PERMULAAN YANG BERLIKU

Monday, February 22, 2016 Rahim Aim21 2 Comments

PERMULAAN YANG BERLIKU


Sama ada putus asa, atau terus asa...


Bismillah...
Alkisah...

ihsan : GOOGLE

Assalamualaikum dan selamat petang. Sudah agak lama Along tidak menaip sebarang entri di blog Along ni. Jujur Along katakan, Along amat merindui untuk menulis kembali. Benar, jika kita selalu mengeluarkan pelbagai jenis alasan, untuk mengelak daripada melakukan sesuatu tu, pasti kita rasa selesa dengan keadaan sebegitu. Benar, kita kalau nak buat sesuatu itu, apa jua alasan yang ada dalam kotak fikiran kita ni, kita boleh tanganinya dengan alternatif-alternatif lain. Namun tak semua begitu kan? Along tahu, sebab Along juga jenis yang begitu. Lebih suka biar alasan bermaharajalela. Apa boleh buat.... huhuhu...

Tetapi itulah kan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Untuk lakukan perubahan dalam diri tu, amatlah susah. Untuk memulakan perubahan, macam-macam liku-liku kehidupan yang kita perlu tempuh untuk kita kecapi kejayaan yang kita mahukan. Semua perkara negatif adalah suatu UJIAN buat diri kita. Sama ada malas atau rajin sahaja menjadi UKURAN. Kalau malas, maknanya memang sampai bila-bila lah seseorang tu takkan berubah. Kalau rajin, InsyaAllah, seseorang tu akan berjaya sepenuhnya untuk jadi insan yang lebih baik. Cumanya, disaat ujian yang dahsyat menimpa, janganlah berputus asa. Kena buat sehabis baik dan kenal erti TERUS ASA untuk menghadapi ujian-ujian tersebut. Orang rajin, mestilah akan tetap berusaha yang insan yang terbaik. Ye tak? Doakan Along supaya jadi orang yang rajin ya?

PERMULAAN sahaja YANG BERLIKU. Sebab apa? Sebab Allah nak tengok, kita ni hambanya yang macam mana. Hambanya yang cepat mengeluh dan putus asa kah? Atau hambanya yang tetap rajin berusaha dan terus asa ketika menghadapi semua ujian yang diturunkannya ke atas setiap hamba-hambanya. Jadi, kita boleh pilih sebenarnya nak jadi hambanya yang mana satu. Pilihan kan ditangan kita. Bukan mereka. n_n


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASALAMAH...

2 comments:

  1. aim, nak try juai simkad tak? boleh belajar merajinkan diri... hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. saya jual emas... berminat nak beli tak? Kekeke...

      Delete