DEMI SESUAP NASI

Saturday, March 05, 2016 Rahim Aim21 2 Comments

DEMI SESUAP NASI


Buatlah kerja apa pun, asalkan pekerjaan tersebut HALAL...


Bismillah...
Alkisah...

Ihsan : GOOGLE

Assalamualaikum dan selamat petang. Korang tahu, apakah fungsi utama duit? Kenapa seseorang itu perlu bekerja, pagi petang, siang jua malam setiap hari? Mengapa seseorang perlu meneruskan kelangsungan hidup dengan bekerja? Bagaimanakah, duit mampu memenuhi keperluan kendiri seseorang itu saban hari?

Almaklumlah, tajuk pun DEMI SESUAP NASI. Makanya, Along akan kongsikan cerita dari aspek keperluan PEMAKANAN dalam hidup kita. Nak makan perlukan apa? Duit? Ya betul tu. DUIT. Kalau tak ada duit, nak makan macam mana? Mengharap belas ihsan JABAAN KEBAJIKAN MASYARAKAT? Sampai bila? Nak menagih simpati rakan dan taulan? Sampai bila? Nak mengharap warga MASJID menyediakan makanan untuk korang SETIAP MASA dan WAKTU? Sampai bila?

Tidak dinafikan, KEPERLUAN itu, seiring dengan KEHENDAK. Contohnya, dari segi berpakaian. Menutupi tubuh dengan PAKAIAN adalah suatu kewajipan, tetapi, dek kerana KEHENDAK MANUSIA, maka, PAKAIN yang dibeli mestilah HARGAnya TINGGI. Walau hakikatnya, belilah harga murah sekalipun, asalkan pakaian tersebut boleh menutup aurat kita sebagai manusia dengan sempurna, sudahpun mencukupi. Begit juga dengan makanan. Jangan ikutkan selera tekak yang BESAR kalau sudah tahu, diri sendiri tidak MAMPU. Belilah makanan yang korang mampu beli dan mampu makan. Jangan seksa diri. Kerana lebih ramai dekat luar sana, yang belum tentu MAMPU untuk makan SESUAP NASI.

Ada di antara kita yang mengikat perut dengan berpuasa. Ada juga di antara kita yang hanya minum air paip sebagai mengalas perut yang kosong tanpa isinya. Ada pula, yang sanggup tidak makan, asalkan anak-anak dapat makan dengan sempurna. Pelbagai lagi rona kehidupan manusia yang sebenarnya, berlaku dalam masyarakat kita. Lagi-lagi dalam keadaan EKONOMI MALAYSIA, yang tidak berapa nak STABIL sekarang ni. Dengan harga barangan yang MENINGKAT tidak kira masa. Ditambah pula, kadar gaji membuat kerja-kerja kampung yang tidaklah tinggi mana, menambah lagi beban buat mereka. 

Tidak dinafikan, jika anda lihat sekeliling anda, AMAT SUKAR sekali untuk anda-anda semua nampak GOLONGAN yang BELUM TENTU makan SESUAP NASI setiap hari. Namun, glongan yang Along sebutkan ni, tetap wujud dalam masyarakat kita. Sebagai contoh, mereka yang dimasukkan ke dalam slot BERSAMAMU,TV3. Contoh mudah :

"Seorang ibu tunggal, ada 5 orang anak. Salah seorang anaknya pula sakit barah otak tahap 3. Perlukan rawatan berkala setiap minggu. Kos rawatan pula, mencecah ribuan ringgit. 4 lagi adik beradik yang lain, semuanya masih bersekolah. Ibu tunggal ni pula, sekadar bekerja sebagai seorang penoreh getah. Gaji? Ikut hari. Sebulan bolehlah mencecah dalam 300-400 ringgit. Bergantung pada keadaan."

Nampak tak situasi di atas? Ibu tunggal tu, kerja tetap kerja. Demi sesuap nasi dia dengan anak-anaknya. Dan demi RAWATAN anaknya juga. Tidak dinafikan, PUSAT KEBAJIKAN MASYARAKAT atau ADUN-ADUN yang berkenaan, boleh hulurkan bantuan. Tetapi sampai bila? Kerana, rona MASYARAKAT kita, bukanlah IBU TUNGGAL itu sahaja. Ramai juga yang SENASIB dengannya yang perlu diberi perhatian sepertinya. Itulah REALITI kehidupan sebenar masyarakat kita.

Sekurangnya, si ibu tunggal, nak juga bekerja. Bagaimana dengan mereka yang masih ada kudrat? Tetapi malas untuk BEKERJA? Sekadar mengharap pada IBU BAPA sebagai tempat BERGANTUNG HIDUP? Atau, sekadar menunggu orang awam beri mereka makanan bila tiba masanya untuk makan? Orang-orang sebegini, adalah orang-orang yang kufur terhadap nikmat sihat yang Allah berikan kepada mereka. Mungkin, bila bala Allah sudah tiba ke atas mereka, barulah mereka nak sedar akan kepayahan mencari DUIT, DEMI SESUAP NASI.


Wallahualam...


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

2 comments:

  1. Saya bkn ibu tunggal.
    Sy ibu tinggal.
    suami ke laut cari sesuap nasi.
    hehe..

    ReplyDelete