan sebahagian lagi tidak pernah.

Kebanyakkan dari KITA, yang punyai MASA SEKARANG yang KELAM, KEKAL terus dalam keadaan yang sama, dan tidak pernah keluar dari kepompong kehidupan, untuk memastikan, MASA HADAPAN mereka, tidak kekal dalam keadaan yang KELAM. dek kerana sikap mereka pasa MASA SEKARANG. Along bagi contoh mudah, REALITI yang WUJUD dalam MASYARAKAT kita. Seorang yang hidup dalam KELUARGA yang serba MISKIN, kekal dalam kemiskinan dan berharap agar GENERASI mendatang mereka atau lebih tepat, anak-anak mereka, dapat mengubah nasib keluarga. Memanglah, kita sendiri tidak tahu, apakah anak-anak mereka itu mampu ataupun tidak mengubah nasib keluarga mereka tu. Along sendiri tak tahu. TETAPI! Perasan tak satu perkara, KEBANYAKAN dari keluarga ni, TIDAK BERUBAH pun nasib mereka ni. HARAPAN sekadar tinggal KENANGAN. Akhirnya, ANAK-ANAK mereka juga, turut menghadapi nasib yang sama seperti mereka.

Kenapa ianya terjadi? Kenapa ianya berulang kembali? Kerana, kebanyakan dari mereka, hanya BERHARAP, tanpa BERUSAHA. Hanya MENANTI tanpa MENGUBAH DIRI. Kau nak orang lain punyai kehidupan yang lebih BAIK, tapi kau sendiri tidak berubah untuk mendapatkan KEHIDUPAN yang LEBIH BAIK. Kau inginkan sesuatu, TETAPI kau TIDAK BERUSAHA ke arah tu. Kau nak MASA HADAPAN YANG CERAH. Tetapi!  Kau tidak pernah BERUBAH! Hah! Macam mana tu?

Along tulis secara AM. Memanglah, mungkin wujud orang-orang di dunia ni dikalangan kawan-kawan atau kenalan korang yang punyai masa silam yang KELAM, tetapi, masa sekarang mereka CERAH kerana ANAK-ANAK mereka telah MEMBELA NASIB KELUARGA tanpa mereka perlu BERUBAH atau BERBUAT apa-apa. Kerana, REALITI ni, terlalu UMUM untuk di bincangkan. REALITI berbeza-beza. Ada yang LOGIK ada juga yang TIDAK LOGIK. Namun, ianya tetap kekal sebagai REALITI.

Berhenti sekadar berharap, bermula dengan langkahan pertama untuk mengubah NASIB DIRI dan KELUARGA. Bersama-samalah kita mencorak masa hadapan kita agar kita semua mempunyai masa hadapan yang SANGAT CERAH.

Wallahualam


Salam Ukhuwah...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

2 comments: