TAKUT UNTUK MENULIS

Tuesday, February 23, 2016 Rahim Aim21 2 Comments

TAKUT UNTUK MENULIS


Hati Manusia, siapa yang tahu...


Bismillah...
Alkisah...

PENSEL
ihsan : GOOGLE


Assalamualaikum dan selamat petang semuanya! Alhamdulillah, tanda syukur kita semua kepada Allah kerana Allah masih beri peluang kepada kita, untuk terus bernafas, terus hidup di atas muka bumi yang suatu hari nanti kiamat bakal tiba bila-bila masa sahaja. Setiap detikkan saat yang meninggalkan kita, bererti, kiamat semakin menghampiri kita. Sama ada kita ingin terus-terusan menjadi hamba yang lalai atau hamba yang sedar akan hakikat sebenar kehidupan. Nak kata apa? Mati lambat lagi? Tahu ke bila korang akan mati? Nanti bila tua, taubatlah... Masalahnya, korang yakin ke korang sempat bertaubat sebelum ajal menjemput korang? Belum dapat hidayah? Kubur lain-lain? Klise... Sungguh Klise... Kalau tiada usaha, manakan dapat hasilnya? Kalau sewaktu sedang berusaha, ujian menimpa, apakah itu tanda pengakhiran kepada usaha?

Perenggan di atas tiada kena-mengena pun sebenarnya dengan tajuk pada hari ini. Sejuurnya, memang tiada kena-mengena. Sekadar MUQADDIMAH peringatan buat diri dan juga semua para pembaca. Mungkin, selepas Along taip ENTRI ini, Along meninggal. Siapa tahu kan? Along sendiri tidak tahu.

TAKUT UNTUK MENULIS | Sejujurnya, Along sangat takut untuk menulis. TAKUT orang tak baca apa yang Along tulis. TAKUT orang terasa dengan apa yang Along tulis. TAKUT ianya menimbulkan SENSITIVITI sesetengah pihak. TAKUT apa yang Along tulis menjadi FITNAH kepada sesetengah pihak. TAKUT ada yang menyimpan DENDAM dalam diam. TAKUT ada yang KECAM Along. TAKUT dengan BAYANG-BAYANG sendiri. Macam-macam lagilah ketakutan yang Along rasai setiap kali ingin memulakan sebarang penulisan.

Tetapi, dek kerana minat menulis yang mendalam, Along tetap MENULIS (untuk blog MENAIP). Kenapa ya? Pada Along, kalau Along pendam segala CERITA KEHIDUPAN tanpa BERKONGSI dengan korang semua, Along rasa bersalah. Bersalah kerana tidak ajak korang semua ke arah kebaikan. Takkan Along sorang sahaja nak jadi baik, Kan? Along nak kita semua jadi insan yang BAIK, hamba yang TERBAIK!

Tetapi, andai ada yang TERASA HATI selama ini dengan perkongsian dari Along, Maaf kan Along. Tulus dari hati, Along memohon sejuta kemaafan dari korang semua. Along tulis secara GENERAL untuk semua dan tidak SPESIFIKKAN kepada mana-mana insan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jujur, Along langsung tidak pernah berniat buruk terhadap sesiapa. Seperti yang korang sendiri tahu, Along menulis lebih kepada teguran untuk diri sendiri. Bagi pembaca pula, bagi yang dapat manfaat daripada apa yang Along kongsikan, Along ingin mengatakan, semua yang baik itu Allah yang punya. Along sekadar berkongsi cerita. Tahukan Tagline Along? ORANG BIASA, BERKONGSI CERITA. Kerana Along memang orang biasa pun. Along bukannya sesiapa. Suara Along sekadar suara kecil dalam sebuah komuniti masyarakat yang mempunyai ramai orang-orang luar biasa hebatnya seperti kalian semua.

Kepada semua FOLLOWER dan PEMBACA, TERIMA KASIH kerana sudi BERKUNJUNG SINGGAH ke BLOG Along yang serba PUTIH ini. PUTIH itu SUCI kan? Hehehe, Begitu juga niat SUCI MURNI Along dalam berkongsi pelbagai cerita dan perkongsian. Semoga UKHUWAH kita sesama manusia, kekal untuk selamanya. Sesungguhnya, Allah lebih tahu segala sesuatu. Allah lebih tahu, apa yang ada dalam hati kita. Allah lebih tahu apa yang bakal berlaku pada masa mendatang. Kerana Allah maha mengetahui segala sesuatu.


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

2 comments:

  1. dulu pon ade jgk takut + risau + tak yakin tu. sekarang, dah ok dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa lama ambil masa untuk tangani ketakutan tu? Haha

      Delete