EFG Gathering, Siapa Sangka

Monday, March 21, 2016 Rahim Aim21 16 Comments

EFG GATHERING : Siapa Sangka


Kehadiran lelaki misteri, masih menjadi bahan bualan sehingga kini.


Bismillah....
Alkisah...


Assalamualaikum dan selamat malam. Sungguhpun entry ni Along tulis di waktu petang, Along tetap ucapkan selamat malam memandangkan Along tahu, kebanyakan daripada korang, berknjung singgah untuk membaca entry ini di waktu malam. Pertamanya, Along panjatkan rasa syukur kepada Allah, atas segala nikmat yang diberikan. Keduanya, Along rasa GEMBIRA kerana dapat dan diberi peluang oleh Allah untuk menghadirkan diri ke #1stEFGathering yang bertempat di rumah baru pengetua kami iaitu Mommy Irra, pemilik blog http://www.irrayyan.com... 

Apakah itu #1stEFGathering? Ala, GATHERING. Takkan korang tak tahu? Siapa tak tahu, maknanya dia belum makan aiskrim lagi hari ni. (Tiba-tiba). Rasanya korang semua mesti dah tahu EFG ni apa kan? Kan? Tak tahu? Ok, kalau korang tak tahu EFG ni apa, korang dimaafkan. Nak tahu EFG ni apa? Klik banner EFG yang berwarna merah dekat sidebar Along tu. Nanti korang akan tahu EFG ni apa ok?

KEHADIRAN LELAKI MISTERI | Siapa sangka, seorang lelaki misteri telah datang serta menimbulkan 10 juta ketidak puas hatian di kalangan warga EFG. Sungguh, kehadiran lelaki tersebut di majlis ini, masih menjadi bahan bualan beberapa orang ahli EFG sehingga kini. Ada yang mengatakan, lelaki ini, memainkan hati dan perasaan mereka. Ada yang mengatakan, lelaki ini seorang penipu. Ada juga yang hampir terkejut bagai nak pengsan setelah mengetahui identiti sebenar lelaki ini.


Kah! Nampak tak lelaki misteri yang memakai sweater dekat pintu tu? Belum nampak ya? Korang boleh ZOOM IN untuk melihat wajahnya dengan lebih jelas. Sempat tersenyum lagi lelaki tersebut memandang ke arah kamera. Sungguh tiada rasa bersalah terbit dalam jiwanya kerana telah mendatangkan ketidak puas hatian dalam hati hampir keseluruhan warga EFG yang hadir. Eh? Masih belum jelas ya siapakah gerangannya lelaki misteri tersebut? Ni, Along datangkan gambar CLOSE UP buat korang semua.


Hah! Dah tahu siapa dia? Masih tidak tahu? Tapi kenapa? Dia adalah lelaki paling kacak, comel dan bergaya tahu? Dia adalah lelaki yang nakal, tetapi baik hati. Dia adalah lelaki yang telah menceriakan kehidupan warga EFG. Dia ni tidak sombong, tidak juga bongkak takbur. Dia pemilik blog http://www.rahimaim.com yang serba indah, putih, serta suci ini. Dia adalah penulis yang sedang menaip patah-patah perkataan untuk korang semua para pembaca entry ini. Dia adalah ALONG. hahaha...

Ok, jom ikuti Along. Along ingin menceritakan serba sedikit FLOW majlis #1stEFGathering yang julung-julung kalinya di adakan ini. Seperti kebiasaan majlis-majlis yang lain, kami mulakan majlis kami dengan bacaan Yassin menggunakan Al-quran yang di sponsor khas oleh The Violet Sofia . Mula-mula, Along tak tahu pun Al-quran tu Al-quran sponsor, jadi Along lebih memilih untuk membaca Al-quran menggunakan smartphone Along memandangkan Along sudahpun terbiasa membaca Al-quran menggunakan smartphone. Huhu..


Apa lagi Flow majlis yang korang nak tahu? Kami ada EMCEE di hari kejadian. Nak tahu siapa?


