TERIMALAH DAKU SEADANYA

Thursday, February 25, 2016 Rahim Aim21 2 Comments

TERIMALAH DAKU SEADANYA


Kerana Aku Juga Manusia Biasa, Yang sering membuat silap tidak kira masa...


Bismillah...
Alkisah...

ihsan : GOOGLE


Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ni, agak lewat Along menulis ENTRI terbaru buat bacaan geng-geng semua. Terima kasih kepada semua kerana sabar menunggu dan sabar menanti perkongsian-perkongsian terbaharu daripada Along. Along hargai kesudian korang semua membaca segala jenis perkongsian yang Along kongsikan di ruangan BLOG PERIBADI Along, yang kebanyakannya Along tulis berdasarkan pandangan kaca mata Along sendiri. Terima kasih. ( Sambil mengelap air mata).

Setiap manusia ni, dilahirkan atas dunia ni, pasti ada sikap baik dan buruk. Percayalah. Mesti ada punya. Tetapi, perbezaannya adalah, macam mana kita UBAH sikap BURUK itu, ke arah KEBAIKAN. Itu yang membezakan kita dengan manusia yang lain. Ada orang, dia kekal dengan sikap BURUK dia tanpa ingin berubah. Ada orang, ingin berubah, tetapi tidak tahu cara. Ada orang rasakan diri sudah hebat, dan tiada cacat cela sedangkan apa yang dia rasa itu, hanyalah tipu daya syaitan semata terhadap dirinya. Dan pelbagai lagi sikap manusia yang kita sering hadapi saban hari kerana kita sendiri tahu hakikat, tiada manusia yang sempurna. dan KESEMPURNAAN itu, milik ALLAH sepenuhnya.

Pernah tak terfikir kenapa ada orang yang sukar untuk terima baik buruk kita, sedangkan kita terima baik buruk mereka? Dalam hati, semestinya kita turut mengharap mereka terima baik buruk kita seadanya. Atau erti kata lain, mereka terima diri kita ni seadanya. Kebanyakan dari kita, kekal ego dan tiada inisiatif untuk mengubah persepsi orang terhadap diri mereka. Malahan, dek kerana orang tidak terima diri mereka seadanya, mereka yang padanya terima baik buruk orang-orang tersebut, akhirnya, berubah sikap dan terus tidak terima sepenuhnya orang yang tidak teriam mereka seadanya tu. Macam pening kepala bukan? Cuba korang fahami ayar Along tu.

Kita memang berhadap agar orang lain "TERIMA DAKU SEADANYA", tetapi, persoalannya, apakah kita terima orang lain seadanya? Persoalan yang sama timbul tentang isu memahami. Kita nak orang faham kita, faham situasi kita. Persoalannya, apakah kita faham orang? Faham situasi orang? Bila orang NASIHAT kita, kita MELENTING. Kata orang nak PERLI lah, nak MENJATUHKAN kita lah, nak CARI KESALAHAN kita lah, dan macam-macam lagi yang kita rasa. Tetapi, kita lupa hanya mereka yang SAYANG kita sahaja yang akan memberi nasihat kepada kita. Mereka nak kita jadi insan yang lebih baik di masa akan datang. Mereka nak kita perbetulkan kesalahan kita. Kan perkara bagus tu?

Memanglah, tak dinafikan, ada juga NASIHAT yang tak kena pada cara. NASIHAT yang TEGAS, sehinggakan mampu mengguris hati. Tetapi, jika kita bijak dalam menerima NASIHAT, percayalah, kita pasti akan ubah NASIHAT itu menjadi suatu MOTIVASI DIRI untuk menjadikan diri kita INSAN yang lebih BAIK. Jadinya, untuk kita MENGHARAP orang terima kita SEADANYA, lebih baik kita BELAJAR untuk terima orang SEADANYA. InsyaAllah, suatu hari nanti, mereka akan TERIMA kita seadanya. BELAJAR cara untuk terima mereka, cari SATU TITIK PERSAMAAN dengan mereka dan berusaha untuk mengubah persepsi mereka terhadap kita. Usahalah dan jangan putus asa.


Wallahualam....


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH....

2 comments:

  1. bukan semua org boleh terima buruk baik kita...abaikan je laa org yg dok mngutuk mngata kita tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi, sekurangnya sebelum kita abaikan mereka... kita boleh mencuba untuk memperbaiki hubungan kita dengan mereka kan?

      Delete