GAMBAR IHSAN GOOGLE

Monday, March 07, 2016 Rahim Aim21 0 Comments

GAMBAR IHSAN GOOGLE


Jiwa meruntun untuk menulis apa jua cerita, Gambar dari GOOGLE menjadi penyeri entri yang ditulis di tapak perkongsian cerita...


Bismillah...
Alkisah...

Gambar DIRI SENDIRI... n_n


Assalamualaikum dan selamat malam buat para pembaca semua. Tidak kisahlah, korang pembaca tetap blog RAHIMAIM.COM ataupun pengunjung baru, yang penting Along GEMBIRA dan BAHAGIA dengan korang semua sudi berkunjung singgah ke blog Along ni. Pertamanya, korang dah makan? Dah minum? Dah solat? Dah mandi? Dah tidur? Dah tengok filem MUNAFIK? Filem BOBOIBOY? Filem Ola Bola? Dah ke belum?

Along nak minta maaf sebenarnya andai ramai yang terkeliru dengan gambar-gambar yang Along kongsikan di blog Along. Along tak ada niat pun nak mempermainkan hati dan perasaan sesiapa. Langsung tiada niat untuk membuatkan korang sakit jiwa mahupun berduka lara. Begitu juga, langsung tidak wujud niat di hati, untuk membuatkan korang BUNUH DIRI mahupun TERJUN dari bangunan yang TINGGI. Eh?

Keghairahan Along untuk menulis satu-satu ENTRI itu, membuatkan Along TERPAKSA meraih IHSAN dari GOOGLE. Ihsan berbentuk apa? GAMBAR semestinya. Carian GOOGLE, terlalu banyak gambar yang boleh kita ambil dan DOWNLOAD. Tiada PRIVASI mahupun SEKATAN. Namun, untuk mengguna pakai GAMBAR orang lain dalam ENTRI kita, perlu ada ETIKAnya kan? 

Kerana itu, Along memilih untuk menulis di bawah setiap gambar yang Along ambil daripada google dengan CAPTION "Ihsan GOOGLE". Memang tidak dinafikan, Along sebenarnya perlu, mengongsikan kepada semua dari mana sumber asal gambar tersebut, namun, dek kerana malas.... Herm... Kerana itulah CAPTION " Ihsan GOOGLE" Along tulis di kesemua gambar yang Along ambil daripada CARIAN GOOGLE.

Namun, tidak semua Along guna pakai gambar GOOGLE dalam ENTRI-ENTRI Along tahu? Ada juga Along guna pakai GAMBAR Along sendiri. Jadinya, gambar-gambar Along SENDIRI tu, Along memang taklah letak CAPTION "Ihsan GOOGLE" tu. Ok?


Harap semuanya CLEAN AND CLEAR, JELAS dan FAHAM... :)


Wallahualam...


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

0 orang telah tinggal komen: