MILO AIS TABUR

Friday, March 04, 2016 Rahim Aim21 2 Comments

MILO AIS TABUR


Boleh minum, tapi bukan selalu...


Bismillah...
Alkisah...

Milo Tabur
Ihsan GOOGLE

Assalamualaikum dan selamat malam. Entri pada kali ini, sekadar perkongsian pendek daripada Along. Along ni, bukanlah PEMINAT MILO sangat. Sesekali minum tu, bolehlah. Tapi, malam ni tekak terasa nak minum. Nak buat macam mana kan? Ni semua gara-gara belikan untuk  si teristimewa MILO TABUR. Selepas sahaja hantar kepadanya, tetiba tekak Along terasa MENGINGINKAN yang TERAMAT SANGAT minum MILO TABUR. Lebih kurang SEHATI SEJIWA sahaja tekak Along dengan tekak si dia. Hahahaha (Gelak Miang-miang buluh).

Tapi tulah, benda-benda manis TAHAP POTONG KAKI ni, tak boleh MINUM selalu. Tak baik untuk kesihatan tahu? Sesekali tu, bolehlah. Jangan terlalu ikut apa yang TEKAK korang nak. Nanti, muda-muda dah sakit KENCING MANIS. Hah! Nak ke macam tu? Tak nak kan? Along sendiri tak mahu perkara sebegitu berlaku ke atas diri Along.


Salam UKHUWAH...
Adios...
MAASSALAMAH...

2 comments:

  1. Akak peminat milo...milo suam tanpa gula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa tanpa gula? Akak minum dengan stevia ke?

      Delete