Abang-abang berdua nilah EMCEE kami di hari kejadian. Nampak tak keceriaan serta kegedikkan di wajah mereka? Mana tidaknya, dapat SHAWL percuma. Siapa yang tidak GEMBIRA kan? Hahaha. Yang pegang SHWAL warna pink tu, kami panggil dia abe we. Dia ni pemilik blog http://www.wayneharraz.com. Yang sebelah dia tu? Pemenang bagi pengacara TOP TOP MELETOP EFG 2016, iaitu Encik Faizal aka PapaG dari Blog http://www.papaglamz.com.

Seperti biasalah. Setiap majlis, perlu ada ucapan alu-aluan dari tuan rumah ye tak? Oleh kerana tuan rumah adalah pengetua kami sendiri, makanya, beliaulah yang memberi ucapan alu-aluan. Kalau Along tuan rumah, semestinya Along yang memberi ucapan. Kalau korang tuan rumah, pastinya korang pun beri ucapan. Kalau tuan rumah adalah orang kaya, orang kayalah beri ucapan. Kalau rasa dah tak nak baca, kita skip ke perenggan seterusnya.


Sebenarnya, ada lagi ucapan-ucapan lain seperti ENCIK NAZLEE aka PCL dari blog http://www.nazlee.com. Begitu juga ucapan dari orang jauh yang datangnya daripada Kedah iaitu Kak Eny aka Kek Ny dari blog http://www.enyabdullah.com.

1) PCL


2) KEK NY


Setiap majlis mesti ada makan-makan kan? Ada makanan untuk sarapan, begitu juga makanan untuk tengah hari. Takkan itu pun Along perlu ceruta kot? Eh? Perlulah. PErlu sebenarnya. Kerana makan tengah hari kami telah di sponsor khas oleh Cafe Cerita Kambing . Sedap pun sedap. Lazat pun lazat. Korang mesti mencubanya. Nak tahu lebih lanjut, klik sahaja perkataan Cafe Cerita Kambing tu.

Apa lagi? Ada majlis tukar-tukar hadiah aka EXCHANGE GIFT yang Along terkecuali kerana Along tak bawa sebarang hadiah. Ada cabutan bertuah. Yang ni Along dapat ubat gigi keluaran Forever Living Product yang di sponsor oleh http://www.farahamzah.my. Along tak cuba pun lagi ubat gigi ni. Mengikut apa yang tertulis, Ubat gigi ni, ALOE VERA TOOTHGEL. bau pun sedap.

Siapa sangka! Majlis #1stEFGathering kami ni, telah mendapat 26 SPONSOR daripada Company yang berbeza! Baru pertama kali buat, dah dapat SPONSOR sebanyak ni. Macam tidak percaya, tetapi realitinya, begitulah. Alhamdulillah program yang diadakan ini mendapat sponsor yang sangat mengujakan semua. Terima kasih kerana menaja dan memeriahkan gathering kami.

Biobax Cool Therapy
Biobax Cool Therapy 
#biobaxcooltherapy

Kelantan City Tour Xcelltravel
Kelantan City Tour Xcelltravel 
#xcelltravel

Alludra International (Jus Orlin)
#orlin

Kotak Lensa Instant Photo Booth
Kotak Lensa 
#kotaklensa #instantphotobooth
IG: kotaklensa 

The Violet Sofia
The Violet Sofia
#thevioletsofia
#almumayyazbyvioletsofia

Fennelle Beauty
#fennellebeauty 
#fennellerenewalserum

VCO NUTRASENSE
VCO NUTRASENSE
#VCO #Nutrasense
IG: nizam84

Nizar Faez Studio
Nizar Faez Studio
#nizarfaezstudio

VanLela Hiphoody
VanLela Hiphoody
#hiphoodyvanlela

Balloon Decoration
Majesticevents Sdn Bhd
Majesticevents Sdn Bhd
#khemahkahwin

Cafe Cerita Kambing
Cafe Cerita Kambing
#cafeceritakambing #kambingbakar


Produk Kesihatan Forever
#aloeveraklang0136283485
#aloeverashahalam0136283485

Qaseh Zamri Collection
Qaseh Zamri Collection 
 #qasehzamricollection

Yusmizee Naturopathic Center,  Alor Gajah Melaka

#yusmizeenaturopathic



Qesyamin
#qesyamin


RaisahRafhanah
#headchain #flowercrown


Hazirah
#muchochocolatechips


Sakura Sasuke
#sakurastyle


Acit Guest Book
#hantaranmurahsaya


LadyDaissy Pastry
#LadyDaissyDoorgift


Design&Printing 
#dexsignprinting


Aniq sya 
#aniqsyaquqiz


Homemade Cookies 
#myhomemadecookies

(Along sekadar model)

Jus kedondong asam boi 
#manjavakedondongasamboi
FB: Man Java 


Reqa Creative
#reqacreative
FB: reqacreative 

Alhamdulillah! majlis berjalan dengan jayanya! 

Along harap, para sponsor ni semua, akan sponsor lagilah untuk #2ndEFGathering yang akan datang. Hehehe. Terima kasih kerana sudi menaja kami. Untuk semua warga EFG pula, maafkan Along kerana hadir sebagai LELAKI MISTERI. Buat Kak Eny, maaf kerana Along telah memainkan hati dan perasaan Kak Eny. Buat Kak Irra, bukan Along taknak berbual dengan Akak. Along malu sebenarnya. Buat KC?  Ketinggian kau tidak seperti yangku sangka. Hahaha. Siapa lagi? PCL? Tampak bersahaja. Papaglamz? Suaramu sungguh lembut tidak sesuai dengan muka. Kak Mas? Agak pendiam. Kak Linda? Sibuk menguruskan anak-anaknya. Bonde dan Atin? Ceria seperti kebiasaannya. Kak Ain? Nampak semakin kurus. Abe we? Tak ada apa nak cakap tentang dia. Kak Ummul? Herm.. Ok sahaja dia. Dayah? Hanya kerana KAMBING, rosak minda Along dibuatnya. Kak Nani dan Kak Yani? Baik hati orangnya. Kek My? Terima kasih kerana berjaya yakinkan sepupu akak untuk jadi OFFICIAL PHOTOGRAPHER untuk #1stEFGathering kita pada kali ini.

Along minta maaf andai ada tersilap begitu juga tersalah kata, sehingga mampu mengguris hati korang semua. Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup Along serta sudi terima Along seadanya sebagai salah seorang daripada keluarga besar EFG. Along berharap sangat agar hubungan baik yang terjalin antara kita semua, kekal untuk selamanya. Selama-lamanya....


Salam Ukhuwah dari Along buat SEMUA,,
Adios...
MAASSALAMAH....

n_n

16 comments:

  1. Hahaha. Lelaki misteri tetiba muncul. Jumpa lagi next time Along :)

    ReplyDelete
  2. Makhluk misteri yang diselubungi warne hitam.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah.... Hahaha... diselubungi sementara waktu sahaja.. hehe

      Delete
  3. Misteri sangat...
    pelakon terbaik! opsss tak ade anugerah pelakon terbaik... maaf yea...
    apa pon Along spothing sebab join gathering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. akan datang kena ada anugerah tu.. hehe.. WAJIB ada.. haha

      Delete
  4. Motif top top tu....?? Hahahhaa.. Lawak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... pujian tinggi melangit buat papaG... hehe

      Delete
  5. Tahniah warga EFG kerana berjaya mengadakan gathering, semoga ukhwah yang terjalin akan terus mekar mewangi ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi berkunjung singgah dan tinggal komen... Alhamdulillah...

      Delete
  6. Muntah hijau 23 kali dari perenggan pertama sampai perenggan berapa ntah... skip je..!! hahahahhahaaa....

    Panjang enytry Along.. tp yg kak ain suka skali bab "kak ain nampak makin kurus" tu je.. bhaa bhaa bhaaa..!! :)

    Along memang handsome..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. SKIP?!!! Hahaha.. adeyh.... Haha... Kenalah puji dan bodek Kak Ain.. Haha, dah jadi penumpang kereta, kenalah puji empunya kereta..haha.. Handsome? Wah!!!! Arigato gozaimas!!!! Happy Along baca.. haha

      Delete
  7. Baik hati si Along ni...sorry la kot pcl ter mngarah buat itu ini.. sebenarnya dah terbiasa dgn adik2 pcl.. kita kan keluarga efg.. apa pon along sempoi but pemalu sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Xpe PCL... Along ok jer.. :)

      Delete